24
Seusai mandi Airis mengelapkan rambutnya yang hampir mencecah pinggang. Dalam fikirannya dia masih memikirkan macam mana caranya nak betulkan keadaan yang berlaku semalam. Lepas satu, satu masalah datang. Yang pasal Airil pun tak habis difikirkan lagi, tambah pula masalah baru. Zufar kau memang nak kena cekik dengan akukan.
“Airis. Airis. Airis!” Panggil Qaireen Izreen yang baru sahaja masuk ke dalam bilik D12/2 dalam keadaan gopoh-gapah. Dia menarik nafas seketika. Mengah agaknya.
“Kenapa Reen?” Tanya Airis curious. Mana tidakya sudah macam kena masuk jin pun ada budak ini.
Rania dan Danish yang sedang menyiapkan homework juga turut tertanya-tanya dengan tindakkan Qaireen tadi. Mereka turut menjadi pemerhati yang setia. Jarang Qaireen berkelakuan begini, Qaireen seorang yang tidak suka masuk campur hal orang lain.
“Seriously Ris?” Soal Qaireen pula.
Ini yang aku lemah ini, bak teka meneka. Airis menggaru kepalanya. “Apa yang seriously Reen? Aku tidak faham.”
“Daniel.” Tambahnya ingin memastikan apa yang baru sahaja dia dengari pagi tadi.
Airis mengfokuskan matanya kepada Qaireen. Dia blur. Dia tidak faham apa yang cuba Qaireen tanyakan. “Yang mana satu?”
Qaireen memukul dahinya pelahan. “Pasal Zufar budak Air Raizer, diakan yang serang Daniel dengan kerusi dekat dewan makan semalam. Reen dengar, sampai berdarah mulut dan hidung Daniel. Yang gempaknya budak Air Raizer itu buat seperti itu sebab kau, Ris. Betul ke?”
Hah sebabkan aku? Cepatnya berita macam itu tersebar ke seluruh dunia. Eh memang depan mata semua orang semalam, mana tak tersebarnya. Tidak pasal-pasal nama aku juga termasuk. Ini semua sebab abang tidak bertauliah itu, ikut suka dia sahaja nak serang orang tanpa unsur periksa. Zufar aku betul-betul rasa nak cekik kau sekarang!
Danish yang menjadi pemerhati agak terkejut. Tidak tahu nak rasa apa. Bengang ke? Sebab orang buat adik dia macam itu. Atau gembira ke? Sebab Daniel memang patut kena macam itu. Dia tidak tahu apa yang dia rasakan saat ini.
Danish perasan Rania mengisyaratkan sesuatu supaya dia kena ambil kisah tentang budak itu. Tapi dia buat tidak tahu sahaja. Dia sendiri malas nak melayan perasaan dia sekarang ini. Ada aku peduli tentang kau? Kau mati sekali pun aku tidak akan peduli Daniel!
“Memang pun Zufar Zufairy serang Daniel sebab aku tapi semua itu salah faham. Kau jangan fikir benda lain pula Reen. Perangai Zufar memang macam itu.” Bidas Airis membetulkan keadaan. Manalah tahu Qaireen fikirkan benda lain.
“Oh caring gila Zufar dengan kaukan. Lebih daripada Airil.” Tambah Qaireen tanpa menyedari ayatnya bakal menikam hati pendengarnya.
Ayat Qaireen kadang-kadang memang pedas sedikit. Kadang-kadang mulut dia memang boleh tahan juga bisanya. Sekurang-kurangnya tidak sebisa Fatin Insyira. “Zufar itu jiran akulah. Sebab itu dia caring dengan aku.” Caring yang overdose pun ada kadang-kadang.
Airis mula terfikir perbualannya dengan Qaireen menjadi perhatiaan Syamia Rania dan lagi-lagi Arsyia Danish. Danish kakakkan Daniel, walau sebesar manapun benci dia terhadap adiknya sendiri, mesti ada sikit rasa sakit hati. Nak minta maaf ke tidak?
“Danish kau jangan salah faham pula. Malam tadi, hanya kemalangan yang secara tiba-tiba. Zufar tidak berniat pun nak baling kerusi ke Daniel. Dia tidak sengaja. Aku sudah suruh Daniel pergi hospital.” Ujar Airis ingin menjelaskan keadaan yang sebenarnya.
Danish merenung Airis tajam. Kenapa kena beritahu aku. “Ada kena mengena dengan aku ke? Lantak dialah. Dia mati sekali pun aku tidak kisah langsung.” Balas Danish sinis.
Airis tersentak. Dia tidak menyangka Danish akan berkata begitu. Sampai hati Danish mengeluarkan ayat seperti itu. “Tak baiklah kau cakap macam itu. Kalau kau benci dia sekali pun, tidak perlulah sampai cakap begitu. Dia tetap adik kau. Dia tetap keluarga kau yang tinggal. Kau sudah tiada sesiapa selain daripada Daniel. Jangan nak ego sangatlah.” Ujar Airis bengang. Dia langsung tidak boleh terima apa yang Danish katakan tadi. ‘Dia mati sekali pun aku tidak kisah langsung’. Memang melampau ayat itu.
“Siapa kau nak nasihat-nasihat aku? Ikut suka hati akulah. Walau aku sudah tiada sesiapa pun aku tidak akan nak berbaik dengan pembunuh keluarga aku sendiri. Lagipun aku masih ada pak su. I’m not alone.” Balas Danish geram. Mukanya merah menahan sabar.
Airis tersenyum sinis. “Kau yakin ke memang Daniel yang lakukan? Pak su? Mana dia pergi masa kau kehilangan segalanya?” Soal Airis ingin menguji. Entah mana datang aura beraninya pagi-pagi buta hari minggu ini untuk bertikam lidah dengan insan yang jarang mahu bercakap baik dengannya ini.
