Bab 68

3K 204 4
                                    

68
‘When you’re feeling down, remember that God is always there to lift you up.’
  “Jantung kamu sihat Airis.” Ujar Dr Ilham.
  Sedikit sebanyak melegakan Airis. “Tapi saya selalu rasa sakit didada.”
  “Itu disebabkan ubat yang disabotaj oleh seseorang dulu. Tapi ianya tiada kesan sekarang. Cuma disebabkan jantung kamu itu milik aslinya ialah manusia biasa ia tidak dapat menampung kekuatan kelebihan istimewa yang kamu miliki Airis. Kamu akan merasa sakit setiap kali kamu menggunakan kelebihan istimewa itu.” Jelas dr Ilham panjang lebar.
  “Setiap kali?” Lemah soalan Airis.
  Dr Ilham mengangguk. “Ya setiap kali.”
  Airis mengeluh. Tiada gunanya dulu dia buat pemindahan jantung kalau rasanya tetap sama. Sakit sangat. “Doktor memang tidak ada cara lain ke?” Aku pun teringin nak sihat macam orang lain. Tidak perlu makan ubat. Tidak perlu pergi hospital.
  “Melainkan kamu dapat jantung dari manusia Maya yang sesuai dengan kamu Airis.” Ayat Dr Ilham betul-betul masuk ke telinga aku. Jantung baru?
  Hmm… satu keluhan berat dan panjang dilepaskannya. Rasa macam nak menjerit pun ada. Kenapa harus aku yang lemah yang ada penyakit yang macam-macam ini?! Hmm… sekali lagi dia melepaskan keluhannya. Lagu yang bermain dari ipodnya bermain-main disanubarinya. Dulu aku selalu berfikir yang hidup aku ini cuma sekejap sahaja, aku sering ingat tentang mati dan mati. Hari-hari. Tapi akhir-akhir ini aku khilaf, aku hampir lupa tentang kematian apabila Allah anugerahkan aku jantung baru untuk aku teruskan hidup macam manusia biasa.
  Mungkin disebabkan kekhilafan aku itu, Allah tarik balik nikmat kesihatan jantung aku. Allah nak ingatkan aku semula tentang kematian itu pasti, bila tiba masanya. Masanya pasti tiba, dan bila tiba masanya tiada siapa yang mampu hindari dan tiada siapa yang akan terlewat walau sesaat pun. Dugaan tentang siapa aku, betul-betul perit untuk aku pikul, lebih-lebih lagi penyakit itu akan serang ketika aku cuba untuk menggunakan kelebihan itu.
  Saat tiba nafas di ujung hela
  Mata tinggi tak sanggup bicara
  Mulut terkunci tanpa suara
  Bila tiba saat berganti dunia
  Alam yang sangat jauh berbeda
  Siapakah kita menjawab semua
  Pertanyaan…
  Bila nafas akhir berhenti sudah
  Jantung hatipun tak berdaya
  Hanya menangis tanpa suara
  Hmm… keluhan ketiga dia lepaskan. Aku tidak patut lupa dirikan?
  “Berapa banyak kali kau nak mengeluh?” Sergah satu suara yang begitu hampir dengannya. Sejak bila pula dia ini masuk wad aku? Musykil. Musykil. “Kau tahu, Allah tidak suka hambanya mengeluh?”
  “Biarlah.” Balas Airis tanpa riak.
  Airil berjalan mendekati katil yang diduduki Airis sambil bibirnya mengukir senyuman yang macam ikhlas dimata Airis. Airil menghulurkan tangannya macam meminta sesuatu. Terangkat sebelah kening Airis dengan telatah tiba-tiba mamat senget kepala batu a.k.a Airil senget.
  “Nak dengar.” pintanya tiba-tiba.
  Airis buat muka blur yang tak terkata. “Dengar apa?” Sambil menggaru kulit kepalanya yang tak gatal langsung tu.
  “Lagu yang kau dengar dekat earphone kaulah. Itu pun kena fikir ke?” Balas Airil mendatar.
  “Oh. Cakaplah awal-awal.” Sambil menghulurkan earphone disebelah kanan telinganya.
  Mati tak bisa untuk kau hindari
  Tak mungkin bisa engkau lari
  Ajalmu pasti menghampiri
  Mati tinggal menunggu saat nanti
  Kemana kita bisa lari
  kita pasti mengalami
  mati…
  Airil tergamam dengan lirik lagu yang didengarinya. Airis dengar lagu tentang mati? Mesti dia asyik fikir sahaja, tambah-tambah lagi tentang itu. ‘Hmm’ satu keluhan lemah dilepaskan. Keluhan yang itu menyebabkan Airis tersenyum.
