Bab 48

2.5K 183 3
                                    

48
  Dari jauh lagi Airis dapat melihat senyuman indah yang terukir dibibir-bibir insan yang dia amat rindui dan sayangi itu, sorakkan adik-beradiknya yang lain membuatkan dia merasa gembira yang teramat sangat, ya Allah rindunya aku pada mereka. Airis mempercepatkan lagi langkahnya untuk mendekati mereka tanpa berkata sepatah pun, pantas tangannya memeluk mama dan papanya silih berganti. Tidak tahu kenapa tiba-tiba sahaja air matanya mengalir lagi, mungkin kerana tersangat gembira atau mungkin kerana perasaan bersalah dia tidak dapat menunaikan permintaan kedua ibu bapanya itu.
  “Ris kenapa sayang, kenapa menangis?” Tanya Puan Fitri Balqis dalam nada lembut kepada anak perempuan sulungnya itu. Airis menggelengkan kepalanya.
  “Tiada apa-apalah mama, Ris cuma rindu sangat dengan mama papa dan yang lain. Itu yang sampai mengalir air mata.” Balasnya lalu tersengih yang cuba dia pamerkan.
  Mama dan papa mengangguk kepala mereka. “Papa ingatkan anak manja papa ini homesick yang teramat sangat sampai menangis nangis macam ini.” Gurau Encik Syarif Amsyar, dia memang suka mengelarkan Airis dengan gelaran anak manja. Mana tidaknya Airislah satu-satu anaknya yang hanya tinggal dirumah 24 jam sejak dari kecil.
  Airis mencebik. “Ala papa. Bukan Ris cakap yang Ris bukan anak manja. Si Isya dengan Az itu yang manja terlebih, bukan Ris.”
  “Apa pula orang, Kairis yang manja terlebih, kan Az?” Sampuk Arisa membela diri, sebenarnya dia pun rindu nak bergurau dan bergaduh dengan kakaknya yang seorang ini. ‘Kairis’ gelaran yang diberi Arisa sejak dari kecil lagi, sebab papa dan mama cakap masa kecil dulu Arisa pelat tidak boleh nak sebut kak Airis. Jadi sesedap mee sedap sahaja dia  pendekkan jadi Kairis sampai adik-adiknya yang lain panggilnya dengan gelaran Kairis.
  “Betul betul betul. Az sokong kak Isya.” Balas si Azkar seperti nada dalam cerita Upin dan Ipin kesukaannya.
  Airis memandang dua orang yang masih tidak mengeluarkan suara mereka, abangnya Afsar hanya diam dan tersenyum sahaja melihat telatah adik-adiknya, manakala Aufa yang pendiam itu hanya ketawa sahaja. Aufa memang susah nak keluar suara, err macam Daniel pun ada. Ada kaitan ke? Tapi Daniel akan sentiasa mengeluarkan suaranya apabila bersamanya.
  “Amboi Az sejak Kairis tiada, sudah jadi skuad kak Isya pula ke? Malaslah nak kawan dengan Az.”
  “Mama Kairis merajuk.” Tambah Azkar mengadu.
  “Ya Kairis nak merajuk dengan Az seorang saja.”
  Azkar ketawa dengan tingkah laku Airis yang menarik muka tidak mahu memandangnya. “Kairis.. Kairis bila Kairis nak balik rumah, Aufa rindulah dengan Kairis.” Ujar Aufa yang baru bersuara.
  Airis tersenyum dengan persoalan adiknya itu, lantas dia memandang papa dan mamanya. “Akhir tahun ini Kairis baliklah, baru 6 bulan tidak balik. Tak akan Aufa tidak senang hidup tanpa Kairis yang comel ini.”
  Semua melepaskan ketawa mereka mendengar lawak yang Airis lontarkan. “Perasannya.” Ujar Arisa.
  “Az lagi comellah daripada Kairis, so please jangan perasan.” Azkar pula membangga diri.
  “Kalau bagi abang Af, Ris lagi comel sikit daripada Isya tapi kurang sikit daripada Aufa, lepas itu kurang banyak daripada Az dan kurang banyak sangat daripada abang Af lah. Betul tak mama papa?” Omel abang Afsar dalam nada gurauan.
  Airis menarik rambut Abang Afsarnya agak kuat. “Kurang punya abang.”
  “Ouch sakit. Lepaslah Ris, tapi hakikatnya memang betulkan.” Tambah Afsar lagi mengenakan adiknya itu. “Cakap si Aufa tidak boleh hidup konon, ini dia pun menangis tadi. Anak manja.”
  “Abang Af nak kena lagi ke?” Tanya Airis memberi amaran. Suka sangat menyakat orang.
