Bab 75

2.8K 189 4
                                    

75
  “Sorry salah lagi.” Ujar Daniel sambil tangannya menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal. Bibirnya tersengih. “Aku tidak berapa mahir.”
  Rayyn menggeleng. “Amboi masa rancang nak cari jalan selamatkan Airis, aku tengok betapa mahirnya kau nak temui jalan ke Hunter Academic. Tapi bila sudah dapat selamatkan, hilang sudah kemahiran kaukan.” Perli Rayyn main-main.
  Dengan mudah mereka menemui jalan untuk ke Hunter Academic masa melalui pintu merentas dimensi Maya untuk mencari dimensi Maya yang terpisah yang menempatkan Hunter Academic.
  “Masa itu kitakan tengah serius dan serabut.” Dalih Daniel. Dia pun tidak pasti kenapa masa itu, dengan mudahnya dia menemui pintu merentas dimensi. Mungkin sebab tika itu, dia terlampau risaukan Airis. Mungkin.
  Sekarang mereka tertindas disalah satu dimensi Maya yang terpisah tetapi yang pasti bukan pulau Maya yang menempatkan Wonderful Academic. Mereka yakin Hunter pasti tidak dapat menjejaki mereka sebab mereka juga tidak tahu mereka berada di mana sekarang.
  Airil duduk dibawah pokok sambil kepala Airis yang terlentok dipahanya, yang masih tidak sedarkan diri. Airil sekadar menjadi pemerhati dan pendengar setia perbualan antara dua sahabat yang sedang berborak beberapa meter daripadanya. Badannya lemah, mungkin sudah banyak digunakan semalam. Semalaman mereka menjadi perlarian dari Hunter Academic dan sekarang mereka pun tidak tahu dekat mana mereka berada.
  “Thanks.” Ucap Airil tiba-tiba.
  Daniel dan Rayyn yang mendengarnya tersengih. Mereka tahu Farril Airil orangnya bagaimana. Kalau keluar perkataan ‘thanks’ ‘terima kasih’ atau seangkatan dengannya, adalah sesuatu yang diluar kebiasaan.
  “Kenapa salah ke?”
  Rayyn ketawa. “Tidak salah. Cuma pelik kalau kau yang ucapkannya.” Omel Rayyn.
  Daniel sekadar mengangguk tanda mengiakan. Dia memang seorang yang agak pendiam.
  “Perli nampak.” Balas Airil turut ketawa. Memang tidak dapat dinafikan, aku memang ego. Tapi apa salahnya kalau aku nak turunkan ego aku kali ini. “Kalau tidak ada kau orang semalam, aku rasa sekarang ini kita orang sudah jadi arwah.”
  “Tidak akanlah kita orang nak diam sahaja. Tunggu sampai pihak Wonderful Academic sampaikan berita apa-apa tentang kau orang. Lagipun si Daniel ini, sudah tidak boleh nak duduk diam, yalah Airis kan…” Belum sempat Rayyn menghabiskan ayatnya, dia mendapat hempukan daripada Daniel yang mukanya terserlah kemerahan. Mungkin malu. “Okay okay sorry.” Ujar Rayyn sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya, tanda mengalah.
  Serentak dengan itu Rayyn dan Airil ketawa.
  “Ada yang nak kena sembelih masak sup sekajap lagi.” Balas Daniel sambil matanya menikam biji mata Rayyn yang sedang nakal mengusiknya. Kalau Rayyn sudah masuk bab bergurau, kadang-kadang terlebih juga.
  Rayyn memeluk bahu Daniel erat. “Ala gurau sajalah kawan.” Sambil kedua-dua keningnya terangkat dua kali. “Tapi betul apa. Kau memang teramat risaukan Airis. Orang kata kalau seseorang itu risaukan orang yang dia sayang, walau terpaksa berenang merentas lautan api sekali pun dia sanggup. Kan Airil?”
  Bertambah-tambah merah lagilah pipi Daniel mendengarnya. Rayyn dan Airil dengan tidak bersalahnya mengetawakan Daniel. Kelakar melihat muka Daniel menahan malu. Muka yang selama ini hanya kelihatan separuh dihalangi topi atau muka yang selama ini hanya sekadar menahan sabar dari hinaan dan cacian semua orang. Sekarang tidak lagi.
