Bab 60

2.8K 191 3
                                    

60
  Hampir seminggu kejadian pahit itu berlaku tetapi macam biasalah ceritanya masih hangat diperkatakan diseluruh Wonderful Academic. Nak dihalangnya pun sudah berbuih mulut ini membelanya tapi macam masuk telinga kanan keluar balik ikut teliga kiri. Macam menjirus air ke daun keladi pun ada juga. Dan seminggu jugalah Daniel dikurung oleh pihak Wonderful Academic katanya Daniel berbahaya, mungkin dia akan serang sesiapa lagi.
  Aku yakin mesti ada sebab yang munasabah kenapa Daniel berkelakuan seperti itu, dia tidak akan buat macam itu kalau tiada sebab. Kalau mereka tahu bukan Daniel yang bunuh keluarganya mungkin mereka akan mempercayai apa yang aku katakan tetapi mereka tidak tahu dan aku pun tidak berani nak buka mulut, yalah dulu pun aku hampir terlepas cakap dekat Danish, bukan main marah lagi Daniel. Ini kalau aku cakap betul-betul nanti mungkin dia langsung sudah tidak mahu cakap dengan aku. Tapi orang akan percaya ke kata-kata aku?
  Sekali lagi badannya berpusing ke arah lain sejak dari kejadian itu memang susah benar nak tidur. Danish, Rania dengan Qaireen sudah lama selamat masuk ke alam mimpi cuma tinggal Airis seorang sahaja yang masih belum.
  Ah tidak boleh jadi ini, selagi aku tidak dengar sendiri cerita daripada Daniel selagi itu aku tidak akan tenang. Tapi macam mana caranya untuk aku curi-curi masuk dekat tempat tahanan itu, nama pun tempat tahanan mesti pertahanannya pun rapi gila.
  Tiba-tiba Airis tersengih sendiri. Apalah sengal sangat kau ini Airis, Daniel pernah cakap selain dari pintu keluar Dragon house sebenarnya ada lagi satu pintu berdekatan dengan pantry, disebalik cermin berbingkai oren yang besar itu. Pintu itu ada kata kunci dan kata kunciya juga Daniel ada bagitahu aku dulu. Pada mulanya pelik juga macam mana Daniel boleh tahu kata kuncinya tetapi apa nak peliknya kalau Daniel boleh baca apa yang sedang difikirkan oleh Ermin semasa Ermin keluar ikut pintu rahsia itu, hanya Ermin sahaja pelajar yang tahu kata kunci pintu rahsia itu.
  Airis melangkah perlahan-lahan untuk menuju ke arah pintu tersebut dengan berhati-hati. Dia menekan kekunci kata kunci tersebut sambil berdoa minta-mintalah mereka tidak tukar nombornya. ‘Click’ bunyi yang keluar dari pintu tersebut sebaik sahaja terbuka. Airis menelan air liurnya, gulp! Kau kena yakin untuk teruskannya Airis. Dia menuju ke arah tangga kecemasan disebalik pintu tersebut, tak akan nak guna lif pula nanti tidak pasal-pasal terkantoi sebelum sempat bernafas lagi.
  Apa aku nak buat sekarang ini nak patah balik ada pengawal juga, dekat depan aku ini pun ada pengawal. Tidak mungkin aku nak duduk dekat sini sampai pagi. Omel Airis kerisauan.
  Pengawal yang berada dihadapannya makin lama makin dekat, dia hanya mampu menelan air liurnya dan berdoa supaya ada keajaiban yang berlaku. Tanpa sedar seseorang menutup mulutnya dengan tangan, membuntang mata Airis. Dia menoleh ke belakang untuk mencuri lihat siapakah yang telah menolongnya tetapi tiada orang, tangan tersebut juga tidak kelihatan tetapi dia dapat merasakannya. Pengawal tersebut betul-betul berdiri dihadapannya dia hampir menjerit tetapi tidak terkeluar suara sebab tangan tersebut masih menutup mulutnya dengan kemas, dia menelan air liurnya, gulp! Mama hantu mana pula yang tolong Ris ini. Ris takut! Tapi pelik kenapa pengawal itu tidak nampak aku yang betul-betul berdiri dekat depan dia ini.
