48

261 29 0
                                    

" Sorry, aku tak bermaksud nak sibuk hal kau. Aku balik dulu lah,"

Budak Taehyung ni dah gila. Sekarang dah pukul dua pagi. Mana ada bas waktu-waktu macam ni.

" Hah, pergilah balik. Aku nak tengok siapa je yang boleh hantar kau balik."

" Aku jalan kaki."

" Jangan buat lawak. Kau pergi tidur kat sofa sana. Esok kalau kau nak berambus, pergilah. Aku tak halang. Tapi sekarang dah malam. Aku tak kuasa nak layan kau,"

" Chim,"

" Terima kasih,"

" Pegi mati,"

Aku ingin masuk ke bilik, tetapi tangan aku ditahan Taehyung.

" Aku nak tidur dengan kau."

Aku mula naik menyampah. Kenapa perangai gedik dia dari kecil tak pernah berubah ? Atau aku yang berubah ?

" Kau tak layak tidur dengan aku."

Peringatan. Kim Taehyung bukan gay. Dia memang dari dulu manja sampai rasa nak tendang dia keluar bumi. Harap maklum.

" At least, borak dengan aku sampai tertidur ? Kita selalu buat benda tu dari kecil." Kata Taehyung, tidak mahu mengalah.

Aku mengeluh kasar.

" Kau tak ada life ke ? Stop jadi budak-budak. Kita dah 18 tahun, bukan lapan tahun. Mungkin bagi kau, keadaan masih sama. Tapi bagi aku tak. Tak mungkin aku boleh layan kau macam kawan aku lagi."

" Aku bawa kau datang sini bukan sebab aku maafkan kau. Aku masih ada hati, Taehyung. Kau pun dah besar. Buatlah pilihan kau sendiri." Aku menghabiskan ayat aku yang terakhir sebelum meninggalkan Taehyung seorang diri di ruang tamu.

Sejujurnya aku sebak dengan kata-kata aku sendiri. Keadaan sekarang dah tak sama. Kami bukan lapan tahun yang tidak tahu apa-apa. Kenapa dia terlalu lurus ?

Banyak yang dah berubah dalam hidup aku. Aku beli rumah ni pun lepas aku hidup macam orang tak ada maruah. Aku kerja jadi gigolo, layan perempuan tua yang gilakan seks. Aku minum arak, aku merokok. Aku tak layak untuk sesiapa. Aku yang sebenarnya yang ubah kita.

Mama pasti marah kalau dia dapat tahu...

Sedar tak sedar, aku terlena panjang. Bila aku bangun je, muka Taehyung tu aku dah tak nampak. Rasanya dia dah balik rumah syurga dia.

Dia merajuk ke ?

[C] CallWhere stories live. Discover now