58
‘Happy Picnic Day’
Hari ini hari yang paling mengembirakan bagi semua pelajar Wonderful Academic dan hari yang paling dinanti-nantikan mereka semua. Hari yang mana hanya berlangsung setahun sekali iaitu bulan ke-2 untuk penggal kedua ini. Picnic day ini berbeza sedikit dengan karnival yang pernah berlangsung dulu, nama pun picnic mestilah berbezakan.
Setiap tahun prof Naufal akan bagi empat tempat picnic yang akan diadakan picnic mengikut houses masing-masing. Empat tempat picnic tahun ini akan diundi oleh setiap ketua houses, keempat-empat tempat tersebut memang yang menarik semuanya; antaranya Pulau Empat Musim yang memiliki empat musim pada setiap hari, kedua Pantai Sunrise Maya yang memiliki laut yang berwarna seperti sunrise pada waktu tertentu, ketiga Hikari Maya yang mana terletaknya air terjun yang sangat mempersonakan dan keempat Gua Tasik Fantasi yang mana terletaknya tasik fantasi di dalam gua di gunung Maya.
Undi punya undi, Dragon House telah mendapat Pantai Sunrise Maya. Ramai yang bersorak gembira sebab dapat mandi laut tapi tidak kurang juga yang tidak setuju. Yalah tempat yang paling di damba-damba oleh semua pelajar Wonderful Academic ialah Gua Tasik Fantasi yang telah jatuh ke tangan Garuda house. Memang rezeki mereka nak buat macam mana. Tapi pelik jugakkan, Garuda itu selalu bernasib baik?
I got my ticket for the long way run
The one with the prettiest of views
It’s got mountains
It’s got rivers
It’s got sights to give you shivers
But it sure would be prettier with you
When I’m gone
When I’m gone
You’re gonna miss me when I’m gone
You’re gonna miss me by my walk
You’re gonna miss me by my talk, oh
You’re gonna miss me when I’m gone
Airis menyanyi kecil lagu When I’m gone sambil tangannya bermain cup song seperti dalam cerita pitch perfect. Sebenarnya tugasnya adalah membancuh air untuk penghuni Dragon house, itu juga tugas ahli bilik D12/1 dan D12/2. Jadi macam gaya waiters pula kena ambil order orang, ada yang nak air panaslah, air sejuklah, manislah, itulah dan inilah. Kata Rania antara tugas picnic yang paling dia tidak suka, inilah, buat air. Ah kalau akulah, aku pun tidak suka. Tapi tidak mengapa dapat pahala, dapat pahala ke kalau merungut? Tepuk dada tanya iman.
‘Pap’
Airis tergamam.
Ada orang yang telah merampas gelas dari tangannya.
“Qaus aku rasa kita punya tugas bancuh airkan?” Soal Airil kepada Qausar yang sibuk merasa air milo ais tabor buatannya.
Qausar sekadar menganggukkan kepala.
“Tapikan kenapa aku ada dengar suara sumbang orang yang tengah seronok buat free show dekat sini. Lepas itu sibuk ketuk-ketuk gelas. ‘You’re gonna miss me when I’m gone’. Nak gone itu, gone sajalah.” Tambahnya lagi.
Airis mengetap bibirnya. Mamat senget kepala batu rupanya. “When I’m gone when I’m gone you’re gonna miss….” Balas Airis random sebaik sahaja mendengar Airil memerlinya. “Sakitlah Ril!” Jeritnya sebaik sahaja Airil menarik bibirnya.
“Baik kau diam, kalau tidak aku cabut bibir kau ini.” Ugut Airil.
Airis mencebik geram. Dia menggosok bibirnya yang masih terasa kena tarik lagi.
Airil menjeling sekilas. “Suara sumbang mengalahkan katak nak terberanak ada hati nak menyanyi. Aku rasakan nyanyian cengkerik lagi sedap daripada suara kau itu Airis.”
Airis tergelak yang dibuat-buat. “Oh I see. First time Ris dengar katak beranak, buku mana Ril baca ya? Kalau tidak silap Ris katak bertelur bukan beranak. Betulkan Qaus?” Ujar Airis selamba dalam nada suara yang mendatar.
Qausar yang berada diantara budak berdua itu sekadar mengangkat keningnya sebelah. Sudah mula balik pertikaman lidah budak berdua ini. Bisik hatinya.
“Hmm Ril Ril lain kali baca buku itu, baca betul-betul jangan berangan sahaja. Kan sudah tersalah fakta.” Tambah Airis sambil menggeleng kepalanya.
“Eh kau tidak tahu ke fakta baru yang ditemui oleh saintis yang mana katak yang dahulunya bertelur tapi sekarang sudah beranak pula. Nak tahu sebab apa?”
Airis buat muka.
