Bab 50

2.6K 170 0
                                    


50
  Insyira mendekati Qaireen yang berdiri berdekatan dengan jambatan Maya di Wonderful Academic. Dia ragu-ragu juga dengan Qaireen ini, kalau tiada benda yang mustahak memang tidak akan budak itu nak berjumpa dengannya.
  “Kenapa kau nak jumpa aku tiba-tiba Iz?” Soal Insyira dalam nada curious.
  Qaireen Izreen mengangkat sebelah keningnya. “Kenapa? kau tidak suka aku jumpa kau ke?” Sarkastik jawapannya.
  “Tidaklah. Kaukan kalau nak jumpa aku mesti hal penting sahaja.”
  “Sebab pentinglah aku nak jumpa kau.”
  “Apa yang penting sangat?”
  Qaireen tersengih jahat. “Aku rasa kau pun sudah dapat agak.”
  “Iz kau jangan cakap yang kau sudah dapat apa yang kau cari selama ini.” Balas Insyira lalu dengan cepat Qaireen mengangguk kepalanya. “Hebatlah kau Iz. Dulu aku orang yang paling ragu-ragu dengan kau dekat Hunter Academic tapi sekarang tidak lagi.”
  Pantas Qaireen menutup mulut Insyira sebaik sahaja Insyira mengeluarkan nama musuh sekolah Wonderful Academic. Dia tersenyum sendiri. “Ya tepat sekali tekaan kau Syira dan yang paling penting sekarang ini kita hanya perlu tunggu masa sahaja untuk kita tunjukkan siapa kita sebenarnya.”
  “Aku tidak sabar nak keluar dari sini. Habis sahaja tugas kita ini, aku nak berseronok dekat our true academic yang kita rindu gila itu.” Balasnya sambil tersengih kegembiraan. “Tapi kau sudah beritahu Tuan ke?”
  “Semestinya sudah, inikan Qaireen Izreen semuanya aku selesaikan tanpa cacat cela.”
  “Kau memang Izreen, Iz.” Balas Insyira dengan tangan di angkat ke dahinya menandakan tabik hormat dan diikuti dengan gelak ketawa mereka berdua.
  “Kau punya kerja macam mana? Lancar ke tidak?” Tanya Qaireen ingikan kepastian. Fatin Insyira juga salah seorang daripada pelajar kepercayaan Tuan Izmeer, kalau tidak tak akanlah Tuan Izmeer bagi Insyira tugas gila ini.
  Insyira mengangkatkan sebelah keningnya sambil tersenyum penuh makna. “Kau ingat aku ini tidak setanding kau ke Iz? Kau dengan aku lebih kurang saja, dua-dua manusia bertopengkan dendam. Of course job aku pun selesai.” Sekali lagi mereka berdua tergelak jahat tanpa menghiraukan kalau-kalau ada orang yang mendengar perbualan mereka.
  “No matters what revenge is revenge.” Ujar mereka berdua semangat. Huh merekalah manusia yang sanggup memilih dendam dalam hidup tanpa memikirkan manusia-manusia yang mencintai dan menyanyangi mereka sepenuh raga. Kalau syaitan laknattullah sudah menguasai hati dan akal fikiran manusia, memang sukar untuk dihalang kecuali manusia itu sendiri yang mencuba untuk mengubah dan menghalangnya.
  “Iz bagilah tahu aku siapa yang malang itu?” Pinta Insyira tertanya-tanya. “Jangan kau cakap abang kau yang segak bergaya sudah, kalau dialah alamatnya kau akan ketawa sepanjang hayat kau.Yalah ketawa kemenangan dan kepuasan.”
  “Aku memang harapkan dia, tapi bukan dia. Kau ini pun kalau dia yang kita cari, semestinya aku pun termasuk sekali.”
  Insyira tersengih. “Betul juga.” Balas Syira. “So Who?”
  “Seseorang yang hidupnya tidak pernah lari dari nasib malang.” Suara Qaireen penuh dengan kesinisan bahasa.
  “Kau sengajakan nak bagi aku lebih curious, cepatlah siapa?”
  “Far..ris Ai..ris.” Sebut Qaireen satu-satu sebutan nama Airis. Dia masih lagi tersengih. Seperti yang dijangkakan sudah tentunya Insyira itu terkejut beruk, kalah beruk pun ada.