  “Kali ini aku serius Rayyn, aku sembelih kau buat masak sup nanti. Kau pun sama Airil.” Omelnya tegas sambil menutup malu. Tetapi apabila dia berpaling ke arah yang bertentangan daripada Airil dan Rayyn, bibirnya terkoyak senyuman. Ikhlas-plus-malu.


  Hari ini masuk hari ketiga mereka berempat tertindas disalah satu dimensi Maya yang mereka sendiri tidak ketahui. Dimensi ini langsung tidak kelihatan kehidupan yang hidup sama ada manusia mahupun haiwan. Sunyi dan sepi. Yang kedengaran cuma bunyi angin dan arus air sungai yang mengalir. Tenang dan mendamaikan.
  “Airil!” Jerit satu suara yang kuat yang tidak berapa jauh daripada Airil. Dengan pantas kakinya berlari mendapatkan suara tersebut. Airis.
  Membulat mata Airis. Besar. Nafasnya turun naik sambil tangannya memegang dadanya. Nightmare lagi.
  “Ris.” Tiga suara muncul bertanyakannya.
  “Kau sudah sedar?” Airil bertanya.
  “Kau okay ke?” Rayyn pula bertanya.
  “Mimpi ngeri lagi?” Soal Daniel yang membaca fikiran Airis.
  Airil memandang Daniel dengan pandangan yang curious. Ada lagi ke yang aku tidak tahu?
  Satu pun Airis tidak menjawab persoalan daripada mereka bertiga. Fikirannya masih tidak stabil. Dia tidak ingat apa yang berlaku sebenarnya. Dia memejamkan matanya. AstgarfirullAllah al azzim. Itu yang terlintas difikirannya sekarang. Sesudah hatinya mulai tenang kembali, perlahan-lahan dia membuka matanya. Terpamer wajah kerisauan mereka bertiga. Apa yang berlaku sebenarnya?
  “Kita dekat mana ini?” Soalan pertama Airis.
  “Dimensi Mayalah.” Balas Airil pendek.
  Airis menoleh ke arah Airil. “Memanglah tapi macam bukan pulau Maya.” Dalam nada yang agak lemah.
  “Kau tidak ingat?”
  “Ingat apa?” Airis pelik.
  “Serius kau tidak ingat apa yang berlaku sebelum ini?” Soal Airil masih ingin memastikan. Airis sekadar merenung pelik dan mengelengkan kepalanya. “Hunter? Insyira? Izreen? Skrol kunci dimensi Maya?”
  Airis terus menelan air liurnya, gulp! Pengkhianatan Syira dan Reen. Aku memang tidak akan lupakan langsung. Mungkin satu hari nanti aku akan dapat lupakan tetapi susah untuk nak padamkan kata-kata sinis daripada Fatin Insyira. Pedih. Amat menyakitkan.
  “Oh.” Itu sahaja yang dapat diluahkan Airis. Habis semua yang berlaku sebelum ini, terpamer bagai tayangan movie ke dalam bayangannya.
  “Kau okay Ris? Muka kau masuh pucat lagi?” Soal Rayyn dalam nada risau.
  “Okay.” Balas Airis. “Berapa lama aku tidak sedarkan diri?”
  “Tiga.” Airil pula menambah. Airil merenung ke dalam mata Airis tajam. Dia curious. “Kenapa kau jerit nama aku? Nigtmare ke kalau mimpi aku?”
  Airis mengerutkan dahinya, memandang Airil pelik. Baru teringat tadi aku ada terjerit nama dia ini. Bibirnya tersenyum dan dia melepaskan tawanya melihat muka tidak puas hati abangnya. “Ya. Tiap kali Ril masuk saja dalam mimpi Ris, mesti nightmare gila mimpi Ris jadinya.” Omelnya mengenakan Airil.
  “Oh kalau aku nightmare, kalau Daniel?” Ujar Airil sengaja mengubah suasana keadaan yang sentiasa tegang beberapa hari ini. Risau yang membelenggu fikirannya sedikit hilang dengan sedarnya Airis. Airis sering mengubah suasana sekitarnya.
  “Sudah tentu memanjang saja sweet dream.” Balas Airis tanpa berfikir panjang. Sambil kedua-dua kening terangkat dua kali ke arah Daniel yang baru sekali sahaja bersuara tadi.
  Airil mencebik. “Aku memang sudah dapat mengagak” Sambil kepalanya digeleng-gelengkan. “Hish hish hish budak-budak zaman sekarang inikan.”