  Papa dan mama hanya mampu menggeleng kepala, inilah anak-anak mereka kalau semua sudah berkumpul memang riuh rendahlah gayanya. Ada sahaja yang nak diguraukan dan dibualkan mereka. Tapi dalam fikiran mereka masih tertanya-tanya dan ternanti-nanti satu-satunya anak mereka yang sudah lama mereka nantikan dan rindukan sangat-sangat. Mahu di tanya kepada Airis tapi mungkin akan merosakkan suasana. Tapi hati dan perasan mereka sebagai seorang ibu dan ayah yang rindu akan anaknya sudah tidak dapat tertanggung lagi.
  Encik Syarif Amsyar mendekati Airis dan duduk di sebelah puteri manjanya itu. “Ris kalau papa tanya Ris satu soalan boleh?”
  Airis senyum. “Tanyalah papa.”
  Sebelum itu Encik Amsyar memandang isterinya Puan Fitri untuk memdapatkan kepastian dan kekuatan. Puan Fitri hanya sekadar mengangguk tanda bersetuju. “Airil memang betul-betul sudah tidak mahu berjumpa kami ke Ris? Dia sudah lupakan kami?” Soal papa dalam nada seperti seorang yang menjauh hati.
  Airis membisu. Dia tidak menjawab mahupun memberi respon. Dia tidak tahu nak jawab apa, bukan dia tidak berusaha nak mengajak Airil. Tapi kalaulah mama dan papa tahu betapa keras kepalanya Airil itu, mungkin mereka tidak akan tanya. Err tahu tak sampai Ris ini kena tamparan percuma daripada dia sebab nak ajak jumpa mama dan papa. Ya Allah apa yang perlu aku bagitahu mereka, aku tidak sanggup lihat mereka sedih kalau tahu yang Airil itu memang tidak mahu jumpa mereka.
  “Ris papa bukan nak paksa Ris jawab soalan itu tapi..” Ujar Encik Amsyar.
  “Tapi mama dan papa nak tahu juga kenapa dia tidak mahu berjumpa kami, salah kami apa Ris. Mama rindu sangat dekat dia, tersangat rindukan dia. Mama yang mengandungkan dia sembilan bulan lebih, mestilah mama sayangkan dia sama macam mama sayangkan kamu dan yang lain. Tapi kenapa Airil tidak mahu jumpa kami?” Tambah mama dalam nada sedih, tercurah juga air mata mama yang tertahan sejak dari tadi. Aku kesian sangat dengan mama dan papa tapi aku betul buntu macam mana nak cairkan ketul ais batu itu.
  “Ma.. pa.. Ris minta maaf, Ris sudah cuba tapi tidak menjadi. Maafkan Ris.” Ujar Airis lembut, dia tidak sanggup nak mengatakannya tapi dia juga terpaksa mengatakannya. Airis dapat merasakan kekecewaan yang ditanggung mama dan papanya. Dia mengeluh.
  Abang Afsar, Arisa, Aufa dan Azkar terdiam, mereka pun tidak tahu nak jawab apa mahupun mengatakan sesuatu. Afsar memang tahu kewujudan Airil sejak dulu lagi. Manakala yang lain baru mengertahuinya beberapa bulan lepas. Sebab masa Airil masih bersama mereka, mereka masih tersangat kecil ketika itu.
  Papa memeluk mama yang sudah pun menangis teresak-esak, ya Allah aku tidak sanggup tengok mama menangis. Hmm. Ini semua sebab kau Airil, keras hati, kepala batu, senget plus tiga suku. Geramnya dengan kau, siap kau nanti. Kau sakitkan hati mama dan papa aku balas kau cash tanpa pindaan.
  Abang Afsar mendekati Airis dia ingin memujuk Airis yang mula merasa ingin terjurai air mata, tapi matanya tertumpu pada pipi kanan Airis yang ada kesan sesuatu. Dia perhatikan, lama. “Ris ada orang tampar Ris ke?” Soal Afsar pelik.
  Terus Airis memegang pipi kanannya. Ada tanda ke? Bukan sudah lama ke? Tak akan ada tanda lagi. Yalah mana tidak lamanya lepas kena tampar dia lari masuk cabel car, untuk ke bukit Maya ini, bukan dalam setengah jam juga ke? Tak akan tidak hilang lagi. Rasa sengal-sengal itu adalah sikit. Kuat juga mamat senget kepala batu itu tampar tadi.
   “Err mana adalah.”
  “Mari papa tengok.” Ujar papa pula. Alamak macam mana aku nak jawab ini. “Siapa berani tampar anak manja papa ini? Cakap dengan papa Ris.”
  Airis menelan air liurnya, gulp! Tak akan aku nak cakap ‘papa anak senget kepala batu papa yang tampar Ris’. Macam kelakar pun ada. “Bukanlah papa, salah tengok ini.”
  “Apa pula bukan, abang Af tengok memang kesan kena tampar pun.” Tambah abang Afsar lagi.
  “Siapa tampar kamu Ris?” Soal mama pula.