“Sebabnya aku sendiri yang buat katak itu boleh terberanak.” Tambah Airil sambil tanganya membersih gelas.
Airis tersenyum geli hati dengan lawak sarkas yang cuba Airil lontarkan. “Dasyatnya!” Sambil menunjukkan riak muka yang teruja. “Tapikan apa kata Ril tukar fakta katak itu dengan fakta leeooil yang beranak, Ris rasa itu lagi tepatkan.” Nak perli aku sangat.
“Berani kau sebut benda itu depan aku.” Airil mula meninggikan suaranya.
Airis sekadar mencebik dan membuat muka toyanya. “Err tersalah kata, maaf.” Ujarnya sambil tunduk sedikit tanda maaf. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. “Ril leeooil dekat kaki Ril.” Jerit Airis.
Muka Airil mula bertukar warna. “Mana? Mana?” Jeritnya ketakutan.
“Itu.. itu..”
“Itu mana?”
“Dihatimu.” Balas Airis selamba sambil tersengih tidak bersalah. Buat malu sahaja, nama saja lelaki tapi leeooil yang punyalah comel itupun dia geli.
Jantungnya yang nak tercabut tadi, rasa nak terberhenti sekarang juga dengan lawak sengal Airis itu. “Kau sengajakan?”
Airis masih tersengih tidak bersalah. “Ris buat lawak sahaja, jangan marah ya abangku tercinta.”
Rania dan Danish yang baru sahaja sampai dengan gelas kosong di tangan masing-masing tergelak dengan muka geram nak makan orang si Airil itu. Mesti kalah bertikam mulut dengan Airislah itu. Nak buat macam mana Airis itu mulutnya lebih bersahaja daripada Airil, memang dialah asyik menang.
“Danish boleh kau tolong masakkan air itu, biar kasi mengelegak sekali.” Arah Airil kepada Danish yang baru tiba.
Danish sekadar menganggukkan kepala. Tangannya yang baru hendak mengeluarkan api untuk masak air tersebut terhenti. “Eh Ril air ini sudah panaslah, kau buat sajalah air. Kau nak panas macam mana lagi Ril? Ada ke orang minum air panas-panas dekat pantai ini? Pelik.”
“Ada. Kau nak tahu Danish, aku nak simbah air panas mengelegak itu dekat budak yang mulutnya puaka semacam hari ini.” Ujarnya selamba. “Kau tunggu apa lagi cepatlah bagi mengelegak air itu, budak ini sudah terlampau haus nak minum air. Kan Airis?”
Airis tersengih sambil menelan air liurnya, gulp! Silap-silap hari bulan mamat tiga suku ini buat betul-betul nanti, dia itu bukannya betul sangat pun. Airis menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal.
“Eh Reen kau ada nampak Rayyn? Tadi dia cakap nak tolong Ris bancuh air ini.” Soal Airis kepada Qaireen sebaik sahaja melihat Qaireen datang ke tempat mereka.
Qaireen sekadar mengangkat kedua bahunya tanda tidak tahu.
Airil tersenyum sinis. Mengejek. “Tahupun takut.”
“Tidak perlu nak gaduh dekat sini, ambil ini pergi basuh. Cepat buat cepat kita dapat mandi laut.” Arah Rania kepada Qausar dan Airil.
Danish mendekati Airis. “Ini untuk Ermin dengan Prof Fazil.” Sambil meletakkan order minuman di atas meja.
Airis tersenyum sambil mengangkat tabik. “Okay kak Nisha.” Tanpa sedar Airis memanggil Danish dengan panggilan itu.
Membulat mata Danish mendengarnya. Bukan setakat Danish tetapi semua yang berada di situ. Sekali lagi Airis menggaru kulit kepalanya tidak gatal, err macam mana boleh terlepas pula. Ini akibat sebab tidak habis gelak lagilah ini.
“Apa kau cakap tadi Ris, cuba ulang balik.” Ujar Danish sedikit geram. Ini mesti tidak lain tidak bukan, mesti Daniel yang bagitahu. Yalah mana ada orang pernah panggil dia Nisha kecuali keluarga dia.
“Nisha.” Ujar Airil dan Qausar mengulang.
“Nisha? Eh sejak bila kau dapat nama baru Danish?” soal Rania pula.
Mata Danish tajam menikam biji mata Airis yang buat muka serba salah itu.
“Sorry Danish aku tidak sengaja, terlepas pula tadi. Maaf.” Airis macam manalah kau boleh terlepas pula tadi, sudah elok-elok Danish itu baik dengan kau sejak kebelakangan ini kau nak cari gaduh pula. Tapi betul aku tidak sengaja tadi.
“Daniel sebelum ini kau dengan Danish rapat ke?” Soal Airis ingin tahu.
“Kenapa kau nak tahu?”
“Entah tiba-tiba terfikir pula.”
