Jimin POV
Dari satu rak ke satu rak yang lain, semuanya kelihatan usang dan berkarat. Buku-bukunya juga sudah banyak yang koyak dan kekuningan. Tetapi mata aku sangat nyaman memandang suasana sekeliling aku.
Semua ini mengingatkan aku pada mendiang mama. Hanya ini saja dia tinggalkan untuk aku sebelum dia pergi.
Buku yang pernah dicapai oleh Haerin itu aku keluarkan dari rak dan menyelak satu demi satu helaian sehingga satu helaian yang mempunyai satu keping gambar di dalamnya.
" Chim rindu mama," ujar aku dengan mata yang berkaca.
Gambar yang dikoyak separuh itu aku tekupkan ke dada. Merasai aura kehangatan pelukan si ibu yang sudah lama tidak berjumpa. Cuma gambar saja untuk aku lepaskan rindu.
" Sejujurnya Chim sunyi kat dunia ni. Tak boleh ke mama bawa Chim ke dunia mama ? Kita boleh berborak banyak-banyak. Tiada siapa yang boleh Chim percaya dekat sini." Adu aku.
" Papa selalu bandingkan mama dengan perempuan tu. Dia selalu salahkan mama sebab lahirkan Chim yang tak berguna ni...
Perempuan tu memang celaka. Dia cuba bunuh Chim dua kali. Kalau ikutkan nafsu, sudah lama Chim bunuh dia. Tapi Chim sayang dan selalu ingatkan mama. Jadi, Chim cuma pendamkan jelah...
Taehyung... Anak perempuan celaka tu. Dasar kawan talam ! Chim menyesal kawan dengan dia. Tapi kan mama... Kenapa dia selalu buat Chim rasa bersalah ? Dia selalu buat Chim tak tentu arah." Rungut aku. Sesekali aku mengelap air mata.
" Ada lagi sorang. Chim tak kenal dia, tapi dia satu sekolah dengan Chim. Buat masa ni, Chim belum bersedia untuk berjumpa dengan dia."
Selepas itu aku mengeluh. " Dan Min Haerin.."

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Call
Cerita PendekApabila si gadis sangat suka call orang yang tak dikenali, akhirnya dia ter'call Park Jimin. " Kau ingat aku hidup nak angkat call kau je ? "