2

508 44 1
                                    

Disebabkan aku terlalu malu untuk menjawab, aku terus mematikan talian. Kini aku merasakan sesuatu yang aneh dalam diri aku selepas mendengar suaranya.

Suaranya yang seperti kekurangan oksigen itu membangkitkan nafsu wanita aku. Siapa saja perempuan yang tidak tergoda dengan lelaki yang seksi ?

Seperti pemilik nombor telefon yang lain, aku akan menunggunya untuk menelefonku semula.

" Haerin ! Tolong belikan barang sikit. Omma nak masak untuk makan malam ! " laung Omma dari dapur. Aku meletakkan telefon di atas sofa lalu menuju ke dapur.

" Omma ada tak senarainya ? Haerin malas nak ingat. " Kata aku sambil tersengih.

Omma menghulurkan beg dompetnya bersama kertas kecil kepada aku.

" Jangan boros. Kalau nak beli jajan, jangan beli mahal-mahal. " pesan Omma.

Aku menabik. " Roger, madam ! "

Kemudian aku terus keluar dari rumah dengan berjalan kaki. Lagipun kedai dekat dengan kawasan rumah aku. Kawasan sini pun berbukit-bakau. Kalau nak basikal boleh jatuh gamaknya.

Aku melihat senarai barang yang Omma beri tadi.

Gula
Garam
Minyak
Ramen
Telur
Beras
Ro-

Kejap. Beras ?!

Langkah aku terhenti dan memandang kertas tersebut dengan tidak percaya. Omma nak suruh aku bawa beras tu macam mana.

" What the-

' Janganlah serang I lagi, nanti I tak nak lepaskan You baru tau ! ' Suara seorang perempuan menerpa di telinga aku. Ketika aku meluruskan pandangan aku, aku terlihat seorang lelaki dan perempuan sedang bercumbuan di hadapan rumah, yang tidak jauh dari aku.

' You hot sangat. Rasanya nak buat second round dengan You tapi itulah... Semua tu kena ada nilai tambahan. ' si lelaki itu pula berbicara.

Aku sudah mula membuat muka jijik di situ. Diorang itu tidak malu ke buat benda haram depan rumah.

Rasanya nak pijak kau berdua. Harap maklum.

" Woi ! "

Aku memandang kearah mereka, terutamanya pada si lelaki yang menegur aku tadi. Lelaki itu memandang aku dengan senyuman senget.

" Apa tengok-tengok ? Kau nak aku layan kau juga ke ? "

[C] CallTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang