43
‘Being right all the time is not the most important thing in the world and it is certainly not very beautiful.’
-Edward de Bono-
“Kau gila ke apa?” Soal Qausar dalam nada agak tinggi. “Kalau ya pun kau marah dengan apa yang dia buat, aku rasa tidak perlulah kau bagi dia benda ini. Kau tidak kesiakan dia ke?”
Airil sengih. “Tak mati punlah.”
“Memanglah tidak mati. Tapi berperikemanusian sikitlah Farril Airil.” Rania pula membantah. “Kalau dia masuk hospital macam mana?”
Danish merampas botol yang dirampas Qausar tadi. “Kecohlah kau orang ini. Aku pasti dia tidak akan masuk hospital disebabkan benda ini. Kalau kau orang berdua tidak mahu join pun tidak mengapa. Aku dengan Ril pun boleh buat benda ini.”
“Baik kau pulang balik benda itu. Aku nak kau lupakan rancangan gila kau itu.” Balas Qausar masih dalam nada yang sama. Dia tidak faham apa yang Airil sedang fikirkan. Kalau marah sangat pun, tidak perlulah melampaui batas.
“Sekali aku ludah aku tidak akan jilat balik. Siapa suruh dia cari pasal dengan aku? Semua orang tahu aku macam mana. Dan aku nak dia pun kenal aku macam mana.” Airil tetap dengan apa yang sudah dia rancangankan sejak semalam lagi. Aku sudah janji nak bagi dia payback yang gempak. Payback yang dia tidak akan pernah lupakan.
“Ril. Kau tahukan yang kau buat ini salah?” Qausar masih mahu menarik Airil supaya menghentikan apa yang telah dirancangnya.
Airil geleng. Dia membalas pandangan mata Qausar menikam anak matanya. “Tidak. Aku tidak rasa bersalah langsung.”
“Airil.”
Rania menahan Qausar. “Biarkan dia, dia sudah besar nak bezakan antara yang betul dan salah. Kita nasihat sampai berbuih mulut pun, kalau keluar balik ikut telinga kiri tidak akan jadi apa-apa Qaus.”
Airil mencebik. Dia tahu Rania sedang memerlinya. “Ikut kau oranglah. Aku tidak paksa. Kau okaykan Danish?”
Danish sengih. “Mestilah.” Airil dan Danish sama-sama tersenyum tanpa menghiraukan nasihat-nasihat yang dilemparkan Rania dan Qausar.
Qausar dan Rania hanya mampu menggelengkan kepala. Memang susah kalau Farril Airil sudah decided apa yang dia nak buat. Kalau A, memang A lah yang dia akan buat sampai kesudah. Keras kepala. Senget. Ego.
Airis rasa tidak berapa selesa dengan renungan yang dilemparkan oleh insan yang berada dihadapannya sekarang walaupun agak diselindung oleh topi. First, sebab dia memang kacak membunuh. Second, sebab aku tidak tahu apa yang bermain difikiran Daniel. Third, aku ada buat apa-apa salah ke?
Airis meletakkan tin jus anggur yang sejuk ke pipi kanan Daniel untuk menghilangkan ketidak selesaannya.
“Apa ini?” Soal Daniel agak terkejut.
Airis melepaskan tawanya. “Siapa suruh kau renung anak dara orang macam itu, kan sudah kena. Kau sudah tangkap cinta dengan aku ke?” Tanpa segan silu dia menuturkannya.
Daniel tarik senyumnya. “Hanya orang yang malang sahaja yang tangkap cinta dengan orang tiga suku macam kau Ris.”
Cis! Tidak habis lagi dia ini. “Yang kau renung aku lama sangat kenapa? Aku ada buat salah apa-apa ke?”
“Kau tahu ada orang yang nak kenakan kau?”
Airis mengerutkan dahinya. “Orang yang sabotaj aku ke? Aku memang tidak tahu sampai sekarang. Dan kalau aku tahu pun, soalan yang pertama yang aku akan tanya pada dia ‘aku pernah sakitkan hati kau ke?’.”
Daniel menggeleng. “Itu aku tahu yang kau tidak tahu dan aku pun masih tidak tahu lagi siapa.”
“Habis itu siapa?” Tanya Airis curious. Dia menjetik jarinya. “Oh maksud kau mamat senget kepala batu itu nak kenakan aku? Nak payback balik ke? Kau jangan risau, aku sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi payback yang bakal dia berikan. Ini Farris Airislah.” Tambahnya dalam nada mendabik dada. Memang dia sudah bersedia untuk semua itu. Bersedia untuk berhadapan dengan Airil si mamat senget kepala batu yang konkrit itu.
