65
Qausar meletakkan kain lembap ke atas dahi Airil. Badan Airil benar-benar panas, itu yang membuat dia risau. Bukan tidak suruh pergi hospital ambil ubat tapi Airil ini yang tidak mahu. Susah kalau nak bercakap dengan orang yang keras kepala macam insan yang bernama Farril Airil bin Syarif Amsyar ini. Suka buat orang susah hati.
“Tidak kebah lagi ke demam Airil?” Soal Rayyn curious.
Qausar menggeleng. “Tidak lagi. Aku rasa makin panas adalah.”
“Bawa sajalah pergi hospital, takut makin teruk saja Qaus.”
“Bawa pergi hospital? Sudah berbuih mulut aku ini ajak dia tapi kau sendiri tahukan degil dan keras kepalanya insan yang bernama Farril Airil ini.”
Airil membaling bantal yang dia peluk ke arah Qausar. Walau matanya terpejam tetapi telinganya masih boleh mendengari Qausar yang sedang mengutuknya.
“Hah tengok ini demam demam pun masih boleh nak baling bantal dekat aku. Ril jomlah pergi hospital?” Pujuk Qausar lagi.
Airil bangun dari pembaringannya. Dia memicit-micit kepalanya yang sakit. Matanya masih lagi berpinar-pinar. Aku demam ini pun sebab terlampau banyak berfikir sampai membuatkan aku sudah tidak larat nak fikir lagi. Omel hatinya.
Qausar tersenyum. Akhirnya mahu juga Airil dengar cakapnya. “Okay jom aku tolong kau. Kan bagus macam ini, ikut cakap orang yang lebih tua walau beberapa bulan sahaja.”
“Banyaklah kau Qaus. Aku nak pergi tandaslah.” Balasnya lemah.
Melopong Qausar. “Semangat aku, ingat kau nak pergi hospital.”
“Never.”
Rayyn dan Qausar hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala masing-masing dengan kedegilan Airil.
Rayyn berpaling untuk melihat Airil tetapi Airil sudah selamat terbaring mencium lantai bilik D12/1. “Airil.” Hanya itu yang terkeluar.
“Itulah aku sudah banyak kali cakap. Akhirnya pengsan juga.” Bebel Qausar tidak habis lagi. Segera dia dan Rayyn memapah Airil untuk ke hospital. Akhirnya. “Rayyn aku rasa kena tunggu dia ini pengsan baru dapat bawa dia pergi hospital.”
Rayyn tersenyum dengan kata-kata Qausar. Memang ada betulnya juga.
“Hah sedar pun kau, aku ingatkan kau nak tidur dekat sini malam ini.” Ujar Qausar tersengih menampakkan giginya yang putih berseri itu.
Perlahan-lahan Airil membuka matanya. “Dekat mana ini?”
“Dekat syurga kawanku.”
“Bergurau pula kau ini Qaus.”
“Yalah sudah terang lagi bersuluh dekat hospital yang kau tanya buat apa.”
Rayyn menyiku pinggang Qausar yang buat lawak kampus pula. “Kalau kau sudah okay, Dr Razif cakap kau boleh keluar. Lagipun demam kau sudah kebah sedikit dengan sekali suntikan sahaja.”
“Kalau macam itu sekarang juga aku nak keluar.” Tambah Airil dalam nada yang masih lemah.
“Kan senang kalau kau ikut cakap kita orang dari mula lagi.” Omel Qausar lagi.
Airil mencebik. Yalah aku salah.
Mereka bertiga berjalan beriringan keluar dari wad. “Eh Ril kau nak pergi mana?”
“Balik Dragon house.”
“No way. Ambil ubat dulu.” Arah Qausar tegas.
Airil buat muka sedih. “Yes Sir..” Dalam nada acuh tidak acuh.
Dari tadi Airis menahan telinganya mendengar bebelan yang panjang lebar daripada dr Ilham. Bila nak habislah agaknya. Panas sudah telinga aku menadahnya. Tapi salah diri sendiri juga sebab malas nak mengunjungi hospital ini setiap bulan.
