57
“Kenapa dengan dia, Nia?” Soal Airis sebaik sahaja Danish keluar dengan muka cemberutnya. Sudah lama Danish tidak cari gaduh dengannya.
Rania senyum. “Aku pun tidak pasti sangat, tapi yang pasti ada kaitan dengan Daniel.” Ujar Rania sambil tangannya sibuk melipat baju dan memasukkan ke dalam almari. Mungkin baru lepas dobi tadi. Selasai mengemas Rania datang mendekati Airis yang bersila di atas katil sambil membaca buku di atas bantalnya. “Ris kalau aku tanya kau boleh?”
Airis angkat muka dari bacaannya. “Tanyalah?” Sambil membentulkan silanya.
“Daniel ada cerita apa-apa dengan kau ke? Aku cuma nak tahu cerita sebenar. Manalah tahu Daniel ada cerita apa-apa dengan kau. Kau orangkan rapat.” Berhati-hati Rania bertanya.
Soalan cepumas kau dapat. Nak bagitahu apa? Daniel memang tidak pernah cerita apa-apa dekat aku? Tidak mungkinlah aku nak cakap yang aku tahu sendiri? Bahaya-bahaya. Kalau terlepas cakap habis aku, marah Daniel dekat aku nanti.
“Nia okaylah aku terus-terang dengan kau. Daniel memang tidak pernah sekali pun cerita apa-apa dekat aku. Tapi kalau pasal kenapa aku boleh rapat dengan Daniel, walau aku tahu sejarah silam dia, kau hanya fikir as a friend yang tidak mahu kawan dia sedih dan pikul masalah seorang diri. Kau sendiri nampakkan macam mana Daniel itu.” Terang Airis dalam berhati-hati supaya tidak terlepas cakap.
“Kau nak cakap yang Daniel tidak bersalah?” Rania cuba menduga Airis.
Airis mengangkat kedua bahunya. “Salah atau tidak, bagi seorang sahabat itu bukan ukurannya. Aku kawan dia dan aku tidak mahu dia sepi. Itu sahaja. Rayyn cakap sepi itu sangat menyakitkan. Tidak salahkan kalau aku nak tolong Daniel?” Airis terdiam alamak macam tersalah cakap sahaja.
“Rayyn? Kenapa Rayyn yang cakap?” Pintas Rania.
Airis menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal. Tanpa dia sedari dia menampar mulutnya. Mulut ini memang suka hati saja nak melepas. “Err Nia baru aku ingat, aku ada janji nak jumpa Addin sekarang. Aku pergi dulu.” Sambil membuka langkah mencapai kasut dan tudungnya.
“Airis jangan cuba nak mengelak.” Ujarnya agak tegas. Airis buat-buat tidak dengar. “Farris Airis, aku tahu kau tahu. Baik kau bagitahu aku.” Tambahnya berbunyi tegas bercampur geram. Airis tetap tidak mempedulikannya. “Ris, tolonglah aku nak tahu sangat. Sedih sangat bila adik sendiri buat aku ni macam musuh yang aku sendiri tidak tahu apa punca utamanya. Dia selalu tidak mempedulikan aku tanpa sebab yang aku tahu. Apa salah aku pada dia?”
“Kenapa kau pandang aku macam itu?” Rayyn pelik dengan renungan Airis.
Airis mengeluh sambil kakinya menjelujur ke hadapan dan di alihkan matanya merenung air terjum di Fz Maya. “Tadi Nia tanya pasal kau, aku tidak tahu nak jawab apa. So aku pergi macam itu sahaja tinggalkan dia.” Omel Airis dalam nada terkilan. “Wei Rayyn, aku jadi serba salahlah dengan kakak kau itu. Nia itu baik sangat, aku tidak rasa dia akan sakitkan kau macam yang lain. Kau tak rasa ke?”
“Jadi kau nak aku buat apa? Nak cerita apa yang aku lalui selama ini? Kau tidak rasa ke, itu lagi menyakitkan hati Nia?” Rayyn mempersoalkannya. Bukan aku tidak mahu tapi aku tidak yakin. Entahlah. Kau tidak lalui Ris, kau tidak akan faham.
