45

271 30 0
                                    

" Tae sunbae, buat apa kat sini ?" Soal aku apabila melihat Taehyung berdiri di hadapan rumah Jimin. Disebabkan aku sudah berjanji yang aku akan memberikan susu percuma kepada Jimin, aku berjalan kaki ke rumahnya.

Taehyung terkejut melihat aku di sini. Baru dia ingin membuka mulut, Jimin tiba-tiba mencelah dari belakang aku.

" Apa kau buat dekat depan rumah aku ?" Aku tidak tahu dia bertanyakan kepada siapa tetapi matanya tajam merenung wajah Taehyung yang sudah menunduk.

" Aku hantar susu. Nah, ini untuk kau."

" Aku tak suka susu. Susu yang kau bagi tiap-tiap minggu pun aku tak minum." Balas Jimin.

" Jimin.." Taehyung mula bersuara. " A..ku..

" Aku dah cakap kan, jangan sebut nama aku dengan mulut sial kau. Kau nak mati ke ?" Laju saja Jimin membalas lancang.

Jimin mengambil sekotak susu dari tangan aku. " Thanks untuk susu ni. Kau boleh balik."

Dia membuka pintu pagar rumahnya dan memandang kearah Taehyung.

" Masuk."

Aku hanya memerhati dua orang lelaki itu masuk ke dalam rumah. Sebenarnya aku kurang pasti sama ada mereka ni ada hubungan dalam bentuk apa. Kawan atau keluarga. Nampaknya Jimin macam tak suka Taehyung.

Tapi mata dia cakap lain. Apa maksudnya ?

Jimin pov

" Baliklah rumah Jimin. Ayah kau rindu kau."

Aku ketawa sinis. " Bullshit,"

Rasa kelakar pula bila dia cakap orang tua tu rindu aku. Semua dalam rumah tu memang pasang wayang, sesuai jadi pelakon hebat.

" Kau tak rindu kita yang dulu ke ?" Soal Taehyung membuatkan aku bengang. Dia menundukkan wajahnya. " Aku rindu,"

Aku mencengkam kolar leher baju sekolahnya.

" Jangan cakap pasal kita kalau kau dengan mak kau punca keluarga aku musnah. Lepas mak kau rampas bapak aku, mak aku mati, bapak aku buang anak kandung dia sendiri, mak kau upah orang belasah aku, kau ingat aku akan senang-senang maafkan aku ? Kau punya hidup jangan selfish sangat ! Bukan kau sorang yang nak bahagialah sial !" Ringan saja tangan aku melayangkan penumbuk ke wajahnya.

Entah kenapa, aku mula jadi sensitif. Mungkin kerana aku terlalu memendam.

" Tolong jangan rosakkan hidup aku lagi. Aku tak minta banyak, tolong jangan munculkan diri kau depan aku. Aku tak nak tengok muka kau, mak kau, atau bapak tiri kau dalam hidup aku. Korang dah lama mati, Tae."

" Berambus dari rumah aku sekarang."

" Chim.. "

" Keluar."

"  Kenapa aku yang kena tanggung kesalahan mak aku ? Kenapa kau buat aku macam ni ? Kau ingat kau sorang je tak bahagia ? Aku pun tak bahagia ! Aku hilang kau, aku hilang ayah kandung aku ! Aku tak pernah minta mak aku untuk kahwin dengan ayah kau, Chim. Mungkin mak aku memang nak harta ayah kau, tapi aku cuma nak kawan aku balik. Aku tak pernah minta apa-apa dari kau, Chim."

" Kalaulah aku boleh hentikan perkahwinan mak aku dengan ayah kau lima tahun lepas, mesti kita masih rapat macam dulu kan ?"

Aku tidak pernah menafikan yang aku gembira menjadi kawannya sebelum perkahwinan itu berlangsung. Tapi itu sudah terlambat. Kesengsaraan aku selama lima tahun ini tiada sesiapa yang peduli.

" Kenapa baru sekarang ? Dulu, ya. Memang aku perlukan kau. Tapi sekarang kau dah aku anggap macam sampah. Kau tak layak Park Taehyung. Tak layak."

" Sebelum aku panggil polis, baik kau keluar."

" Park Jimin." Taehyung memanggil aku, tetapi nadanya kedengaran dengan lebih keras.

" Keep it in your freaking mind, my name is Kim Taehyung." Lalu dia keluar dari rumah aku. Aku mendengus.

" Fuck off."

[C] CallWhere stories live. Discover now