Epilog
‘Bila kita merancang untuk punyai masa hadapan, kita sudah pun punyai harapan untuk mengenggamnya.’
Pantas kaki mereka berenam berlari apabila mendengar panggilan dari luar sambil mulut tidak berhenti-henti bercerita dan bergurau.
“Ya Allah cepatlah.” Jerit Puan Fitri kepada anak-anaknya. Mereka yang beria-ria sangat nak main sama-sama bola air dalam kolam. “Siapa lambat, malam ini tidur luar dengan momok.” Ugutnya.
“Ya kami datang.” Sahut mereka berenam hampir serentak.
Encik Amsyar menggeleng kepalanya. “Bola mana bola? Tadi papa suruh Af bawakan?” Soalnya kepada Afsar putera sulungnya. “Hah lupalah itu.”
Afsar ketawa sambil jari telunjuknya ditujukan ke arah Airis yang perutnya seperti belon. “Anak manja papa yang buntingkan bola.”
Sambil menepuk perut Airis yang berlapik bola. “Ala-ala baby, bila nak keluar ini?” Tambah Airil pula.
Airis sengih. “Baby nak keluar sekarang, tidak sabar nak berenang dalam kolam.” Tokok Airis menambah gurauan abang-abangnya sambil mengeluarkan semula bola tersebut dari dalam bajunya.
Encik Amsyar dan puan Fitri akhirnya tidak dapat menahan tawa melihat gelagat anak-anak mereka. Ada sahaja yang ingin diguraukan oleh mereka. “Okay okay kita undi untuk tentukan kumpulan.”
“Ala Az nak satu kumpulan dengan mama.” Azkar memainkan peranannya sebagai yang bongsu.
“Mana boleh. Tidak adil. Kalau macam itu Isya pun nak juga.” Tambah Arisa pula.
“Oh macam itu tiada siapalah nak satu kumpulan dengan papa?” Encik Amsyar buat muka terkilan. “Tidak mengapalah papa redha. Papa tahulah siapa papa inikan.”
Aufa berlari dan memeluk tangan Encik Amsyar. “Kalau macam itu biar Aufa yang satu kumpulan dengan papa.”
“Tengok ini, hanya Aufa sahaja yang sayang papa.” Sambil menggosok rambut Aufa yang tersenyum.
Serentak dengan itu mereka berkata. “Papa!”
“Budak yang sudah tua bertiga ini nak kumpulan dengan siapa pula?” Tanya Encik Amsyar kepada tiga orang anaknya yang lebih tua daripada yang tiga orang tadi.
“Papa tidak adillah main pilih-pilih. Kalau Ris, Ris memang tidak tahu nak pilih papa ke mama. Sebab dua-dua Ris sayang.” Ujar Airis dengan muka tidak paus hati. “Kita kena buat undian guna lat tali lat tali tam plom.”
“Okaylah. Orang yang first menang masuk kumpulan papa, orang seterusnya masuk kumpulan mama dan lepas itu selang-seli.” ujar Encik Amsyar mengeluarkan ideanya.
Bermula lat tali lat tali tam plomnya. Dan akhirnya Afsar, Arisa dan Aufa satu kumpulan dengan papa mereka, manakala Airil, Airis dan Azka sekumpulan dengan mama mereka.
“Ingat dilarang menggunakan kuasa Maya.” Pesan Puan Fitri kepada Airil dan Airis.
“Okay. Mama jangan risaulah.”
Suasana bising menghiasi penghuni kolam renang rumah Encik Amsyar. Ya gembira itulah istilah untuk keluarga mereka. Akhirnya impian mereka untuk bersatu kembali menjadi kenyataan. Airil langsung tidak menunjukkan kekekokannya dalam keluarga ini. Dia bagaikan tidak pernah menghilang begitu lama.
“Mama penatlah. Kita rehat dulu.” Ujar Puan Fitri. Penat melayan anak-anaknya tetapi ianya akan hilang apabila menatap senyuman kegembiraan daripada mereka semua. Senyuman yang lahirnya ikhlas dari hati mereka. Inilah erti bahagia yang sebenarnya. Dia bahagia dengan mereka. Kerana dengan bersama mereka dia rasai erti kebahagian.
“Okay.” Tambah mereka serentak.
Airis mengambil tuala yang diletakkan dikerusi berdekatan. Dia melihat gelagat Airil yang sedang bercerita macam tidak ingat dunia dengan papa dan abang Af sambil didengari oleh adik-adiknya yang lain. Mereka ketawa. Farril Airil insan yang ego setinggi bintang dilangit itu, mampu diturunkan sedalam mutiara dilautan. Siapa kata orang ego akan tetap ego? Hahaha serius kelakar bila teringatkan kembali apa yang berlaku masa hari pertama Airil menjadi ahli keluarga ini semula.
Ada yang nak kena penumbuk emas aku kejap lagi ini. “Pergi sajalah. Berapa kali Ris nak cakap yang papa dan mama tidak makan oranglah. Pergi sekarang.” Arah Airis geram dengan perangai mengada Airil yang tiba-tiba jadi macam dia pula.
“Kau temanlah aku, aku malulah bila teringatkan apa yang aku katakan hari itu.” Airil masih memujuk. “Cepatlah Ris.” Ajaknya lagi.
Hmm ‘ya’kan sajalah. “Ya ya Ris teman.” Apa sudah jadi dengan Farril Airil mamat senget kepala batu yang egonya tinggi itu? Sudah tertinggal didepan pintu cabel car ke apa? Musykil juga aku dibuatnya.
“Masuklah.” Ujar Encik Amsyar selepas Airil mengetuk pintu bilik papa dan mamanya. “Kamu Ril, kenapa?”
