41
Selepas kejadian itu Airis tidak boleh lagi seaktif sebelumnya. Itu arahan yang doktor telah keluarkan. Baru sikitlah Airis tidak mungkin kau sudah putus asa, kaukan kuat. Jiwa kental lagi itu. Dia mengambil makanan di dewan makan dan memilih untuk duduk di meja yang paling hujung yang agak terselindung daripada dilihat ramai. Airis mengeluh lagi, dia pun tidak tahu entah kali ke berapa dia mengeluh. Ya Allah sampai bila hambaMu ini kena lawan penyakit ini, mungkinkah sudah tertulis yang hamba tidak akan pernah hidup tanpa ada rasa sakit itu.
Airis menggeleng-geleng kepalanya, mulutnya menuturkan ‘Astgharfirullah Al Azzim’. Apa ini Airis jangan pernah mengeluh, Allah tahu kau kuat dan kau mampu lawan semua ini sebab itu Dia datangkan dugaan ini untuk kau pikul Airis. Tapi Airis tidak kuat untuk semua itu. Tanpa dia sendiri duga air mata jernih itu keluar membasahi pipinya tanpa sedikit pun esakkan. Mee yang dia ambil tadi hanya ditenung dan dimain-main dengan garfu yang dia pegang dari tadi.
Airil berjalan menuju ke arah tempat duduk yang selalu didudukinya di dewan makan Wondeful Academic. Dalam fikirannya masih berlegar-legar ayat yang ditutur oleh Aulia Addin semasa di Water Academy sebentar tadi. Tak akanlah Airis nak menghilang pula macam itu sahaja. Eh tapi pelik jugakan sejak kebelakangan ini memang aku langsung tidak terserempak dengan dia pun.
Baru sahaja Airil ingin melabuhkan punggungnya di kerusi tersebut dia seperti mengenali pemilik sosok tubuh yang duduk membelangkanginya di sudut paling hujung. Hmm aku rasa Add sudah buta atau memang betul anggapan aku yang Add itu rindu nak cari gaduh dengan aku, sebab itu dia tanya soalan yang tidak masuk akal macam tadi. Konon Airis menghilanglah, itu dia Airis, depan mata aku sekarang ini. Hantu ke? Omel Farril Airil dalam hati.
Timbul idea nakal dalam fikirannya. Dulu kau cakap nak payback dekat akukan Airis. Tapikan aku tunggu lama payback kau itu tapi tiada pun. Apa kata sebelum kau payback dekat aku, aku nak bayar deposit dulu bolehkan? Airil tersengih sendiri sambil berjalan menuju ke arah tempat keberadaan Airis.
Tanpa teragak-agak Airil melanggar meja yang Airis duduki dan sempat juga dia menuang air yang dipegangnya ke lengan baju Airis. Dia buat seolah-olah dia tertumpahkan air tersebut.
“Sorry, tidak sengaja.” Ujar Airil sambil tersengih macam kerang busuk.
Disebabkan terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku, Airis tidak sempat nak lakukan apa-apa. Dia sekadar memandang Airil dengan tiada perasaan apapun. Sama ada marah mahupun benci. Air mata jernih yang mengalir dipipinya masih tersisa dan membuatkan mata, hidung dan pipinya kemerahan. Airis sekadar memandang sejenak apa yang Airil lakukan padanya, dia mengesat sisa air matanya dengan tangannya. Airis tahu yang Airil sengaja membalas dendam padanya. Aku tahulah kau masih tidak puas hati dengan aku lagikan Airil? tapi kali ini aku betul-betul tiada mood nak bergaduh dengan kau Ril.
Dek kerana masih ada perasaan tidak puas hati dengan Airis dia melakukannya. Err tapi kenapa dia menangis pula? Aku yang buat budak sengal ini menangis ke? Alamak aku tidak bermaksud pun nak buat dia menangis. Tapi muka dia macam sudah lama sahaja menangis, yalah merah hidung, mata dan pipi. Timbul satu perasaan dalam benak hatinya, perasaan risau seorang abang terhadap adiknya muncul tanpa diduga oleh Airil sendiri.
