33

293 33 1
                                    

" Woi Jiyoon !" Aku menegur perempuan gila yang berada dihadapan tempat duduk aku itu. Dia tidak menoleh kerana sibuk membuat sesuatu pada buku tulisnya. Belajar barangkali.

Sebenarnya itu yang membuatkan dia gila, kerana perempuan tu tak pernah belajar seumur hidup dia. Macam manalah dia boleh duduk kelas depan.

" Woi !" Aku memanggilnya lagi.

" Apa kau nak ?" Jiyoon menoleh dengan muka masam dan berkerut. Aku tersengih sinis. Patutlah struggle semacam. Buat addmath rupanya !

" Kau nak aku tolong tak ? Muka macam cicak beranak,"

" Thanks but no thanks," balas Jiyoon sebelum kembali membuat latihan. Aku mencebik. Dah tak pandai tak nak tanya. Nanti tak kesudah bodoh kau tu.

Tapi peliklah juga. Beberapa minggu kebelakang ni, dia jarang buli aku. Kawan-kawan dia pun aku dah tak nampak. Selalunya ada je idea syaiton dia nak kenakan aku.

Lantak dialah.

" Yo Hae !" Tiba-tiba figura Sunny yang membuka pintu belakang dan menyapa dengan senyuman kelihatan. Dia mendekati aku.

" Sekarang kan waktu PJ. Jom lah team dengan aku." Kata Sunny. Aku menaikkan kening, pelik dengan Sunny. Aku juga sedar yang satu kelas sedang memerhatikan kami.

" Aku tak minat sukan. Sorry," aku membalas.

" Exactly, Hae. Si malaun Sungwoon tu kata kau selalu ponteng PJ sebab kau tak ada kawan. Sekarang aku dah jadi kawan kau, aku kenalah ajak kau sekali. Jom kita tukar baju."

Sunny menarik tangan aku keluar dari kelas dan berjalan ke bilik persalinan perempuan. Tetapi sampai di tengah jalan, langkah aku terhenti.

" Weh, aku tak bawa baju sukan."

" It's okay. Aku ada bawa lebih."

" Tunggu kejap !" Aku menahan tangan Sunny yang ingin berjalan semula. Aku memandangnya dengan wajah pelik.

" Kenapa kau ajak aku ? Mana kawan kau ?" Soal aku.

" Kaulah kawan aku, Hae."

" Selain aku ?"

Sunny mengeluh. " Ok fine, aku sebenarnya tak ada banyak kawan. Macam kau." Katanya.

" Kau tahu kan yang bapak aku polis pencen dan dia satu-satunya ayah yang aku ada. Dia terlalu protective sampai semua orang tak nak kawan dengan aku. Si pendek itu jelah yang sanggup tahan kencing nak berdepan dengan bapak aku."

Aku dan Sunny ketawa. Hal itu aku tahu kerana Sungwoon pernah terlepas cakap.

" Tetapi macam mana dengan aku ?"

" Kau lain, Hae. Aku yakin bapak aku akan sukakan kau."

" Patutlah masa kau masuk kelas aku semua pandang. Aku berkawan dengan anak bekas polis rupanya."

Aku menggelengkan kepala.

[C] CallTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang