62
“Sudah habis makan ke? Lepaklah sekejap dengan kita orang Ril.” Ujar Danish pelik dengan perangai Airil.
“Aku rasa tidak seleralah, aku pergi dulu.”
“Ril..” Panggilan sahabatnya tidak disahut sama sekali.
Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri dan masing-masing mengangkat kedua-dua bahu mereka tanda tidak memahami. Sejak kebelakangan ini Airil lebih suka bersendirian dan mendiamkan diri dari sebelumnya. Mungkin cara itu lebih baik?
Rania menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal. “Qaus kenapa dengan Ril? Dari hari itu lagi.” Soalnya curious.
“Entah aku pun tidak tahu. Bila aku tanya dia mesti dia cakap ‘mana ada apa-apalah’ itulah inilah aku pun tidak faham.”
“Ada kaitan dengan Miss Erliya ke?”
Danish menggeleng kepalanya. “Aku rasa tiada kaitan dengan Miss Erliya.”
“Habis kenapa pula? Tidak pernah-pernah dia langsung tidak cerita apa-apa pada kita.” Rania masih mempersoalkannya lagi.
Qausar yang menjadi pendengar berpaling memandang seseorang yang duduk selang beberapa meja daripada mereka di hujung. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu, mungkin jugakan? “Kau orang rasa ada kaitan dengan budak itu?” Sambil muncungnya menghala ke arah Airis yang elok sahaja bersembang dengan Rayyn, Addin dan Zufar.
Danish dan Rania memusingkan kepala mereka 180 darjah untuk melihat orang yang Qausar maksudkan. Mereka berdua saling berpandangan. Dalam hati masing-masing memikirkan ‘mungkin juga’.
“Boleh jadi juga.” Rania mengiakan. “Tapi apa yang Airis buat kali ini yang boleh membuat Airil jadi sentap habis?”
“Itu kita kena tanya dia sendirilah. Apa kata kau pergi bagitahu dia Nia.” Qausar mengajukan cadangan. Rania buat muka malas, yalah aku sudah malas nak ambil tahu pasal insan yang bernama Farris Airis itu. “Kalau kau tidak mahu, sampai bila kita tidak akan tahu. Nak tunggu Airil buka mulut, macam ada emas sahaja dalam mulut dia itu.”
Rania mengeluh. “Yalah aku bagitahu dia. Danish jom.” Danish diam dan dia terus bangun dari duduknya dengan mengangkat pinggan dan gelasnya yang sudah habis dimakan.
“Sorry. Aku tidak mahu masuk campur apa-apa yang ada kaitan dengan budak itu, hati aku masih sakit.” Dia berlalu pergi.
Qausar memandang Rania. “Marah lagi rupanya, aku fikir sudah surut tapi macam sama sahaja.”
“Macam kau baru kenal Danish semalam.”
Qausar sengih. “So macam mana? Nak tanya ke tidak?”
“Okaylah kita ajak dia jumpa dekat tempat biasa kita.” Qausar mengangguk setuju.
Selepas Rania mencuci tangannya, dia berjalan menuju ke arah keberadaan Airis. Rayyn yang mendapati Rania berjalan menghampiri meja mereka, menjadi tidak senang duduk. Telingannya masih dapat mendengar apa yang Zufar tuturkan. “Budak cun mata biru itu macam nak datang sinilah. Kakak kaukan Rayyn?” Rayyn tidak melayan pertanyaan Zufar. Sejak Daniel dikurung di pusat tahanan dua minggu lepas, sejak itu juga dia mula rapat dengan Zufar dan Addin. Airis yang selalu mengajaknya.
Budak mata biru? Airis dan Addin berpaling. Oh Rania ke? Yalah siapa lagi budak cun mata biru dekat Wonderful Academic melainkan Syamia Rania Ronald. Berdarah campuran Australia dan Arab saudi tetapi parentsnya menetap di Malaysia. Rania mewarisi warna mata daddynya manakala Rayyn pula mewarisi warna mata mamanya.
“Ris aku nak jumpa kau dekat Qz Maya lepas kau habis makan ini.” Ujarnya mendatar. “Kau seorang sahaja.” Pesannya sedikit berbisik. Bayangan Rania sudah hilang dari pandangan mata mereka.
