Bab 72

2.6K 174 0
                                    

72
  Suasana di Pusat perhimpunan menjadi hening mendengar khabar buruk yang baru sahaja disampaikan oleh Tuan Izaryl selaku pengetua dan penaung Wonderful Academic. Banyak perkara yang baru sahaja berlaku dalam sehari.
  1. Qaireen Izreen dan Fatin Insyira merupakan penceroboh dari Hunter Academic.
  2. Airil dan Airis telah diculik serentak oleh mereka dengan menggunakan kuasa pukau.
  Tetapi memang musykil, macam mana Qaireen boleh pukau orang dalam bilangan yang ramai? Beza antara pelajar Hunter dengan Wonderful memanglah mereka belajar sihir tapi tidak mungkinlah sampai boleh pukau ramai orang. Serentak.
  3. Qausar Izraan koma tidak sedarkan diri.
  Danish menahan kemarahan apabila mendengar kesemua berita buruk itu, semuanya ada kaitan dengan dua orang sahabatnya, Qausar dan Airil. Ya Allah kau selamatkanlah Qausar, Kau lindungilah Airil walau di mana pun dia berada. Aku tidak sanggup kehilangan kedua-dua sahabat aku itu Ya Allah. Jangan Kau ambil mereka daripada aku seperti mana Kau ambil seluruh keluargaku Ya Allah. Aku mohon. Perlahan-lahan air matanya laju membasahi pipinya.
  Rania pantas memeluk Danish. Dia pun tidak sanggup mendengar berita itu. Qausar koma? Airil hilang? Ya Allah selamatkanlah mereka. Sesungguhnya mereka ialah sahabat terbaik kami, yang sama-sama mengharungi hidup di sini dari zaman kami masih tidak mengerti sehinggalah kami memahaminya sekarang.
  “Nia kita cari Ril ya?” Pinta Danish dalam suaranya serak basah, menangis.
  Rania menggigit bibir bawahnya. “Bahaya Danish. Tuan Izaryl cakap tadi.”
  “Tapi Airil macam mana? Aku tidak sanggup hilang dia.”
  “Aku pun. Dia sahabat kita. Aku pun tidak sanggup.”
  Sambil kepalanya digelengkan. “Tidak! kau tidak tahu macam mana rasanya kehilangan. Pedih Nia. Sakit sangat.”
  Memang aku tidak tahu macam mana rasanya kehilangan tapi aku faham Danish. Aku tengok kau menderita pun aku boleh faham Danish. Airil itu sahabat kita, dialah racun dan dialah penawarnya. Keras kepala, degil tapi tetap punya hati yang sangat lembut. Kalau tidak masakan dia boleh maafkan Airis, masakan dia boleh lupakan segalanya yang Miss Erliya pernah perbodohkannya dulu. Kau dekat mana Ril?
  “Jom kita melawat Qaus nak?” Rania cuba mengumpan Danish yang masih deras air matanya mengalir. Danish dan Airil memang selalu bergaduh dan beberapa minit lepas itu, akan berbaik. Setiap hari mesti macam itu. Kalau tidak? Mesti sunyi saja tanpa suara mereka.
  Danish menganggukkan mengiakan. “Tapi aku tidak sanggup nak tengok muka pucat dia Nia.”
  “Tidak mengapalah. Nanti kita pakaikan make up dekat muka dia.” Rania cuba melawak. Aku pun tidak sanggup Danish.


  “Aku tidak sangka Syira macam itu. Aku tidak sangka Syira seteruk itu.” Zufar meluahkan ketidak percayaannya terhadap apa yang baru sahaja berlaku. “Aku kenal Syira itu sejak dari kita orang sama-sama merengek menangis nakkan susu lagi. Kami membesar bersama dalam rumah yang sama. Serius aku tidak percaya langsung.”
  Addin mengeluh. “Kau pun tidak tahu yang Syira itu bencikan Airis?”
  “Itu aku tahu. Dia memang tidak sukakan Airis sejak kecil lagi. Tapi aku tidak sangka sampai sanggup nak culik Airis bawa pergi Hunter pula itu. Yang paling aku tidak sangka, dia adalah orang Hunter. Sejak bila?” Nampak sangat yang Syira memang memendam dendam yang sangat dalam sejak dulu lagi. Kenapa aku tidak pernah perasan pun, betapa besarnya benci Syira terhadap Airis.
  “Banyak kali aku dengar Syira marah-marah Airis. Tapi kau sendiri tahu Airis itu macam mana. Dia tidak akan balas balik apa yang orang buat dekat dia kecuali pada Airil. Itu pun sebab dia tahu Airil itu abangnya, kembarnya.” ‘Air dicincang tidak akan pernah putus’ itulah pegangan yang Airis akan pegang setiap kali nak payback.
  Zufar pula yang mengeluh. “Aku risau Add. Aku risau tentang Airis. Sakit dia itu boleh serang bila-bila masa sahaja Add. Macam mana kalau tiba-tiba dia pengsan lagi? Aku betul-betul risau Add.”
  Itu juga benda yang sedang berlegar-legar dalam otak aku. Walaupun Airis tidak pernah sekali pun bercerita tentang penyakitnya, tapi aku tetap risau. Airis kawan baik aku walau usia persahabatan antara aku dengan Airis tidak sampai setahun pun. Itu tidak bermakna persahabatan antara aku dengan dia tidak sekuat persahabatan antara dia dengan Zufar. Semuanya sama sahaja, apabila namanya sahabat.
  “Aku pun risau juga.” Addin membalas dalam nada sayu. “Pelik.”
  Zufar mengerutkan dahinya. “Pelik? Apa yang peliknya Add?”
  “Kenapa mereka culik Airis dan Airil? Apa motif mereka?”
  “Betul juga. Apa motif mereka? Baik mereka itu culik ketua-ketua houses.”
  Giliran Addin pula yang mengerutkan dahinya. “Kenapa pula?”
  “Entah. Random.”
  “Tapi tetap pelik. Ada yang istimewa ke mereka itu.” Addin masih mencari idea yang bernas.
  “Mungkin mereka yang ada dalam bilik Tuan Izaryl pada masa itu.”
  Dalam bilik Tuan Izaryl? “Itu lagi pelik Zufar. Apa yang mereka buat dalam bilik Tuan pula?” Bukan sebarang orang yang dibenarkan masuk dalam bilik Tuan Izaryl itu. Aku yang asli manusia Maya pun tidak pernah sekali pun masuk, lagi lama aku jadi pelajar dekat sini. Pelik?
  “Ah! Banyaknya rahsia yang dia sembunyikan daripada aku. Selama ini aku ingatkan antara aku dengan dia langsung tiada rahsia. Tapi rupa-rupanya.. hmm.” Ujar Zufar sedikit berkecil hati dan serabut memikirkan segalanya. Kenapa kau tidak pernah cerita pada aku Airis? Akukan abang tidak bertauliah kau? ke sebab tidak bertauliah kau tidak mahu cerita pada aku?