Airil meletakkan pinggannya dihadapan meja Airis. Airis bangun dari duduknya dan ingin berlalu pergi meninggalkan Airil kerana tidak mahu abangnya melihat dia menangis. Tanpa diduga Airil memegang pergelangan tangan Airis.
“Kau kenapa?” Soalnya dalam nada curious. Airis sekadar menggeleng. “Tak akanlah tiada apa-apa? Mata merah semacam aku tengok.”
“Tiada apa-apalah Ril, mee goreng ini pedas sangat sebab itu sampai mengalirkan air mata Ris makan.” Balasnya selamba. Kalau aku cakap dekat kau pun Ril, kau akan faham ke apa yang aku rasakan? Buang masa sahaja. Entah-entah kau gelakkan aku sepuas-puasnya. Otak kau itu bukan betul sangat pun, bak kata Ranialah otak tiga suku.
Airil mencebik. Tidak mahu bagitahu aku, ikut kaulah ada aku kisah. Rugi betullah kau Airis, punyalah baik hati aku tanya kau tadi, tapi kau tidak layan. Kau ingat kau ada peluang kedua ke? Never sis! Dalam mimpi sahajalah.
“Oh.” Jawab Airil ringkas. Dia duduk dimeja dihadapan yang duduki Airis tadi untuk mengisi kehendak perutnya yang kelaparan. Airis yang pelik dengan tingkah laku Airil masih tertacap pandangannya ke arah Airil lagi.
“Yang kau berdiri di sini lagi kenapa? Pergilah menyibuk saja.” Ujar Airil tiba-tiba.
Airis mengerutkan dahinya. Aku pula yang menyibuk? Bukan dia ke yang datang cari pasal tadi. Hmm baru teringat sesuatu, my payback tidak dijalankan lagi. Muncul idea nakal difikiran Airis pula.
“Ris yang duduk sini dulu.” Balas Airis pula dan ingin duduk kembali di tempat duduknya tadi. Dia meletakkan kembali meenya di atas meja yang setentang dengan Airil sebelum dia duduk di atas kerusi tersebut.
Membulat mata Airil dengan perilaku adiknya. Tadi bukan main menangis aku tengok, sekarang sudah mula balik nak berlawan mulut dengan aku nampak. Sebelum sempat Airis duduk di atas kerusi, kerusi tersebut ditendang sedikit oleh Airil tetapi dapat diagak oleh Airis.
“Opocot terkejut aku.” Telatah Airis yang dibuat-buat sambil sengaja dia mencampakkan mee sehingga hinggap tepat ke atas muka Airil.
“Woi.” Jerit Airil bengang gila dengan tindakan Airis yang nampak sangat sengaja mencampakkan mee itu ke mukanya.
Dengan jeritan Airil tadi, sekali lagi Airis buat-buat terkejut dengan mencampakkan gelas yang berisi air anggur yang di pegangnya ditangan kiri. “Sorry tidak sengaja, siapa suruh sergah Ris macam itu, kan sudah terkejut tadi.”
‘Terkejut?’ kau ingat aku bodoh ke Airis. “Kau sengajakan?” Bentaknya geram.
Airis tersentak. Tidak sangka begitu bengang abangnya saat ini. Dia menelan air liurnya, gulp! Aku tidak boleh kalah. Airis tersengih tiba-tiba. “Farril Airil that’s my payback yang Ril ternanti-nantikan selama ini.” Ujarnya selamba dengan sengihan yang tidak dapat nak diterjemahkan lagi. “Best?”
“Payback?” Soal Airil sengaja.
“Yup my payback.”
“Boleh tahan.”
“Means?” Soal Airis pula. Lagi seram sebenarnya bila Airil mengubah intonasi suaranya.
Airil bangun dari duduknya dan ingin berlalu pergi, sebelum itu dia menoleh ke arah Airis yang masih menunggukan jawapan dari mulutnya. “So kau tunggu payback gempak daripada aku Ris. Kau tunggu Farris Airis.” Tambahnya sambil menunding jari ke arah Airis.