  Mata Insyira membulat serta-merta. “Serius Iz?”
  “Seriuslah buat apa aku nak bergurau pula dengan kau dalam hal ini.”
  Sekali lagi Insyira tidak percaya. “Macam mana kau tahu Iz?”
  Qaireen meletakkan jari terlunjuknya ke bibir miliknya. “Rahsia.”
  Insyira mencebik. Kurang asam punya kawan, nak rahsia-rahsia pula dia. “ Kau memang, dengan aku pun nak berahsia. Tidak kisahlah yang penting kau memang sudah betul-betul pastikan ke memang dia orangnya?”
  “Mestilah aku sudah pastikan. Kalau tidak, aku tidak akan beritahu Tuan dan kau. Sebenarnya aku sudah tahu lama dan sudah lama pun aku beritahu Tuan tapi sengaja aku nak beritahu kau sekarang, sebab aku nak hadiahkan kau berita gembira.” Ujar Qaireen dengan bangganya. “Gembira ke tidak berita yang aku beritahu kau?”
  Insyira tersenyum. “Gembira yang teramat sangat walau aku kecil hati sikit bila dengar kau sudah lama tahu dan baru sekarang kau nak bagitahu aku. Tapi tidak mengapa aku maafkan kau, yang penting budak itu tidak akan mampu tersenyum lagi lepas ini. Itulah janji aku dekat dia dulu. Aku nak tengok dia menderita sederita yang boleh sampai hati aku ini rasa puas yang teramat sangat.”
  “Jahat gila kau Syira, ikut kaulah. Bab itu aku angkat tangan. Aku tidak mahu masuk campur ya. Dendam aku bukan pada si Airis itu tapi dekat dua makhluk yang tidak pernah hargai ibu aku yang sangat merindui mereka. Aku akan balas untuk ibu aku, aku tidak boleh terima semua penderitaan dan hinaan yang ibu dan aku lalui selama ini.”
  “Okay fine.” Insyira pula angkat tangan. “Tapi kau lagilah jahat daripada aku sebab kau berdendam dengan keluarga kau sendiri. Kalau aku baik sikitlah sebab berdendam dengan Airis yang menyakitkan hati itu.”
  “Lantak kaulah nak cakap aku apa, yang penting aku puas dengan apa yang aku lakukan sekarang. Puas yang teramat sangat.”  Balasnya tersenyum puas dan penuh tanda tanya itu.
  “Aku pun.”  Ujar Insyira juga.
  Perkenalan Qaireen dan Insyira sudah lama semenjak mereka sama-sama ditawarkan oleh Tuan Izmeer untuk masuk Hunter Academic. Pada mulanya mereka berdua tidak mempersetujuinya tapi apabila dendam dan janji Tuan Izmeer untuk sama-sama memberi mereka peluang untuk melunaskan dendam dengan cara mereka sendiri, secepatnya mereka mempersetujuinya. Dan dengan itu Wonderful Academic sudah tentunya menjadi sekolah yang dimusuhi mereka sama seperti penghuni-penghuni Hunter Academic yang lain. Mereka dihantar ke sini hanya untuk menyelidiki dan mencari siapa kunci dimensi yang tertulis di dalam skrol kunci dimensi Maya yang jatuh ke tangan pihak Hunter Academic.
  Tuan Izmeer sangat mengertahui kelebihan Qaireen dan sebab itu dia menghantar Qaireen untuk menjadi perisik bagi pihak mereka dan tambahan pula janjinya pada Qaireen untuk melunaskan dendam pada keluarganya sendiri. Manakala Insyira dia seorang yang sangat pandai menyimpan rahsia dan pelakon yang sangat hebat, itu yang menyebabkannya memilih Insyira untuk menemani Qaireen dalam tugas berbahaya ini. Yang penting Tuan Izmeer sangat mempercayai dua insan yang boleh dikatakan hati mereka seperti minyak yang langsung tidak boleh dilarutkan ke dalam air.

Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now