  “Ris gurau sajalah. Itu pun terasa ke Farril Airil oi.” Omelnya sambil gelak sakan melihat Airil mencebik dan menarik mukanya. Kelakar pun ada. Airis menarik nafas panjang dan menghembuskannya. Kalau tiada Daniel dan Rayyn, mesti aku dan Airil tidak akan dapat menghirup udara lagi. Terharunya.
  “Thanks kau orang sebab selamatkan kita orang.” Ucap Airis ikhlas. Dia memandang Daniel dan Rayyn silih berganti. Mereka berdualah sahabat yang telah menyelamatkannya daripada manusia-manusia yang tidak punya hati dan perasaan. Kejam. Lafaz itu paling sesuai untuk mereka.
  “Welcome.” Rayyn dan Daniel membalasnya serentak.
  “Kaukan sahabat kita orang.” Rayyn menambah dan bibirnya terkoyak senyuman.
  “Habis aku? Akukan suka menyakitkan hati kau orang.” Airil tiba-tiba menyibuk.
  Automatiknya ketiga-tiga mereka gelak terbahak-bahak. Memberitahu bahawasanya sudah-kenapa-Airil-ini-sentap-semacam-sahaja.
  “Disebabkan kau roommate kita orang merangkap kembar kepada Airis, kita orang terpaksalah tolong kau. Walaupun kita orang tahu betapa annoyingnya kau.” Balas Daniel secara tiba-tiba apabila mendapat persoalan dan pernyataan daripada Airil. Farril Airil. Lawak. Serius lawak. Tidak pernah-pernah Airil berkelakuan seperti itu dihadapannya. Memanglah dia tahu Airil itu agak mengada-gada dan manja dengan kawan tiga serangkainya; Danish, Qausar dan Rania. Tetapi kalau dengan dia, memang annoying sahaja semendang. Itu yang secara spontan terlepas cakap.
  Mereka berempat bergelak sakan tanpa henti.
  “Aku nak minta maaf atas apa yang sudah berlaku pada kau orang berdua. Aku minta maaf atas kekejaman atuk aku, pak su aku dan Syira sepupu aku.” Ujar Daniel sebaik sahaja mereka berempat mulai berhenti ketawa. “Aku tidak sangka mereka sanggup bertindak sedasyat itu.”
  Airis menggeleng. “Bukan salah kau pun Daniel. Kau pun mangsa mereka, buat apa kau nak minta maaf atas kesalahan yang bukan kau lakukan. Bila sudah sampai Wonderful Academic nanti, kita buktikan yang kau tidak bersalah ya?”
  Jadi itu yang Daniel nak sampaikan hari itu, Insyira itu sepupunya. Anak pak sunya. Tidak hairan langsung kalau Syira itu tahu apa yang berlaku sebenarnya. Serius aku tidak pernah sangka sampai ke tahap itu sekali. Sepupu? Wow sampai tahap itu rupanya. Tapi kau bukan mereka Daniel. Mereka adalah mereka. Walaupun mereka itu keluarga kau tapi kau dengan mereka dalam dunia yang berbeza. Sangat berbeza. Iman tidak boleh diwarisi. Sama juga seperti kejahatan, ianya juga tidak boleh diwarisi.
  “Susah Ris. Susah. Aku bukannya boleh beritahu apa yang berlaku pun.” Daniel masih memberi alasannya, tiap kali isu itu kembali berbangkit. Besar sungguh pengorbanan insan yang bernama Arsyil Daniel. Namun ramai yang menyakitkan hatinya.
  “Biar aku yang buktikan. Lagipun Tuan Izaryl dan yang lain sudah tahu aku boleh tengok masa lalu. Jadi siapa yang dapat menafikannya.” Airis masih setia membangkang. Kali ini dia betul nekad untuk tolong Daniel pula. Sudah banyak Daniel menolongnya, tidak salah kalau dia pula yang mahu membantunya.
  Daniel mengeluh. “Tapi aku…”
  “Kau inikan Daniel. Tolonglah bagi peluang untuk aku pula tolong kau.”
  “Aku takut…”
  “Daniel!”
  Daniel tetap menggeleng. “Aku takut kalau-kalau..”
  “Jangan bagi alasan lagi. Aku sudah tidak sanggup nak dengar dan lihat kau dihina lagi.” Airis nak juga membantah.