Airis menelan air liurnya sekali lagi, gulp! Aku gurau saja, tidak akan dia ambil serius sangat. Alamak Airis kau sudah nyalakan api baliklah. Matilah kau kena hadapi amarah mamat senget kepala batu itu balik.
Arsyil Daniel yang duduk tidak berapa jauh dari mereka berdua, sudah tidak boleh nak tahan gelak sepanjang drama payback Airil dan Airis tadi. Tidak sangka berani betul kau buat macam itu dekat mamat tiga suku itu Airis. Aku tabik sama kau Ris.
Irfhan Muhkrish masih lagi tergelak-gelak dengan drama pendek yang dia tonton tadi, walaupun sudah banyak kali disiku abangnya Arfhan Muhkrish. Tapi Arfhan juga tidak dapat menahan ketawanya dari keluar. Mana tidaknya ada ke orang payback macam itu, main simbah-simbah air dan makanan bagai. Merepek sahaja budak berdua itu.
“Sudahlah gelak kau itu Irf, kalau nak gelak pun cover sikit boleh.” Ujar Arfhan kepada adiknya yang masih lagi tidak dapat mengawal ketawanya. Faham benar dia dengan perangai Irfhan ini.
Irfhan menahan sisa tawanya. “Arf aku betul-betul tidak boleh nak berhenti gelak sekarang ni.”
Arfhan tersengih. “Kalau ya pun janganlah sampai nak terpecah gelas yang kau pegang itu.”
Dia sekadar menggelengkan kepalanya sambil matanya memerhatikan Airis yang juga berunsur pergi, selepas mungkin merasa malu dengan perlakuannya sendiri yang diketawakan oleh beberapa pelajar di situ, tidak terkecuali Daniel yang masih ada sisa tawanya yang berbaki.
Dalam hati Airis dia menyumpah seranah perilakunya tadi, kenapalah sengal sangat kau Airis, yang kau pergi buat kerja macam itu dekat depan semua orang buat apa. Akhirnya kau malu sendiri. Malunya!
“Hebat gila tahap infinit budak Airis itu aku tengok, berani dia buat macam itu dekat budak tiga suku macam Airil. Aku pun tidak berani.” Tambah Irfhan Muhkrish lagi. “Nasib baiklah Airil tidak balas macam mana dia buat dekat Miss Erliyakan?”
Arfhan mengangkat sebelah keningnya. “Baguslah macam itu kalau tidak, habis Airis kena.”
Tidak sangka dia akan berjumpa dengan Airis di dewan makan hari ini, walhal baru sahaja tadi dia tidak jadi bertanya dengan Airil. Nasib baiklah tidak jadi tadi kalau tak, kau buat malu diri sendiri sahajalah Arf. Tapi serius aku memang tidak terserempak dengan Airis sepanjang tempoh tiga hari sebelum ini, ke mana dia menghilang? Ke ada kaitan dengan kenapa dia menangis tadi? Persoalan demi persoalan masih lagi berlegar dalam fikirannya. Bukan persoalan itu sahaja tapi persoalan yang sudah lama tertanya-tanya dalam fikirannya itu juga masih belum lagi terjawab sehingga sekarang. Siapa sebenarnya kau Airis? Dan kenapa orang Hunter Academic buru kau?
“Kau sudah dapat ke apa yang kau cari selama ini Arf ?” Soal Irfhan kembali serius.
“Maksud kau Irf?”
“Pasal budak perempuan tadi itulah.”
“Oh.”
“Jangan nak ‘oh’ sangatlah. Kau tak penat ke perhatikan budak itu sahaja?”
Arfhan mengeluh. Dalam fikirannya dia tidak mahu bertindak secara melulu. “So kau nak suruh aku buat apa dengan dia Irf ?”
“Aku ada idea, itu pun kalau kau setujulah Arf .”
“Apa dia?”
“Apa kata kau cuba rapat dengan dia kalau tidak pun dengan kembar dia.”
“Rapat? Nak buat apa?”
Dia memukul sedikit dahinya. “Kenapalah abang aku ini lambat pick up sangat hari ini, kau rapat dengan dia lepas itu mungkin dia akan bagitahu kau sikit-sikit rahsia dia. Itu pun kalau betullah budak itu salah satu dari kunci dimensi.”
