Bab 54

2.6K 185 0
                                    

54
  “Aku mengharapkan pendamaian di antara kita, tapi aku takut untuk menyatakan.” Perli Elly Ezmin yang duduk tidak berapa jauh daripada Airil dan kawan-kawannya. Dia sengaja mengulang balik apa yang tertulis di salah satu kertas yang tertampal. “Andai waktu dapat diulang semula aku akan cuba memadamkan semua kesilapanku yang tercalit dulu.” Tambahnya lagi.
  Tajam sahaja mata Airil memerhati Elly Azmin. Telingan sakit. Hatinya terluka. Pedih.
  “Kau boleh diam Elly? Atau kau nak rasa penampar?” Tengking Daniah membela Airil.
  Elly bangun dari duduknya sambil tersengih nakal. “Aku betul-betul tidak sangka mamat tiga suku macam kau ini, pandai juga nak berpuitiskan. Mana kau belajar hah? dekat sini mana ada kelas sastera? Oh aku tahu mesti masa kau balik dimensi kau, kau belajarkan? Lupa…lupa pula aku, kaukan anak buangan mana pernah balikkan.” Elly melepaskan gelaknya sebaik sahaja mengatakan ayat pedas itu. Sambil jari telunjuknya menghala ke arah Airil yang masih merenungnya dengan tajam.
  “Jaga sikit mulut kau itu, kalau kau rasa nak hidup lama lebih baik kau diam.” Balas Airil dalam nada geram. Sakit sangat hatinya, sejak dari peristiwa itu sama ada di dalam mahupun diluar Dragon house, semua orang sibuk memerlinya.
  “Oi dia marahlah. Takutnya!” Perli Elly dalam nada yang kuat tapi hanya beberapa orang sahaja yang berani memberi respon. Yalah siapa tidak kenal Farril Airil, kepala dia itu bukannya betul sangat. Silap hari bulan diri sendiri yang terkena.
  Panas sahaja telinga Airis mendengar orang mengata abangnya seperti itu, dia mengetap giginya dan mengenggam penumbuknya. Dia tahu itu kesilapannya tapi tidak perlulah isu itu masih bangkit sampai sekarang, sudah hampir seminggu pun. Dia mendekati Qaireen. “Reen bagi aku roti kau.”
  Terangkat sebelah kening Qaireen. “Ambillah, bukan kau baru makan ke tadi? Lapar lagi ke?”
  Airis tersenyum sinis. “Aku nak ajar mulut puaka sekejap.” Dia menuju ke arah Elly yang masih tergelak dengan beberapa orang kawannya. Airil diam tapi matanya masih tepat menikam anak mata si Elly Ezmin itu.
  “Aku kesian dengan kau Airil, yalah mesti kau tidak tahu nak kongsi dengan siapa sampai kena buat ayat puitis dalam diari. Kalau terbuang itu ter…” Ujar Elly memerli lagi, tapi ayatnya tergantung di situ sebab sudah selamat roti Qaireen yang dipinjam Airis sumbat masuk ke dalam mulutnya.
  “Aku rasalah mulut kau ini lapar sangatlah Elly, asyik bercakap saja sakit telinga aku mendengarnya. Lain kali kalau nak perli orang pun biarlah berinsurans sikit.” Ujar Airis tenang mendatar tanpa sebarang riak diwajahnya.
  Semua tergamam dengan tindakan drastik Airis, mana tidaknya sebelum ini Airis dikenali sebagai seorang yang tidak suka masuk campur hal orang lain dan tidaklah berapa menonjol di Dragon house tapi sekarang ini dia masuk campur. Ermin yang baru sahaja masuk turut tergamam. Airil mengalih pandangannya ke arah Airis yang masih berdiri dihadapan Elly.
  Elly mengeluarkan roti dari mulutnya. “Kau kenapa?”