  “Bagilah peluang dekat Daniel nak habiskan apa yang dia nak cakap. Kau ini pun Airis, kesian dia. Mesti dia ada alasan yang kukuh.” Airil menyampuk ditengah-tengah perbualan Airis dan Daniel. Bukan nak kacau daun tapi aku nak juga dengar apa yang Daniel ingin sampaikan. Bila difikir-fikirkan balik, inilah first time Daniel cakap banyak dihadapannya. Ini tidak termasuk apa yang Daniel pernah marahnya masa hari lawatan keluarga dulu. Eh bukan marah tapi nasihat.
  “Daniel tidak akan mengiakan.” Rayyn menyampuk. Dia kenal sangat dengan Daniel. “Seribu kali Airis membuat cadangan dan memberi nasihat, seribu kali jugalah alasan yang dia akan berikan. Right?”
  Airis mengangguk. “That’s right.”
  Dan bermacam-macamlah cerita yang mereka kongsikan. Umpama sebelum ini langsung tiada pertelingkahan antara mereka dengan Airil. Airil juga tidak menunjukkan kejanggalannya. Cuma Daniel masih dengan sifatnya yang satu, pendiam. Tapi ada juga yang dia menyampuk dan menambah.
  Bercerita tentang Wonderful Academic, kisah silam Rayyn dan Daniel, kelakuan Airil terhadap Daniel. Airil menyatakan betapa terkejutnya dia bila mengertahui perkara sebenar dari mulut prof Arya sendiri iaitu pak su Daniel dan Danish. Dan tanpa segan dan ego Airil memohon maaf daripada Daniel dan Airis atas kesalahannya selama ini. Fikiran mereka menjadi bertambah tenang dengan semua itu. Tenang dalam ketenangan.
  Sampailah Airis memberitahu tentang kunci dimensi kepada Daniel. Kunci dimensi yang kedua, semua sifatnya ada pada Daniel. Sekali lagi Daniel cuba menafikan dan sekali lagi itu Airis mengiakan. Dia memang yakin skrol kunci dimensi Maya itu memang milik Daniel.
  “Okay kita buktikan bila sudah sampai Wonderful Academic nanti. Aku memang yakin kaulah orangnya Daniel.” Ujar Airis penuh keyakinan.
  “Kau yakin ke?” Daniel bertanya.
  “Ya sangat yakin. Tapi sebelum itu kita kena buktikan yang kau tidak bersalah dulu dan lepas itu Danish sudah tidak benci kau lagi. Dan baru kau boleh buktikan yang kau ini salah seorang daripada kunci dimensi Maya yang dicari selama ini. Kau setuju?”
  Rayyn meletakkan tangannya di atas bahu kanan Daniel. “Setuju sajalah.” Rayyn memberi nasihat.
  “Aku pun akan tolong bersihkan nama kau. Tentang Danish, aku yakin dia akan percaya. Aku kenal dia sangat-sangat. Sekeras mana pun hati dia, dia tetap sayangkan kau. Itu aku memang tidak boleh nak tipu.” Airil pula menambah. Aku yakin itu.
  “Okay aku setuju.” Entah kenapa dia merasa sangat diambil berat oleh mereka bertiga. Suara hati mereka sangat ikhlas. Rasa benar-benar bahagia saat ini. Akhirnya berkat kesabarannya selama ini, dia ada apa yang dia ada sekarang ini. Sahabat. Sahabat yang benar-benar sahabat. Bibirnya menarik senyuman yang teramat indah, bertambah indah apabila senyuman itu terlukis pada wajah Daniel yang memang tidak dapat dinafikan kekacakan pada pandangan perempuan mahupun lelaki.


  Airis menyandarkan dirinya di salah satu pokok di situ. Dia memerhati Daniel yang leka mengawal api dan membakar ikan. Kalau dalam bayangan masa lalu Daniel, dia dapat melihat seluruh keluarga Daniel mati dengan kejam, ibunya, abangnya dan adiknya. Tapi mana ayah Daniel? Anak kepada Tuan Izmeer. Abang kepada Prof Arya. Daniel tidak pernah cerita pada aku tentang ayahnya. Hidup lagi ke? Atau tidak? Gaya mereka seolah ayah Daniel masih hidup tapi Daniel dan Danish seolah ayah mereka sudah tiada.
  Airis bangun dan duduk berdekatan dengan tempat Daniel berada. Sekilas dia melihat Airil dan Rayyn yang seperti hampir siap dari berendam di sungai. Kemudian matanya beralih ke arah Daniel kembali. Hampir lima hari mereka menjadi pengembara atau lebih tepat pelarian.