“Airil pula nak buat apa?”
Sekali lagi Irfhan memukul kepalanya sedikit. “Kau ini nama sahaja the best student Wonderful Academic tapi kalau nak buat benda senang macam ini aku juga yang kena bagi idea.” Tidak hairan pun kalau Arfhan tidak dapat pick up apa yang cuba aku bagitahu sebab dia memang seorang yang skema habis! Kenal sangatlah aku dengan perangai Arfhan Muhkrish ini.
“Ini tiada kena mengena dengan title the best student.” Balas Arfhan membela diri. “Aku tidak mahu sakiti sesiapa, lagi-lagi Airil, kau sendiri tahukan kenapa.”
Irfhan menganggukkan kepalanya tanda mengiakan apa yang Arfhan sampaikan. “Ya aku tahulah Arf, kau memang baik tapi kalau nak cepat tugas kau itu settle kau kena juga sesekali guna cara yang aku nak beritahu. Kalau kau rasa idea aku boleh pakai.”
“Apanya?”
“Kau sendiri yang bagitahu aku kalau kau sudah jumpa kunci dimensi Maya maknanya kau juga sudah semestinya jumpa pemilik Kristal itu, itu bermakna sama ada kunci dimensi Maya mahupun pemilik Kristal, kedua-duanya penting untuk kembalikan dimensi kita ini.”
“Hmm itu betul.”
Irfhan menoleh ke arah abangnya. Tak akan tidak dapat tangkap lagi apa yang aku cuba bagitahu dia. “Sama ada Airil mahupun Airis kedua-duanya pentinglah Arf.”
“Itu aku tahulah, kau tidak perlu nak bagitahu aku.”
Irfhan mengerutkan dahinya. “Buat buang air liur aku sahaja.”
“Yalah tapi aku tidak mahulah nampak sangat yang aku nak cuba korek rahsia daripada dia orang itu.”
“Bukan nampak sangat pun. Apa-apa pun kau cubalah rapat antara budak berdua itu.”
“Habis kau tidak mahu tolong ke?” Soal Arfhan pula. Sengaja dia bertanya begitu, yalah pandai bagi idea dekat orang habis dia itu lepas tangan macam itu sahaja ke.
“Aku?” Jawab Irfhan pula dengan persoalan juga. “Hmm aku nak cuba korek rahsia dengan Add.” Balasnya sambil tersengih nakal.
Arfhan mengangkat sebelah keningnya, tak sangka itu yang bakal keluar dari mulut adiknya. “Add? Maksud kau Aulia Addin budak water sazer itu. Nak buat apa?”
Irfhan masih tersengih lagi. “Yalah dialah siapa lagi. Saja, diakan rapat dengan Airis, lagipun aku tahu satu benda yang kau tidak tahu.”
“Maksud kau?”
Irfhan mendekatkan sedikit mulutnya ke telinga Arfhan seperti ingin berbisik. “Aku tahu dia suka kau Arf dari dulu kini dan selamanya.”
Tersembur air yang baru sahaja diminum Arfhan. “Kau sengaja nak mulakan balikkan?”
Sekali lagi Irfhan ketawa sakan di dewan makan ini, bukan sebab drama pendek tadi tapi sebab telatah Arfhan yang tidak pernah berubah bila cakap sahaja tentang perasaan ke mahupun Aulia Addin, mesti sifat pemalunya dengan perempuan datang menerjah. Bukan Arfhan tidak tahu tentang itu tapi dia sengaja buat tidak tahu. Semua itu disebabkan malunya itu. Lagipun dia sudah anggap Addin itu macam adiknya sendiri tidak lebih dari itu.
“Memang pun.” Balas Irfhan selamba. Dia berlalu pergi sesudah habis makan meninggalkan Arfhan yang masih terkebil disitu.
YOU ARE READING
Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔
FantasyPertemuan mereka selepas terpisah lama bukanlah pertemuan tangkap sedih dan rindu tetapi pertemuan itu telah mencetuskan fenomena yang tersendiri. Airil yang keras kepala dan ego tidak pernah dapat menerima Airis kembali dalam hidupnya. Baginya Airi...