  “Kenapa kau tanya aku?” Balasnya masih mendatar. “Of course nak tutup mulut kau.” Tambahnya lagi dan berpaling sambil sempat mengelipkan mata ke arah Airil. Pada mulanya Airil juga turut tergamam tapi lepas itu dia menunjukkan muka bosan. Mungkin bosan dengan permainan adiknya itu.
  Airis mencebik. Hah sudah merajuk lagi ke? Memang patut pun dia merajuk dengan aku.
  “Putus wayar dalam otak agaknya budak ini, sama macam kembar dia.” Perli Elly tidak puas hati. Hatinya berombak-ombak sangat tika ini, malu apabila dimalukan depan semua orang macam ini. Ada juga yang nak tambah masuk dalam senarai orang yang aku meluat ini. Farris Airis!
  Ermin berjalan menghampiri semua pelajar yang berkumpul diruang tamu Dragon house, dia diam tapi mempamerkan riak wajah yang tegas seperti biasa. Automatiknya semua mengambil tempat ditempat yang telah disediakan bagi pelajar lelaki dan perempuan. Semua terdiam sebaik sahaja Ermin Ezairy memulakan mukaddimahnya. Perjumpaan setiap bulan yang merupakan perkara biasa bagi setiap houses.
  “Mulai esok aku tidak mahu dengar lagi suara sumbang dari sesiapa pun, kalau aku dengar sekali sahaja lagi aku akan ambil tindakan untuk report ke Prof Naufal. Lagi-lagi kamu Elly, jangan ingat abang Min tidak akan ambil tindakan ke atas kamu. Jaga tepi kain sendiri cukuplah.” Beritahu Ermin dalam nada nasihat. Riak muka Elly Ezmin memang tidak boleh nak ditafsir. Lagilah bertambah tidak puas hati Elly itu. Tetapi dia cuma diam sahaja, satu-satunya kelemahannya ialah Ermin. Tidak tahu kenapa dia tidak berani nak melawan apa yang abang Minnya katakan. Dan semua orang memang sangat tahu tentang itu.
  Ermin mengalihkan pandangannya ke arah Airis dan Airil silih berganti. Dia seperti memikirkan sesuatu tapi masih berat untuk nak menyatakannya. Perkara yang ingin di sampaikan memang sesuatu yang dia sendiri pun sukar nak percaya. Dia mengalihkan semula pandangannya ke tempat lain.
  Daniel yang memerhati tindakan Ermin, sibuk membaca apa yang sedang difikirkan oleh Ermin. Satu-satu ayat difikiran Ermin muncul di corong telingannya. Daniel tersentak. Pantas matanya  memandang Airis yang duduk di sebelah Rania. Matanya tidak berkelip sama sekali, hatinya berbisik ‘macam mana Ermin tahu walhal dia mahupun Zufar tidak pernah bocorkan pun?’.
  “Aku rasa itu sahaja yang aku nak sampaikan pada kau orang tapi ingat semua yang aku pesan tadi, jangan jaga tepi kain orang lain. Oh ya sebelum aku terlupa, aku nak ingatkan jangan masuk kawasan larangan lagi. Bilik pelajar lelaki dan bilik pelajar perempuan adalah kawasan larang bagi yang berlawanan jantina. Walau kau orang nak lepak dengan kembar kau orang pun, ianya tetap tidak boleh. Jumpalah, lepaklah ditempat yang selain dari bilik. Faham? Sekali lagi aku dengar berita itu, aku memang akan ambil tindakan tegas. Kali ini tiada lagi kompromi.” Ujarnya lagi dengan lagak seorang yang berkepimpinan. “Lagi satu jaga adab dan tatasusila kau orang yang beragama islam, jangan lupa halal haramnya disini. Haram tetap haram. Faham?”
  Automatik semua mengangguk tanda mengiakan. Faham benar mereka dengan Ermin yang sangat mementingkan hukum-hakam dan tatasusila.
  Kemudian matanya beralih ke arah Airis. “Selepas berjumpaan ini aku nak jumpa dengan kau Airis. Aku ada benda nak cakap dengan kau. Yang lain boleh beredar.”
