Bab 51

2.7K 183 0
                                    

51
  Angin malam bertiup lembut selembutnya sehingga membuatkan seseorang boleh dibuai mimpi yang mendamaikan. Bintang dan bulan juga turut menemani malam yang gelap bagi mencerahkan dan mencorakkan lukisan langit malam yang sunyi. Fikiran Airis berlayar-layar diangkasa memikirkan cara macam mana nak kenakan seseorang yang boleh dikatakan hatinya keras mengalahkan batu. Keras yang terlampau pun ada, sampai ke hari ini dia memang tidak boleh terima mulut kurang ajar Airil itu. Yalah kalau dia cakap macam itu dengan aku, boleh diterima lagilah tapi ini dia kurang ajar dengan mama dan papa, serius aku memang tidak boleh terima. Kalau kau orang jadi akulah, kau orang dapat terima atau tidak? Apa ya yang boleh menyakitkan hati dia itu?
  “Ris jauh termenung?” Soal Aulia Addin yang baru sampai di taman FZ Maya sebab Airis yang minta dia untuk berjumpa di taman ini. Panggilan Addin tidak didengari sama sekali oleh Airis. “Airis…!” Jerit Addin ke telinga Airis yang agak pekak itu.
  Airis yang baru tersedar dari lamunannya memukul paha Addin dek kerana terkejut. “Kau ini Addin aku tidak pekaklah, cuba jangan jerit-jerit. Pecah trekea aku.”
  Meletup gelak Addin dengan jawapan spontan Airis. “Woi Farris Airis sejak bila trekea dekat telinga, trekea dekat sinilah.” Sambil menunjukan lehernya. “Yang di dalam telinga itu eardrum senget. Mana kau belajar sains hah?”
  “Ya ke aku cakap trekea tadi? Kaulah Addin buat terkejut aku sahaja, tak pasal-pasal trekea dekat telinga aku hentam.” Balas Airis sambil tersengih geram. “Lama kau sampai?”
  “Ya sudah dekat setahun aku di sini, orang itu asyik berangan sampai tidak perasan aku dekat sini.”
  Airis sengih selamba. “Maaf aku tengah bercinta dengan perasaan aku tadi.”
  “Kau memang .” Balas Addin dalam nada faham sangat dengan perangai insan yang bernama Farris Airis bt Syarif Amsyar itu. Sahabatkan.
  “Cuba cerita dengan aku apa yang kau bercinta dengan perasaan kau tadi?” Ujar seseorang yang datang entah dari penjuru bahagian mana, tiba-tiba sahaja muncul suaranya. Airis mengecilkan matanya, hmm kenal sangat dengan suara itu. Tersangatlah kenal.
  Addin menunjukkan penumbuknya kepada Zufar, geram! “Kau ini Zufar suka begitu.”
  “Begitu apanya Add?”
  “Yalah muncul menyibuk dan tidak bagi salam.”
  “Ada aku kisah?” Balas Zufar menjelir lidah.
  Airis menggeleng-gelengkan kepalanya dengan telatah Addin dan Zufar. “Kau orang berdua itu sama sahaja, dua-dua kalau nak jumpa aku mesti tidak bagi salam dulu. Main sergah macam itu sahaja.”
  “Mana ada.” Jawab mereka berdua serentak.
  “Haish..” Addin menarik muka. “Zufar kau kacau daunlah, pergilah. Serabut tengok muka kau.”
  Zufar pula menarik muka. “Sampai hati kau nak halau aku Add, yalah aku sedar siapa diri ini.” Balasnya merajuk lantas tersengih tiba-tiba. “Tapi aku tidak mahu pergi sebab aku bukan nak jumpa kau pun, aku nak jumpa Airis. Kan Ris?”
  “Ris baik kau pilih kau nak jumpa aku ke Zufar? Cepat pilih.” Pinta Addin buat-buat terdesak. Aku tahu benar Addin ini, sejak dari kes Zufar kelentong dia dan reka cerita merepek-merepek masa dia tanya Zufar ‘mana Airis?’ sejak dari itu dia agak bengang dan tidak senang hidup bila terjumpa dengan Zufar. Rasa macam nak humban-humban saja Zufar jauh-jauh, yalah nak kelentong pun janganlah nampak sangat menipu.
  “Comelnya minah brutal merajuk.” Balas Airis menyakat Addin. Membulat mata Addin apabila ayat keramat itu keluar dari mulut sahabatnya seorang itu. Dihadapan mereka Zufar Zufairy sudah tergelak-gelak besar.
