Bab 80

3.8K 205 2
                                    

80
  Kedengaran suara orang yang sedang membaca Yassin disekeliling tubuh yang sudah terkujur kaku. Apabila nafas dihentikan maka nikmat kehidupan yang Allah berikan dahulu juga telah berakhir. Syahdu. Tenang. Damai. Suci saja muka Zufar apabila seluruh tubuhnya sudah dibaluti kain kapan, hanya menunggu saat dikembalikan kepada penciptanya.
  Airis menggigit bibir bawahnya sambil mulut terkumat-kamit membaca ayat suci. Penat. Dia sudah penat untuk mengeluarkan cecair itu. Puas dia menangis. Dalam suara yang serak-serak basah itu, dia berjaya menghabiskan ayat terakhir surah Yassin.
  ‘Maka Mahasuci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya kamu dikembalikan.’ surah Yassin:83
  Selesai bacaan Yassin dan solat jenazah, tiba masanya jenazah Zufar diangkat dan dibawa ke tanah perkuburan dipulau Maya. Pemergiannya diiringi titisan gerimis pagi yang menenangkan. Zufar kenapa kau pergi dulu sebelum aku? Kau tidak sepatutnya berkorban demi aku. Kau tidak sepatutnya pergi tinggalkan aku. Aku tahu ajal itu pasti tiba dan ajal kau telah pun tiba tapi aku tidak boleh terima kau pergi dengan cara itu, kau pergi disebabkan aku. Aku rasa aku seolah-olah orang yang membunuh kau.
  Sekali lagi Airis gagal menahan diri daripada menitiskan air matanya. Dia gagal untuk tabah. Dia gagal untuk menyorokkan rasa kehilangan yang tidak terhingga itu. Selepas ini tiada lagi istilah ‘abang tidak bertauliah’ daripada Zufar dan untuk Zufar. Pasti dan mesti dia merinduikannya. Sangat.
  Fatin Insyira!
  Aku benci kau!
  Aku benci kau Syira. Kau bunuh Zufar. Kau bunuh dia. Kuat hati Airis meronta-ronta memarahi dan membenci Insyira, insan yang telah merampas Zufar dari hidupnya. Bukan rampas yang biasa tetapi rampas untuk selama-lamanya. Selesai sahaja taklim dibacakan, Airis baru sedar yang dia telah tersalah kata. Kalau ikutkan hati yang ditemani syaitan, tidak hairan yang dia juga akan turut menjadi pembenci dan pendendam macam Fatin Insyira. AstagfirulAllah Al-azzim. Aku bukan seorang pendendam dan aku tidak mahu jadi pendendam.
  Terasa lembut tangan seseorang diletakkan dibahunya. “Ris kita balik ya?” Ajak Addin sambil mengelap air mata Airis yang masih tidak berhenti. “Ris?” Panggilnya lagi.
  Perlahan dia mengangkat mukanya dan menatap Addin yang masih menanti dirinya untuk beransur pergi bersamanya. “A..aku tidak mahu Zufar tinggal seorang diri Addin, mes.. mesti dia sejuk dekat dalam itu.”
  Addin tersentak, pantas kepalanya digelengkan. “Ris, Zufar sudah tenang didalam sana. Kita kena redhakannya.”
  “Aa.. aku aku..”
  ‘Pap’ Pantas tubuh Airis yang lemah tidak bermaya itu tumbang sedikit. Tersentak dan terkejut itu saja istilah yang dia tafsirkan sekarang. Addin juga tersentak apabila datang seseorang dan dengan pantasnya dia menolak Airis untuk mencium bumi.
  “Kairis pembunuh. Kairis pembunuh. Kairis yang bunuh abang Yin. Yin benci Kairis.” Jerkah Zuyyin Zainina, adik kandung Zufar sambil jari telunjuknya ditala-tala ke arah Airis. “Kairis bunuh abang Yin.”
  Tangan Airis terketar-ketar menahan peritnya hati. Sakit. Seumur hidupnya sakit ini lebih sakit dari sakit yang pernah dia alami selama ini. Dia pembunuh? Bukan. Dia bukan pembunuh. Aku tidak bunuh Zufar. Aku tidak bunuh Zufar. Sambil kepalanya digeleng-geleng.
  “Yin apa ini? Bukan salah Airis.” Addin cuba mempertahankan Airis.
  “Tidak! Salah perempuan tidak guna itu.” Jeritnya lagi. “Kairis pembunuh. Kairis bunuh kawan baik sendiri, Kairis bunuh abang Yin, Kairis bunuh Zufar.”