  “Ril kata Allah tidak suka hambanya mengeluh.”
  Airil diam.
  Aku ada salah cakap ke dengan dia ini. Pelik! Sejak kebelakangan ini Farril Airil memang pelik! Dia langsung tidak mengungkit apa yang telah aku lakukan dulu. Pelik.
  “Aku minta maaf.” Ujar Airil memberanikan diri.
  Berkerut dahi Airis. “Maaf? untuk?”
  “Untuk semuanya.” Dia menarik nafas panjang. “ Aku nak minta maaf sebab aku selalu berkasar dengan kau, aku tidak pernah nak ambil tahu tentang kau, aku sering cari salah kau, aku sering ucap kata-kata kesat dekat kau dan aku tidak pernah nak ambil tahu yang kau sakit selama ini. Aku selalu anggap kau punca aku hilang kasih sayang tapi sebenarnya tidak, aku yang bodoh tidak pernah nak ambil tahu kenapa dan mengapa mama dan papa hantar aku ke sini bukan kau. Aku asyik nak cari kesalahan kau sahaja. Aku ini bodoh bukan?”
  Airis menelan air liurnya, gulp! Dia tergamam terdiam terhilang kata-kata dan segala ‘ter’ lah yang dia alami sekarang. Tidak sangka itu yang bakal keluar dari mulut mamat senget kepala batu yang dia fikir keras yang teramat sangat hatinya, yang egonya tinggi melangit, akan cakap macam itu tadi.
  “Kau dengar ke tidak apa yang aku cakap tadi?” Soal Airil sebaik saja melihat Airis diam membisu.
  Airis tersengih. “Dengarlah. Apa yang Ril cakap itu memang betul pun dan Ris sudah lama maafkan Ril. Err tapikan Ris rasa Ril tidak bodoh, Cuma..”
  “Cuma?”
  “Ego saja lebih dan keras kepala.”
  Airil ketawa dengan jawapan yang diberikan.
  “Kenapa?”
  “Jawapan yang sama dengan Nia.”
  “Itu bermakna Ril memang ego dan keras kepala.”
  “Aku tahu.” Airil menarik kerusi yang berdekatan dengannya dan duduk. Beberapa minit Airil diam.
  Airis sekadar memerhati. Lucu rasanya Airil dah boleh berbaik dengannya. Rasa nak menjerit bagitahu mama dan papa sekarang ini. Mama papa Ris berjaya mencairkan hati seketul ais batu ini. Ais batu yang bukan sebarang ais batu tapi yang konkrit punya. Ada ke?
  “Kau rasa mama dan papa akan maafkan aku ke?”
  “Kenapa pula mereka tidak mahu maafkan Ril?” Soalan yang dibalas dengan soalan.
  Dia ini sengaja buat aku geram ke? “Yalah akukan kurang ajar dengan mereka masa hari itu.”
  Airis senyum. “Ril tidak usah risaulah. Mama dan papa mesti tidak tinggal pun sedikit kebencian mahupun kemarahan dekat Ril. Sebab mama dan papa terlampau rindu dan sayangkan Ril.”
  Ada sedikit riaksi kelegaan diwajah Airil. “Betul?”
  Airis sekadar menganggukkan kepalanya. “Tapikan kenapa Ril marah sangat pada Ris dan mama dan papa? Lagipun memang sedia maklum kalau manusia Maya dilahirkan kembar salah seorangnya akan dipilih secara random untuk masuk ke Wonderful Academic. Memanglah mereka pilih Ris dulu tapi tidak salahpun kalau Ril yang masuk dulu.”
  “Malaslah aku nak buka cerita yang menyakitkan hati aku.” Balasnya acuh tidak acuh. Tidak terfikir pula yang Airis akan bertanyakan soal itu.
  Airis mencebik. “Ris nak tahu juga apa sebabnya. Kenapa Ril?”
  Dia melepaskan keluhnya. “Masa aku daftar masuk sini dulu, nama aku tiada dalam senarai nama pelajar ketika itu. Tapi nama kau yang ada. Mulanya aku hairan juga kenapa nama kau yang ada sebab mama dan papa cakap aku yang terpilih untuk masuk dulu. Aku malas nak ambil pusing. Secara tidak sengaja aku terdengar Miss Erliya cakap yang memang sepatutnya kau yang masuk bukan aku. Mama dan papa yang hendak aku yang masuk. Masa itu aku rasa sakit sangat hati dengan Miss Erliya dan yang paling sakit hati, berita itu tersebar di seluruh Wonderful Academic yang mengatakan aku anak yang tidak diperlukan oleh mak bapak sendiri.