“Kenapa dia nak jumpa kau Ris?” Soal Addin ingin tahu.
“Bukan boleh jumpa dekat dalam bilik ke? Kau orangkan satu bilik.” Zufar juga begitu.
Airis mengangkat kedua bahunya. “Manalah aku tahu.”
Rayyn sekadar mendengar.
Airis berlari-lari anak mendekati Rania dan Qausar yang duduk berdekatan dengan batu besar di taman Qz Maya. Entah apa yang penting sangat budak berdua itu nak cakap dengan aku sampai nak jumpa dekat sini? pelik pun ada juga. Kenapa tiba-tiba rasa macam pelik sahaja? Rasa macam ada yang sedang memerhati. Airis menggeleng kepalanya cepat-cepat. Ah perasaan sahaja itu.
“Kenapa?” Airis terus bertanya kepada Rania dan Qausar.
Terangkat sebelah kening Qausar. “Kenapa apa?”
“Hah?” Airis pula yang bingung, bukan mereka ke yang nak jumpa. “Kau oranglah yang nak jumpa aku. Kenapa?”
Rania menyiku Qausar. “Oh lupa pula.” Tambah Qausar sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kadang-kadang lesung pipit Airis boleh membuatkan aku terdiam. Hantu punya perasaan.
“Kita orang nak tanya kau apa yang kau sudah buat dengan Airil?” Soal Rania agak serius.
“Kenapa dengan dia?” Soalan Rania dibalas dengan soalan.
Budak Airis ini ada juga yang kena humban dalam tanah sekejap lagi ini. “Sudah-sudahlah kau sakat Airil itu, dulu aku diam sahaja sebab Airil pun dua kali lima macam kau. Tapi yang kali ini dia betul-betul sudah berubah, apa yang kau buat dekat dia Ris?”
Airis mengerutkan dahinya. Apa yang aku sudah buat? Seingat aku itu yang terakhir. “Apa yang aku buat?” Sambil memegang dagunya untuk berfikir. “Seingat aku yang dulu itu yang terakhir.” Balasnya agak yakin.
Qausar diam. Kenapa dengan hati aku? kenapa kau bergetar lain macam sahaja. Tidak pernah-pernah pun buat hal, kenapa sekarang aku rasa debaran yang pelik? Jangan buat hal hati. Aduhai! kenapa dia tiba-tiba senyum ini, lagilah buat hati aku nak meletup! Jangan jangan jangan.
“Jangan..!” Jerit Qausar tiba-tiba sambil kepalanya tergeleng-geleng. Serentak dengan itu Rania dan Airis memandang Qausar dengan pandangan yang curious.
“Qaus kau kenapa?” Soal Rania sambil berkerut dahinya memandang Qausar.
Qausar geleng sambil tersengih. “Err tiada apa-apa.” Malu sangat.
“Kau pun sudah berjangkit perangai pelik macam Airil ke?”
“Mana ada.” Kenapa hati aku ini masih berdebar bila si dia hanya ketawa dengan jawapan yang aku berikan. “Teruskan.”
Rania mengerut keningnya. “Peliklah kau ini Qaus.”
Airis mengalihkan pandangannya ke sebalik pokok tua yang berada dihadapannya. Hatinya masih merasakan ada seseorang yang sedang memerhati mereka. Kali ini serius aku betul-betul dapat rasakan.
Angin yang kuat meniup daun pokok yang berterbangan. Angin yang kuat betul-betul mengaburi mata mereka. Dari sebalik pokok yang berada depan mereka muncul flyball menuju ke arah mereka.
Mata Airis berkelip beberapa kali. Ada rasa sedikit rasa sakit didadanya tapi apa yang aku nampak tadi? Rasa macam betul-betul nak berlaku. Omelnya sendiri.
“Ris kau dengar ke tidak?”
Airis memandang sekilas Rania yang masih bercakap dengannya. Rania dan Qausar yang duduk membelakangi pokok tua itu manakala Airis mengadap pokok tua itu. Kata pelajar lain di Wonderful Academic, pokok tua itu ada sejarahnya sendiri.
“Farris Airis!” Naik seoktaf suara Rania.