  “Nak makan?” Daniel menghulurkan ikan kepada Airis sambil meniupnya.
  Lambat-lambat Airis mengambilnya. “Thanks.” Perlu ke aku tanya. Aku takut soalan itu bakal membuka kisah lama hidupnya. “Daniel?” Panggil Airis memberanikan diri.
  “Hmm?” Daniel masih leka membakar.
  “Kau tidak mahu join mereka ke?” Lain yang nak ditanya, lain pula yang ditanyanya.
  Daniel tarik senyumannya. “Kenapa busuk sangat ke aku ini?” Sambil mencium kanan dan kiri ketiaknya.
  Airis geleng. Dia cuba untuk senyum. Serius aku tidak berani nak tanya.
  Terangkat sebelah kening Daniel. “Tanyanya sajalah, aku tidak kisah pun kalau pertanyaan itu dari kau. Apanya?” Dia merenung mata Airis. Itu yang ingin dia tanyakan.
  “Ayah kau… err ayah kau..” Entah sejak bila aku tiada kekuatan nak bertanya apa-apa pada dia ini. Mungkin sebab apa yang baru sahaja berlaku membuatkan dia lebih berhati-hati apabila ingin menyoalkan sesuatu yang berkaitan dengan keluarga Daniel.
  Rayyn dan Airil yang baru tiba, terus betapa didepan api yang dinyalakan Daniel. Tanpa segan-silu mereka meratah ikan yang dibakar oleh Daniel. Mereka baru perasan perubahan situasi yang berlaku sekarang. Airis dengan muka serba salahnya dan Daniel dengan muka mencari kekuatannya.
  “Dia sudah tiada.” Akhirnya Daniel bersuara.
  Airis tersentak. “Aku minta maaf.”
  “Aku sudah cakap tadi, aku tidak kisah pun kalau pertanyaan itu dari kau. Ayah aku sudah tiada sejak lapan tahun lepas.”
  Airil mengetap bibirnya. Tidak akan dia lupakan saat Danish pulang dari bercuti lapan tahun lepas, Danish jadi orang lain. Suka sisihkan diri. Panas baran tanpa sebab. Menangis setiap malam. Dan yang paling teruk dia tidak makan beberapa hari sehinggalah dia pengsan. Semuanya disebabkan pemergiaan ayahnya secara tiba-tiba. Tanpa jejak. Memang tidak akan dia lupakan benda itu.
  “Ayah aku kerja nelayan dikampung aku, Pulau Sipadan, Sabah. Mak aku orang sabah. Boleh bah kalau kau mahu aku cakap sabah.” Dalam bercerita dia masih boleh membuat lawak, lorat sabahnya itu. “Ada suatu hari itu ayah aku pergi menjala seorang diri, selalunya dia akan pergi dengan mak aku. Tapi dia suruh mak aku tengok-tengokkan rumah, tengok-tengokkan kami adik-beradik. Mak aku pun hanya mengiakanlah. Beberapa jam selepas itu ada orang kampung cakap bot ayah aku karam. Mak aku rebah masa itu juga. Kak Nisha.. eh maksud aku Danish, dialah orang paling tidak percaya sekali. Ayah akukan manusia Maya, mana mungkin tewas semudah itu. Dia minta bantuan pak su aku yang masa itu bermalam dirumah kita orang. Mereka mencarinya tapi tidak jumpa juga. Seminggu lepas itu usaha pencarian dihentikan. Pak su yang paling banyak membantu keluarga aku. Dia yang banyak bagi semangat pada Danish. Sebab itu mereka rapat.” Dan sebab itu juga aku tiada kekuatan nak kecewakan kak Nisha lagi.
  Airis mengangguk faham. “Jadi sampai sekarang memang tiada khabar berita langsung?”
  Daniel angguk. “Tiada. Kami sudah pasrah. Lagipun dah hampir lapan tahun berlalu.” Biarlah ianya menjadi sejarah. Semoga ayah tenang di sana.
  “Aku minta maaf sebab tanya benda yang tidak sepatutnya.” Besar betul dugaan mereka. Lepas satu, satu kehilangan yang mereka rasai. Kau memang tabah Daniel. Aku minta maaf Danish, sebab selalu bertikam lidah dengan kau.
  “Aku tidak kisah kalau soalan itu daripada kau.” Sekali lagi Daniel mengulang ayatnya.


Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now