Bab 18

2.7K 181 0
                                    


  Gila! Itu sahaja yang mampu terlintas dalam benak fikiran aku. Fuhh memang sengallah mamat ini. Macam tidak percaya aku ada abang macam dia. Abang aku ke ini? Err kembar aku ke ini? Nakal dia itu mengalahkan aku.

  “Airis.” Panggilan itu tidak disahut Airis. “Airis.” Sekali lagi tidak disambut. ‘Pap!’ hentakkan kuat dihadapannya baru mengejutkannya dari lamunan. “Hah dengar pun.”

  “Hah? Kau panggil aku ke Reen?” Soal Airis dalam nada hairan.

  Qaireen menggeleng kepala. Dia pun terkejut dengan berita yang baru sahaja menjadi hot issue di seluruh Wonderful Academic. Tapi tidaklah sampai tergamam teruk macam Airis. Mungkin dia hanya terkejut dengan perlakuan Danish, roommatenya. Airis pula terkejut dengan perlakuan abangnya sendiri. Itu yang sentap lebih sikit agaknya.

  “Sudah berkurun Reen panggil kau.”

  Airis menggaru kepalanya dan kemudian tersengih sendiri. “Sorry Reen. Aku terkhayal pula tiba-tiba.” Balasnya masih tersengih.

  “Sampai mana sekarang?”

  “Pluto mungkin.” Airis loya buruk.

  Qaireen mencebik dalam diam. “Kau memang suka loya burukkan.”

  Airis sengih. “Kau rasa betul ke Airil yang buat semua itu? Kalau betullah sengal gila mamat itu.”

  Qaireen mengangkat satu kening ke atas. ‘Mamat’? Aku rasa kau lagi sengal Airis. Macamlah kau dengan Airil itu musuh walhal adik-beradik.
“Reen tidak berani nak komen apa-apa. Tapi memang peragai dia macam itukan. Semua orang tahu. Patutnya Reen yang tanya kau bukan kau yang tanya Reen.” Tambah Qaireen spontan.

  Airis mengetap bibir. Kadang-kadang mulut Qaireen Izreen memang tidak berasas. Dalam diamnya ada bisa juga. “Manalah aku tahu. Diakan sudah putuskan hubungan dengan aku dan family sejak masuk ke Wonderful Academic ini.” Balas Airis dalam nada agak terasa dengan apa yang Qaireen katakan tadi.

  Qaireen dapat menangkap maksud yang cuba Airis sampaikan. “Maaf Reen tidak sengaja. Mulut Reen memang macam ini kadang-kadang.”

  Airis menggeleng. “Itu memang kenyataan.”

  “Sorry.” Sekali lagi Qaireen memohon maaf.

  Airis senyum. “Reen kau ada tanya abang kau ke?”

  “Tanya apa?”

  “Apa yang berlaku sebenarnya? Qausarkan satu geng dengan Airil dan Danish.”

  Qaireen menjongketkan kedua bahunya. “Reen tidak berani nak tanya. Muka abang tegang sangat lepas kejadian semalam.”

  Airis mengangguk tanda faham. Dia pun perasaan perubahan pada wajah Rania dan Qausar.

  “Tapi yang pasti Danish dan Airil memang kena marah teruk dengan daddy dan Miss Erliya.” Tambah Qaireen lagi. “Yang peliknya mereka berdua diam sahaja. Macam kena sampuk pun ada. Danishlah yang aku pelik sikit, diakan mana pernah pandai nak tutup mulut.”

  Airis nak tergelak mendengarnya. “Aku setuju.”

  “Aku pun pelik dengan mereka itu. Ke ada orang nak kenakan mereka?” Soal Qaireen dalam nada hanya dia sendiri yang tahu maksud pertanyaannya itu.

  “Itu aku memang tidak tahu.” Balas Airis ringkas.
“Tapi logik juga.” Danish memang suka cari gaduh dengan orang. Dengan sikapnya yang panas baran itu, mungkin ramai saja yang tidak puas hati dengan dia. Airil pula dua kali lima. Err aku nak teruskan ke permainan aku? Nanti tidak pasal-pasal aku pula yang terjebak.