Airis mengalihkan pandangannya semula kepada Rayyn. Dia senyum pahit. Siapa sangka budak mata hijau yang comel ini, pernah lalui pengalaman hidup yang menyakitkan. “Bukan macam itulah, aku hanya luahkan pendapat aku sahaja. Tapi Rayyn, cara Nia tadi buat aku betul-betul serba salah.”
Rayyn bangun dari duduknya di atas salah satu batu besar di situ.
“Kau nak pergi mana?” Soal Airis serba salah. Dia tahu dia macam mendesak Rayyn.
“Nak balik Dragon house.” Sambil membuka langkah. Dan berpaling semula memandang Airis yang menghantarnya dengan ekor mata. “Kalau kau nak cerita perkara sebenar dengan Rania pun, aku tidak kisah.”
Bukan main terkejut Airis mendengarnya. “Serius?!”
Pantas Rayyn menganggukkan kepalanya. “Aku tidak mahu bebankan kau dengan masalah aku dan Daniel. Jadi biarlah aku bagi kau hentikan masalah aku. Tapi aku tidak jamin yang aku boleh layan Nia macam biasa sebagai adik dan kakak sebab, aku.. aku..”
“Aku faham Rayyn tapi sekurang-kurangnya, Nia tidak kusut kepala fikir pasal kau yang ignore dia, walau dia mungkin akan terkejut besar nanti.” Balas Airis sebaik dapat mengagak apa yang Rayyn cuba sampaikan.
Rayyn senyum terharu. “Thanks Airis.”
“No problem Rayyn. You are my friend.”
Pintu bilik D12/2 dikuak Airis perlahan. Suasana bilik masih sunyi. Airis memerhati sekeliling pelusuk bilik, mencari kelibat penghuninya. Danish masih tidak ada, Qaireen juga sama. Dia mengalihkan pandangan ke atas katil Rania. Elok saja Rania baring sambil memeluk bantal kecilnya. Airis mendekati katil Rania.
“Nia kau tidur ke?” Panggil Airis lembut. Melihat Rania yang masih tidak memberi sebarang respon, membuatkan Airis cuba memegang bahunya. “Nia kalau kau nak aku cerita, aku akan ceritakan sekarang dekat kau?” Tambahnya sambil menggoncang sedikit bahu Rania. “Nia?”
Rania membuka kelopak matanya. “Aku tidak paksa kau.”
“Kau memang tak paksa aku, aku yang nak beritahu kau. Cuma sebelum itu, aku nak sangat kau tidak berfikir yang aku reka-reka cerita atau aku sengaja tokok tambah cerita. Boleh?”
Rania mengangguk. “Okay aku janji.”
“Kau tidak pernah pelik ke kenapa kau dengan Rayyn boleh lahir sebagai manusia Maya walhal mak ayah kau bukan manusia Maya? Ayah dan mak kau saintis yang terkenal di Negara mereka, sampailah mereka berpindah ke Malaysia pun mak ayah kau masih disanjung tinggi. Ayah kau tamak dengan pangkat, dia pergunakan kebolehannya untuk membuat suatu kajian tentang manusia Maya yang baru ditemui masa itu.
Kajian dia menjadi tapi dia tidak tahu nak cuba dekat siapa, tanpa dia berfikir panjang, dia cuba benda itu dekat mak kau yang masa itu tengah mengandungkan kau dan Rania. Perjanjiannya ayah kau akan dapat apa yang dia mahukan selama ini dan manusia Maya itu mahukan kau masuk Wonderful Academic masa umur 5 tahun macam pelajar lain. Dan yang lahir itu kembar. Kau selamat sebab kau yang kena masuk Wonderful Academic awal, tapi Rayyn? Membesar sebagai tikus makmal ayah kau.
Mungkin kau tidak pernah sedar sebab kau sendiri jarang balik rumah, jarang jumpa Rayyn. Kau jumpa pun sekejap sajakan? Mak kau sayangkan Rayyn pada mulanya, tapi dia tidak pernah cuba untuk fahami rasa sakit dan sepi yang Rayyn alami. Bila mak kau tunjukkan keprihatinannya terhadap adik kau, Riana, dia jadi sakit hati. Itu yang dia serang Riana sampai dia ugut nak bunuh Riana kalau ayah kau tidak berhenti seksa dia. Tanpa dia sengaja, dia cederakan Riana sampai buta. Dan masa itu pula ayah kau terus sahaja tembak kaki dia.