  Rayyn menghulurkan mug air panas kepada Daniel yang masih termenung dan mendiamkan diri sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik D12/1 ini. Dia tahu dari gaya Daniel, Daniel ada semasa kejadian. Luka didahi, tangan dan badannya memberitahu semuanya.
  “Sakit ke?” Soalnya ingin tahu.
  Daniel diam.
  “Macam mana kau pun boleh berada dalam bilik Tuan Izaryl?”
  Diam.
  “Daniel? Aku cakap dengan kau, bukan dengan mug ini.”
  Daniel mengalihkan padangannya dari tingkap ke arah Rayyn duduk. “Kau pun sudah tidak percayakan aku macam mereka ke? kau pun nak soal siasat aku ke? Muka aku ini memang kena cop jahat ke? Tiada hati?” Luah Daniel agak terkilan. Teruk sangat ke aku sampai semua benda yang berlaku, aku dipersalahkan.
  Pantas Rayyn menggeleng. Tidak pernah terlintas pun.
  Daniel mengeluh, dia dengar apa yang Rayyn maksudkan dalam hatinya. “Entahlah Rayyn. Aku pun tidak tahu macam mana aku boleh ada dalam bilik itu, sedar-sedar saja aku sudah ada dalam bilik itu. Tidak sangka Qaireen Izreen boleh pukau aku dengan licik sekali sampai aku tidak sedar langsung. Aku dapat rasakan yang aku ada serang Airis dan Airil masa itu.”
  “Liciknya dia.”
  “Aku sudah pesan awal-awal dekat Airis tapi … entahlah”
  “Aku rasa dia tidak sampai hati.”
  Daniel mengangguk. “Tapi sampai macam itu? Memang dasyatlah Qaireen itu.”
  Rayyn mengangguk. Yang paling kesian Qausar. “Kesian Qausar. Dia pula yang jadi mangsa.”
  “Muka dia betul-betul terkejut masa itu.” Aku tidak akan lupa muka terkejut Qausar.
  Siapa yang tidak terkejut apabila mendengar berita yang mengejutkan macam itu. Tiba-tiba saja berubah perangai. “Kau nak tunggu saja ke sampai Airis dan Airil kembali sendiri?” Soal Rayyn curious.
  Daniel menggeleng. “Aku nak cari mereka.”
  “Serius?”
  “Ya aku serius nak cari mereka. Aku nak bawa mereka balik sini.”
  “Tapi Tuan Izaryl cakap..”
  “Lantaklah apa yang Tuan Izaryl cakapkan. Aku tetap nak selamatkan mereka.” Walau sebenarnya Airil itu tersangatlah annoying.
  “Aku nak ikut.” Pinta Rayyn semangat. Airis sahabat pertamanya.
  Daniel senyum. “Kau memang kena ikut sebab kau boleh jadi halimunan.”
  “Bila kita nak pergi?”
   Daniel sekadar tersenyum sambil otaknya ligat memikirkan langkahnya.
   Persahabatan itu unik. Satu anugerah daripada Allah. Kalau kita sudah sayangkan seorang sahabat itu, kita akan sanggup buat apa saja demi dia, kerana dia bergelar sahabat. Kita akan sedaya upaya mencari idea untuk menolongnya.
  Hubungan persahabatan itu, macam yoyo. Turun naik - turun naik. Sebab turunnya kita bergaduh sesama sendiri, naiknya kita berbaik sampai sudah lupa yang tadinya baru saja kita bergaduh dengan sahabat. Cepat. Sangat pantas kita lupakannya. Sedalam mana kita kenal dia, sedalam itulah kasih kita, kita curahkan. Walau kita tahu seteruk mana pun perangainya atau sebaik manapun dia, dia tetap sahabat yang kita sayangi. Kerana Allah.
  Benci. Satu perkataan yang boleh memusnahkan segalanya yang kita impikan. Satu titik benci dalam hati, boleh membawa kepada dendam yang akan mengaburi semua pandangan cahaya kebahagian. Dendam yang memusnahkan hati. Noda hitam yang terpatri memusnahkan segalanya.

Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now