“Kamu ini Airis, sakit baru nak datang sini. Saya cakap setiap bulan wajib kamu datang hospital ini. Bukannya kena bayar pun, percuma saja semuanya.” Tambah dr Ilham lagi. “Lepas ini bulan depan datang lagi, jangan sampai ubat sudah habis atau sakit baru nak datang jumpa saya.”
Airis mengangguk kepalanya tanda faham yang membosankan. “Okay…”
“Kamu faham ke tidak?”
“Faham.”
“Betul ke ini?”
“Ya.”
Dr Ilham menggeleng kepalanya dengan jawapan yang terpaksa Airis. “Janganlah ‘ya’ sahaja.”
“Baiklah dr Ilham.” Balas Airis sambil tersengih yang menampakkan lesung pipitnya.
“Pergi ambil ubat dekat luar.” Arah Dr Ilham. Dengan malasnya Airis bangun dari duduknya dan melangkah keluar. “Airis saya tahu kamu sudah tidak larat dengan semua ini tapi kamu kena juga memikirkan orang lain. Ramai yang memerlukan kamu Airis. Kamu mesti teruskan hidup kamu.” Dan kami sangat memerlukan pertolongan kamu Airis. Masih belum jelas apa punca penyakit Airis menyerang kembali, bisik Dr Ilham dalam hatinya pada ayat terakhirnya. Airis sekadar mengiakan.
Salahkah aku untuk malas pergi hospital? Aku betul-betul malas nak pergi sini lagi, tolonglah faham. Mesti mama dan papa sedihkan kalau mereka tahu aku ini malas nak jaga kesihatan aku sendiri. Tapi apa maksud Qaireen tadi? Itu lagi seorang makhluk yang menyeksa sanubari aku ini. Dia cakap aku kunci kepada kunci-kunci dimensi? Benda apa pula itu. Apa fungsi kunci dimensi? Ada ke benda macam itu? Err entah-entah dia saja nak kelentong aku. Tapi serius lakonan Qaireen memang betul-betul menjadi. Aku sendiri tertipu dengan lakonan mantap dia itu, kalaulah aku tidak dengar pagi tadi entah bila aku tahu siapa sebenarnya Qaireen Izreen. Kesian juga dekat Qaireen itu tapi aku lagi kesian dekat Qausar yang sampai sekarang tidak tahu yang ibunya sudah lama tiada. Macam mana ini?
“Ah serabutlah…” Rungut Airis agak kuat. Tanpa dia sedar dia duduk disebelah kerusi Airil.
Airil memandang Airis dengan pandangan yang pelik. “Kau kenapa?” Soal Airil tiba-tiba.
“Oo senget..” Telatah Airis dek kerana terkejut melihat muka Airil yang betul-betul berada disebalahnya. Kenapa aku boleh tidak perasaan yang dia ini dekat sebelah aku?
Airis tersengih macam kerang busuk. “Eh Ril. Tidak ada apa-apalah.”
“Buat apa dekat sini?” Soal Airil. Mesti dia sakit.
Airis sengih. “Saja.” Orang pergi hospital memang untuk memasak ke? Tanya soalan relevanlah sikit. “Ril?”
“Aku?” Sambil menunding ke dirinya sendiri. “Saja suka-suka.”
Rayyn menggeleng kepalanya. Kalau berjumpa budak berdua ini, tidak lain tidak bukan ada sahaja yang nak dijadikan isu untuk berperang mulut. Qausar merenung Airis. Aik jantung kau nak mengada lagi ke? Jangan nak buat hal pula sekarang ini. Tegas hatinya.
“Farris Airis.” Panggil nurse dari kaunter. Tanpa berkata apa-apa Airis berjalan menuju ke kaunter tempat ambil ubatnya. “Thanks.”
“Rayyn aku nak cakap dengan kau sekejap.” Ujar Airis mendekati Rayyn. Mereka beriringan berjalan keluar.
“Kenapa?” Soal Rayyn ingin tahu.
“Airil sakit apa?”
Rayyn tergelak dengan soalan Airis. “Amboi muka bukan main serius lagi tadi panggil aku, alih-alih nak tanya pasal Airil. Dia demam panas sampai pengsan, itu yang kita orang bawa dia pergi hospital.”
“Oh.” Demam panas.
“Oh sahaja?”
