20
“Eh yang kau berhenti tiba-tiba ini kenapa pula?” Soal Airis pelik sebaik sahaja Addin menghentikan langkahnya untuk keluar dari pintu Water Academy. “Kau tengok siapa itu Addin? Irfhan ke?”
Dia memukul dahinya “Itu bukan Irfhanlah itu Arfhan.”
“So?” Tidak hairanlah itu Irfhan ke Arfhan ke yang pasti mereka dari Garuda House, memanglah muka sama. Kembar seiras.
“So? Kau tanya aku ‘so’? Serius kau tidak kenal dia?”
“Perlu ke aku kenal dia? Popular sangat ke dia?”
Addin membulatkan matanya ‘popular sangat ke dia’ tidak relevan punya soalan. “Dia itu Arfhan Mukrish ketua Garuda House. Dia ketua Houses yang paling popular di Wonderful Academic ini sebab dia the best student dekat sini. Dan dia yang paling cool bagi akulah.”
“Err paling cool? Ada apa-apa yang aku tidak tahu ke?” Sengaja Airis menebak. Macamlah aku tidak tahu, ketua houses yang paling disebut-sebut ialah Khairun Ashraf bukannya Arfhan Muhkrish.
“Jangan nak merepeklah. Kalau kau nak tahu group senior dari Garuda House yang dipimpin Arfhan itu telah menjumpai sesuatu yang sangat penting yang boleh…”
“Yang boleh apa?”
Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Yang boleh apa ya? Sebenarnya aku pun tidak begitu tahu sangat tapi yang penting benda itu sangat pentinglah.”
Seperti yang disangka, kalau Addin ini dia suka over sikit tapi sebenarnya dia tidak tahu pun. Airis tersenyum yang menampakkan dimplesnya. “Sengetlah kau Aulia Addin. Jom makan perut aku sudah lama menyanyikan lagu rock. Kau tidak dengar ke?” Sambil menepuk perutnya.
“Banyaklah kau lagu rock. Okay jom nanti tidak pasal-pasal ada yang meraung lagu rock pula.”
Airis tersengih.
Sampai sahaja didewan makan kami menikmati makan tengah hari dengan aman dan makmur. Aman dan makmur pun boleh. Hari ini aku tidak terserempak pula dengan dia lagi. Memanglah akukan terlambat bagaimana nak terserempak dengan si dia. Dia makan tengah hari ke tidak? Dari mana kau belajar nak mengada ini Airis.
‘Dushh!’ satu pukulan yang agak kuat hinggap di meja makan yang bertentang dengan Airis.
Airis tersentak.
“Woi kau fikir apa? Aku dari tadi bercakap dengan kau tapi kau boleh pula berangankan. Sedih aku. Nak merajuklah macam ini.”
Macam manalah aku boleh tidak perasan yang Addin ada dekat sini. Jauh benar kau bawa aku terbang. Ceh! “Sorry. Aku tengah seronok melayan perasaan aku. Ala janganlah merajuk nanti sudah tidak brutal. Ada ke orang brutal merajuk?” Ujar Airis cuba untuk memujuknya.
“Banyaklah kau. Ke kau sebenarnya tercari-carikan Arsyil Daniel budak Fire Dragon itu?”
Sepuluh markah untuk kau Addin. “Tidaklah. Jangan nak merepek.” Airis menafikan.
“Kau tak payah nak tipu akulah Ris. Ini Aulia Addin semua tentang kau, aku tahu.” Balasnya mendabik dada.
“Yalah sangat. Apa lagi yang kau tahu pasal aku cik Aulia Addin yang brutal?”
Addin menggaru-garu dagunya seperti seorang yang sedang memikirkan sesuatu. “Kau suka Daniel sampai kau tidak kisah orang lain cakap apa pasal Daniel, walau Daniel itu pembunuh kejam yang bunuh keluarga dia sendiri. Kau tetap sukakan dia.”
“Addin! Aku tidak suka kau cakap dia macam itu. Kau tahu ke sama ada betul atau tidak Daniel yang lakukan benda itu?”
Addin diam. Tidak mengangguk mahupun menggeleng.
“Kau tidak tahukan? Jadi kau tidak boleh nak hukum orang yang kau sendiri tidak pasti.”