  “Comel ke si Add itu?” Zufar memerli mengejek. “Never ever..”
  “Airis kau sengajakan?” Addin tak puas hati.
  Airis tergelak kecil. “Betul apa, kau tidak usah layan Zufar ini sangat. Dia cemburu aku tak cakap dia comel. Kan Zufar, kau nak jugakan ‘Zufar tomey’.” giliran Addin pula yang gelak terkekeh-kekeh membalas dendam.
  “Konspirasi bawah tanah.” Zufar pula tidak puas hati.
  “Sudalah kau orang berdua ini, tidak habis-habis lagi gaduhnya. Nanti aku kahwinkan baru tahu.” Ujar Airis selamba badaknya. Addin mencubit pinggang Airis sehingga membuatkan Airis terjerit. “Sakitlah Addin, tajam gila ketam kau itu. Terobek kulit halus mulus aku ini.”
  “Tahu pun sakit, kalau kau nak rasa ketam aku lagi kau cakaplah benda yang macam itu. Bukan setakat terobek tapi tercincang-cincang sampai sudah tidak rupa kulit halus mulus kau itu.” Katanya dalam nada mengugut. “Lagipun siapalah orang malang yang nakkan Zufar itu.”
  “Aku rasa orang yang nak dekat kau lagi malang, sebab hari-hari kena gusti dengan minah brutal.” Tambah Zufar memerli. Sengaja nak menyakat Addin, sebab dia suka tengok muka tidak puas hati Addin yang sedang marah.
  Addin menarik muncungnya panjang sedepa. “Ahh malas nak layan kau.” Dia beralih kepada Airis. “Ris apa yang kau nak bagitahu aku sebenarnya?” Zufar turut memasang telinganya.
  Airis terdiam mendengar persoalan Addin, baru dia teringat tujuan utamanya untuk berjumpa dengan Addin malam ini. Agak-agak mereka terkejut ke tidak dengan apa yang aku tanyakan nanti? Lantaklah.
  “Addin kau sudah lama kenal Airil bukan?”
  Berkerut dahi Addin dengan soalan Airis yang tidak pernah difikirnya itu. “Airil mana? Kembar kau?” Airis mengangukkan kepala. “Kenapa tiba-tiba sahaja kau tanya aku? Kau sudah lupa sejarah lama kita orang.” Lamalah sangat.
  “Ya. Kenapa?” Zufar menyampuk dan dia mendapat jelingan setajam keris daripada Addin yang menyatakan ‘sibuklah kau.’
  “Adalah sebabnya tapi kau boleh bagitahu aku, apa benda yang boleh membuatkan dia sakit hati dan geram yang teramat sangat?”
  Serentak dengan itu Addin dan Zufar berpandangan sesama sendiri. Buang tabiat ke apa Farris Airis ini, bukan dulu dia punya nak berdamai dengan kembarnya itu tapi sekarang lain pula rentaknya. Mahu cari gaduh pula ke? Tidak akan sudah lupa apa yang Airil sudah buat padanya dulu. Tak akan sudah lupa julap?
  “Serius Ris? Kau tidak takut julap ke?”
  “Yalah kau nampak muka aku ini main-main ke? Julap tidak julap, aku nak juga bagi dia pengajaran. Siapa suruh dia kurang ajar dengan parents aku.” Jawapan Airis agak serius dari biasa.
  Addin mengangguk faham. “Manalah tahu kau masih nak bergurau lagi. Kenapa kau tidak tanya best friends forever dia itu?” Soal Addin musykil.
  Airis menepuk dahinya sendiri. Kenapalah lembab sangat kawan aku seorang ini.“Apalah kau ini Addin, sudah namanya best friends forever sudah tentu-tentunya mereka tidak mahu bagitahu aku.” Balas Airis dengan menekan sebutan friends. “Jadinya kau nak bagitahu aku ke tidak?”
  Addin angguk setuju. “Okay kau sendiri tahu aku dengan kembar kau itu tidak sebulu, kalau kita orang jumpa saja mesti ayat perli memerli keluar. Paling tidak pun jeling-menjeling, itu pun paling kuranglah.”
  “Aku tahu kau orang tidak sebulu, kau yang cakap dulukan.”
  “Hmm yang aku tahu dia paling pantang kalau orang kacau….” Ujar Addin panjang lebar dan dengan pekanya Airis mendengar sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Dan kadang-kadang tersengih jahat. Tidak sabar rasanya nak mengenakan mamat senget kepala batu itu. Siap kau kepala konkrit.