  Hantu tersebut menarik Airis untuk berjalan ke belakang, tanpa sebarang respon Airis hanya mengikut sahaja apa yang hantu itu buat. Dia masih memikirkan apa motis hantu itu tolong dia. Yang pasti hantu tersebut jalan pun tidak betul. Hantu itu menariknya untuk berjalan terus ke arah dinding dihadapan mereka. Gila ke apa hantu ini, aku ini bukan hantu macam mana nak tembus dinding. Belum sempat Airis menghalangnya, dia dan hantu tersebut telah selamat menembusi beberapa dinding.
  Sekali lagi Airis menelan air liurnya. Aku pun sudah jadi hantu juga ke? Tidak mungkin aku masih hidup. Dia memandang telapak tangannya yang tadi tidak kelihatan tapi sekarang baru kelihatan. Dia menoleh ke arah keberadaan hantu yang berdiri disebelahnya. Betapa terkejutnya apabila yang berdiri disebelahnya adalah hantu yang tiba-tiba bertukar menjadi Syamin Rayyn. Airis membuka mulutnya untuk menjerit sebab terkejut tetapi cepat-cepat dihalang Rayyn sekali lagi.
  “Kau nak jumpa Daniel bukan?” Soal Rayyn berbisik perlahan. Airis sekadar menganggukkan kepalanya. Sekali lagi Rayyn menarik tangan Airis untuk menebusi dinding dihadapan mereka, kali ini bukan dinding biasa tapi dinding besi yang tidak terkata tebalnya. Sesampai sahaja didalam ruang dinding besi tersebut Rayyn melepaskan Airis dari pegangannya.
  Airis memandang Rayyn dengan penuh tanda tanya tetapi sengihan sahaja yang Rayyn balas. “Macam mana kau buat? nyaris-nyaris aku ingat ada hantu mana yang tolong aku tadi.”
  Rayyn sengih lagi. “Hantu comel.” Balasnya. “Kata nak jumpa Daniel? Itu dia.” Sambil menunjuk ke arah keberadaan Daniel.
  Airis menoleh ke arah keberadaan Daniel. Daniel masih lagi boleh tersenyum dalam keadaan tangan dan kakinya dirantai. Daniel dikurung didalam bilik besi yang penuh dengan penjagaan rapi. Tiada siapa yang dapat mencerobohinya kecuali orang yang memiliki kuasa seperti Rayyn. Airis mendekati Daniel, rasa seperti nak menangis sahaja saat ini, kalaulah aku mengelak dari terkena serangan Daniel hari itu mesti dia tidak akan kena seteruk sampai macam ini sekali, bisik hati Airis menyalahkan dirinya sendiri.
  “Kau tidak perlu salahkan diri sendiri Airis. Aku yang salah, aku tidak dapat nak kawal diri aku sendiri masa itu.” Ujar Daniel memujuk Airis. “Rayyn kau pun satu, aku cakap tidak perlu datang setiap hari. Nanti tidak pasal-pasal kantoi pula, kau sendiri yang susah.”
  Rayyn sengih lagi sambil menggaru kulit kepalanya. “Kau tidak ada aku jadi bosan. Akukan Rayyn versi Daniel. Patutnya kau berterima kasih dekat aku sebab tolong selamatkan Ris dari terkantoi tadi, on time lagi macam ada deria keenam pula.”
  Daniel senyum. “Yalah thanks a lot.”
  “You’re welcome Arsyil Daniel.”
  Serentak mereka berdua melepaskan tawa.
  “Eh sejak bila kau pendiam kau Ris? Kena sampuk ke?”
  Airis menggeleng kepalanya sambil menarik kedua-dua belah pipinya. Aku bukan dalam mimpi sekarang sebab rasa sakit. “Apa-apa pun kau orang berdua kena cerita dekat aku dari A sampai Z?”
  Terangkat sebelah kening Rayyn dan Daniel. “Cerita apa?” soal Rayyn.
  “Pertama, kau kena cerita dekat aku macam mana kau boleh tembus semua dinding dan dapat membuat diri kau dan aku jadi macam invisible tadi.” Ujar Airis. “Kedua, Daniel kena bagitahu aku apa sebenarnya yang berlaku masa Picnic day minggu lepas, aku betul-betul curious.”
  “Aku pun ada kuasa istimewa macam Daniel cuma berbeza sikit.” Beritahu Rayyn untuk menjelaskan. “Dulu aku cuma boleh invisible sahaja tetapi sejak dari dua bulan lepas aku boleh menembusi semua benda. Aku pun tidak tahu mana datangnya.”