  Airis menelan air liurnya, gulp! Ermin tahu ke apa yang aku buat dekat Airil hari itu? Haish Airil itu kaki mangadu ke? Tidak mungkinlah. Ke pasal benda lain? Tapi apa ya? Bermacam persoalan bermain difikiran Airis. Tapi dia tidak tahu nak ambil jawapan yang mana satu.
  Airis menggaru kepalanya yang tidak gatal, tak tenanglah katakan. “Kenapa kau nak jumpa aku? aku ada buat salah apa-apa ke?”
  “Ermm aku tidak tahu nak mula macam mana.” Balas Ermin lagi.
  Hah sudah. Ini lagi buat aku tertanya-tanya. Airis buat muka jiwa kentalnya.
  “Dr Ilham nak jumpa dengan kau, dia beritahu aku segalanya dan dia beritahu yang kau langsung tidak ikut apa yang dia suruh kau lakukan Airis.”
  Terjawab sudah persoalan yang bermain difikiran Airis. Tidak sangka itu yang ingin Ermin sampaikan. Ahh bukan aku tidak mahu ikut apa yang dr Ilham nasihatkan tapi sesungguhnya aku malas dan penat sangat dengan semua benda itu. Airis melepaskan keluhannya.
  “Aku malas nak buat semua benda itu, aku sudah tidak sanggup.”
  Ermin memandang Airis dengan penuh simpati. Aku betul-betul tidak sangka budak ini menanggung penyakit seperti itu. Aku betul-betul terkejut apabila dr Ilham memberitahu semuanya tadi. Dulu dia kenal Airis sebagai seorang yang simple, aktif, murah dengan senyuman dan perangai tiga sukunya yang sama macam Airil tapi sekarang dia baru tahu disebalik semua itu ada penderitaan yang dipukulnya sejak dulu lagi.
  “Airis kalau kau sayang orang yang sayangkan kau, aku rasa kau janganlah putus asa. Kalau mak ayah kau tahu yang kau tidak mahu lakukan semua itu, kau rasa apa yang mereka akan fikirkan?” Ujarnya sambil tidak lepas memerhati pandangan redup Airis. “Kau sayang keluarga kaukan? Kau tidak mahu mereka sedihkan?” Airis menganggukan kepalanya. “Kalau macam itu kau kena ikut apa yang dr Ilham beritahu kau.”
  “Okay.” Balas Airis ringkas.
  Ermin tersenyum. “Okay sahaja? cuba semangat sikit.”
  “Yalah tengoklah macam mana.”
  “Mana boleh macam itu Airis.”
  “Aku tidak boleh nak tipu diri aku sendiri, aku betul-betul sudah penat dengan semua benda itu.”
  Ermin mengangguk faham. Yalah kalau diri dia sendiri pun dia sudah tidak sanggup. “Aku faham Airis tapi kau kena kuat. Allah masih bagi peluang dekat kau untuk melawannya lagi, nanti kalau kau ada rezeki nikmat kesihatan sama macam yang lain, kau pun sukakan. Tapi sebelum kita tawakal kita perlulah usaha. Mana boleh tawakal tanpa usaha. Salah itu Airis.”
  Airis sekadar tersenyum dengan nasihat yang Ermin lontar. Dia terharu dengan sifat prihatin dan bertanggungjawab seorang pemimpin seperti Ermin, jauhnya perbezaan antara Ermin dan Elly.
  “Kalau ada rezeki nikmat kesihatan itu. Tapi aku rasa semua itu hanya buang masa sahaja. Dulu doktor yang merawat aku pun cakap benda yang sama tapi sekarang tiada bezanya. Aku rasa penyakit itu datang balik. Tidak menentu. Dan aku sudah penat dengan semua itu. Bukan aku tidak usaha sebelum ini, sudah banyak aku usaha. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku bertawakal. Biar masa yang tentukan.”
