57

221 30 0
                                    


" A..pa dah jadi ni ?" 

Taehyung tergamam melihat pintu rumah Jimin yang sudah terbuka luas seolah-olah ada orang cuba untuk merompak rumah itu. Ruang tamu Jimin juga sudah berselerak dan barang-barang yang ada di rumah itu dirosakkannya. Taehyung tahu Jimin kini tiada di rumah kerana pergi ke program matematik itu bersama Haerin akhirnya menarik nafas kelegaan.

Nasib kau tak ada, Chim..

Tangan Taehyung laju je mendail nombor telefon Haerin kerana dia tahu Jimin tidak akan mengangkat panggilan telefonnya, lebih-lebih lagi tentang kejadian hari itu. Taehyung masih tidak mahu berputus asa dengan Jimin kerana Jiminlah yang paling memahaminya sejak kecil. Dia tahu apa yang dia buat ini sangat mementingkan diri, tetapi dia tidak mahu kehilangan orang-orang yang dia sayang lagi. Cukuplah dia sudah kehilangan ayahnya, Taehyung tidak mahu kehilangan kawan baiknya.

Tut.. tut... tut...

 Kau nak apa call Haerin malam-malam buta ni ? Tak ada kerja lain ke ?

Taehyung terkejut kerana itu suara Jimin. 

" Jimin tunggu !"

Haerin tengah makan kat bawah and dia tak bawa phone dia. Kau nak cakap apa dengan dia, biar aku sampaikan. Pastikan apa yang kau cakap ni penting.

" Tak.. sebenarnya aku call Haerin sebab aku tau yang... kau tak akan accept call aku. Aku dekat dalam rumah kau, nampak macam rumah kau kena pecah masuk. Kau nak aku telefon polis ?"

Kemudian aku dengar Jimin ketawa.

Kau nak telefon polis ? Tak takut mak kesayangan kau tu masuk penjara ke ? Hahahahahhaha

" Jimin, apa maksud kau ? Apa kena mengena dengan mama aku ha !"

Kau rasa aku join program math ni last minute sebab apa ? 

" Apa mama aku nak buat lagi pada kau, Jimin ? Please bagitau aku !"

Eh ! Kenapa tak tanya sendiri mak kau ? Kau kan anak dia

" Jimin !"

Fine ! Aku dapat mesej yang mak kau nak bunuh aku. Happy tak ? Kau suka jugak ke aku mati kat tangan mak kau ?

" That's it. Aku call polis sekarang juga."

Taehyung..

" Aku dah tak nak kau benci aku lagi dan aku dah penat bela mak aku yang langsung tak berperikemanusiaan. Aku minta maaf, Chim,"

Selepas itu Taehyung terus memutuskan panggilan. Dia mula sebak apabila mendapat tahu bahawa mamanya  cuba untuk membunuh anak tirinya sendiri. Perasaan bersalahnya pada Jimin semakin menebal dari hari ke hari disebabkan perbuatan mamanya itu. Ada kalanya dia malu untuk mengaku mamanya itu adalah ibu kandungnya. Cukuplah sampai di sini sahaja.

Dia tahu Jimin menderita disebabkan mamanya tetapi dia langsung tidak melakukan apa apa tindakan kerana dia pengecut. 

Tapi Taehyung sudah mengambil keputusan. 

Selamat malam, ini adalah panggilan 119. Ada apa masalah ye ?

" Rumah kawan saya kena pecah masuk, saya akan berikan alamatnya." 


-


Hari sudah larut malam tetapi aku langsung tidak boleh tidur. Mungkin kerana tidak biasa tidur di tempat yang asing selain di bilik sendiri. Aku melihat Jimin sunbae yang sudah membaluti tubuhnya dengan selimut sambil bermain telefon bimbit. Katil aku hanya bersebelahan dengannya dan dia langsung tiada ura-ura untuk berbual dengan aku.

Hmm bosan...

" Sunbae, tadi Taehyung sunbae ada call aku. Kau yang angkat ke ?" soal aku kepada Jimin. Dia memandang aku sekilas kemudian matanya kembali menatap telefon bimbitnya.

" Hmm,"

" Kenapa dia call ?"

" Apa kau fikir kalau lelaki call kau malam-malam buta ?"

" Apa masalahnya ? Bukan aku tak kenal pun Taehyung sunbae tu,"

" Habistu yang kau call jantan yang kau tak kenal malam malam buta tu apa yang kau fikir ha ?"

" Sunbae ni kenapa ? Salah ke kalau ada kawan yang nak ajak call malam-malam ? Bukan semua orang buat ke ha !"

Akhirnya Jimin bangun dari pembaringannya dan memandang kearah aku.

" Kau tak kenal dia, Haerin. Macam mana kau boleh mengaku dia kawan kau !"

" Suka hati akulah aku nak anggap dia kawan ke, apa ke, kenapa sunbae nak emo sangat ni ha ?! Aku malas tau nak gaduh dengan sunbae,"

" Chim kau tu tak pernah anggap kau kawan, Haerin." kata Jimin membuatkan aku terdiam. "Dia mungkin gunakan kau sebab kau selalu ada dengan dia,"

" Kau tak kenal Chim, jadi jangan cakap ikut sedap mulut kau. Lagi sekali kau cakap buruk pasal Chim, aku tak akan hormat kau lagi Park Jimin."

Aku terus keluar dari bilik kerana tidak tahan mendengar kata-kata Jimin itu. Hati aku sakit apabila Jimin bercakap buruk tentang Chim, kawan pertamanya itu sepanjang dia duduk di Seoul ini. Siapa dia untuk mempertingkaikan persahabatan orang lain.

Aku benci Park Jimin !

" Itulah masalahnya, Hae. Akulah Chim tu," monolog Jimin sendiri. Kemudian dia terus dari bilik untuk mencari aku yang sudah pergi jauh dari bilik. Lagipun malam semakin tua.


[C] CallWhere stories live. Discover now