  Zufar menggeleng kepala. “Serius kau nak buat macam itu Ris?” Airis mengangguk laju. “Aku tahu Airil sudah kurang ajar dengan mama papa kau. Tapi kau tak rasa melampau sangat ke dengan apa yang bakal kita lakukan?”
  Airis menggeleng. “Nope. Apa yang dia lakukan pada aku dulu lagi melampau. Kau sudah lupa ke?”
  Zufar geleng. Tidak mungkin dia lupa muka pucat Airis disebabkan julap Airil itu.
  “Kau sendiri tahu aku memang pantang orang buat macam itu pada orang-orang yang aku sayang, tambah lagi parents aku. Aku nak ajar sikit mamat senget kepala batu itu macam mana cara nak hormat perasaan orang lain. Jangan nak menangkan sangat ego dia yang tinggi itu. Buang masa. Tambah titik hitam saja.” Tambah Airis dalam nada nekad.
  “Kalau kau perlukan bantuan aku, aku on sahaja.” Balas Zufar tersengih.
  “Aku pun. Sudah lama aku nak mengenakan abang kepala senget kau itu. Kalau kau nak aku tolong tanpa dakwa-dakwi aku terus setuju.” Ujar Addin pula menyokong apa yang Airis mahu lakukan. Bukan dia mahu menambah api tapi sengaja, dia pun mahu menurunkan ego insan yang bernama Farril Airil itu. Selamatlah kau Airil, adik kau pun nak mengajar kau. Aku cuma tolong melaksanakan sahaja, adilkan. Dulu aku halang Airis sebab aku tidak mahu dia kena dengan kau tapi sekarang dia memang sudah kena dan dia pun tidak serik, aku rasa tidak salah dia nak mengajar kau. Sikit sahaja.
  Selesai sahaja Airis memberi tugas kepada Addin dan Zufar, kali ini dia perlukan seorang lagi geng dan yang penting orang itu mesti sebilik dengan Airil. Aku harap Arsyil Daniel dapatlah tolong aku. Mesti boleh punya. Tunggu aku Farril Airil, cash tanpa pindaan menanti kau. Tunggu!


“Seriusly?” Terangkat sebelah kening Daniel dengan apa yang baru sahaja dia dengar dari mulut Airis.
  Airis tersengih nakal menampakkan dimplesnya. “Kau tengok muka aku ini serius ke bergurau? Sudah tentunya aku tengah serius. Kau nak tolong aku ke tidak?”
  Daniel diam.
  “Nak ke tidak?” Soal Airis lagi.
  Daniel senyum. “Aku okay tapi mana kau dapat idea awesome ini? Tidak pernah-pernah aku dengar sejak dari aku dilahirkan ke dunia yang fana ini.” Ujar Daniel ingin tahu. Tidak sangka aku dia seberani ini. Betul apa aku cakap dua-dua tiga suku, memang tidak salah lagi.
  Airis angkat bahunya. “Random dari otak aku yang genius ini.” Daniel buat muka tidak puas hati, Airis sengaja halang dia dari membaca fikirannya. “Aku tanya Addin lepas itu aku carilah jalan macam mana nak mengenakan Airil. Kau jangan bocorkan rahsia pula.”
  “Betul apa yang aku cakapkan selama ini.” Sambil menggosok dagunya.
  “Apa yang betulnya?” Airis curious.
  “Kau dengan dia sama-sama tiga suku, sama-sama nakal.”
  Airis mencebik. “Aku tidak tiga sukulah. Kau cakap lagi sekali aku cekik kau nanti.”
  Daniel tersengih nakal dengan ugutan Airis. “Sama.”
  “Tidak!”
  “Ya.”
  “Daniel…” Jerit Airis dalam nada tegas dan geram. Daniel memang suka samakan dia dengan perangai tiga suku si Airil itu. Huh tidak boleh diterima langsung.
  Daniel hanya mampu tersenyum dan tersengih tapi dalam hati dia kagum dengan Airis. Kagum dengan keberanian Airis untuk mengubah persepsi Airil terhadap keluarganya. Mungkin agak salah dan pelik cara Airis tapi sekurang-kurangnya dia cuba untuk mengubahnya. Err diri aku sendiri tidak pernah cuba berusaha untuk mengubahnya. Bukan dengan cara berterus terang yang boleh meragut nyawa aku sendiri, tapi dengan cara lain. Entahlah aku pun tidak tahu nak mula dari mana dan bila. Mungkin suatu hari nanti.

Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now