Airis menghembuskan nafasnya. Dia sekadar memerhati bilik yang sudah lama dihuninya. Selamat tinggallah bilik kesayanganku. Sebelas bulan lagi kita jumpa ya. Berat sangat rasa hati ini untuk meninggalkan keluarga aku. Sebelas bulan itu bukannya tempoh yang sekejap. Lama sangat! Aku memang tidak pernah berpisah dengan mereka. Sedihnya."Semua sudah siap Ris?" Soal Puan Fitri kepada anaknya.
Airis angguk. "Sudah mama."
"Betul?"
"Mama jangan risaulah." Airis memberikan kepastian. Dia tahu mamanya risau.
Arisa duduk di sisi Puan Fitri dengan riak wajah yang sedih. "Mama, perlu ke Kairis pergi tinggalkan kita? Bosanlah Isya kalau Kairis tiada." Ujar Arisa dalam nada sedih. Aufa dan Azkar sekadar menunggu jawapan dari persoalan kakaknya itu.
Puan Fitri angguk sambil tersenyum. "Sekejap sahaja Kairis pergi. Bagilah peluang pada Kairis untuk merasa pergi ke sekolah."
"Tapi ma.."
Airis gelak. "Haish adik Kairis ini, sejak bila tidak boleh berpisah dengan Kairis? Isya kenalah bagi peluang dekat Kairis. Kairis pun teringin hendak pergi ke sekolah."
"Tapi janganlah masuk asrama." Balas Arisa sambil mencebik.
Encik Amsyar datang dan menggosok kepala Arisa. "Kairis pergi sekejap sahaja. Selepas sebelas bulan nanti dia baliklah." Arisa sekadar mengangguk lemah. "Ris ingat pesan papa. Jangan cari gaduh dengan dia. Be nice to him. Please!"
Airis sengih. "Okay papa."
"Betul ke? Abang Af tidak percayalah Ris akan be nice to him kalau dia degil sangat." Tambah Afsar sambil tersenyum nakal kepada adiknya, Airis.
Airis menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal. Abang Af memang pandai membaca apa yang sedang bermain difikirannya. "Abang Af ini, kotoran itukan tidak boleh dihindari mahupun dibiarkan tetapi untuk dibersihkan. Pandai-pandailah Ris bersihkannya."
"Ya memanglah. Tapi kalau kotoran itu tidak pun dihindari mahupun dibiarkan cuma Ris guna cara yang berbeza untuk bersihkannya, tetap hilang ke? Abang Af kenal adik-adik abang macam mana orangnya."
"Tahulah Ris nak buat apa." Airis tarik sengihnya sekali lagi. Yang pasti cukup sahaja sebelas bulan aku dan dia akan kembali ke keluarga ini. Itu janji aku.
YOU ARE READING
Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔
FantasyPertemuan mereka selepas terpisah lama bukanlah pertemuan tangkap sedih dan rindu tetapi pertemuan itu telah mencetuskan fenomena yang tersendiri. Airil yang keras kepala dan ego tidak pernah dapat menerima Airis kembali dalam hidupnya. Baginya Airi...