  Oh jadi bukan setakat aku dan Daniel sahaja yang ada kuasa istimewa ini, Rayyn juga ada. Airis menganggukkan kepalanya. “Tidak sangka kau pun sama macam kita orang.” Balas Airis sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Riaksi muka Rayyn blur sebaik sahaja mendengar apa yang Airis katakan ‘sama macam kita orang’ dia pun ada ke?
  Daniel ketawa kecil dengan apa yang bermain difikiran Rayyn tika ini. “Tidak mengapa nanti aku yang akan cerita dekat kau dari A sampai Z, bolehkan Ris?”
  Airis sekadar menganggukan kepalanya menunjukan tanda setuju.
  “Kau pula Daniel, baik kau ceritakan sebabnya dekat aku, aku tidak boleh tidur malam sejak kejadian itu. Kau betul-betul buat aku nak tercabut jantung, curious gila.” Tambah Airis serius.
  “Aku nak minta maaf pasal hari itu mesti kau terkejutkan Ris?” Ujar Daniel dalam nada menyesal, dia menyesal sebab buat macam itu. “Masa itu aku betul tidak tahan dengan suara semua orang, suara yang berada sejuah berkilometer pun aku boleh dengar. Aku tidak tahu kenapa tiba-tiba sahaja aku boleh dengar suara itu, telinga aku jadi bingit sangat. Tapi serius aku cakap aku tidak ada niat pun nak tolak kau sampai jatuh, aku rasa macam ada orang kawal aku dia suruh aku tolak kau. Masa itu aku cuba nak lawan tapi aku tidak boleh.”
  “Kau tidak dapat nak agak ke siapa orang itu?” Soal Airis ingin tahu.
  “Aku tidak tahu.”
  “Sudah macam cerita Airil dan Danish yang kena kawal dulu.”
  Rayyn bangun dari duduknya untuk menghampiri Daniel. “Aku rasalah orang itu mesti salah seorang dari penghuni Dragon house juga, sebab masa itu hanya pelajar-pelajar Dragon sahaja yang ada di pantai Sunrise itu.”
  Boleh jadi juga. Ada relevan juga apa yang Rayyn katakan. “Mungkin juga tapi kau orang tidak pelik ke apa motis dia sebenarnya?” Soal Airis pelik. “Apa kata kau cuba cari orangnya. Kau cuba dengar apa yang dia fikirkan dalam hati dia.”
  “Itu pun kalau aku dapat keluar dari tempat ini.” Balasnya agak kecewa.
  “Aku yakin kau akan dapat keluar dari sini Daniel.”
  “Entah zaman bila pulakan.” Kau tidak tahu siapa aku yang sebenarnya Airis. Dan mengapa mereka sanggup buat aku macam ini. Kalau kau tahu, kau akan faham Airis.
  Airis geleng. “Apa ini sejak bila kau jadi macam putus asa? Jangan berputus asa dengan hidup dan jangan hidup dengan putus asa, ingat itu Arsyil Daniel. Fighting! Akukan kawan kau aku akan tolong kau Daniel. Aku akan tetap percayakan kau sampai bila-bila.”
  “Aku pun akan selalu percayakan kau walau aku tidak pernah tahu apa kisah masa silam kau Daniel, tapi hati aku percayakan kau.” Tambah Rayyn pula. Daniel tersenyum dengan kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh Rayyn dan Airis. Dia benar-benar terharu.
  “Tidak mengapa Rayyn yang itu biar aku yang cerita dari A sampai Z, bolehkan Daniel?” Usik Airis mencelah. Daniel sekadar menganggukkan kepalanya, dia percayakan Rayyn sama macam dia percayakan Airis. Mereka tulus.
  Sahabat itu umpama warna-warni lukisan alam yang terbentang indah dimuka bumi ciptaan Allah ini, ada yang warna cerah, gelap, pudar dan ada yang berwarna-warni. Kawan itu mereka datang dan pergi dalam hidup kita. Ada yang boleh menerima kita apa adanya, ada juga yang membenci kita tanpa sebab, ada yang mewarnai hidup kita, tidak kurang juga ada yang menyakiti hati kita. Cuma yang ikhlas menjadi kawan kita itu yang kekal hingga ke akhirnya, itulah sahabat sejati!

Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now