Itulah sebab Rayyn cacat. Berpunca dari pistol ayah kau yang dia sentiasa bawa setiap kali jumpa Rayyn dibiliknya atau lebih tepat makmalnya. Sejak itu mak kau sudah tidak pedulikan Rayyn, ayah kau lagilah. Bukan salah Rayyn kalau dia takutkan kau Nia, sebab kau keluarga dia, keluarga dia yang seksa hidup dia. Dia terseksa Nia, dia sepi. Tapi dia dapat rasakan yang kau bukan macam mak dan ayah kau, cuma dia masih ragu-ragu. Dia membesar sebagai lab rat Nia. Kalau kau jadi dia, aku rasa kau akan lakukan benda yang samakan?”
Airis berhenti bercerita apabila melihat air mata Rania deras mengalir. Dia memujuk Rania. Inilah salah satu sebab aku tidak kuat nak cerita dekat kau Nia. Sebab kadang-kadang itu sesuatu kenyataan itu memang pahit.
“Ris, tolonglah kau cakap semua itu hanya cerita dongeng sahaja.” Rania bersuara dalam seraknya. “Ris cakaplah dongeng. Ris cakaplah!” Sambil mengoyang bahu Airis. Airis sekadar menggeleng. “Tidak. Tidak mungkin mama dan papa aku sanggup layan Rayyn seperti itu, Rayynkan anak mereka juga.”
Dari jauh Airil dapat melihat kelibat Rania yang berjalan menuju ke arah mereka bertiga lepak. Airil melambai-lambai tangannya ke arah Rania. Rania berlari anak mendekati Airil, Qausar dan Danish berada. Sambil mukanya yang memerah menahan tangis. Air matanya yang bertakung sudah tidak dapat dibendung lagi. Pantas dia mendekatkan diri dengan Danish dan memeluknya sambil melepaskan tangisannya. Mereka bertiga terpingga-pingga melihat Rania.
Danish yang tergamam apabila tiba-tiba sahaja Rania datang dan memeluknya sambil menangis membuatkan dia juga tertanya-tanya. Dia memandang Qausar, Qausar pula memandang Airil, akhirnya mereka bertiga menjongketkan bahu masing-masing.
“Nia kenapa ini?” Airil yang mula-mula membuka mulut apabila Rania mula stabil sedikit.
Danish yang masih memeluk Rania, mengangkat muka Rania supaya memandangnya. “Kenapa ini cuba cerita pada kita orang?”
“Nia?” Qausar panggil dalam nada memujuk.
Rania mula menceritakan semuanya yang dia dengar dari mulut Airis tentang kenyataan yang sangat memahitkan tu. “Kau orang rasa betul ke?”
“Yang kau percaya apa yang budak sengal itu cakap buat apa?” Airil membidas pantas.
“Airil…” Serentak Danish dan Qausar dalam nada tegas bersuara.
Rania merenung setiap sahabatnya untuk mendapatkan kekuatan. “Aku tidak rasa dia tipu, cara dia cakap umpama benda itu betul. Tidak mungkin Airis mereka cerita, kalau dia reka pun untuk apa?”
“Aku rasa buat masa ini kau tidak perlu fikir sangat. Nanti sama-sama kita tanya Rayyn sama ada betul ke tidak apa yang Airis ceritakan.” Qausar menyatakan pendapatnya. Rania dan Danish sekadar menganggukan kepala mereka. Airil macam biasa kurang nak setuju kalau sesuatu perkara itu ada kaitan dengan Airis.
YOU ARE READING
Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔
FantasyPertemuan mereka selepas terpisah lama bukanlah pertemuan tangkap sedih dan rindu tetapi pertemuan itu telah mencetuskan fenomena yang tersendiri. Airil yang keras kepala dan ego tidak pernah dapat menerima Airis kembali dalam hidupnya. Baginya Airi...