  Aku rasa sakit hati dan marah pada orang yang menyebarkan benda itu. Miss Erliya datang pada aku dan memujuk. Dia beri kata-kata yang menyebabkan aku bertambah sakit hati.”
  Airis tertarik. “Apa yang dia katakan?”
  “Dia cakap mama dan papa tidak sayangkan aku sama seperti dia sayangkan kau. Masa itu aku hanya budak kecil mestilah aku cepat percaya. Tapi aku cuba juga dapat jawapannya sebab mama dan papa sudah berjanji untuk melawat aku masa hari lawatan keluarga. Aku tunggu sampailah gelap. Tapi batang hidung pun aku tidak nampak. Pada akhir tahun aku nak balik tapi rasa sakit hati datang lagi. Tahun kedua sampailah tahun keenam aku tunggu juga dipintu Bukit Maya, jawapannya tetap sama. Mama dan papa tiada juga datang lawat aku. Dan aku pun sudah tawar hati pada mereka.
  Bila kau cerita semuanya pada aku masa itu. Serius aku langsung tidak percaya. Dan bila Ermin bagitahu yang kau sakit selama ini, aku terfikir untuk bertanya Miss Erliya tentang apa yang kau bagitahu aku dulu. Jawapannya memang menyakitkan hati. Dia memang sengaja upah pegawal yang jaga pintu Bukit Maya supaya bagitahu aku yang mama dan papa aku tiada dibukit Maya. Walhal setiap tahun mereka datang sebenarnya. Dan dia jugalah penyebar berita palsu masa aku kecil dulu.” Ujarnya lemah. Jelas diwajahnya dia sangat kecewa.
  Airis merasa simpati terhadap apa yang telah Miss Erliya lakukan pada Airil. Besar betul kuasa cinta sebenarnya. Disebabkan cinta Miss Erliya mampu buat semua ini. Airis memegang dadanya. Takutnya aku dengan cinta. Omelnya dalam hati.
  “Kau okay ke?” Tanya Airil sebaik sahaja melihat Airis menggosok-gosok dadanya. Terpamer riak kerisauan. “Kalau kau sakit aku panggilkan doktor?”
  “Okay.”
  “Betul ini? Kau jangan buat aku risau.”
  Airis mengecilkan sedikit matanya. Betul ke ayat itu keluar dari mulut mamat senget kepala batu sebelah aku ini? Ke telinga aku banyak sangat tahi sampai aku tersilap terjemahkan kata-katanya?
  Airil tersenyum melihat gelagat adiknya yang seolah-olah tidak percaya dengan riak kerisauan yang dia tunjukkan ataupun dengan persoalannya tadi. Ada salah ke dengan apa yang aku buat sekarang ini? Aku cuma nak cuba jadi abang yang bertauliah sahaja.
  “Tidak perlulah pandang aku sampai nak tembus biji mata aku ini.”
  “Ril okay ke? Ke salah makan ubat tadi?” Manalah tahu lepas pengsan selepas kejadian hari itu dia tersalah makan ubatkan. Yalah ubat jadi baik.
  Airil mencebik. “Kau inikan, kalau aku jadi baik, kau cakap aku tidak sihatlah, salah makan ubatlah. Kalau aku jadi jahat, nanti tidak pasal-pasal kau payback dekat aku sampai aku rasa nak cekik-cekik sahaja kau itu. Okay sebenarnya kau nak aku jadi macam mana?”
  Airis ketawa dengan jawapan yang dilemparkan abangnya. “Ris nak Ril jadi Farril Airil yang normal, yang tidak nampak baik sangat, yang tidak nampak jahat sangat, yang sedang-sedang sahaja yang penting Ril jadi Farril Airil yang biasa.”
  “Yang tiga suku?”
  Airis melepaskan ketawanya. “Hah tiga suku pun tiga sukulah.”
  “Kau jangan, nanti kau yang tidak sanggup nak mengaku yang aku ini abang kau.” Entah kenapa dia boleh berkata begitu sekarang, mungkin egonya sudah dapat dikalahkan.
  Airis tersengih sambil terangkat sebelah keningnya. “Err sekarang sudah boleh mengaku ke?”
  Airil yang perasaan Airis mahu mengenanya mencebik sinis. “Kau nak ke tidak? Kalau tidak mahu aku tarik balik kata-kata aku tadi.”
  Cepat-cepat Airis menggeleng kepalanya bersungguh-sunguh. “Okay okay okay. Ris nak. Ril jangan memandai nak tarik balik apa yang Ril sudah cakap tadi. Promise?” Sambil menghulurkan jari kelingking ditangan kanannya.
