26
Seperti dalam mimpi semua itu terjadi. Trauma masih menghantui dirinya. Dia berusaha untuk bangun, terasa perik seluruh badannya lagi-lagi di bahagian jantungnya. Jantungnya umpama ditikam berkali-kali dengan mata pisau yang tajam.
Addin cuba membantu Airis untuk bangun. “Kau okay Ris?”
Airis hanya menganggukkan kepalanya. Kali ini dia betul-betul tidak mampu berkata apa-apa. Dia sudah membayangkan dirinya yang dulu. Ah tidak mungkin. Doktor sendiri yang memberitahunya selepas dia mendapatkan jantung baru dia tidak akan menderita lagi seperti dulu. Tidak mungkinlah baru hampir setahun jantung ini berada di tubuhnya, penyakitnya yang dulu datang kembali. Selepas pembedahan itu dia ada rasa sakit juga, itupun cuma disebabkan kelebihannya itu. Sakitnya pun cuma sebentar sahaja. Itu pun kadang-kadang. Cuma yang kali ini seperti sakitnya yang dahulu. Ya Allah mampukah hambamu ini menanggung sakit itu lagi.
“Sebenarnya kau orang berdua nak pergi mana?” Soal Irfhan memecah kesunyian. Selepas penat berlawan tadi mereka berehat sebentar di situ.
Aulia Addin mengeluh. “ Add dengan Airis nak balik rumah Add dekat Mutiara Maya tapi tiba-tiba lelaki pelik yang menyerupai kau orang datang serang kami. Tiba-tiba sahaja. Kan Ris?”
Airis sekadar mengangguk.
“Oh. Sebelum ini memang pernah kena serang ke?” Soalan itu memang ditujukan kepada Airis.
Airis yang sedang memikirkan sesuatu disiku oleh Addin. “Hah? Apa dia?”
“Pernah kena serang ke sebelum ini?” Arfhan bertanya lagi.
Airis menggeleng. “Tidak pernah. Tidak kenal pun lelaki itu.”
Arfhan dan Irfhan mengangguk tanda faham.
“Tapikan kenapa dia cakap dia cuma nakkan kau Ris. Gaya dia macam dia kenal benar dengan kau. Betul kau tidak kenal dia?” Soal Addin pula.
Sekali lagi Airis menggeleng. Dia pun pelik dengan apa yang lelaki itu katakan. “Aku memang tidak kenal dia.”
Irfhan memandang Arfhan. Arfhan pula memandang Irfhan. Dan mereka menjongkekkan bahu masing-masing. “Tidak mengapalah kau orang jangan fikir sangat tentang lelaki tadi, yang penting sekarang kau orang sudah selamat.” Irfhan bersuara.
“So kau orang nak balik Wonderful Academic atau nak pergi Mutiara Maya?” Arfhan pula yang bertanya.
“Add sudah janji dengan ibu nak balik minggu ini. Lagipun dari sini sudah tidak berapa jauh.” Jawab Addin sambil memandang ke arah Airis yang seperti masih dalam trauma. “Ris aku rasa baik kau balik Wonderful Academic, jangan risau nanti aku cakap dekat ibu aku. Muka kau pun nampak pucat sangat.”
Airis membalas pandangan Addin. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. “Akukan sudah janji. Aku rasa aku okay.”
“Betul ini? Aku tidak kisah pun .”
“Ya betullah. Kaukan tahu aku tidak suka mungkir janji.” Balas Airis menyakinkan Addin.
Addin mengangguk kepala dan tersenyum.
“Kalau macam itu biar kami hantar kau orang berdua sampai depan pintu rumah kau Add. Takut juga kalau lelaki itu datang lagi.” Tambah Arfhan pula.
“Okay.”
Mereka berempat berjalan beriringan sambil bersembang. Cuma Airis yang hanya membisu. Tiada sebab lain kecuali dia rasa terlampau sakit dan perit ketika ini. Sakitnya datang lagi dan lagi. Jantungnya kena cucuk lagi. Dia memegang kuat dibahagian dadanya untuk menahan sakit. Nafasnya turun naik.
Pandangannya mulai kabur. Suara Addin, Irfhan dan Arfhan seperti hilang dari pendengarannya. Langkahnya mulai tidak keruan. Sakitnya tidak tahu nak cakap apa ianya seperti meronta-ronta. Dan akhirnya gelap seluruh pandangannya. Saat ini dia langsung tidak sedarkan diri lagi.
Addin seperti mendengar sesuatu dari belakang. Bukan main terkejut lagi apabila dia melihat Airis sudah terbaring di atas rumput. Walhal mereka sudah sampai betul-betul di depan pintu pagar rumah milik keluarga Addin.
“Airis!”
Arfhan dan Irfhan juga turut terperajat. Patutlah Airis senyap saja dari tadi. Mereka memapah Airis masuk ke rumah Addin kerana lebih dekat berbanding untuk patah balik ke Wonderful Academic. Dalam fikiran mereka mungkin Airis terlampau trauma dengan apa yang baru sahaja terjadi tadi.
“Ibu!” Panggil Addin.
Puan Afisya ibu kepada Addin terkejut dengan kahadiran Arfhan dan Irfhan sambil mereka mengangkat seseorang untuk dibawa masuk ke rumahnya. “Kenapa Add?”
“Kawan Add pengsan. Tadi kami kena serang dengan orang Hunter berdekatan dengan air terjun Hikari Maya.” Jelas Addin.
Hunter? “Bawak dia masuk bilik Add dekat belakang sana.” Ujar Puan Afisya.
Mereka berdua sekadar menganggukkan kepalanya.
Arfhan Muhkrish mengamati wajah pucat lesu itu. Dalam fikirannya dia masih tertanya-tanya kenapa lelaki Hunter itu inginkan Airis? Kenapa Airis? Siapa kau sebenarnya Airis? Kau ke orang yang dicari-cari oleh semua orang selama ini. Ke ada satu bahagian yang aku tidak sempat baca dalam skrol kunci dimensi Maya yang dirampas oleh mereka?
“Macam mana orang Hunter boleh ke sini?” Soal Puan Afisya ingin tahu. Mana pernah orang Hunter berani menjejakkan kaki ke Pulau Maya ini.
Arfhan dan Irfhan menggeleng. “Kami pun tidak pasti Puan.”
“Tidak mungkin dia nakkan anak aku.” Tidak mungkin Addin kunci dimensi Maya.
“Dia nakkan Airis ibu. Airis sendiri tidak kenal lelaki itu.” Addin pula menambahnya. Addin memang tak faham tentang apa yang Arfhan, Irfhan dan ibunya sedang bualkan. Yang dia faham, mungkin ibunya risau orang Hunter datang untuk menyerangnya.
Puan Afisya memandang Arfhan dengan pandangan hanya mereka saja yang tahu maknanya. Arfhan sekadar menganggukan kepalanya.
YOU ARE READING
Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔
FantasiaPertemuan mereka selepas terpisah lama bukanlah pertemuan tangkap sedih dan rindu tetapi pertemuan itu telah mencetuskan fenomena yang tersendiri. Airil yang keras kepala dan ego tidak pernah dapat menerima Airis kembali dalam hidupnya. Baginya Airi...