  Baru sahaja beberapa hari lepas Dragon house kecoh. Dan yang paling marah masa itu Danish. Dia melepaskan kemarahannya pada Daniel. Katanya Daniel penyebab Dragon jatuh terjunam. Sekarang ini apa kes pula. Dia sendiri yang menjadi penyebabnya. Apa yang mereka cari sebenarnya? Perlu ke sampai menceroboh bilik Prof Qabil. Prof Qabil! Aku tengok muka dia pun tidak berani. Tegas sangat.

  Serabutlah nak fikir. Lebih baik aku balik bilik mandi dan tidur itu lagi penting dari terus-terusan memikirkan perkara yang aku sendiri tidak pasti. Dan yang paling penting sekarang ini aku kena fikir macam mana caranya nak buat Farril Airil atau lebih tepat mamat senget kepala batu itu, boleh terima aku. Asyik nak marah sahaja. Sakit juga hati.

  “Reen jom solat.” Ajak Airis sambil tangannya sibuk menyarung telekung ke kepalanya.

  Qaireen tidak menyahut.

  “Reen?” Panggil Airis lagi.

  Danish menghentakkan buku ke atas mejanya. Kuat. Dia memandang Airis dengan pandangan tidak puas hati. “Kau diam boleh tak?”

  Airis yang terkejut dengan hentakkan kuat itu tergamam. Luluh rasa jantungnya saat ini. Danish memang tidak habis dengan datang bulannya. Yang peliknya dia akan datang bulan bila aku yang bersuara dalam bilik ini. Apa masalah Danish sebenarnya? Aku ada buat salah dengan dia ke?

  “Aku dengar kau memekak lagi sekali siaplah.” Marah Danish sambil jarinya menghala ke arah Airis.

  Airis menelan air liurnya, gulp! “Aku cuma ajak solat sahaja.” Dia tidak puas hati.

  “Aku kata diam, diamlah!” Bentak Danish lagi.

  Rania menggeleng. “Kau diam sajalah Airis. Kalau Danish tengah bad mood memang macam ini. Semua orang dia nak marah.”

  Airis mencebik. Ya semua orang dia nak marah. Sudah dia sendiri yang cari masalahnya, siapa suruh. Tidak pasal-pasal aku yang jadi mangsa dia melepaskan kemarahannya. Panas baran sangat.

  “Reen jom solat.” Sekali lagi Airis mengajak. Peduli apa nak kena marah ke apa. Madat kau tinggi sangat ke dalam bilik ini Arsyia Danish?

  Danish merengus kasar.

  Rania hanya menggeleng.

  “Reen abc.” Ringkas jawapan Qaireen. Dia berpaling semula menghadap bukunya. Dia memang seorang yang tidak suka ambil tahu hal orang lain.

  “Okay.” Kenapa tidak cakap awal-awal. Buat penat saja aku kena tengking dengan si Danish. Danish dia kalau bad mood memang semua orang dia nak marah. Agaknya Airil macam mana pula? Panas baran juga ke? Airis sekadar mengangkat bahunya, dia memang tidak tahu.

  Sebelum kakinya melangkah keluar dari bilik. “Nia kau nak ikut aku sekali? Danish ke?” Dalam hati dia melepaskan tawa. Kau fikir aku takut dengan kau Danish? Ha.Ha.Ha. Memang tidaklah.

  “Farris Airis!” Dari sebalik pintu bilik D12/2 jelas dia mendengar suara Danish menyeru namanya.

  “Kenapa kau tersengih-sengih?” Soal Rayyn yang lengkap berpakaian untuk ke surau Wonderful Academic.

  Daniel yang berdiri disebelah Rayyn, cuba membaca apa yang sedang Airis fikirkan. Pantas dia mengecilkan matanya. “Kau…”

  Airis sengih. “Ya. Tak salahkan? Kakak kau itu panas baran sangat.” Dia melepaskan tawanya.

  Daniel tersenyum dengan jawapan yang diberikan Airis.

  Rayyn langsung tidak menangkap apa yang Airis dan Daniel bualkan.

Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now