Terangkat sebelah kening Daniel. Kau tidak kenal lagi siapa sebenarnya abang kau yang tiga suku itu Airis. Sekali kau kenal dia Ris, aku jamin kau akan makan saman. Kau akan taubat untuk menghadapi dia selepas itu. Aku pun sudah taubat.
“Kenapa tidak percaya?” Soal Airis kepada Daniel apabila melihat riak wajah Daniel seperti tidak mempercayai kata-katanya tadi.
Daniel geleng. “Bukan aku tidak percaya, aku memang percaya. Tapi seriously aku cakap dengan kau Ris itu Farril Airil, aku kenal benar dengan perangai dia. Aku nak kau hati-hati dengan dia, walau dia abang kandung kau sendiri.”
Airis melepaskan tawa mendengar kata-kata Daniel. “Gaya kau cakap Daniel, macam Airil itu teruk sangat sahaja. Macam dia itu menakutkan sangat.”
Daniel anggup. “Dia memang menakutkan pun.” Tapi dia tidak adalah teruk sangat.
“Okaylah aku dengar cakap kau sebab aku tahu kau sayang aku.” Dia tersengih nakal.
“Aku serius Ris.”
“Kau nampak muka aku macam tidak serius ke?”
Daniel diam seketika. “Sebab hati kau tidak serius dengan apa yang aku katakan.”
Hah sudah! Kau memang selalu terlupa yang Daniel boleh baca apa yang sedang kau fikirkan Airis. Airis mengubah pandangannya ke arah tubuh Rayyn yang sedang menuju ke arah mereka berdua. Dia memang suka mengelak.
“Lambat habis kelas ke Rayyn?” Soal Airis apabila Rayyn mengambil tempat disebelah Daniel.
“Ya. Penat aku tahan mengantuk tadi.”
Airis mengecilkan matanya seperti memikirkan sesuatu. “Ini mesti kelas Prof Naufalkan?” Kalau aku pun aku sudah terlentok terus, tidak usah nak fikir panjang. Wassalam dulu.
“Tepat sekali.” Balasnya dan mengalihkan pandangnya ke arah Daniel yang tidak bersuara dari mula. Dari jauh tadi dia masih boleh nampak betapa rancaknya perbualan antara Airis dan Daniel tapi sekarang Daniel hanya mendiamkan diri. “Kau kenapa?” Soal Rayyn kepada Daniel sambil memegang bahu kiri Daniel.
Airis menggigit bibir bawahnya. Dia tahu sebabnya.
Daniel diam. Dia menggelengkan kepalanya dan membuka langkah pergi tetapi sempat membalas pegangan Rayyn dibahunya. “Aku nak kau dengar nasihat aku Ris. Aku pergi dulu.”
“Kenapa?” Rayyn masih menyoalkannya kepada Airis pula selepas bayangan Daniel lenyap.
Airis menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Err aku yang salah.”
Rayyn menggelengkan kepalanya. “Aku sudah agak. Apa yang kau sudah buat?”
Airis sekadar tersengih kelat.
“Aku tidak sedap hati.” Bisik Addin ke telinga Airis.
Airis sekadar mengangkat bahunya. Selepas kejadian beberapa hari lepas, banyak kali juga Addin suruh aku berhati-hati dengan mamat senget kepala batu itu. Mulanya aku memang tidak faham kenapa? Sebab aku cuma lihat dia sebagai abang aku sahaja. Tapi apabila Addin cerita perkara sebenar antara dia dan Airil dulu, aku jadi takut. Apa-apa pun aku tahu Airil tidak akan balas balik dengan cara yang teruk sangat. Akukan adik dia. Ya ke? Hmm!
“So apa sejarahnya?.” Soal Airis dengan lagak teringin benar tahu.
Addin buat muka. “Kau tidak percaya dengan aku ke?”
Airis geleng. “Percayalah cuma aku curious apalah sejarah kau orang berdua ini. Tidak akanlah setakat leeooil pun kau orang berdua bermusuh.”
“Leeooil? Lagi aku tidak percaya.” Zufar pula menambah.
Addin menjeling Zufar sekilas. “Okay macam ini. Masa kecil-kecil dulu aku bolehlah dikatakan rapat dengan Airil and the geng itu. Selalu juga lepak sama-sama, main sama-sama dan selalu juga Airil datang rumah aku jumpa dengan ibu aku. Aku tidak tahulah, satu hari itu aku ini bijak sangat, aku ingat nak tolong Airil hilangkan alergiknya pada leeooil aku letaklah banyak leeooil dalam beg dia, masa dia tengah makan dekat dewan makan dan di Dragon House. Haha tapi serius aku tidak sangka dia marah sangat lepas itu.”
