Bab 7

3.1K 203 1
                                    

7
  “Saya dengar ada yang menceroboh kawasan larangan semalam, Tuan?” Soal Prof Naufal kepada Tuan Izaryl pengetua Wonderful Academic.

  “Ini bukan kerja orang lain selain daripada pelajar Wonderful Academic ini sendiri. Saya sudah mengarahkan pengawal untuk lebih berjaga-jaga.” Bidas Tuan Izaryl. Dia memerhati semua ahli mesyuarat hari ini, sambil berderham. “Baiklah kita mulakan dengan pelajar senior Garuda house.”

  Mesyuarat hari ini berkaitan dengan kumpulan pelajar senior dari Garuda House yang di hantar untuk mencari serpihan skrol kunci dimensi yang masih belum kembali ke Wonderful Academic. Mana tidaknya kumpulan dari senior rumah lain sudah kembali tiga hari lepas tetapi satu-satu kumpulan ini belum kembali. Keadaan ini membimbangkan dan mengegarkan Wonderful Academic sendiri.

  “Kita perlu hantar pasukan pengintip untuk mencari mereka. Saya bimbang kalau ada sesuatu yang terjadi pada mereka, mana tahu kalau mereka ada menjumpai skrol tersebut dan diserang dengan musuh kita dari Hunter Academic. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku Tuan.” Tambah Mr Henry yang mencelah perbualan mereka.

  “Saya setuju Tuan. Biar saya sendiri yang mengetuai pasukan pengintip kali ini, saya akan lakukan yang terbaik.” Balas kapten Asfa, dia merupakan kapten bahagian pengintip di sebelah utara Pulau maya.

  “Tentang mereka yang belum pulang, saya telah arahkan Miss Layra bagi mengetuai pasukan pengintip dan mereka sudah berangkat semalam. Saya percayakan kemampuan Miss Layra. Kamu semua tidak perlu risau yang penting sekarang kita perlu cari siapa kunci kepada kunci-kunci dimensi Maya itu. Itulah yang paling penting sekarang.” Ujar Tuan Izaryl.

  Bagi Tuan Izaryl jika mereka dapat menemui siapa pelajar yang dapat melihat masa lalu dan masa hadapan, mesti mereka dapat menemui dimana serpiha skrol yang terpisah dahulu. Kalau serpihan itu terlepas ke tangan musuh habislah dimensi Maya. Mungkin sampai bila-bila dimensi Maya akan terpisah atau mungkin akan terjatuh ke tangan yang tidak sepatutnya.

  50 tahun lepas pengkhianat dimensi telah menceroboh dan memisahkan kunci-kunci dimensi Maya. Apabila terbuka sahaja kunci dimensi dari tempatnya, maka kuncinya menjadi skrol dan dengan sengaja seseorang telah membuka skrol tersebut. Skrol tersebut tidak boleh dibuka oleh sesiapa pun kecuali orang tertentu sahaja. Tetapi Prof Nellyia telah mencuri dan membukanya, akibatnya skrol itu telah terpisah kepada lima bahagian dan dimensi Maya telah terpisah kepada banyak bahagian sampai tidak diketahui oleh sesiapa pun. Pulau Maya ini adalah salah satu dari dimensi Maya yang terpisah.

  Lima tahun lepas Prof Qabil dan Mr henry telah menjumpai salah satu dari skrol tersebut iaitu sepirhan yang terakhir dari skrol tersebut. Mereka bernasib baik kerana skrol itu adalah bahagian yang paling penting sekali iaitu tertulis kunci dimensi Maya yang terakhir ialah orang yang boleh melihat masa lalu dan masa hadapan dan ia merupakan kunci kepada semua kunci-kunci dimensi Maya.

  “Tuan.” Muncul suara Miss Layra sebaik sahaja pintu bilik mesyuarat tersebut terkuak. “Kami telah menemui pelajar tersebut  mereka semua cedera parah dan sedang dirawat di hospital cuma…” kata Miss Layra dalam keadaan termengah-mengah.

  “Tuan ka..kami telah menjumpai salah satu dari skrol tersebut ta..tapi skrol itu telah dirampas o..oleh sekumpulan pelajar Hunter Academic d..dan mereka telah menyerang kami dengan dasyat sampai kami tidak mampu untuk melawannya.” Tambah Arfhan Muhkrish ketua Garuda House sambil menahan kesakitan yang dia hadapi.

  “Nampaknya mereka sudah mula main kasar dengan kita! Waktu kamu bawa mereka kembali ada sesiapa yang mangikuti kamu Miss Layra?” Soal Tuan Izaryl dalam nada tegas dan sedikit geram.

  “Tidak Tuan. Saya yakin mereka tidak dapat jejaki kami.” Bidas Miss Layra dengan yakin. Setahunya dia sangat prihatin dan berhati-hati sepanjang perjalanan tadi.

Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now