Langkah Taehyung terhenti, begitu juga langkah aku yang mahu berjalan seiring dengannya. Pada mulanya aku mengerutkan dahi, tidak faham mengapa Taehyung tiba-tiba memberhentikan langkahnya. Wajahnya juga berubah sedih dan pucat.
Dari awal aku sudah mengagak yang dia kini berhadapan dengan masalah.
" Chim..."
Itu sahaja yang dia sebut. Matanya terpaku pada seseorang. Aku mengikuti pandangan itu dan ya, orang itu turut memandang Taehyung.
Dan ianya Park Jimin.
Tiba-tiba aku teringatkan kejadian sewaktu aku menghantar susu. Jelas wajah Jimin berubah jengkel semasa matanya bertembung mata dengan Taehyung. Kemudian dia berlalu pergi.
" C..him.." Taehyung berkata lagi. Dia agak gelisah sewaktu Jimin pergi. Mukanya seperti ingin menangis.
" Sunbae, kenapa tangan kau menggigil ?" Aku bertanya. Dia tidak menjawab pertanyaan aku. Lidahnya seolah kaku.
" Taehyung sunbae," aku memanggil lagi.
" Woi sunbae, nak peluk tak ?"
Kali ini dia memandang aku dengan mata berkaca. Tangan aku sudah aku depakan, memberi kebenaran untuk dia memeluk aku.
Aku tahu dia sedih, aku tahu. Tapi dia tak nak tunjuk.
" Aku bukan nak tunjuk baik tapi kalau pelukan aku boleh meredakan kesedihan kau, meh lah sini. Aku peluk,"
" Siapa kata sunbae sedih ?" Soal Taehyung. Dia mencebik.
Dasar orang tua. Mata dah berkaca boleh lagi nak cover.
" Kalau tak sedih kenapa menangis ? Kelompak mata kau pun tak mampu tampung air mata kau yang berat. Lain kali jangan gagah sangat, memang kau lelaki tapi jangan lupa. Kau pun manusia juga. Jangan letak sangat perasaan sedih tu kat bahu kau. Takut kau jatuh tersungkur."
" Pelukan aku ni limited edition ok. Lepas ni aku tak akan offer kat sunbae lagi. Tawaran ditutup. Kbye." Kata aku lagi sebelum pergi meninggalkannya. Tetapi tangan aku ditahan terlebih dahulu dan badan aku dipeluk erat oleh Taehyung.
" Tolong,.. Jangan tinggalkan sunbae sorang-sorang. S..unbae dah tak ada sesiapa. Janji dengan sunbae, Rin.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Call
Short StoryApabila si gadis sangat suka call orang yang tak dikenali, akhirnya dia ter'call Park Jimin. " Kau ingat aku hidup nak angkat call kau je ? "