Daniel tersenyum dengan jawapan yang Airis berikan. “Aku tidak rapat pun dengan dia sebab dia tidak berapa sukakan aku, tapi yang aku tahu dia memang sayangkan keluarga aku. Sangat-sangat.”
Airis mengerutkan keningnya. “Kenapa dia tidak berapa sukakan kau?” Tanya Airis curious.
“Kau rasa?”
“Mungkin dia cemburu dengan kau. Agaknyalah.”
“Entah aku pun tidak tahu. Mungkin.”
Airis memandang riak wajah Daniel yang langsung tidak menunjukkan kesedihan mahupun kecewa. Pandai betul dia menutupi semua itu. Pandangannya mati saat mereka bertentang mata, Airis berpura-pura memandang ke arah lain dan seperti biasa Daniel hanya tersenyum dengan respon Airis. Err buat malu sahaja memerhati anak teruna orang, bisik Airis dalam hati.
“Ris kau nak tahu aku panggil Danish apa dulu?” Tanya Daniel membuka kesahnya.
“Apa?”
“Kak Nisha.”
Melopong mulut Airis mendengarnya. “Hah apa? Kak Nisha? bahagian mana nama dia yang ada Nisha?”
Daniel ketawa dengan riaksi Airis. “Kalau ya pun tidak perlulah ternganga sampai macam itu.” Balasnya masih ketawa. “Bahagian mana entah nama dia ada Nisha. Dulu masa aku kecil, aku pun pernah curious juga. Tapi mak aku cakap itu semua salah ayah aku, dia yang lupa nak letak ‘A’ belakang nama Danish itu.”
“Letak ‘A’? maksud kau?” Soal Airis pelik.
“Yalah kalau tambah ‘A’ belakang nama Danish, jadinya Danisha. So nampaklah nama perempuan sikit.”
Airis mengangguk seperti baru memahaminya. “Oh itu yang jadi ‘Nisha’.”
Daniel senyum mengangguk. “Mak aku ceritakan lepas ayah aku balik saja dan serahkan surat beranak itu, lepas itu nampak pula nama Danish ‘Arsyia Danish’ bukan ‘Arsyia Danisha’ mak aku merajuk tidak mahu cakap dengan ayah aku. Lawakkan?” Tambah Daniel sambil tergelak tapi dalam gelaknya dapat dilihat air mata yang cuba dia tahan daripada mengalir.
Mesti pahitkan Daniel?
‘Pap’ hempasan kuat milik tapak tangan Danish mengejutkan Airis daripada lamunannya. “Aku tanya kau, boleh pula kau mengelamun dekat sini.” Ujar Danish.
Airis menggaru kulit kepalanya. “Hah kau tanya apa tadi Danish?” Persoalan Airis disambut sengihan sinis daripada Danish. “Pelik jugakan mana dia pergi, rasanya pagi tadi aku nampak dia.”
“Lain yang ditanya lain pula yang dijawabnya, ikut kaulah Airis.” Balas Danish. Dia malas nak melayan Airis lagi.
Rayyn yang duduk disebelah Airis disikunya. Entah bila pula si Syamin Rayyn ini muncul. “Rayyn kau ada nampak Daniel?”
Rayyn yang kepenatan tersengih nakal. “Kenapa? Kau sudah rindukan dia ke?” Soal Rayyn tiba-tiba dan soalan itu membuatkan Airis termalu sendiri.
Amboi main tembak-tembak pula Rayyn ini.
Rania yang menjadi pemerhati sekadar memerhati. Rayyn memang akan okay dengan orang lain tapi bukan dengannya. Lepas kejadian hari itu, dia sendiri yang bertanya pada Rayyn dan jawapannya adalah sama dengan Airis. Susah untuk dia terima kenyataan yang pahit tentang mama dan papanya. Mungkin aku patut jauhkan diri daripada Rayyn sampai dia sendiri yang akan mulakan dulu. Tentang mama dan papa, biar aku sendiri yang pastikan masa cuti akhir tahun ini nanti.
“Aku tanya sajalah. Tidak salahkan?”
“Ya memang tidak salah pun.”
“Kau tidak usah nak risau-risau. Dia itu memang suka curi tulang, tengok kau ada nampak ke dia tolong kita dari mula? Tidakkan.” Airil pula menyampuk tanpa bagi salam. “Tidak lari mana boyfriend kau itu.” Tambahnya mengejek.
Ada yang nak kena humban dalam laut ini. Tidak pun aku lepuk saja dia ini. Airis menjelir lidah tidak puas hati. “Up to me. Sibuk sahaja.” Sudahlah rampas gelas aku masa aku tengah seronok main tadi.
