13

356 35 0
                                    

Selepas waktu persekolahan, pelajar-pelajar yang bertugas akan mengemas kelas. Aku bertugas pada hari ini.

Tapi.. Kenapa tak ada orang ?

" Park Woojin."

Aku memanggil Woojin yang sibuk mengemas barangannya. Dia ni setiausaha kelas, merangkap ketua gossip kelas A. Dia menoleh kearah aku.

" Yo, apahal ?" Dia membalas.

" Mana budak-budak bertugas yang lain ? Kalau cikgu tahu macam mana ?"

Woojin mengerutkan dahinya.

" Kau lupa ke hari ni hari jadi Jiyoon ? Dia ajak semua budak kelas datang rumah dia lepas balik sekolah. Aku nak pergi rumah dialah ni," kata Woojin. Aku sudah terdiam. Patutlah Jiyoon ada jeling aku dalam kelas tadi.

" Ok. Have fun,"

" Eh ! Kau tak nak pergi sekali ke ?" Soal Woojin. Aku menggeleng.

Tak kuasa aku nak sàmbut birthday perempuan gila tu. Baik aku hantar susu.

" Aku ada hal. Jumpa esok,"

" K,bye."

Selepas Woojin keluar dari kelas, aku duduk di kerusi dan mengeluarkan buku nota kecil berwarna biru.

Aku tahu kalau aku cakap benda ni, semua orang akan gelakkan aku.

Hmmm.. Aku suka buat puisi.

Buku biru itulah jadi saksi yang aku penggemar puisi dan aku mampu membuat puisi aku sendiri.

Jika kau merasakan dunia ini tidak berpihak pada kau,
Lihatlah timbunan awan yang pelbagai reka,
Dunia in-

Bam ! Tangan aku terhenti daripada menulis. Gugur jantung aku apabila mendengar bunyi pintu seakan dihempas kasar. Setahu aku, cuma aku sahaja yang belum balik.

Cepat-cepat aku mengemas barang aku sebelum bunyi lain pula yang muncul.

ARGH ! SIAL !

Ya ampun bunyi apa pula tu.

Aku terus berlari keluar dari kelas dengan segera. Sudah tidak boleh berpaling lagi. Bukan aku tak tahu sejarah sekolah ni dulu.

Malas nak bercerita. Baik aku hantar susu balik nanti.

" Aku dah cakap kan aku tak nak balik rumah !"

Aku terdiam. Suara ini lagi. Dekat luar bangunan sekolah pun masih angker ke tempat ni ?

" Kamu tak kesian ke dengan papa ? Mama dengan adik kamu dah tunggu kat rumah." Ada lagi satu suara menerpa ke telinga aku.

Makin lama aku berjalan ke pagar sekolah, makin jelas suara suara itu.

" Aku tak ada adik. Mak aku dah mati !"

" Park Jimin !"

Oh mak kau Park jimin  ! Kus semangat !

" Diorang cuma anak isteri kau. Diorang tak ada kena mengena dalam hidup aku."

" Kenapa Jimin ? Kenapa kamu tak boleh jadi baik macam adik kamu. Dia hormat papa, dia hormat kamu sebagai abang tiri dia !"

" Kau yang buat aku macam ni. Kau pilih orang luar berbanding aku dengan mama. Ini semua salah kau,"

Aku hanya memerhati perbualan antara Jimin sunbae dan ayahnya. Haih.. Kalau aku jumpa dia mesti dalam keadaan marah. Tak pernah aku nampak dia senyum.

" Jadi kamu cuma nak salahkan papa ? Habis tu kamu tak salah lah ?!"

" Ya, aku memang salah ! Aku salah sebab biarkan mak aku mati lepas kau kahwin lain ! Aku sepatutnya bunuh kau dulu lah !"

Akibat terlalu khusyuk menonton, aku tidak sedar Jimin  menyedari kehadiran aku di situ.

" Aku cuma nak kau tahu yang aku boleh hidup tanpa bapak tak guna macam kau !"

Jimin terus menarik tangan aku lalu pergi bersama-sama. Aku sudah terkejut tahap beruk. Apahal mamat ni tiba-tiba tarik tangan aku sekali.

Jauh jugaklah dia bawa aku sehingga sampai di perhentian bas. Kemudian dia melepaskan tangan aku dan duduk di kerusi.

Dia langsung tidak memandang aku sebaliknya hanya memerhati jalan raya yang sesak dengan kenderaan. Aku juga malas bersuara, jadi hanya duduk di sebelah Jimin sunbaenim.

" Ni nak tanya, seronok tengok drama tadi ? Berapa bintang ?"

[C] CallWhere stories live. Discover now