To: Unknown
Woi !
Busy ke ?
Kau mati ke pada siang hari ?Aku duduk di dalam katil sambil merenung telefon bimbit aku, menunggu lelaki semalam menelefon aku.
" Agaknya dia hidup malam je kut." Aku berprasangka baik. Tidak mahu berfikiran negatif.
Kemudian aku teringatkan kejadian pagi tadi. Lelaki bernama Jimin itu merentap tangannya membuatkan aku terjatuh. Aku mencebik sendiri.
Orang nak bergurau pun tak boleh !
Kalau tak suka melawak, masuk lah hutan. Dia ingat dia seorang je yang hidup di muka bumi ni. Huh !
Tak sangka pula dia dengan Taehyung sunbaenim adik beradik tiri.
Ting !
From : Unknown
Paleotak kau !
Aku tengah tak ada mood ni.
Hmmm.. Nak peluk boleh ?Aku membuat muka seposen saat membacanya. Dia fikir aku mak dia ke apa ?
To : Unknown
Tak malu ea peluk anak dara orang ?
Pergi peluk mak kau sana !Aku sent selepas itu.
" Haerin, tolong omma lipat kain. Omma nak pergi kerja kejap lagi." Laung Puan Min dari dalam biliknya.
Aku terus keluar dari bilik dan berjalan ke ruang tamu tanpa membawa telefon bimbit. Kemudian aku leka melipat kain sambil menonton drama kesukaan aku.
" Eh mana phone aku ?" Aku berkata sendiri.
Bilik !
Aku masuk kedalam bilik lalu mencapai telefon bimbit aku.
Ada satu mesej dan satu panggilan tidak dijawab
Haih.. Macam mana lah aku boleh lupa dia.
Aku membuka mesej lelaki itu.
From : Unknown
Mak aku dah tak ada.
Muka aku terus berubah.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Call
Short StoryApabila si gadis sangat suka call orang yang tak dikenali, akhirnya dia ter'call Park Jimin. " Kau ingat aku hidup nak angkat call kau je ? "