Bab 55

2.7K 180 0
                                    

55
   Airis menfokuskan matanya ke arah persembahan yang sedang berlangsung di Water Academy, sebenarnya bukanlah persembahan tetapi lebih tepat kepada perlawanan biasa setiap dua bulan. Dia memang lincah, memang tidak dapat dinafikan pun. Err kenapa aku cakap macam itu, cemburu ke? Tolonglah tiada langsung dalam kamus hidup aku nak cemburu dengan si Insyira itu. Perlawanan antara Insyira dengan Umair, sudah tentunya dimenangi oleh Insyira. Semua orang sibuk menepuk tangan tanda ucapan tahniahlah konon, aku betul-betul tidak boleh terima dengan muka mendongak ke langit yang Syira itu tunjukkan. Nak termuntah pun ada. Syira menghadiahkan senyuman sinis yang cukup menyakitkan mata dan hati aku ini, aku seperti biasa hanya membalas dengan senyuman yang akan membuat dia pun meluat.
  Kali ini aku betul-betul mempamerkan senyuman yang seikhlas kepada perlawanan antara Airil dengan Syafi. Jika dibandingkan antara Insyira dengan Airil, sudah tentunya Airil lagi hebat. Airis memerhatikan langkah pantas Airil menepis serangan balas Syafi dengan sekali libasan balik, wah hebatlah abang aku bisik hati Airis. Airis tersenyum sendiri tanpa dia sedar senyuman itu juga terkena kepada Insyira, sebaik sahaja pandangan tajam Syira menyinggah ke penglihatannya secara automatiknya mati terus senyuman manis yang terukir dibibir Airis.
  Airis mengalihkan semula pandangannya ke arah Airil, dia betul-betul fokus. Entah macam mana pergerakan Airil yang pantas tiba-tiba sahaja terpelanting ke belakang Syafi. Syafi juga turut terhenti memerhatikan Airil yang sedang mengerang kesakitan. Prof Ameer selaku pengadil berlari anak mendekati Airil. Dahi Airil berdarah sebab terpelanting dan tersembam di muka. Airil sedang mengerang kesakitan dan memegang kakinya yang mungkin tercedera.
  Airis benar-benar terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku, hatinya berdebar-debar sebab kesian dengan Airil. Yalah adik mana yang tidak sayangkan abang kandung sendirikan even selalu gaduh pun. Matanya difokuskan kepada Insyira yang sedang tersenyum puas saat ini, tak guna kau Insyira kau fikir aku tidak nampak apa yang kau buat tadi, bisik hati Airis panas.
  “Prof macam mana dengan Airil?” Soal Airis ingin tahu.
  “Kamu jangan risau dia cuma cedera ringan sahaja, mungkin kakinya terseliuh. Apa-apapun bawa pergi hospital dulu.” Terang Prof Ameer dalam nada yang tenang.
  Airis cuba untuk menolong Airil tetapi terus sahaja Airil menepis tangan Airis dengan kasarnya, Airis tersentak. Dalam keadaan yang masih mengerang kesakitan boleh lagi Airil mendekatkan mulutnya sedikit ke telinga Airis.
  “Kau fikir aku ini bodoh ke? Kau yang buatkan? Tidak perlu nak tunjuk simpati dekat sini, aku sudah muak dengan perangai kau Airis.” Bisik Airil perlahan tapi masih boleh didengari Airis.
  Sekali lagi Airis tersentak dengan tuduhan yang melulu abangnya. Hatinya benar-benar sakit, kalau dia nak balas dendam ke apa ke, tidak adalah kejam sangat sampai nak mencederakan Airil sampai macam itu sekali. Dia bukannya kejam sangat. Sebaik sahaja Airil membisikkan kata keramat itu, langkah kaki Airis terberhenti di situ. Dia mengambil masa untuk menenangkan jiwanya yang sedang bercelaru. Biarlah Airil mendapat rawatan dihospital dulu, sekarang aku kena selesaikan urusan aku dengan Insyira dahulu.
  “Ris kau nak pergi mana?” Soal Addin dalam nada pelik sebaik sahaja Airis berpaling ke belakang untuk masuk semula ke laman perlawanan, bukan ke hospital untuk mengiringi Airil.
