59
Api yang berwarna merah menyala diseluruh tubuh Daniel membuatkan Airis benar-benar terkejut. Daniel menutup kedua-dua telinga sambil menjerit sekuatnya. “Diamlah… diam..” Jeritan Daniel didengari oleh semua penghuni Dragon house di pantai sunrise. Makanan yang Airis hulurkan tadi ditepis dengan kuat oleh Daniel. Airis tergamam.
“Daniel kenapa ini?” Soal Airis dalam nada suara yang mengeletar. Dia cuba menenangkan Daniel dengan berhati-hati tetapi Daniel tetap menjerit suruh diam dan diam. Airis tidak mengerti kenapa Daniel bersikap begitu.
Tanpa sedar Daniel menyerang Airis dengan nyalaan apinya itu, Airis yang masih tergamam bertambah tergamam dengan situasi itu. Tubuhnya ditolak kuat sehingga kepalanya terhentak di atas salah satu batu berdekatan dengan pantai. Dia cuba untuk bangun tetapi kepalanya pening disebabkan hentakkan kuat tadi. Daniel sedar dia sudah membuat kesilapan tetapi telinganya bingit. Daniel terus menutup telinganya sekali lagi sambil menjerit macam orang tidak betul. Macam orang yang sedang meracau.
Ramai yang berlari ke arah Daniel dan Airis berada. Ermin terus mendapatkan Daniel yang masih dalam keadaan menjerit. Tetapi terus diserang Daniel, dia langsung tersungkur kebelakang dengan kuasa api yang Daniel miliki. Danish yang menjadi pemerhati sejak dari tadi mula merasa geram dengan sikap Daniel, aku fikir selama ini aku sudah buat salah besar dekat kau tapi rupa-rupanya aku sudah buat satu tanggapan yang salah tentang kau Daniel bisik hati Danish kecewa. Danish cuba mendekati Daniel selangkah demi selangkah, dia dengar suara Ermin menjerit supaya berada jauh daripada Daniel. Tapi dia tidak peduli jeritan itu, dia terus mendekati Daniel yang terus menyerang orang yang cuba menghalangnya.
Daniel tersentak dengan kehadiran Danish dia terdiam seperti baru sedar dari mimpi ngeri, Danish memegang dagu Daniel sambil tersenyum sinis. Tanpa perasaan kesian dia terus menampar dan memukul Daniel. Semua tergamam. Kalau panas baran Danish sudah datang tiada siapa dapat menghalangnya, dia terus menendang perut Daniel sehingga darah keluar dari mulutnya. Daniel mengerang kesakitan tetapi langsung tidak dipeduli Danish sama sekali dan Danish terus mengeluarkan api untuk memukul Daniel dengan benda itu pula. Airis tidak sanggup melihat situasi itu dia cuba untuk mendekati Daniel tetapi dihalang Rayyn.
“Danish hentikan..” Jerit Airis sebolehnya. Dia menepis tangan Rayyn dan terus berlari ke arah Daniel. Tetapi dihalang Ermin. “Ermin tidak akan kau diam sahaja, pergilah tolong Daniel.”
Ermin mengangguk dia seolah-olah baru tersedar. Dia mendekati Danish dan mencuba untuk menghentikannya tapi tangannya ditepis Danish. Danish menjerit dia tidak tahu kenapa dia begitu marah saat ini, hatinya meronta tidak mahu melakukannya tetapi ada yang berbisik suruh dia terus memukul Daniel tanpa sedar.
Rania, Airil dan Qausar cuba menghalang Danish tetapi Danish meronta untuk dilepaskan. Rania terus memeluk Danish, air matanya menitis tidak dapat dihalang lagi, dia sedih dengan tindakan Danish. Danish tergamam seribu bahasa dia menoleh ke arah Daniel yang sedang mengerang kesakitan, darahnya keluar dari mulut dan mukanya. Danish menggeleng-geleng kepalanya dan dia lantas bangun menuju semula ke arah Daniel tetapi sempat dihalang Ermin.
“Danish sudahlah, mati budak itu nanti.” Nasihat Ermin Ezairy.