Airil menggaru kulit kepalanya yang memang tak gatal. “Err… Ril.. err..”
Okay ini serius aku memang nak gelak, ujar Airis dalam hati. Tapi dia gantikan dengan menyiku tulang rusuk Airil yang tiba-tiba gagap.
“Ril nak minta maaf dengan papa dan mama pasal hari itu.” Airil meluahkannya. “Ril tahu hari itu Ril terlampau kurang ajar, Ril minta maaf sangat-sangat. Ril janji itulah kali pertama dan terakhir Ril cakap macam itu.”
Puan Fitri dan Encik Amsyar menyambutnya dengan senyuman yang selebarnya. Mereka tahu anaknya sudah berubah, tidak lagi ingin melarikan diri dan mengelak untuk berjumpa mereka. Kalau tidak masakan dia berada dirumah ini hari ini.
“Kami sudah lama maafkan kamu Ril. Walau apapun kamu tetap anak kami, anak kandung kami.” Ujar Puan Fitri sambil mendapatkan Airil dan memeluknya erat. “Mama sayangkan kamu sama macam mama sayangkan Airis dan yang lain.”
“Ril tetap rasa serba salah.” Tambah Airil. “Ril betul-betul menyesal.”
“Lupakan. Kami sudah lama lupakannya.”
Airis tersenyum tapi dalam senyumnya tersimpan satu perasaan yang hanya dia saja yang dapat tafsirkan. Kalaulah pelajar-pelajar Wonderful Academic lihat apa yang aku lihat sekarang ini mesti sudah runtuh satu Wonderful Academic. Nak tahu sebab apa? Mamat tiga suku, ego dan keras kepala ini, boleh menjadi orang lain. Hahaha yang ini memang lawak. Dan akhirnya Airis memang tidak dapat menahan ketawanya dari terpecah. Dia melepaskan sepuasnya.
“Kamu kenapa Ris?” Soal Encik Amsyar hairan.
Airis masih ketawa.
“Airis?”
Sambil menyapu air matanya yang mengalir disebabkan ketawanya yang agak dasyat. “Ris cuma terfikir, kalaulah pelajar-pelajar Wonderful Academic tengok apa yang Ril buat sekarang, mesti runtuh academic dibuatnya.”
Airil mengigit bibir bawahnya. Aik budak sengal ini memang suka cari pasal dengan akukan. Ada saja yang ingin dia kenakan. “Kau buka mulut aku humban kau.”
“Bertenanglah. Rahsia Ril tersimpan rapi dalam poket Ris.”
“Aku serius ini.”
“Ris pun serius juga.” Tapi masih ketawa.
Puan Fitri dan Encik Amsyar menggeleng kepala masing-masing. “Farris Airis cuba serius sikit.” Faham benar dengan perangai Airis.
“Err…”
Airil mengangkat tumbs up kepada Airis. Airis sekadar menjeling.
Nikmat kebahagian yang diberi sekarang adalah anugerah yang tidak terhingga untuk mereka sekeluarga. Airil kembali dan Airis tidak lagi menderita dengan penyakitnya seperti selalu. Selagi masih ada waktu, selagi itu kita boleh mengubahnya. Bila kita sudah mengharapkan sesuatu untuk masa hadapan, mesti kita sudah ada harapan untuk memilikinya. Sebuah harapan.
Inilah yang aku impikan selama ini. Sesuatu yang aku memang inginkan. Ya harapan aku yang sepatutnya tidak perlu ditempuh dengan halangan yang sukar tetapi disebabkan fitnah dan ego, aku tempuhnya dengan sukar. Tapi Alhamdulilah. Segalanya berakhir. Disini aku dan dia simpan cerita tentang dimensi Maya. Tentang Kristal dan Kunci. Tentang penyakit dia yang menyerang apabila dia menggunakan kelebihannya. Aku dan dia simpan dengan rapi. Kenapa? sebab biarkan aku, dia dan mereka yang berada di sini hanya menumpukan kepada manisnya hidup bersama insan-insan yang kami rindui. Aku bersyukur atas nikmat yang telah dikurniakan Allah kepada aku. Alhamdulillah dan Alhamdulillah. Bisik Airil dalam hatinya.
Dan inilah cerita aku dan Airil yang pada mulanya macam air dan daun keladi. Tidak pernah mahu berbaik, ada sahaja olah yang masing-masing lakukan. Tapi diakhirnya aku dan dia boleh bersatu walau kadang-kadang macam anjing dengan kucing itu masih ada. Aku bersyukur atas kurniaan ini sebab kami keluarga, air dicincang tidak akan putus, bisik Airis dalam hatinya.
Kotoran itu kalau dibersihkan dengan cara yang berbeza tetap boleh hilang. Dengan cara lembut mahupun kasar. Cuma sekental mana kita sabar untuk menghilangkannya, yang menjadi kayu ukur sebenar. Tetapi janganlah terlampau kasar sampai boleh membenihkan benci sehingga menjadi dendam. Dendam itu sangat bahaya.
Dan dalam dunia ini ada dua jenis orang, pertama yang menyanyangi kita sampai tidak berani nak tegur kesalahan kita. Sebab takut kita akan terasa hati dengannya. Yang kedua seorang yang terus tegur kita, sampai kita akan rasa sentap masuk ke hati.
‘Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?’
Ar-Rahman
YOU ARE READING
Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔
FantasyPertemuan mereka selepas terpisah lama bukanlah pertemuan tangkap sedih dan rindu tetapi pertemuan itu telah mencetuskan fenomena yang tersendiri. Airil yang keras kepala dan ego tidak pernah dapat menerima Airis kembali dalam hidupnya. Baginya Airi...