Bab 30 & 31

2.8K 188 1
                                    

30
  Farril Airil menghempas kuat pintu biliknya. ‘Dush!’. Membuatkan semua penghuni bilik D12/1 terperanjat bukan kepalang. Nasib baik sempat Qausar menyelamatkan mugnya dari terjatuh. Dia membuat muka pelik kepada Airil. Kenapa pula kawan aku seorang ini? Sudah lama dia tidak menghempas pintu. Qausar mendekati Airil yang sudah terbaring di atas katilnya dan menutup mukanya dengan bantal.
  Rayyn yang baru sahaja selesai mandi memasang telinga. Pintu bilik D12/1 terbuka sekali lagi semua mata tertumpu kepada Daniel kecuali Airil. Daniel perasan ada sesuatu yang pelik. Tidak silap aku setakat ini aku tidak buat apa-apa kesalahan lagi. Daniel memandang ke arah Rayyn untuk mendapatkan kepastiaan, Rayyn hanya sekadar menggeleng dan menunjukkan ke arah Airil.
  “Kau kenapa Ril?” Soal Qausar yang cuba mendekati Airil.
  Airil membisu.
  “Ril Miss Erliya buat hal lagi ke? Dia ada marah-marah kau ke?”
  “Ini tiada kaitan dengan Miss Erliyalah.”
  “Sudah itu siapa yang buat kau bengang sampai nak roboh pintu bilik ini?”
  Airil mengeluh sambil mengalih bantal yang menutup mukanya. Dia memandang Qausar sekilas. “Budak itu memang mulut puaka betul. Sakit hati aku.”
  “Budak mana pula ini Ril?” Soal Qausar pelik.
  “Si Farris Airis sengal itulah. Mulut dia memang puaka betul. Aku rasa puas dapat tampar dia tadi. Kalau ikutkan akal aku yang geram ini memang aku cincang-cincang dia terus. Nasib baik aku waras lagi tadi.” Balasnya selamba.
  “Kau tampar dia? Seriously? Kenapa tiba-tiba ini, apa yang puaka sangat sampai kau tampar dia. Cuba kau dengan aku.” Soal Qausar dalam nada curious. Mana tidaknya sampai main tampar-tampar, ini sudah kes teruk.
  “Ada ke patut budak itu cakap yang aku ini tidak pernah hormat perasaan mama dan papa aku. Lepas itu boleh pula dia cakap aku tiada perasaan sayang pada keluarga aku. Woi sejahat-jahat aku pun, aku ada juga perasaan tidaklah lupa terus dekat dia orang. Tapi aku nak tanya kau, aku silap ke? Aku ke yang salah?”
  Qausar manganggukkan kepalanya sambil cuba meredakan kemarahan Airil. Dia tahu Airil benar-benar tertekan saat ini. “Dia tidak sengaja itu, mungkin dia tidak tahu dan tidak faham apa yang kau rasakan.”
  “Tapi aku silap ke? Bukan dia orang ke yang pinggirkan aku, lupakan aku.” Balasnya dalam nada tertekan.
  “Bukan silap kau Ril. Kau tidak silap.” Tambah Qausar Izraan memujuk.
  Airil diam mengeluh.
  Tiba-tiba Qausar tersengih nakal. “Sejak bila kau pandai berdrama Ril?”
  Baru sahaja Airil ingin membaringkan semula badannya, dia menoleh dan mencebik ke arah Qausar. “Berdrama apanya, aku tengah serius ini boleh pula kau nak bergurau.”
  “Yalah kau cuma nak luahkan perasaan saja. Sudah padam semuanya yang pahit dan tidur supaya hilang masalah kau itu.” Tambah Qausar dalam nada nasihat. Dia hanya mengharapkan tiada dendam antara Airil dengan Airis. Cukuplah Danish dan Daniel sahaja yang bermasam muka. Manakala Rania dan Rayyn bukanlah bermusuh cuma macam ada tembok yang menghalang mereka. Tembok yang cukup tinggi.
  “Hmm.” Airil mengiakan. Kenapa pula budak itu nak salahkan aku? Aku ke yang salah dalam hal ini? Bukan aku yang sengaja. Bukan aku yang silap. Tapi mereka yang tidak pernah penuhi janji-janji mereka sebelum ini. Aku yang salah ke? Bisik Airil dalam hatinya.