“A.. aku tiada niat nak pukul kau sampai macam itu sekali tapi aku nak tanya kau satu soalan?” Ujar Danish tiba-tiba, Daniel cuba untuk mengangkat mukanya dan menoleh ke arah Danish. Tiba-tiba Danish tersenyum sinis tetapi air matanya mulai mengalir. “Jadi macam itu ke kau bunuh semua keluarga aku dulu, tanpa ada belas kesian kau serang mereka dengan api kau. Nak dibandingkan antara apa yang aku buat dekat kau sekarang dengan apa yang kau buat dulu, mana lebih kejam?”
Mereka seolah-olah mengerti mengapa Danish melakukan perkara tersebut. Danish menepis tangan Rania yang cuba menenangkannya. Dia mula membuka langkah untuk pergi dari situ, hatinya hancur luluh dengan sikap Daniel. Ya memang benar aku tidak pernah senang dengan Daniel sejak dari kecil tetapi aku tidak pernah bencikan dia, aku Cuma cemburu sahaja dengan dia dulu tapi sejak dia membunuh keluarga aku, itu yang membuat aku bencikannya yang teramat sangat. Aku menyesal pernah berfikir yang Daniel tidak bersalah, tetapi dengan apa yang baru sahaja berlaku tadi aku memang sudah tersangat yakin sekarang. Lepas ini aku tidak akan pernah tertipu dengan kata-kata kau lagi Airis, bisik hati Danish.
Apa-apapun tidak patut Danish melakukannya. Tidak akan tiada walau sedikit pun dalam hatinya rasa belas kasihan. “Ouch perlahanlah sikit. Sakitlah.” Ujar Airis tidak puas hati. Kalau nak tolong itu ikhlaslah sikit, ini boleh pula di tonyoh-tonyoh saja dahi aku yang berdarah ini.
“Tahu pun sakit.” Balas Airil masih bengang. “Semua orang sudah cakap yang Daniel itu berbahaya tetapi kau tetap degil nak berkawan dengan dia.” Tambah Airil dalam nada agak nasihat. Sebenarnya dia masih tidak boleh terima bila prof Fazil suruh dia ubat luka budak sengal yang degil ini. Kalau ikutkan hati biar padan muka dia siapa suruh tidak dengar cakap orang lain, kan sudah kena batang hidung sendiri.
“Masalahnya Daniel tidak salah.” Ujar Airis masih membela Daniel. Airil terus menekan luka Airis lagi. “Ouch sakitlah.”
“Kenapalah kau ini degil sangat.”
“Ris tidak akan degil kalau ianya betul.”
“Ikut kaulah. Ambil ni tampal sendiri.” Tambah Airil lagi sambil menghulurkan plaster.
Airis menjeling. Macamlah dia itu tidak degil. Bisik Airis dalam hati. Dengan kasarnya Airis mengambil plaster tersebut daripada tangan Airil. Airil sekadar menjeling.
Rasanya macam terlebih pula drama yang aku buat tadi. Sebenanya aku hanya nak buat Daniel itu serang Airis sebaik sahaja dengar Daniel menjerit tetapi situasi jadi gempak pula bila Danish masuk campur, jadi atas kesempatan yang ada aku tambahlah lagi bengang Danish itu. Err tapi tidak sangka sampai macam itu sekali Danish pukul Daniel. Tidak mengapalah untuk percubaan aku berjaya tanpa sebarang syak wah sangka. Izreen kau memang hebat. Apa-apa pun drama pendek yang sangat menarik ini, kalau tersebar diseluruh Wonderful Academic mesti gempak gila. Bukan setakat di sini sahaja malah sampai ke Hunter Academic sekali. Sorak hati Qaireen Izreen dalam diam. Insyira mesti tersenyum puas.
Airis berjalan menghampiri katil Danish. “Danish aku nak cakap dengan kau sekejap.” Danish masih diam. Dari riak wajahnya masih jelas kelihatan muka orang yang baru lepas menangis. Aku betul-betul kesiankan kau Danish sebab kau tidak tahu kebenarannya, tapi aku lagi kesiankan Daniel yang terpaksa menelan semua kepahitannya. Selepas sahaja kejadian tadi, semua pelajar Dragon house disuruh kembali ke Wonderful Academic dan secara automatiknya picnic mereka terhenti di situ.
Danish masih tidak memberikan jawapan.
“Ris baik kau jangan ganggu Danish.” Ujar Rania dalam nada sedikit kasar. “Aku bukan apa, tapi kau yang tidak faham. Atau sebenarnya kau sengaja buat-buat tidak faham.”