Airis masih memandang pokok tersebut, tiba-tiba angin kuat muncul sama seperti yang dia nampak dalam bayangannya tadi. Serentak dengan itu mereka berdua berpaling, pandangan masing-masing kabur termasuklah Airis. Airis yang menundukkan sedikit pandangannya tiba-tiba dia teringat akan muncul flyball.
Dia mengangkat pandangannya. Muncul dengan pantas flyball yang menuju tepat ke arah tempat Qausar Izraan berdiri, tanpa berfikir panjang pantas Airis berlari dan menolak Qausar untuk menghalangnya dari terkena flyball yang berbahaya itu. Penangan flyball boleh membuat seseorang itu tidak sedarkan diri selama seminggu. Tiba-tiba pergerakan mereka terhenti. Ada rasa ngilu didadanya. Sangat ngilu. Airis memejam matanya dan memegang dadanya yang terasa ngilu. Automatiknya semua pergerakan bergerak kembali. Airis tidak dapat mengimbangkan dirinya lantas dia dan Qausar selamat terjatuh. Yang rumitnya tubuh Airis tersadung dan terjatuh atas Qausar. Masing-masing terpana dan tergamam.
“Ouch..” Airis dan Qausar serentak menuturkan. Rania yang baru mengangkat mukanya apabila angin tadi berhenti, menelan air liurnya, gulp! Apa sudah jadi sebenarnya?
Terdengar bunyi langkah kaki seseorang mendekati mereka bertiga sambil sebelah keningnya terangkat. Pantas tangannya mengutip flyball yang berada berdekatan Airis dan Qausar.
“Aik tidak sangka aku dapat tengok drama sebabak.” Tuturnya tersenyum nakal. Pantas mereka berdua bangun. Airis menepuk pakaiannya yang ada sedikit kesan tanah.
“Drama sebabak apanya. Kau oranglah ini, boleh tak kalau nak main flyball sekali pun janganlah sampai terlajak sampai sini. Kalau terkena flyball itu, alamatnya tidur hospitallah aku seminggu.” Balas Qausar menutup malunya sendiri. Makin nak meletup sahaja jantung hatiku tadi.
Khasaf Furqan ketua Sayzer house merangkap permain dan jurulatih terbaik flyball masih tergelak dengan jawapan spontan Qausar yang nampak cuba tutup riak wajahnya. “Sekurang-kurangnya aku bagi peluang dekat kau Qaus.” Dia tersenyum nakal dan merapatkan sedikit mulutnya ke telinga Qausar. “Patutnya kau berterima kasih dengan aku.”
Qausar menjeling, Khasaf ini memang suka bergurau ikut suka hati dia sahaja. “Sudahlah pergi sambung berlatih, nanti tidak pasal-pasal pasukan Air Sayzer kalah pula dengan pasukan Air Dragon tahun ini. Kau yang malu nanti Khasaf.”
“Okay kita tengok.” Dia tersengih sambil sempat menghadiahkan kenyitan mata kepada Rania, Rania buat muka menyampah. Kalau Khairun Ashraf masih boleh diterima.
“Aku rasa tiada apa-apa yang perlu aku jelaskan. Aku pergi dulu.” Ujarnya dan lantas meninggalkan Qausar dan Rania tanpa menunggu jawapan daripada mereka berdua. Fikirannya masih memikirkan kejadian yang baru sahaja berlalu tadi. Sekali lagi dia boleh melihat masa yang bakal berlaku.
Tapi tadi aku… aku seperti menghentikan masa. Aku hentikan masa? Seriuslah. Kuasa istimewa apa yang aku ada lagi ni. Dulu hanya nampak bayangan masa lalu dan hadapan tapi sekarang aku boleh hentikan masa. Kadang-kadang aku terfikir juga kenapa aku sahaja yang boleh melihatnya? Kenapa aku ada kelebihan istimewa itu? Siapa aku sebenarnya?
YOU ARE READING
Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔
FantasyPertemuan mereka selepas terpisah lama bukanlah pertemuan tangkap sedih dan rindu tetapi pertemuan itu telah mencetuskan fenomena yang tersendiri. Airil yang keras kepala dan ego tidak pernah dapat menerima Airis kembali dalam hidupnya. Baginya Airi...