“Dia buat apa?” Airis ingin tahu.
“Tiga kali dia letak pisang masa aku tengah jalan dan tiga kali juga aku jatuh. Bukan itu sahaja, dia tukar kertas jawapan aku dengan kertas jawapan entah siapa punya masa exam dulu. Tidak pasal-pasal aku kena panggil dengan prof Qabil. Dan yang paling aku bengang gila dia malukan aku setiap kali hari piala Houses. Dia bukan target diveball masuk dalam gol tapi dia target aku yang masuk dalam gol. Dan memang aku masuklah. Malu gila.” Terang Addin panjang lebar. “Dan lepas itu aku berlatih sungguh-sungguh untuk buat dia pula yang masuk lubang gol itu. Memang mula dari itu aku dan dia sudah tidak jadi kawan, semuanya bermula dengan leeooil yang comel itu.”
“Aku teringin nak tengok kau masuk dalam gol.” Tambah Zufar sambil melepaskan tawanya.
Addin menjuling mata sambil tersenyum sinis. “Never! Sebab sekarang lubang gol itu hanya termaktub untuk orang yang macam dia dan kau saja.”
Airis gelak. “Kau teringin ke Zufar?”
“Sikit pun tidak.”
Airis geleng. Hilang sudah bayangan perbualan antara dia, Addin dan Zufar tentang sejarah Airil dan Addin dulu. “Kau jangan risaulah. Akukan jiwa kental.”
“Aku temankan kau?”
Airis angkat bahu. “Ikut kaulah.”
Mereka berjalan seiring menuju ke kelas level 6 yang bertentangan dengan kelas mereka. Tadi sebelum sempat mereka keluar dari akademi Adam memberitahu Airis bahawa Airil ingin berjumpa dengannya di kelas level 6. Takut? Tidaklah sangat. Tidak takut? Tipulah kalau tidak rasa langsung.
“Add latihan.” Jerit Ehsan pelajar Water Sayzer.
Addin menepuk dahinya. “Ya Allah aku lupa. Ris aku pergi dulu.” Pantas Addin mengikut jejak langkah Ehsan untuk mengikuti latihan diveball untuk housenya. Lupa terus tujuan utamanya bersama Airis tadi.
Dalam keadaan blur. “Okay.”
Airis menolak perlahan pintu kelas level 6 tersebut. Sunyi. Agaknya kenapa Farril Airil nak jumpa aku? Nak payback ke? Kalau nak payback, apa yang nak dia lakukan? Nak marah aku ke? Atau dia lempang aku lagi? Serabut kepala aku fikir pasal mamat senget kepala batu itu.
“Lambat.” Muncul satu suara dari arah belakang kelas tersebut.
Rasa hampir luluh jantungnya saat ini. Airis cuba menenangkan diri. “Kenapa nak jumpa tiba-tiba? Selalunya suruh Ris jangan muncul pun depan Ril. Sekarang ini apa kes? Siapa yang mencemar duli sendiri.” Perlinya berani.
Airil melemparkan senyuman yang menampakkan lesung pipitnya. Orang cakap lesung pipit dia ini mahal sebab susah nak keluar. Dia memang kedekut nak menyedekahkan lesung pipitnya. Tapi kenapa jadi pemurah sangat sekarang? Ini yang buat aku seram.
“Kenapa?” Soal Airis dalam nada yang sama. Airil menarik lebih lebar senyuman dibibirnya dan menampakkan lebih jelas lesung pipitnya. Apa kena dengan mamat senget kepala batu ini?
“Kau takut ke?”
Pantas Airis menggeleng. “Takut? Perlu ke Ris takut dengan Ril?” Nonsense.
Airil melepaskan nafasnya. “Okaylah aku bagitahu tujuan utama aku. Aku nak minta maaf dengan kau dari hujung rambut aku yang agak tercacak ini sehinggalah ke hujung kuku kaki aku. Aku tahu aku tidak pernah bagi kau peluang untuk kenal aku.”
Terkejut? Of course aku terkejut. “Kenapa tiba-tiba? Mee goreng itu sudah mentaubatkan Ril ke apa?”
Airil gelak. “Bolehlah.”
“Ikhlas? Atau ini sekadar payback yang dirancang?”
“Minta maaf itu memang lahir dari hati nurani aku.” Yes tepat tekaan kau Ris. Ini memang sekadar payback. Minta maaf itu pula memang ikhlas dari hati aku untuk benda yang kau bakal hadapi nanti.
Airis masih kurang mempercayai apa yang Airil katakan.
“Kau nak aku buktikan ke?” Tanya Airil apabila menyedari Airis masih tidak mempercayainya.
Airis mengangguk.