Mata Danish kemerahan, tanda dia memang betul-betul marah dengan apa yang dipersoalkan Airis yang tak guna itu. Dia mula mengeluarkan bara api dari tangannya. “Berani kau Airis. Biadap!” Pantas tangannya bersedia untuk menyerang Airis.
Airis tergamam. Dia yang tidak menyangka akan diserang Danish, terkaku di situ. Belum sempat serangan Danish kena tepat pada Airis, Rania lebih cepat menghalangnya.
“Danish hentikannya.”
“Kau ke tepi Nia. Aku nak ajar mulut longkang macam dia ini.”
Airis masih kaku.
“Ris yang kau duduk terkaku dekat situ kenapa? Pandai cakap tapi takut.” Sergah Rania tiba-tiba. Bukan dia marah tapi dia kenal benar perangai panas baran Danish. Berani buka mulut, siaplah.
Airis menelan air liurnya. Ngeri. Dia memandang Qaireen untuk mendapatkan sokongan, tapi Qaireen hanya buat muka cluelessnya. “Err aku minta maaf Danish. Aku tidak sengaja. Aku tidak sedar yang aku teremosi tadi. Aku minta maaf Danish.”
“Minta maaf kau cakap? Senang betul. Kau alami ke semua itu? Tidakkan. Jangan nak cakap banyaklah Farris Airis. Kau hidup mewah dengan kasih sayang daripada keluarga kau tapi kita orang yang membesar dekat sini sejak kecil, jauh daripada semua itu. Susah sangat nak dapat, tapi kau dan orang lain yang tidak membesar dekat sini tak payah nak cakap besarlah. Kau tidak rasa apa yang kami rasakan.” Tambah Danish.
“Aku sudahlah jarang balik rumah, tiba-tiba dengar yang budak itu bunuh semua orang yang aku sayang. Dia bunuh seluruh keluarga aku. Kau tidak tahu macam mana hancurnya hati dan perasaan aku. Kau tidak akan faham Airis. Rasanya sangat sakit. Teramat sakit.” Danish memegang dadanya. Perasaan terluka itu sangat menyakitkan hatinya. “Kau pun kena sedar diri sikit, kau sudah merampas tempat Airil. Faham-faham sendirilah salah kau apa Airis. Jangan cakap besar.”
Airis mengeluh. Ya memang dia tidak tahu macam mana perasaan Danish. Dia betul-betul menyesal tadi. Lancangnya mulut aku tadi. Aku sedar salah aku pada Airil. Maafkan aku Airil, sungguh aku langsung tidak berniat nak rampas tempat dan hak kau. Aku tidak berniat langsung.
“Sekali lagi aku minta maaf Danish. Aku tahu semua itu salah aku. Aku minta maaf.” Ujar Airis sekali lagi. Dia tidak tahu nak minta maaf macam mana lagi. Dia tahu dia yang salah.
Danish tidak mengangguk mahupun menggeling. Tanpa sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya, dia terus berlalu keluar dari bilik mereka.
Ah bersalahnya aku rasa. “Apa yang perlu aku lakukan Nia, Reen? Aku rasa bersalah gila sekarang ini.”
Rania mengeluh perlahan. “Sekejap lagi redalah marah Danish itu. Lain kali jangan buat macam itu lagi. Aku nak nasihatkan satu benda dekat kau orang berdua.”
“Nasihat apa?” Soal Qaireen ingin tahu.
“Walaupun kau orang ada kembar dekat sini tapi kau orang dengan kembar kau orang itu membesar ditempat yang berlainan, suasana yang lain dan kasih sayang yang berbeza. Kami memang mudah terasa dengan semua itu. Memang kau orang tidak akan faham tapi aku nak kau orang faham perasaan kami bagaimana.” Nasihat Rania.
Err ini yang lagi menambahkan rasa serba salah salah aku. Macam mana ini? Maafkan aku Danish, honestly dari hati aku yang dalam. Aku tidak sengaja tadi. Lain kali aku nak diam sahaja. Nyerilah.
Rania berlalu pergi, mungkin nak memujuk hati Danish. Qaireen yang menjadi pendengar setia dari tadi, menuju ke arah mejanya, mungkin nak menyiapkan homeworknya.
“Ris, bukan kau cakap pagi tadi nak ikut Addin budak Water Sayzer balik rumah dia ke?” Soal Qaireen tiba-tiba.
“Hah?” Dia memukul sidikit dahinya. “Alamak macam manalah aku boleh terlupa pula. Mesti Addin sudah tunggu lama.” Matilah aku.
Qaireen Izreen menggeleng. Dia sudah dapat mengagak mesti Airis terlupa tentang itu. Patutlah tidak siap-siap lagi. Aku tidak sangka Airis berani bertikam lidah dengan Danish. Yalah memang selama ini Danish selalu tidak puas hati dengan Airis, tapi tidaklah sampai nak serang macam tadi. Aku tabiklah dengan kau Airis.
“Kau balik bila?” Tanya Qaireen lagi.
“Esok aku baliklah. Bukan lama pun cuti.” Balas Airis sambil tangannya ligat memasukkan pakaiannya ke dalam beg.
YOU ARE READING
Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔
FantasyPertemuan mereka selepas terpisah lama bukanlah pertemuan tangkap sedih dan rindu tetapi pertemuan itu telah mencetuskan fenomena yang tersendiri. Airil yang keras kepala dan ego tidak pernah dapat menerima Airis kembali dalam hidupnya. Baginya Airi...