" Hai sayang, boleh mama masuk ?" Taehyung yang mengulangkaji pelajaran terganggu apabila muncul puan Park di hadapan biliknya. Taehyung tidak menjawab sebaliknya mengukirkan senyuman.
" Dah pukul 11 ni. Tak nak tidur ke ?" Ujar Puan Park.
" Homework tak siap lagi. Nantilah Tae tidur."
" Kenapalah anak mama ni belajar kuat sangat. Tae kalau tak dapat keputusan cemerlang pun boleh jadi ceo syarikat."
Taehyung yang sedang menulis esei terkedu mendengar kata-kata mamanya itu. Segera dia memandang kearah puan Park.
" Apa maksud mama ?"
" Lepas papa meninggal nanti, waris dia sorang je tinggal. Tae lah. Anak dia yang tak guna tu memang tak lah dapat harta papa kamu ni."
" Mama, anak yang mama cakap tak guna tu anak tiri mama tau, abang Tae, kawan Tae ! Dia anak kandung uncle ."
" Stop it, Tae. Jangan panggil dia uncle. Dia papa Tae sekarang." Puan Park mengeraskan suaranya apabila suara oktaf Taehyung mula menaik.
" Dia bukan ayah Tae. Tolong keluar dari bilik ni."
" Park Taehyung."
" Berapa kali Tae nak betulkan mama ?! MY NAME IS KIM TAEHYUNG NOT FUCKING PARK TAEHYUNG. KELUAR !"
Taehyung y ang mula agresif menyebabkan Puan Park terpaksa keluar dari bilik itu. Habis buku-buku di atas meja belajarnya dicampak ke lantai. Bantal ditumbuk-tumbuk, selimut sudah jatuh ke lantai.
Lantas Taehyung mengambil telefonnya dan mengunci pintu balkoni. Dia duduk di luar balkoni sambil menangis. Otaknya serabut. Jiwanya kacau.
Taehyung tidak tahu siapa yang patut dia sebelahkan.
" Chim..." Dengan keadaan tangan yang terketar-ketar, Taehyung mendail nombor Jimin.
Sekali,
Dua kali,
Berkali-kali Taehyung cuba tetapi hasilnya voicemail. Dia mula pasrah. Taehyung memandang kebawah balkoni.
Ya. Taehyung terfikir untuk bunuh diri.
Kring ! Kring !
Chim
Apa kau nak call aku banyak kali. Aku lupa ke apa aku cakap kelmarin.
" Chim... Tolong aku,"
Aku bercakap dalam tangisan. Tiada kedengaran suara Jimin dicorong telefon apabila aku mula menangis teresak-esak.
" Aku salah. Maafkan aku. Jangan seksa aku lagi, jangan seksa aku dengan cara macam ni. Aku tak nak duduk sini tanpa kau. Tolong aku, Chim."
Apa mak kau buat kat kau sial ?
" Ini rumah kau, Chim. Aku tak layak duduk sini. Aku rasa asing, jiwa aku kosong kat sini. Aku tak nak tinggal sini. Aku nak duduk dengan kau, Chim. Aku boleh gila duduk sini."
" Aku tak kuat macam kau, Chim. Aku rela mati macam ni."
Tutup mulut kau. Kau turun bawah sekarang. Lagi beberapa minit aku sampai.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Call
Proză scurtăApabila si gadis sangat suka call orang yang tak dikenali, akhirnya dia ter'call Park Jimin. " Kau ingat aku hidup nak angkat call kau je ? "