Terangkat sebelah kening Airis. “Habis nak cakap apa?”
“Manalah tahu nak buat drama air mata ke. Esok macam biasa ke?”
“Banyaklah kau drama air mata.” Airis gelak. “Esok? Haruslah macam biasa. Rindu.” Balas Airis girang tetapi perkataan rindu itu diperlahankan sedikit bunyinya. Rayyn mencebik. Ingat aku tidak dengar ke? Untungnya kau Daniel ada orang rindu nak jumpa kau tapi malu-malu pula dia.
Termenung lagi kawan aku ini, kenapalah sejak kebelakangan ini perangai dia pelik sangat. Airil Airil cubalah kau berkongsi dengan aku ke? Ini tidak, pendam seorang diri. Terseksa!
“Qaus mesti sakitkan?” Tiba-tiba Airil bersuara. Qausar tidak menjawabnya dia tahu Airil mula nak bercerita. Hanya dibiarkan Airil membuka ceritanya sendiri. “Aku demam pun aku rasa macam nak terbalik bumi ini, macam nak tercabut urat saraf aku ini. Macam manalah kalau sakit macam dia itu, sejak lahir lagi itu. Mesti terseksa.”
“Kau cakap pasal siapa ini?”
“Airis.” Ringkas jawapannya.
Berkerut kening Qausar mendengarnya. “Dia sakit apa?”
Airil mengeluh. Hermm. “Tiada apa-apalah.”
“Ril!” Naik seoktaf suara Qausar.
“Kau nak tahu tak, selama ini aku fikir macam mana nak minta maaf dekat Airis dan keluarga aku. Aku rasa aku tidak mampu nak menuturkannya. Ya Allah teruk dan sinisnya kata-kata aku pada mama dan papa aku hari itu. Aku betul-betul menyesal. Betul cakap kau Qaus, aku akan menyesal.”
Qausar mengerutkan dahinya. Dia tidak faham apa yang boleh membuatkan seorang yang keras kepala macam Airil boleh berubah. “Apa yang berlaku sebenarnya?” Soal Qausar curious. Airil menceritakan semua yang dia tahu kepada Qausar. Dia meluahkan semuanya tanpa ada simpan satu pun. Dia sudah tidak boleh nak beban fikirannya dengan masalah itu seorang diri.
Qausar umpama tidak percaya. “Serius Ril? Kau yakin ke?”
“Aku siap tanya dr Ilham lagi dan dia sudah ceritakan segalanya pada aku. Dia cakap Airis pernah buat pembedahan pemindahan jantung lima bulan sebelum masuk sini dan jantung itu memang sesuai dengannya tapi ada orang yang sabotaj dia. Itu yang penyakit dia serang balik.”
“Sukar nak dipercayai sebab aku tengok dia itu happy saja memanjang macam riang ria kanak-kanak rebina pun ada.” Balas Qausar masih terkejut.
“Just because someone is smiling and always happy, doesn’t mean their life is perfect Qaus.” Ujur Airil perlahan.
Qausar menggangukkan kepalanya tanda setuju. “Memang pun.” Qausar tersenyum. “Inilah masanya kau nak minta maaf dekat dia.”
Airil angguk. “Macam mana caranya?”
Qausar mendekatkan mulutnya ke telinga Airil untuk berbisikkan sesuatu. “Hebat bukan?”
Airil menjentik dahi Qausar. “Kau fikir aku nak pergi pujuk girlfriend ke? Airis itu adik akulah.”
Qausar menggosok dahinya yang dijentik. “Memanglah.”
“Ah tidak mahulah aku.”
“Habis nak buat apa?”
“Biar masa yang melakukan tugasnya.” Tambah Airil acuh tidak acuh. Gila apa Qausar ini, suruh aku bagi coklat bagai dekat adik sendiri, gila! No way man! Tidak sesuai langsung.
YOU ARE READING
Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔
FantasyPertemuan mereka selepas terpisah lama bukanlah pertemuan tangkap sedih dan rindu tetapi pertemuan itu telah mencetuskan fenomena yang tersendiri. Airil yang keras kepala dan ego tidak pernah dapat menerima Airis kembali dalam hidupnya. Baginya Airi...