  “Mungkin tidak cukup lagi usaha kau itu Airis. Zufar Zufairy budak Air Raizer cakap pada aku, kau jiwa kental tapi kenapa aku langsung tidak nampak jiwa kental kau itu?” Soal Ermin tiba-tiba. Airis mengangkat mukanya dan memandang Ermin dengan pandangan yang pelik. “Mesti kau ingat  Zufar itu pecahkan rahsiakan? Tidaklah. Lepas aku jumpa dengan dr Ilham terus aku berjumpa dengan dia sebab dr Ilham cakap Zufar tahu semuanya. Tapi lawak sangat Zufar itu, dia gelabah sebab aku sudah tahu dan dia takut kau cakap dia yang bocorkan rahsia.”
  Sekali lagi Airis tersenyum dan kali ini menampakkan lesung pipitnya. “Dia memang gelabah semacam, tapi aku kenal Zufar itu orangnya bagaimana.”
  Ermin senyum. “Kau pergi ya Airis?”
  “In sha Allah.”
  Selepas puas Ermin memberikan kata-kata semangat dan nasihat, dia beransur pergi. Airis melepaskan keluhannya. Ah malasnya nak pergi hospital lepas itu kena buat itu buat ini, serabutlah semua itu. Penat!
  “Kalau kau nak semangat, aku boleh beri kau semangat.” Ujar Daniel yang muncul dari hadapannya. Airis tahu Daniel dengar semua perbualannya dengan Ermin tadi. “Kau nak aku nyanyi lagi ke? Nanti aku bawa gitar.”
  “Janganlah, nanti kalau aku terjatuh cinta pada kau, kau yang susah.” Sempat lagi Airis bergurau.
  Daniel merenung tepat ke mata Airis sambil menggaru dagunya seperti sedang berfikir. “Sekejap.” Sambil menarik nafas. “Ku relakan jiwa tuk menjadi penghuni dalam…”
  Membuntang mata Airis dengan lawak sarkas Daniel yang tiba-tiba sahaja. “Wei! stop stop stop..”
  Daniel tersengih dengan riak muka tidak bersalah. “Ala kau ini kacaulah, tengah sedap tadi aku nyanyi lagu istimewa untuk kau. Ke kau nak aku nyanyi lagu lain?” Daniel membetulkan kolar bajunya. “Ku rela…”  Airis mengambil buku yang berdekatan dengannya dan menghadiahkan satu hempukkan kepada Daniel. “Ouch!”
  “Itu padahnya nyanyi lagu merepek dekat sini.” Usik Airis sambil tersenyum. “Sudahlah nak tidur bye Assalamualaikum..”
  “Waalaikumsalam.” Balas Daniel sambil menghadiahkan senyuman yang hanya Allah sahaja yang tahu betapa indahnya senyuman itu. Muka Airis tiba-tiba bertukar warna, malu sebenarnya. “Airis.” Panggil Daniel yang membuatkan langkahnya terhenti. “Fighting!”
  Senyuman dibibir Airis terukir lagi. “Thanks sebab kau selalu bagi aku semangat.”
  “Kau apa kurangnyakan? Oh ya tidur nanti jangan lupa mimpi aku ya, mesti tenang saja tidur kau nanti.” Gurau Daniel lagi. Tidak tahu kenapa sejak kebelakangan ini dia suka bergurau dengan Airis. Sikap pendiamnya sedikit sebanyak hilang bila berborak dengan Airis.
  Airis merenung Daniel tepat ke dalam matanya. “Ada yang nak kena hempuk lagi ini.” Mereka berdua tergelak sesama sendiri.
  Di sebalik perbualan antara Daniel dan Airis, ada sepasang telinga yang tidak sengaja mencuri dengar perbualan mereka. Dia menundukkan pandangannya. Pandangan yang redup penuh dengan perasaan yang dia sendiri tidak dapat nak menafsirkannya.
‘Nobody likes being alone that much. I don’t go out of my way to make friends, that’s all. It just leads to disappointment.’
–Haraki Murakami-

Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now