“Habis kau tahu ke dia yang bunuh atau tidak?” Soal Addin menguji.
Airis mengangkat kedua bahunya. “Tidak kisahlah sama ada aku tahu atau tidak, yang penting aku selesa kawan dengan dia. Dia baik. Tapi bukan sebab aku sukakan dia ya.” Balas Airis dan menyuap sisa makanan terakhir ke dalam mulutnya.
Addin mengangguk-angguk kepalanya. Betul apa yang dikatakan Zufar, Airis memang susah nak dengar nasihat orang lain. “Ikut kaulah Ris tapi kau kena hati-hati juga. Jangan terlalu rapat sangat dengan dia.”
“Yalah aku tahulah Addin. Aku pun pandai nak bezakan antara kaca dan permata, kawan.” Airis masih tetap dengan pendiriannya. Aku kenal siapa Daniel, kau tidak perlu risaulah Addin.
“Hah aku lupa nak bagi tahu kau, minggu ini aku balik rumah aku di Mutiara Maya. Jomlah ikut aku, boleh aku kenalkan kau dengan ibu aku.” Ujar Addin mengubah topik cerita mereka.
Aulia Addin, dia bukan manusia yang berasal dari dimensi manusia biasa macam aku, Rayyn dan Daniel tapi dia memang berasal daripada dimensi Maya. Jadi dia sepenuhnya orang dimensi Maya. Tidak ada kacukan langsung. Tidak hairanlah kalau dia memang hebat berbanding aku.
“ Aku okay. Tapi kau ajak Syira ke?” Diakan roommate Addin.
Addin memuncungkan mulutnya. “Aku memang nak ajak dia tapi aku tidak sangka pula yang dia macam itu. Jadinya aku ajak kau sahajalah.”
“Suka hatilah.” Balas Airis ringkas.
“Ris kalau aku tanya kau satu soalan, kau jangan marah ya?”
“Macam mana aku nak marah kalau kau tidak bertanya lagi. Tanyalah.”
“Sebenarnya pasal Farril Airil.”
Airis menfokuskan matanya tepat pada anak mata Addin. “Kenapa tiba-tiba kau nak tanya pasal dia pula?”
“Kau jangan salah faham aku cuma tertanya-tanya kenapa dia tidak pernah balik rumah dan kenapa family kau tidak pernah jenguk dia sebelum ini?”
Soalan Addin benar-benar membuatkan Airis terkejut. Dia pun tiada jawapan untuk soalan itu. “Aku tidak tahu kenapa dia tidak pernah balik rumah tapi setahu aku mama dan papa aku akan datang lawat dia setiap kali waktu melawat Wonderful Academic. Cuma dia saja yang tidak pernah muncul. Mama dan papa aku tidak pernah pun berhenti datang melawat dia walau pun dia tidak pernah sekali pun muncul depan mereka.” Aku memang tidak tahu sebelum ini tapi mama yang ceritakan segalanya sebelum aku ke sini.
Addin mengerutkan dahinya.Ya ke? Tapi kenapa Airil akan sentiasa menunggu kedatangan parents dia tapi mesti dia akan kecewa, sampailah dia memang sudah terluka dan dia tutup hatinya untuk semua itu. “Oh macam itu rupanya.”
“Kenapa?” Soal Airis pelik dengan perubahan diwajah Addin.
Addin menggeleng. “Nothing. Just curious.”
Yang pasti aku pun tidak tahu kenapa Addin. Dia pun tak nak bercakap dengan aku, asyik nak mengelak sahaja. Aku pun tidak faham. Mungkin ada sesuatu yang aku tidak tahu dan dia pun tak nak bagitahu. Yang penting aku tahu mama dan papa tidak pernah pinggirkan dia daripada keluarga, walau macam manapun dia tetap keluarga aku. Walau baik, walau jahat dia tetap abang aku. Cepat atau lambat sahaja.
YOU ARE READING
Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔
FantasyPertemuan mereka selepas terpisah lama bukanlah pertemuan tangkap sedih dan rindu tetapi pertemuan itu telah mencetuskan fenomena yang tersendiri. Airil yang keras kepala dan ego tidak pernah dapat menerima Airis kembali dalam hidupnya. Baginya Airi...