  Airis menggeleng kepalanya beberapa kali. Tangannya masih terketar-ketar. “Tidak aku tidak bunuh Zufar. Aku tidak bunuh Zufar. Aku tidak bunuh dia. Zufar… Zufar…” Ronta Airis terjerit-jerit. Seluruh tubuhnya kuyup dengan peluh yang mengalir. “Zufar… Zufar… kau jangan tinggalkan aku… Zufar…”
  “Ris… Ris… Airis…” Panggil suatu suara yang memang sudah tidak asing lagi ditelinganya. “Ris bangunlah.” Panggilnya lagi.
  Perlahan-lahan dia membuka kelopak matanya. Dapat dia rasakan badannya panas membahang sama dengan suhu digurun sahara. Bajunya lembab dipenuhi peluh yang keluar dari tubuhnya. Kepalanya berat untuk diangkatkan. Fikirannya masih clueless.
  “Hah sedar pun dia.” Ujar suara itu lagi.
  Airis tersentak. Perlahan-lahan kepalanya dihalakan ke sebelah kirinya untuk memastikan sama ada suara itu datangnya daripada orang yang sama atau tidak. Sekali lagi dia tersentak.
  “Zu.. zufar..” Tergagap Airis menyeru nama itu.
  Zufar mengerutkan keningnya, pelik. “Yang kau terkejut sangat nampak aku macam nampak hantu ini kenapa?”
  “Kau Zufar?” Airis masih keliru.
  Zufar tersenyum walau dirinya pelik dengan pertanyaan Airis. “Kalau bukan Zufar, siapa lagi.”
  Berkelip-kelip mata Airis melihat Zufar yang sedang duduk di atas kerusi roda dengan berpakaian hospital Maya. Mukanya yang pucat cuba dimaniskan. Airis tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang ini. Tidak mungkin. Baru sahaja tadi aku lihat sendiri Zufar dikebumikan.
  “Airis kau kenapa?”
  “Kau hidup lagi?”
  Serius kali ini Zufar tidak dapat lagi menahan tawanya. “Aku memanglah kena tikam tapi aku masih boleh bernafas lagi.”
  Airis diam.
  “Ris aku okaylah. Kau itu yang pengsan lepas aku pengsan tapi kau yang tidak sedar-sedar. Aku yang teruk ini siap boleh melawat kau lagi.”
  Betullah ini Zufar.
  Tiba-tiba bahu Airis terhenjut-henjut. Lupa sudah pada suhu badannya yang panas, lupa sudah sakit dikepalanya. Yang dia ingat cuma nak menangis dan menangis. Nangis kerana lega. Nangis kerana gembira. Syukur Allah masih panjangkan umur Zufar.
  Zufar menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal. “Err Ris, kau janganlah menangis dekat sini.”
  “A.. aku nak minta maaf, malam kejadian itu aku memang sudah dapat lihat yang Wonderful Academic akan diserang tapi aku ingatkan ianya cuma mimpi ngeri yang selalu aku alami. Aku minta maaf  Zufar.”
  “Kau tidak salah pun Airis. Aku bersyukur yang kau tidak apa-apa.” Zufar cuba memujuk.
  “Lain kali tidak perlu berkorban demi aku, aku tidak suka.”
  “No. Akukan abang tidak bertauliah kau.”
  Airis mencebik. “Zufar!”
  Zufar melepaskan tawa apabila Airis membuat muka tidak puas hati dengan jawapan yang dia berikan. Tawa Zufar makin lama makin perlahan. Perlahan dan perlahan. Bayangan Zufar juga makin kabur. Kabur dan kabur. Airis panic dengan apa yang dia lihat. Dia panic dengan hilangnya suara dan tubuh Zufar dihadapannya. Yang ada cuma bayangan gelap yang suram dan menggerunkan. Dia hairan bercampur panic.
  Dari dalam kegelapan itu, muncul bayangan wajah Zufar yang tersenyum ke arahnya. Muka Zufar nampak tenang. Dia mendekati Airis selangkah demi selangkah. Airis cuba untuk melangkah tetapi kakinya umpama digam.
  “Zufar.”
  “Ris aku kena pergi, kau jaga diri kau baik-baik ya. Aku sayang kau, kau sahabat terbaik yang pernah aku ada. Kau tidak hipokrit, kau selalu jadi diri kau sendiri. Kalau kau sakit, aku tidak mahu kau sembunyikannya, aku tidak suka kau pendam sendirian. Kau bagitahu orang lain ya. Aku tidak ada untuk jaga kau.” Ujarnya masih tersenyum.