  “Kau tidak rasa pelik ke perangai Airis sejak kebelakangan ini? Macam-macam cerita pasal dia. Itu yang sampai kena lempang dengan Airil. Aku rasalah.” Ujar Rayyn sambil menyuap makanan ke mulutnya. Sengaja dia nak membangkitkan sekali lagi nama Airis depan Daniel.
  Daniel mengangkat sebelah keningnya. “Pelik yang macam mana maksud kau?” Soalnya walau sebenarnya dia faham apa yang Rayyn cuba maksudkan.
  “Entah tidak pasti juga. Tapi dia okay ke atau sebenarnya dia ada masalah sampai dia tidak dapat nak fikir bila nak bercakap? Main redah saja.” Balas Rayyn. Tapi Airis memang bercakap suka redah saja. Tiba-tiba dia tersenyum apabila teringat masa first time berkenalan dengan insan yang bernama Farris Airis. Sampai dia terfikir budak tiga suku manalah yang tersesat depan dia hari itu.
  “Diakan memang selamba.” Daniel juga turut tersenyum bila melihat Rayyn tersenyum. Disebabkan itu juga dia kenakan Airis sebelum Airis ingin kenakannya dulu.
  “Yang kau senyum kenapa?”
  “Kau yang senyum dulu.”
  Sama-sama mereka melepaskan tawa.
  “Kau marah dia lagi?”
  “Siapa?” Soal Daniel. Dia tahu siapa yang dimaksudkan Rayyn.
  Buat-buat tidak tahu pula Daniel ini. “Airis.”
  Daniel mengangkat kedua belah bahunya. Dia tidak marah pun Airis pasal yang sudah berlalu itu. Bukan salah Airis pun. Dia pun tidak marah tentang apa yang dia terdengar tadi. Daniel mengalihkan pandangannya ke arah Airis yang asyik bersembang dengan Zufar Zufairy dan Aulia Addin.
  Aku tengok dia okay sahaja. Tiada langsung pada riak wajahnya menunjukkan dia ada masalah. Ala biasalah Airiskan jenis kalau cakap bersahaja. Petang tadi aku tengok dia memang macam sengaja nak bergurau dengan Airil. Daniel merenung tepat ke mata Airis terasa ingin mendengar suara hati Airis yang berbicara. Apa guna kalau ada kelebihan ini, kalau tidak digunakan.
  ‘Apa maksud semua itu? Kenapa sejak kebelakangan ni aku asyik mimpi benda-benda yang mengerikan itu. Kalaulah mimpi ngeri itu jadi realiti macam mana? Ianya sangat menakutkan. Atau mimpi itu hanya mainan tidur sahaja.’ Suara hati Airis berbisik tetapi dia tetap mengukirkan senyuman kepada Zufar dan Addin. Seolah-olah dia langsung tiada masalah yang bermain difikirannya.
  Daniel tersentak. Apa maksud Airis? Mimpi ngeri apa yang mengangu tidurnya? Bila difikirkan balik sekarang ini Airis dalam masalah, mungkin dia tiada tempat untuk mengadu dan meluahkan segala yang membebani fikirannya. Mungkinkah kalau aku tidak ignore dia lagi dia akan ceritakan pada aku. Ya kami masih berpegang pada perjanjian dua sama itu.
  “So kau marahkan dia lagi ke?” Sekali lagi Syamin Rayyn bertanya.
  Daniel menggeleng. “Tidak. Aku tidak marahkan dia.”
  “Kau tanyalah apa masalah dia. Mungkin dengan kau dia akan ceritakan. Aku tanya dia, dia mesti akan ubah topik lain. Mungkin dia nak kau yang menjadi pendengar setia dia.”
  Terangkat sebelah kening Daniel.
  “Betul apa.” Tambah Rayyn sambil tersengih nakal.
  “Kau memang suka merepek Rayyn.”
  “Terpulanglah.”
  Aku pun tidak tahu nak mulakan macam mana balik. Ego agaknya aku ini. Aku tahu Airis langsung tidak letakkan kemarahannya pada aku walau aku langsung tidak melayan dia bercakap. Tetapi dia tetap mencuba untuk berbaik dengan aku macam biasa. Hmm mungkin aku akan cuba untuk berbaik dengannya kembali. Biarlah orang nak cakap apapun, akukan sudah buat perjanjian dua sama dengan Airis dulu. Tak akan aku yang mungkir janji pula.


Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now