25

315 33 0
                                    

" Jimin dah lima hari tak datang sekolah ?" Riak wajah En. Park mula berubah setelah mendengar penjelasan daripada guru kelas Jimin di corong telefon. Tangannya digenggam kuat.

" Baiklah, cikgu. Terima kasih," balas En Park sebelum mematikan talian. Puan Park dan Taehyung terkejut apabila genggaman En Park tadi menghentak meja makan. Namun mereka tidak berani membuka mulut untuk menayakan apa-apa soalan.

" Taehyung." En Park memanggil.

" Y..a,"

" Kenapa kamu tak beritahu appa yang Jimin dah lima hari tak datang sekolah ? Kamu tahu dia pergi mana ?"

Taehyung terdiam. Sudah tentu dia tahu tentang ketidakhadiran Jimin di sekolah. Dia fikir Jimin cuma tidak datang sehari dua. Sekarang sudah lima hari. Taehyung sedikit resah.

" Maaf uncle, Tae tak tahu. Lima hari ni Tae langsung tak dapat contact dia." Kata Taehyung. Kemudian dia merenung kearah ibunya yang hanya beriak selamba. Dia mula berasa tidak sedap hati.

Puan Park yang menyedari renungan anaknya itu terus berdehem kekok. Cuba untuk berlakon normal.

" Cuba abang fikir positif. Mungkin Jimin pergi bercuti ke atau pergi mana-mana tempat yang boleh hilangkan tekanan dia. Dia kan masih sedih dengan kematian mama dia." Puan Park bersuara.

" Tapi tak akanlah sampai ponteng sekolah ! Saya tak pernah ajar anak saya macam ni !" Bentak En Park, tidak berpuas hati dengan kata-kata Puan Park.

" Tak. Jimin tak akan buat macam tu." Celah Taehyung. Dia bangun dari tempat duduknya. " Tae kenal perangai dia macam mana. Jadi tolong... Jangan membuta tuli dengan mendengar penjelasan daripada sebelah pihak je." Selepas itu, Taehyung melangkah jauh dari dapur dan bergerak ke beranda rumah.

Jimin. Orang yang selalu mengambil tentang dirinya mula menjauhkan diri. Dia dibenci oleh lelaki itu kerana dituduh membunuh ibunya dan mengambil kesempatan keatas kekayaan keluarganya.

" Sial. Aku rindu kau," gumam Taehyung perlahan.

Taehyung ingat selepas ibunya berkahwin dengan ayah Jimin, mereka akan menjadi lebih rapat. Tetapi lain pula jadinya.

Taehyung mendekatkan telefonnya ke telinga. Entah kenapa, air matanya murah pada malam itu.

Sudah beratus kali dia cuba menghubungi Jimin tetapi dia seakan dihiraukan. Dia tahu Jimin tidak berkeinginan untuk menjawab panggilannya.

Tetapi... Taehyung berharap sangat lelaki tak guna itu menjawab panggilannya kali ini.

Eh cibai, kau nak aku block kau ke apa hah ?!

[C] CallWhere stories live. Discover now