“Kita makan petang sama-sama sekarang di dewan makan.”
Terlopong mulut Airis. Sebelum ini bukan main bencinya Airil bila aku datang dekat dengan dia. Apa lagi kalau makan semeja dengan dia. Aku salah dengar ke apa ini? Baik aku pastikan. “Seriously?”
Terangkat sebelah kening Airil. “Yes.”
Mereka mengorak langkah seiring menuju ke dewan makan. Airis tersenyum bahagia. Airil pula tersenyum kemenangan.
“Kau ambil air aku ambil makanan. Kau suka makan apa?” Soal Airil kepada Airis. Mee.
“Mee. Semua jenis mee aku suka.” Balas Airis agak ceria.
“Aku ambilkan mee rebus okay?”
Airis mengangkat tumbs up. “Okay.”
“Kau sudah letak ke?” Soal Airil kepada Danish.
Danish senyum sinis. “Mestilah.”
“Okay cantik.”
Airil meletakkan mee rebus dihadapan meja Airis dan cupcake dihadapan mejanya. “Makanlah nampak macam sedapkan.”
Airis senyum. “Nampak sedap gila. Lagi sedap sebab kembar Ris makan sekali. Ril makan itu saja ke? Kenyang ke?”
“Kalau setiap hari makan cupcake saja, aku tetap suka.”
Sesuap sudah selamat masuk ke mulut Airis. Airil sekadar memerhati dalam debar.
“Boleh kencing manislah.” Tambah Airis pula. Tiga suap lagi sudah selamat masuk ke dalam mulutnya. Langsung dia tidak mengesyaki apa-apa.
“Kalau aku sakit ada kau orang kisah?” Persoalan itu membuatkan pergerakan Airis terhenti.
“Mestilah kisah.” Jelas Airis. “Apa pun Ril tetap keluarga kita orang.”
Airil sekadar mengangguk.
“Farris Airis cepatlah. Aku pun nak guna tandas ini.” Jerit Danish pagi-pagi buta. Tapi disebalik semua itu dia menyorok senyuman kemenangan. Semestinya kau cirit-birit dua tiga hari Airis. Siapa suruh kau berani bermain-main dengan aku? Lagi-lagi Airil, kenalah akibatnya. “Airis!”
Pintu bilik air terkuak. Airis keluar dengan muka pucat dan memengang perutnya. Kenapa sakit sangat perut aku ini?
Danish melepaskan tawanya. “Itu padahnya bila kau berani nak lawan aku dan Airil? Sedap sangatkan mee rebus semalam. Mee rebus julap.” Sekali lagi gelaknya dilepaskan.
Terkejut Airis. “Mee rebus julap? Kau ke yang letak?”
Danish angguk. “Aku letak pun atas arahan abang kesayangan kau itu. Itulah payback gempak dia.”
“Ouch!” Perutnya meragam lagi.
Pantas Danish masuk ke dalam tandas dan meguncinya. “Aku pun nak mandi juga.” Masih jelas ditelinga Airis mendengar ketawa yang mengilai dari dalam bilik air tersebut.
Hish sepatutnya aku dengar apa yang Daniel katakan. Sepatutnya aku dengar nasihat Addin. Kenapalah aku degil sangat? Kan sudah kena diri sendiri. Nasib badan.
“Puas hati kau sekarang?” Soal Qausar kepada Airil. “Dia sudah masuk hospital sebab kurang air dalam badan. Sudah kena tahan sehari sebab badan dia lemah? Itu yang kau nakkan Ril?”
Airil diam.
“Kau orang sudah besar. Kau orang boleh fikir baik buruknya. Aku dengar cerita antibodi Airis memang lemah. Dia senang sakit. Kau orang bagi dia julap, sudah tentunya badan dia tidak tahan. Aku rasa lebih baik kau orang pergi minta maaf dengan dia.” Nasihat Rania.
“Tidak kuasa aku.” Balas Danish acuh tidak acuh.
Airil tetap diam. Yang dia rasakan sekarang, serba salah. Menyesal. Sepatutnya dia tidak perlu ikut emosi. Dia perlu berfikir sebelum bertindak. Dan sekarang dia sudah terlambat. Kesian Airis. Tidak pernah terlintas pun yang Airis bakal masuk hospital disebabkan ubat julap itu. Sedikit pun dia tidak pernah terlintas.
YOU ARE READING
Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔
FantasyPertemuan mereka selepas terpisah lama bukanlah pertemuan tangkap sedih dan rindu tetapi pertemuan itu telah mencetuskan fenomena yang tersendiri. Airil yang keras kepala dan ego tidak pernah dapat menerima Airis kembali dalam hidupnya. Baginya Airi...