  Terangkat sebelah kening Airil dengan tindakan Airis, dalam hatinya masih berfikir sama ada nak terima ke tidak? Apa salahnya mengaku kami ini adik-beradik bukannya kerja susah pun. Lagi pun satu dunia memang sudah tahu, cuma dia sahaja yang tidak pernah nak terima kenyataan itu yang berpunca dari egonya yang tinggi melangit nun setinggi bintang di sana. Airil menghulurkan jari kelingking tangan kanannya juga sambil tersenyum kegembiraan. Ya aku memang sedang gembira sekarang. “Okay promise.”
  “Yay abang Airil!” Sorak Airis gembira.
  “Eii jangan panggil aku abang okay.”
  “Kenapa pula? Ril memang abang Ris.”
  “No no no. Aku cuma tua dua minit dari kau sahaja. So no abang-abang.”
  “Dua minit itu lamalah juga. Boleh sempat terkentut terkencing lagi.”
  “Tidak kiralah boleh sempat terkentut ke terkencing ke, yang penting dua minit itu tidak melayakkan kau panggil aku abang.” Airis ini tidak ada contoh yang okay sikit ke dari terkentut terkencing?
  “Tak kira nak juga. Abang abang abang.” Sengaja Airis menyekat Airil.
  Airil menutup telingannya. “I said no, no!”
  “Kalau nak juga?”
  “Aku humban kau masuk dalam gaung sekarang juga.”
  “Beranilah sangat.”
  “Kau kata kau nak aku jadi Farril Airil yang tiga suku.”
  “So?”
  “So it’s small matter sengal.”
  Airis sengih. Tapi memang betul pun. “Okaylah senget, Ris tarik balik panggilan abang itu. So Ris Ril?”
  “Kau aku?”
  “Sengal senget?”
  “Ril Ris?”
  “Bukan Ris sudah cakap tadi Ris Ril.”
  “No! Ril Ris.”
  Berkerut dahi Airis. “Sama sahajalah.”
  “Tidak sama. Kena dahulukan nama aku dulu, sebab aku ini abang. So Ril Ris.” Airil tetap nak menang.
  “Tapi watak Ris lagi banyak dalam cerita ini.”
  “Tidak kira kena juga Ril Ris. Okay?”
  “Baiklah mamat senget kepala batu.”
  “Apa kau panggil aku?”
  “S.E.N.G.E.T senget!” Dengan dengung idrom lagi Airis sediakan.
  “Sengal.”
  Pintu wad terkuak tiba-tiba. “Tidak habis-habis lagi sesi ice breaking sudah masuk sesi bertikam lidah balik ke?” Soal pemilik empunya suara yang tidak asing lagi untuk didengari. “Kau sudah sihat ke Ris?”
  Airis sengih. “Kau nampak aku ini macam sakit ke sekarang?”
  “Kau itu sihat ke sakit ke sama saja. Okay sekarang kau kena cerita dekat abang yang tidak bertauliah kau ini, macam mana kau boleh masuk hospital?” Zufar sudah mula memainkan peranannya sebagai abang yang tidak bertauliah seperti biasa.
  Airis memandang Airil, Airil hanya sekadar mengangkat bahunya. Sebenarnya pelik juga dengan mamat depan aku ini, baik sangat dia ini dengan Airis, ada apa-apa ke? Entah-entah dia ini suka Airis. Memanglah aku tahu Zufar ini best friend dia tapi macam terlebih pula. Masa dengar cerita Zufar ini baling kerusi pada Daniel disebabkan Airis, serius aku memang tidak percaya sangat. Tapi sekarang aku percaya.
  “Tidak ada apa-apalah. Akukan memang sudah sakit, jadi tidak hairanlah kalau masuk hospital.”
  Zufar tidak puas hati dengan jawapan Airis. Dia memandang Airil pula. “Ke sebab dia ini?” Sambil jari telunjuknya mengarah ke arah Airil yang masih menjadi pendengar yang setia. “Apa yang kau tidak puas hati lagi dengan adik kau sendiri hah?”
  Airis menepuk dahinya. Inilah Zufar Zufairy yang memang suka terlebih caring dan terlebih susu dari gula. Eh betul ke pepatah aku itu? Lantaklah. Tapi aku sudah terbiasa dengan dia, terlampau biasa. Kekadang aku terfikir juga, kalau Zufar tiada aku tidak tahulah nak hidup macam mana. Sebab aku sudah terlampau biasa dengan kehadiran Zufar dan dengan sifat over caringnya itu.