  Panggilan Addin dibiarkan sahaja tidak dijawab sama sekali. Airis terus melangkah masuk dengan langkah yang laju, sebaik sahaja sampai di dalam matanya melilau mencari kelibat Insyira yang dia pasti masih ada di dalam.
  “Airis..” Panggil Addin lagi. Dia memegang bahu kanan Airis. “Kau cari siapa ini?”
  Airis tetap membisu dan matanya tetap mencari Insyira.
  “Kau cari aku ke Farris Airis?” Soal suara yang muncul dari kirinya. Insyira tersenyum sinis yang teramatlah menyakitkan hati. “So what up?”
  Airis mengenggam kemas buku limanya. Matanya tajam menebusi biji mata Insyira. Addin yang berada di antara mereka berdua, berundur sedikit ke belakang. Dia sendiri keliru dengan tindakan Airis yang tiba-tiba. Airis mendekati Insyira selangkah demi selangkah, mukanya betul-betul menunjukkan kemarahan yang membara.
  “Kenapa kau kacau dia?” Soal Airis dalam nada geram.
  “Mind your own business Airis.” Balas Fatin Insyira mendatar.
  Airis mengetap giginya. “His business is my business, don’t you dare to touch him.”
  “Oh baru aku tahu. Aku ingatkan kau tidak kisah.” Sarkastik jawapannya.
  Tajam mata Airis menikam anak mata Insyira. “Apa kau cakap?”
  Insyira menolak sedikit Airis kebelakang. “Aku sudah bosan kacau kau, jadi aku kacaulah dia.” Balasnya sinis.
  Membuntang mata Airis mendengarnya. “Kalau kau benci sangat dengan aku, kau kacau sahaja hidup aku. Kau cuma perlu sakitkan hati aku dan kau cuma perlu cederakan aku. Tidak perlulah sampai libatkan dia, dia tidak tahu apa-apa. Ini antara aku dengan kau sahaja.”
  “Bukankah aku cakap aku sudah bosan kacau hidup kau, jadinya aku cari mangsa lainlah.” Balasnya selamba. “Hmm tapikan aku pun macam sudah lama tidak cederakan kau macam selalukan?” Katanya sambil menggaru dagunya.
  “Syira!” Panggil Addin dalam nada tegas.
  Insyira menjeling sekilas Addin dengan sinisnya. Addin mengetap giginya. “Eh Add boleh tak kau buat kerja kau sendiri, tidak perlu nak sibuk jaga tepi kain orang.” Perli Insyira tajam.
  “Aku tidak akan menyibuk kalau kau tidak berperangai seteruk ini. Oh jadinya kau yang buat Airil sampai macam itu sekali?”
  “Ya aku, kenapa?” Jawabnya mengangguk kepala. Sebaik sahaja Addin mendengar jawapan dari mulut Insyira terus sahaja dia mendekati Insyira seperti ingin bergaduh.
  Airis pula yang keliru, sebenarnya aku yang tengah gaduh dengan Insyira ke Addin? Addin Addin biarlah aku sendiri yang selesaikan masalah aku dengan Syira ini.
  “Kau Syira..”
  Airis menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Addin kau tidak perlu masuk campurlah ya.” Airis pula yang cuba menenangkan Addin tetapi Addin menepis tangan Airis dibahunya.
  “Aku nak ajar sikit budak yang tidak punya hati macam dia ini.”
  Insyira tersenyum sinis. “Tidak usahlah kau nak ajar aku Add, buang masa sahaja. Aku sebenarnya penat gaduh dengan kau setiap hari Add. Aku bukannya ada masalah dengan kau, aku tidak pernah pun benci kau, aku cuma benci budak itu sahaja, aku benci dia tersangat-sangat. Tiada siapa pun dapat mengubahnya termasuklah kau Add, never!”