“Okay BBQ sudah siap, siapa yang nak boleh ambil ikut suka kau orang yang penting semuanya habis.” Ujar Syafi’ Amran budak Fire Dragon. Semua bersorak gembira apabila mendengar arahan yang sangat-sangat dinantikan. Perut pun sudah berbunyikan lagu irama yang merdu untuk minta diisikannya.
“Aku nak makan udang bakar banyak-banyak.” Sorak Airis gembira sambil beratur dihadapan Rayyn.
Rayyn menggelengkan kepalanya. Habis satu hari ini dia melayan karenah budak kecil rasanya. “Kau inikan macam budak-budaklah, tidak lari pun udang bakar itu.”
Airis mencebik. “Memanglah tidak lari tapi dia akan lari kalau kita lambat nak mendapatkannya. Ada faham?” Balas Airis membela dirinya. “Eh Rayyn cuba kau tengok orang depan kita ini, aku rasa dia lagi gelojoh daripada akukan?”
Rayyn menyiku Airis. Dalam hatinya seolah-olah berbisik ‘nak makan pun nak gaduh ke budak berdua ini’.
Airis mengangkat kedua tangan tanda memberitahu untuk mengalah. “Okay okay aku diam. Aku tidak mahu cari gaduh.”
“Wei kau orang habiskan semua udang bakar. Jangan tinggal satupun!” Ujar Airil tiba-tiba. Sengaja mahu mengenakan kembali Airis. Yalah mana adil dia seorang sahaja yang asyik menang. Habis jatuh reputasi aku jadinya.
Airis sekadar menjeling. Kau fikir aku buta ke? Banyak lagi udang yang beratur dekat depan itu.
Qaireen berlari anak untuk duduk bersama dengan Airis dan Rayyn. “Nasib baik Reen dapat sotong bakar tadi, punyalah semangat nak makan sotong bakar.” Ujarnya sambil meratah sotong. “Nikmatnya!”
“Reen sopanlah sikit makannya kalau ya pun sudah kempunan sangat.” Kata Airis yang dua kali lima sahaja dengan Qaireen. “Tapikan betullah Reen, nikmat gila rasanya makan bakar-bakar ini.”
Suapan udang bakar Airis yang ketiga terhenti tiba-tiba. Dia teringatkan seseorang. “Rayyn kau ada nampak Daniel? Aku rasa mesti dia tidak makan lagi. Mana pula Daniel pergi?” Soal Airis kepada Rayyn sebaik sahaja dia teringatkan Daniel yang langsung tidak nampak dan bayangnya pun tidak kelihatan.
Rayyn juga turut menghentikan kunyahan ikan bakarnya. “Macam mana boleh terlupakan Daniel pula. Biar aku yang panggil dia.” Ujar Rayyn dan mula bangun dari duduknya. “Tadi dia cakap, dia malas nak join kita semua, jadi dia duduk hujung situ.” Sambil menunjukkan arah keberadaan Daniel.
“Oh dekat situ rupanya. Okay, biar aku yang bagi dia makanan, kau duduk saja dekat sini temankan Reen.” Arah Airis sambil tersengih yang terselip beberapa makna di situ.
Rayyn menunjukkan tiga jarinya tanda okay.
“Daniel aku bawakan ayam dengan udang bakar untuk kau. Kau mesti laparkan.” Ujar Airis sambil tangannya menghulurkan pinggan yang berisi ayam dan udang bakar kepada Daniel.
Daniel diam tidak memberi sebarang respon. Matanya masih memerhati beberapa pelajar Dragon House yang sedang berlari di atas air sambil ada yang membaling bola.
“Daniel kau dengar ke tidak?” Soal Airis lagi. Dia melarikan tapak tangannya didepan mata Daniel tapi tetap tiada jawapan. Airis mengerutkan dahinya, kenapa pula Daniel ini?
“Arsyil Daniel kau nak makan ke tidak? Kalau tidak aku habiskan semuanya baru tahu, nanti tak pasal-pasal ada juga orang yang mengidam nak makan udang bakar.” Seloroh Airis lagi.
Daniel masih tetap diam membisu lagi. Airis mula merasa pelik dengan sikap Daniel yang tiba-tiba sahaja berubah, sebelum ini dia okay sahaja tapi kenapa hari ini lain macam pula?
Airis memegang bahu kiri Daniel. “Daniel kau okay ke?”
Daniel yang tersentak dari lamunannya memandang Airis, dari anak mata Daniel dapat Airis rasakan ada seribu satu persoalan dihati Daniel. Tapi apa?
“Kenapa ini?” Airis masih bertanya.
YOU ARE READING
Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔
FantasyPertemuan mereka selepas terpisah lama bukanlah pertemuan tangkap sedih dan rindu tetapi pertemuan itu telah mencetuskan fenomena yang tersendiri. Airil yang keras kepala dan ego tidak pernah dapat menerima Airis kembali dalam hidupnya. Baginya Airi...