  Airis menggeleng. “Kau nak pergi mana Zufar? Kau nak tinggalkan aku ke?”
  Zufar senyum.
  “Zufar jawablah. Kau nak pergi mana?” Rintih Airis.
  Dia Diam lagi.
  “Zufar!” Perlahan-lahan dia melangkah pergi meninggalkan Airis yang masih menyeru namanya.
  “Ris… Ris…”
  “Airis… Airis…”
  Terus terbeliak mata Airis. Nafasnya tercunggap-cunggap. Dadanya berombak. Terdengar ditelinganya suara-suara orang yang memanggil namanya. Dia dengar mereka memanggil namanya. Ya dia dengar.
  “Airis.” Panggil Airil mempamerkan senyumannya yang berlapikkan lesung pipit.
  Airis binggung. Seorang-seorang dia perhatikan disekelilingnya. Airil, Daniel, Addin, Rayyn, Rania, Danish, Qausar, Qaireen dan Zuyyin. Mereka tersenyum kepada Airis. Airis mengerutkan keningnya. Dia risau ini bakal menjadi mimpi dalam mimpinya lagi.
  “Alhamdulillah kau sudah sedar. Aku ingat kau nak cuti dekat sini. Kau tahu tak lusa kita balik cuti?” Omel Airil cuba menceriakan keadaan.
  Airis masih diam dalam blurnya.
  “Woi Farris Airis ini kenyataan bukan main-main. Cuba buat riak wajah teruja ke apa ke, ini buat riak blur pula.” Tambahnya lagi. “Dia masih blur. Daniel cuba kau cakap sesuatu yang boleh buat si admire kau ini sedar.”
  Daniel sengih sambil menggaru kulit kepalanya.
  Pantas tangan Airil dicubit Airis.
  “Hah ini baru Airis budak sengal yang aku kenal.”
  Dia cuba untuk senyum. Masih diam. Sekali lagi dia perhatikan mereka. Semuanya. Tapi seseorang yang tiada di situ. Ya Zufar. Mana dia?
  “Zufar?”
  Automatiknya mereka semua terdiam.
  Salah ke soalan aku? “Zufar mana?”
  “Err Zufar…” Addin cuba menjawab.
  “Dia tidak apa-apakan?”
  Zuyyin menuju ke arah Airis. Airis menelan air liurnya, gulp! Masih jelas suara Zuyyin memarahinya, dengan mangatakan dia sebagai pembunuh Zufar. Tidak, bukan dia yang bunuh Zufar. Ini ke rasanya bila dituduh menjadi pembunuh. Pahit! Macam mana kau hadapi selama ini Daniel?
  “Yin. Kairis tidak bunuh Zufar. Bukan Kairis.” Ujarnya apabila Zuyyin betul berada disebelahnya.
  Riak diwajah Zuyyin kehairanan. Bukan setakat Zuyyin malah semua yang berada di situ juga turut pelik. Seolah-olah Airis mengatakan sesuatu yang sangat pelik.
  “Kairis merepek apa ini? Abang hidup lagilah. Tapi doktor cakap kesan tikamannya agak dalam dan abang kehilangan banyak darah. Dia masih koma, mungkin seminggu atau lebih. In sha Allah abang akan sedar balik. Yin yakin.” Ujarnya tenang sambil mengenggam lembut tangan Airis.
  Airis mencubit pipinya. “Ouch!” Sakit. Tolong bukan mimpi lagi. Tolonglah kenyataan.
  “Ini kenyataanlah bukannya mimpi ngeri kau itu.” Danish pula membalasnya.
  Kalau ini kenyataan, Alhamdulillah. “Dia di mana?”
  “Dihatimu.” Airil menambah pula. “Alamak ada orang cemburulah, maaf Daniel.”
  Airis membalas dengan jelingan maut. Airil ini kalau tidak merepek agaknya tidak boleh hidup. “Ris seriuslah.”
  Airil sengih. “Nanti aku bawa kau jumpa dia, okay?”
  Airis angguk. Alhamdulillah ini bukan mimpi dalam mimpi lagi.