  Sekali lagi aku mendengar ayat itu keluar dari mulut Fatin Insyira, aku pun tidak tahu nak cakap apa. Aku tidak faham kenapa dan mengapa dia membenci aku, tersangat-sangat pula itu. Aku hanya mendiamkan diri memberi laluan untuk Syira melepaskan kebenciannya terhadap aku, serius aku cakap aku tidak kisah kalau dia nak buat apa-apa dekat aku, tapi janganlah Airil. Airil langsung tiada kaitan dalam hal ini, dia just innocent. Dia sudahlah mangsa dendam Miss Erliya sekarang Insyira pula. Kasihan dia.
  “Apa salah Airis cuba kau terang dekat aku?” Soal Aulia Addin dalam nada serius.
  Insyira memandang Airis dengan pandangan yang cukup menjengkilkan, rasa macam nak lempang-lempang sahaja tapi sabarlah duhai hati. “Kan aku cakap, aku benci semua pasal budak ini tiada satu pun aku suka. Dan yang paling aku benci ialah senyuman dia yang teramatlah menyeksa dan menyakitkan hati aku ini. Aku benci dia. Aku benci!” Ujarnya mendatar dan sedikit menjerit di akhirnya.
  “Itu masalah hati kau Syira, memang fitrah manusia untuk menyukai dan membenci seseorang tapi sebenarnya kalau kau cuba untuk mengubahnya kau sendiri memang boleh mengubahnya. Mungkin kau sahaja yang tidak mahu.” Ujar Airis tenang dalam nada nasihat. “Dan ingat sekali lagi aku bagitahu kau, don’t you dare to touch him. Kalau kau nak sakitkan hati aku sekalipun dengan cara tadi itu, aku rasa kau betul-betul sudah melampau. Tapi ingat kalau kau berani sentuh dia lagi aku tidak akan sekali-kali biarkan sahaja. Ingat itu!” Sebaik sahaja Airis mengeluarkan kata-kata itu, dia mula membuka langkah untuk berlalu pergi.
  “Okay aku setuju dengan cadangan kau Airis, aku tidak akan kacau dia lagi. Tapi kau jangan menyesal pula lepas ini, kalau kau tidak dapat tersenyum lagi sampai bila-bila, Farris Airis?” Balasnya dengan senyum sinis dibibirnya.
  Airis mengeluh. “Ikut kaulah Syira aku serius sudah penat nak bergaduh dengan kau. Asalkan kau bahagia dengan apa yang kau buat sudah.” Balas Airis dalam nada yang agak berat, aku betul sedih dengan sikap kau Syira. Terlalu sedih.
  “Aku tidak faham dengan kau Syira.?” Kata Addin tiba-tiba yang membuatkan langkah Airis terhenti lagi.
  “Kau tidak perlu susah nak faham aku Add, aku tidak kacau hidup kau pun.”
  “Memang kau tidak kacau hidup aku tapi kau sudah melampau.”
  “Up to me. It’s my own business.”
  Airis berpatah balik untuk mendapatkan Addin. “Sudahlah Addin. Jom.”
  Addin merenung tajam anak mata Airis setajam mata pedang. “Aku pun tidak faham dengan kau Airis.”
  “Kau tidak perlu faham Addin, cukuplah kau jadi sahabat aku yang selalu ada waktu susah dan senang. Aku sayangkan kau Addin.” Ujar Airis sedikit merayu.
  Addin terdiam seperti memikirkan sesuatu, kemudian menganggukan kepala tanda setuju. Addin mengukirkan senyuman seperti terpaksa. “Aku pun sayangkan kau Ris dan sebab sayanglah aku tidak suka Syira buat kau macam ini.”
  Insyira menjeling tajam apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Airis dan Addin, dia membuat muka meluat. Suka hati kaulah Syira.
  “So jom kita pergi makan, perut aku sudah nyanyikan lagu rock n roll sekarang ini.” Balas Airis mengubah topik. “Jomlah.. jomlah Addin.” Addin sekadar tersenyum dan mengikut langkah Airis meninggalkan Fatin Insyira keseorangan di laman itu. Biarlah dia sendiri yang boleh fikir baik buruknya apa yang dia telah lakukan tadi, yang penting aku sudah bagi dia nasihat dan peringatan. Aku memang tahu Fatin Insyira memang tidak pernah makan saman. Lagi-lagi kalau saman itu dari aku.