  Kadang-kadang aku rasa sentiasa selamat dengan kehadirannya. Zufar. Zufar kaulah sahabat aku dunia akhirat. Aku tidak yakin yang aku boleh hidup tanpa kehadiran seorang sahabat sejati macam kau. Dari kau, aku kenal erti sebuah persahabatan. Sebab kita saling terima baik buruknya dalam persahabatan. Tapi kalau over macam ini? Aku memang geram!
  “Zufar kau jangan nak melulu tuduh-tuduh orang lagi ya.”
  “Aku tanya sajalah. Manalah tahu kembar kau yang buat.”
  “Kau memang, lain kali nak tuduh seseorang biar ada bahan bukti yang kukuh.”
  Zufar mencebik. “Yalah yalah aku salah, kau betul. Aku cuma terlampau risaukan kau sahaja.”
  “Over.”
  Zufar sengih macam kerang busuk.
  Airil masih tidak dapat menghentikan renungan tajamnya kepada Zufar. Ada sesuatu yang pelik yang masih aku keliru. Bisik Airil dalam hati.
  “Kenapa kau pandang aku macam itu?” Soal Zufar curious dengan renungan Airil.
  “Macam mana kau tahu Airis masuk wad? Setahu akulah aku tidak bagitahu sesiapa.” Terang Airil.
  “Oh ya ke? Itu aku tidak tahu. Daniel yang bagitahu aku pagi tadi.” Memang Daniel yang bagitahu aku masa sarapan pagi tadi. Aku ingatkan aku diantara orang yang terakhir dapat berita ini.
  “Daniel?” Airil terkejut. Qausar pun aku tidak bagitahu, ini pula Daniel. Memang tidaklah! Mana dia tahu? Selain aku dan orang-orang yang ada masa mesyuarat hari itu, memang tiada siapa yang berani buka mulut sebab takut terlepas berita ini ke telinga musuh atau lebih tepat perisik yang dikatakan berada diantara pelajar-pelajar Wonderful Academic sendiri. Jangan-jangan Daniel salah seorang daripada mereka. Ada yang tidak kena dengan Daniel, aku yakin ada sesuatu yang tak kena dengan Daniel.
  Ini mesti si Daniel itu dengar apa yang bermain difikiran Airil masa dia jumpa Airil. Itulah sebabnya dia boleh tahu. Tapi dia tidak datang sini ke lawat aku? Airis, ada nada menjauh hati nampak. Tidak mengapalah aku faham Arsyil Daniel.
  Setelah hampir setengah jam Zufar menganggu ketenteraman Airis, dia pun kembali ke Raizer House. Yang peliknya Airil ini masih lagi duduk di sini macam pengawal yang menjaga kawasan, macam abang long kawasan pun ada.
  Airil yang tadinya berdiri menghadap tingkap berpaling ke arah Airis. “Ada yang tidak kena dengan Daniel.”
  Terangkat sebelah kening Airis. “Apa yang tidak kena?”
  “Okay dengar sini. Aku musykil macam mana dia boleh tahu kau kena tahan dekat sini, walhal benda ini satu rahsia besar kita yang terlibat. Kau sendiri tahukan.”
  Airis senyum nakal. “Dia cuma tahu Ris masuk hospital bukannya tahu apa sebab Ris masuk sini. Itu pun Ril boleh musykil ke?”
  “Kenapa kau selalu bela dia? Walhal kau sendiri tahu sejarah hidup dia bukan?” Airil masih tidak puas hati.
  “Kadang-kadang sejarah hidup seseorang itu tidak semestinya betul.”
  Inilah dikatakan cinta itu buta, sampai ke tahap ini Airis masih nak bela Daniel. “Tolonglah sekali kau buka mata kau, buka telinga kau, buka hati kau untuk terima kenyataan. Kenyataan yang dia itu pembunuh.”
  “Airil!”
  “Apa?”
  Aku tidak boleh bagitahu kau sebab aku sudah berjanji Airil tapi aku sudah tidak sanggup dengar gelaran ‘pembunuh’ itu. “Ril tahukan apa kelebihan Ris?”
  Dia menganggukkan kepalanya.
  “Jadi Ril kena percayakan Ris, percaya apa yang Ris lakukan.”
  “Maksud kau?” Airil masih keliru.
  Lembablah dia ini. “Ril tidak pernah terfikir ke kenapa Ris percaya gila dengan Daniel?” Tambahnya lagi. “Sebab yang paling kuat ialah Ris pernah lihat masa kejadian hitam sejarah hidup Daniel. Jadi percayalah Ris.”
  “Hah?”
  Bukan main terkejut lagi Airil. Tapi maaf abangku, janji tetap janji. Ris sudah janji tidak akan bocorkan rahsia itu.

Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now