  Tidak salahkan kalau kita cuba berubah demi kebahagian mereka yang kita sayangi. Kesilapan sejarah hidupnya dahulu, betul-betul menginsafkannya. Walau masa tidak dapat diubah semula, tidak bisa dipatah balik, tapi dia mampu membersihkannya dengan mengubahnya. Memang tidak dengan mengadakan sesuatu yang sudah tiada. Tetapi dia mahu menebus kesilapannya kepada anak-anaknya, Qausar dan Qaireen.
  “Serius daddy?” Soal Qausar seolah tidak percaya.
  Daddynya mengangguk. “Janganlah terkejut sangat.”
  “Mana tidaknya, ini pertama kali daddy.” Dia masih terkejut.
  “Sudah. Tidak perlu nak terkejut sangat, pergi siapkan barang-barang kamu, esok kita gerak.”
  “Yes! Love you daddy.”
  Dia tidak tahu kenapa dia gembira sangat. Pergi ke dimensi Manusia biasa memang impiannya. Inilah untuk pertama kali dalam hidupnya selepas dia dilahirkan di sana. Walau ibunya sudah tiada dan dia tidak akan pernah mengertahui macam mana rupa ibunya, dia tetap gembira. Daddy kata muka Qaireen saling tidak tumpah persis ibunya. Sekurang-kurangnya dia dapat gambarkan potret ibunya dihatinya. Mungkin gembiranya yang ini, atas sebab dia akan lebih mendekati dan lebih marasakan kehadiran ibunya, ditempat-tempat ibunya pernah berada dahulu.
  Qaireen hanya mampu tersenyum melihat gelagat keterujaan abangnya. Kelakar pun ada. Dulu dia rasa kekok dengan mereka tapi lama-kelamaan ianya menjadi biasa. Dia berfikiran positif, mungkin kekekokannya dulu atas sebab dia amnesia. Walau masih timbul perasaan-perasaan aneh apabila bertemu dengan seseorang, terutama Airis, dia cuba buangkan perasaan itu.



   “Kenapa Rayyn nak jumpa Nia?” Soal Rania setibanya di laluan antara pintu akademi pertama dan kedua, Earth academy. Terkejut itu memang pasti, sebab inilah kali pertama Syamin Rayyn nak berjumpa dan bercakap dengannya tanpa paksaan.
  Rayyn memalingkan kepalanya ke arah Rania yang berdiri disebelah kanannya. Mata biru, berkulit putih bersih dan berambut brown itu kakaknya. Ya memang cantik. Dia pula bermata hijau sama seperti mamanya, rambut brown yang menyamakan dia dan Rania.
  Rayyn senyum seikhlasnya. Cuba untuk memberanikan diri. Cuba untuk menghilangkan rasa takut kepada ahli keluarganya. Ini Rania, dia tahu.
  “Nia mesti terkejutkan?”
  Rania mengangguk ikhlas. “Macam dalam mimpi pun ada.”
  Rayyn ketawa kecil. “Nia balik esok?”
  “Hmm balik. Rayyn?”
  Rayyn diam.
  Dia faham apa yang cuba Rayyn sampai. Serius dia selalu bermohon supaya apa yang pernah dia dengar dulu hanya rekaan semata-mata. Kenyataan yang amat menyakitkan. Dia nak memberontak tetapi sebaik sahaja melihat ke arah kaki Rayyn, dia jadi tidak sampai hati untuk berkata apa-apa. Dia simpati. Dia kesian dengan adiknya.
  “Mereka tidak perlukan Rayyn.”
  Pantas Rania menggeleng. “Mama dan papa cuma tersilap langkah sahaja.”
  “Tidak Nia. Mereka bencikan Rayyn. Nia tidak akan faham macam mana dibenci oleh orang yang sepatutnya menyayangi kita.”
  “Nanti Nia balik, Nia pujuk mama dan papa ya?” Ujar Rania lembut.
  “Sia-sia saja Nia. Kalau ya Nia boleh buat begitu, sudah lama mereka tidak bencikan Rayyn.”
  Rania mengeluh. Nampak benar diwajah Rayyn, dia masih fobia dengan kedua ibu bapa mereka. Takut sangat gayanya. Dia memeluk Rayyn sambil tangannya mengusap-usap belakang badan adiknya untuk mengurangkan rasa kecewa yang dihantui Rayyn.
  “Walau apapun yang berlaku, Nia tetap kakak Rayyn. Ingat itu. Nia tidak mahu Rayyn takut dengan Nia macam selalu atau mengelak daripada Nia. Kitakan adik-beradik, kitakan kembar.” Tambahnya sambil masih menggosok belakang adiknya.
  “Thanks for always believe me, Nia.”

Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now