" Cikgu biar betul ?!" Aku memandang wajah cikgu Sam dengan pandangan tidak percaya. Cikgu Sam mengangguk tanda mengiakan.
" Park Jimin dah sign borang kebenaran tu ? Jadi saya dengan dia pergi sana sama -sama ?"
" Ye, Haerin. Petang semalam dia datang jumpa cikgu."
Aku sungguh terkejut apabila cikgu Sam cakap Jimin bersetuju untuk mengikuti program matematik itu.
Siapa pula yang berjaya meracuni pemikiran senior berwajah dingin itu ?" Saya nak jumpa dialah ! Terima kasih cikgu !" Aku menunduk hormat sebelum berlari keluar dari bilik guru. Cikgu Sam hanya menggelengkan kepala.
Tiada tempat yang terlintas di fikiran aku selain perpustakaan lama yang sering dikunjungi Park Jimin. Aku gembira, tetapi aku ingin tahu kenapa dia mengambil keputusan untuk pergi. Adakah dia masih kasihankan aku ?
" Jimin sunbae !"
Aku membuka pintu utama selebarnya dan terlihatlah figura Jimin yang sedang menulis sesuatu. Wajahnya kelihatan terkejut melihat kedatangan aku. Lebih pelik, dia melindungi buku yang ditulisnya dengan buku lain.
" Apa kau nak ? Lain kali kalau nak masuk tempat orang biar beradab. Macam orang gila," ujar Jimin.
" Sunbae buat apa ? Belajar ke ?"
Aku mendekati Jimin.
" Bukan urusan kau. Aku kan bodoh, buat apa belajar."
Jimin masih menutup buku itu. Aku cuba memerhatikan pencil case yang berada di atas meja, dan kalkulator. Apa dia buat dengan semua tu ?
" Apa pandang-pandang ?" Katanya lagi.
" Sunbae ?"
" Aku dah cakap aku tak belajar."
" Kalau tak belajar kenapa meja berselerak ? Sunbae buat addmath ke ?" Aku sudah tergelak. Aku pun mengambil subjek itu, jadi aku faham bagaimana situasi pelajar apabila membuat latihan matematik tambahan itu.
Jimin memegang jinjang lehernya.
" Tak kelakar, Min Haerin."
" Kenapa kau malu nak mengaku yang kau tengah belajar ? Belajar pun swag juga," kata aku dengan ketawa yang masih bersisa.
" Aku belajar bukan untuk show off. Kalau nak berjaya mestilah kena berusaha dari bawah."
Akhirnya Jimin mengeluarkan buku latihannya dari bawah buku lain dan kembali menjawab soalan yang tidak dijawab tadi.
Aku hanya melihat dari jauh. " Sekarang aku faham kenapa cikgu beria pilih kau jadi wakil sekolah."
" Senyap."
" Jimin sunbae,"
"Apa kau na-
" Terima kasih. Aku tak tahu setan mana yang merasuk fikiran kau masa kau sign borang tu, tapi aku berterima kasih gila-gila." Aku tersenyum lebar. " Balik ni aku kena hantar susu area rumah kau, nanti aku bagi susu secara percuma. Aku blah dulu, kbye !"
Tanpa mendengar balasan daripada Jimin, aku terus berlari keluar dari perpustakaan lama itu. Sejujurnya aku malu tetapi aku harus berterima kasih kepadanya kerana sudi membantu aku dan cikgu Sam untuk program itu. Aku tahu, cikgu Sam hanya menginginkan dia dan bukan orang lain.
Terima kasih, Jimin sunbae.
" Sama-sama." balas Jimin perlahan.
YOU ARE READING
[C] Call
Short StoryApabila si gadis sangat suka call orang yang tak dikenali, akhirnya dia ter'call Park Jimin. " Kau ingat aku hidup nak angkat call kau je ? "