“Bukan aku yang tidak faham tapi kau orang yang tidak pernah nak faham. Please Danish dengar dulu apa yang aku nak cakap.” Sambil berjalan mendekati Danish lebih dekat. Danish mengangkat mukannya, dia merenung Airis dengan renungan yang sangat tajam. Dia tersenyum pahit.
“Aku tahu apa yang kau nak cakap. Kalau kau masih tidak faham lagi, apa benda yang boleh buat kau faham? Cuba kau bagitahu aku.” Balas Danish dalam nada agak tinggi.
Airis mengeluh. “Aku tidak tahu macam mana caranya nak buat kau faham. Tapi yang pasti Danish, tindakan yang kau buat tadi adalah tindakan yang paling bodoh sekali. Kau pasti akan menyesal suatu hari nanti. Aku minta maaf kalau apa yang aku cakap tadi telah menggores hati kau.”
“Aku memang menyesal sebab pernah percayakan kata-kata kau dulu Airis. Aku rasa macam orang yang lagi bodoh bila percaya apa yang kau cakap. Menyesal pasal tadi itu?” Dia tersenyum sinis. “Sama sekali tidak.”
“Tapi tidak perlulah kau pukul dia sampai macam itu sekali.”
“Aku rasa sepatutnya aku pukul sahaja dia sampai mati.”
“Danish…”
“Apa? Salah ke?”
Airis menggelengkan kepalanya. Memang susah nak bercakap dengan orang yang keras hati. Dia mengeluh sekali lagi. Menarik nafas sedalamnya. Airis berjalan menuju ke arah Danish lebih dekat dan menarik tangannya. Membuntang mata Danish, Rania dan Qaireen dengan tindakan drastik Airis.
“Airis...” Rania bersuara tegas berbaur amarah untuk pertama kalinya.
Danish berusaha menarik tangannya sekuatnya. “Woi lepaslah.”
“Aku nak kau pergi minta maaf dekat Daniel sekarang juga.”
Dengan sekuatnya Danish menarik tangannya. Pantas tangannya menampar Airis. ‘Pap’. Rasa pedih dipipinya.
“Kau tiada hak nak paksa aku macam ini.” Tengking Danish lantang.
Sambil menggosok pipinya. “Tapi kau sudah melampau.”
“Kau yang sudah melampau Airis.”
Dia kembali duduk di atas katilnya. Airis sekadar memerhati sahaja. “Kau tidak tahu macam mana peritnya hati aku bila berhadapan dengan seseorang yang telah merampas kebahagian daripada aku, yang telah membunuh orang-orang yang aku sayangi. Tambah lagi orang yang membunuh itu adalah orang yang aku sayang juga. Kau tidak tahu betapa perit dan sakitnya setiap kali aku nampak muka dia, setiap kali aku berhadapan dengan dia. Sakit sangat.
Bila aku tengok kelakuan dia yang pelik tadi, itu yang membuat aku membayangkan betapa kejamnya dia sewaktu dia nak bunuh keluarga aku tanpa ada sedikit pun menyesal. Aku terlampau marah. Aku geram. Aku rasa macam nak bunuh dia sama macam yang telah dia lakukan dulu.” Tambah Danish lagi dalam nada suaranya yang semakin serak.
Airis mengeluh lagi. “Aku minta maaf. Kalau kau rasa tindakan kau tadi betul, terpulanglah. Yang penting aku sudah berusaha untuk nasihatkan kau Danish. Berhati-hati dengan kata-kata kau, once they are said, they can be only forgiven not forgotten. Luka yang tanda pada dia tadi, memang boleh sembuh tapi hati dia? Aku minta maaf sekali lagi.” Tuturnya dengan nada yang sedikit terkilan.
Rania menjeling. Kau tidak tahu betapa susahnya Danish nak bangkit balik selepas apa yang berlaku dulu. Tapi sekarang, sesuka hati kau sahaja nak menambah peritnya. Aku betul-betul tidak faham kau Airis, aku tidak faham apa yang kau fikirkan, bisik hati Rania.
YOU ARE READING
Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔
FantasyPertemuan mereka selepas terpisah lama bukanlah pertemuan tangkap sedih dan rindu tetapi pertemuan itu telah mencetuskan fenomena yang tersendiri. Airil yang keras kepala dan ego tidak pernah dapat menerima Airis kembali dalam hidupnya. Baginya Airi...