  “Eh kau tidak mahu lawat Airil ke?” Soal Addin tiba-tiba.
  “Lepas makanlah, sekarang yang penting makan dulu.” Balas Airis tersengih.
  “Tadi mati-matian kau bela dia.”
  Airis sekadar tersenyum dengan ayat yang keluar dari mulut Addin. Memanglah Aulia Addin, tapi sekarang aku nak makan dulu. “Addin kau nak tahu? dia tuduh aku yang buat dia macam itu, mana aku tidak terasa.” Airis mengadu sambil memuncungkan mulutnya.
  Terangkat sebelah kening Addin mendengarnya. “Oh faham. Kiranya kau tengah merajuklah sekarang ini.”
  “Ya memang pun, tapi lepas makan nanti habislah rajuk aku. Kesian dia tidak pasal-pasal dia pula yang jadi mangsa Syira.” Keluh Airis. “Aku tidak tahulah macam mana nak buat Syira itu berubah hati. Kadang-kadang aku terfikir juga hati Syira itu memang sudah parah, lagi parah dari Airil. Airil itu ampun sikitlah, masih boleh diterima. Macam manalah nak ubah sikap Syira pada aku?” Aku betul-betul sudah tidak jumpa jalan untuk kita orang berdamai.
  Addin menggelengkan kepalanya. “Kalau aku tanya kau kali ini, boleh ke kau jawab jujur dengan aku Ris?” Airis sekadar menganggukan mengiakan. “Sebenarnya apa masalah kau dengan Si Syira itu? Aku betul curious dengan kau orang.”
  Airis mengangkat kedua-dua bahunya. “Kau pernah dengar orang yang membenci seseorang itu tanpa ada satu sebab pun? Sampai satu tahap itu dia sendiri pun tidak tahu kenapa hati dia benci sangat dekat seseorang itu?”
  “Tidak silap aku ibu aku pernah cerita pada aku memang ada orang yang macam itu. Ibu aku cakap orang itu ada penyakit hati. Penyakit yang hanya dia sendiri yang boleh merawatnya. Kita memang boleh buat orang sukakan kita tapi kita memang susah nak buat semua orang sukakan kita.”
  “Itulah jawapan yang mampu aku beri dekat kau, bukan dekat kau seorang sahaja tapi dekat semua orang yang bertanya dekat aku. Memang aku dengan dia tidak pernah tahu apa sebab utamanya tapi yang pasti memang dia tidak pernah suka aku sejak dari kecil lagi.” Balas Airis menerangkan sebabnya.
  Addin seperti tidak percaya. “Tipulah Ris mesti ada sebab lainkan?”
  Airis menggelengkan kepalanya untuk menyakinkan Addin. “Terpulanglah kau nak percaya ke tidak tapi itulah kebenarannya. Mungkin juga dia cemburu dengan aku.”
  “Cemburu?”
  “Entah aku pun tidak tahu apa yang patut dia cemburu dengan aku yang hidup hanya menyusahkan mak ayah sendiri sahaja.” Ujar Airis sedikit perlahan tapi masih boleh didengari Addin. Langkah Addin terhenti tiba-tiba, dia mengetap bibirnya.
  Airis pun turut berhenti melangkah dan menoleh ke belakang menghadap Addin. “Kau kenapa Addin?” Pantas Addin menggelengkan kepalanya dan berjalan seiringan dengan Airis. Kenapa Airis tidak pernah nak ceritakan tentang benda itu dekat aku, kalau Zufar tidak ceritakan sampai sudah pun aku tidak tahu Airis. Sampai hati kau. Bisik Addin dalam hatinya. Sayu.
  “Airis…” Panggil Addin membuatkan langkah mereka berhenti. Airis memandang Addin untuk mendengar apa yang ingin Addin sampaikan. “Aku memang tidak pandai nak berkata-kata tapi aku pernah baca ayat ini. Friendship marks a life even more deeply than love. Love risks degenerating into obsession, friendship is never anything but sharing. Aku nak kau share masalah kau dengan aku. Apa guna aku sebagai kawan kau. Kan?”
  Airis hanya terpingga-pingga mendengar ayat yang dituturkan Addin.

Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now