  “Airil.”
  Semua mata tertumpu pada suara yang tiba-tiba sahaja muncul dari belakang mereka tanpa memberikan ucapan salam atau apa-apa. Pemilik suara itu mendekati tempat mereka duduk, tanpa menghadiahkan walau sedikit senyuman pun.
  “Airil?” Soal papa dan mama hampir serentak.
  “Ya. Airil yang tampar dia.”
  Mata Airis tidak berkelip memandang pemilik suara itu, otaknya masih menganalis sama ada dia bermimpi atau tengah berkhayal sekarang ini. Bukan Airil tadi bermati-matian tidak mahu ikut aku ke? Itu yang sedang bermain di fikiran Airis. Airis menggosok-gosok matanya untuk mendapatkan kepastian. Wah memang dialah, aku tidak bermimpi sekarang ini.
  “Ai.. Airil.” Panggil Airis untuk mendapatkan kepastian. Semua mata tertumpu kepadanya sebaik sahaja dia menuturkan kalimah itu.
  “Ya aku, kenapa? kau terkejut ke tengok aku dekat sini?” Soal Airil memerli. Belum sempat Airis membalas kata-kata Airil, mama sudah pun melulu memeluk Airil seeratnya seperti tidak mahu melepaskannya.
  “Akhirnya dapat juga mama jumpa kamu Ril.” Kata mama yang masih erat memeluk Airil sambil menciumnya entah ke berapa kali. Papa juga begitu, tidak melepaskan peluangnya untuk memeluk dan mencium Airil. Dari situ aku dapat melihat betapa rindunya mereka terhadap Airil.
  Airil tergamam, sama sekali tidak dia sangka yang mama dan papanya akan memeluk erat dirinya sebegitu rupa. Difikirnya tadi mungkin mereka sudah melupakannya tapi jauh terpesong. Dia pun tidak menghalang mahupun membentak sebab itu juga yang dia rindui. Hangat pelukan mereka dapat dia rasakan betapa bahagianya dia saat ini.
  “Mama papa ini abang Airil ke?” Soal Azkar memecah kesunyian, Aufa meluku pinggang Azkar.
  Mama dan papa mengangguk. “Inilah abang Airil, abang kamu juga Az.”
  Azkar tersenyum gembira dengan jawapan mamanya, yalah budak 8 tahun mana faham sangat semua ini. “Yay! Az ada tiga orang abang, lepas ini Kairis dengan kak Isya tidak boleh nak buli Az lagi. Sebab geng Az lagi banyak.” Ujar Azkar sambil ketawa keseronokkan.
  Selepas mama dan papa memeluk Airil, semua memeluknya juga untuk melepaskan kerinduan masing-masing. Airis sahaja yang membisu di situ walau semua sudah bersuara, mungkin sebab masih terkejut dengan angin si Airil yang tiba-tiba berubah secara drastik ini. Airil juga tidak mengeluarkan kata-kata, mungkin sebab dia masih terkejut dengan layanan keluarganya.
   Airil terfikirkan sesuatu yang membuatkan hatinya berombak kembali, dia teringatkan penantiannya selama bertahun-tahun tapi baru sekarang mereka muncul. Itupun disebabkan Airis ada dekat sini, kalau tidak mungkin sampai bila-bila aku akan tetap menanti kehadiran mereka, sakitnya hati aku apabila aku memikirkannya. Syaitan mula menghasut kembali.
  Airil menjarakkan sedikit dirinya dari mereka semua, dia menolak tangan mama yang mengenggam erat tangan miliknya. Dia juga menepis tangan papa yang berada dibahunya. Bukan main terkejut lagi mereka semua dengan tindakan tiba-tiba Airil itu, Airis memandang tepat ke arah biji mata Airil. Airil hanya sekadar menjeling.
  “Ril kenapa sayang?Ril tidak rindukan mama ke?” Soal Puan Fitri sedih.
  “Cuba cakap dengan papa, kenapa?” Giliran Encik Amsyar pula ingin mendapatkan kepastian.
  Airil merengus sambil tersengih sinis. “Kenapa kau orang tanya aku? Aku yang sepatutnya tanya kat kau orang kenapa baru sekarang kau orang datang sini.”
  Berkerut dahi Airis dengan bahasa yang dituturkan Airil sebentar tadi. “Kau jangan biadap Ril, kau sedar ke tidak yang kau sedang bercakap dengan mama dan papa. Jaga sikit mulut puaka kau itu.”
  “Aku mulut puaka? Eh bukan mulut kau ke yang puaka terlebih. Aku cuma tanya soalan yang betul. Tidak usahlah kau orang nak tunjuk sangat yang kau orang itu sayang dekat aku, walhal selama ini kau orang sudah bahagia sebab lupakan aku.”
  “Kau Ril memang…” Ujar Airis geram.
  “Sudah… sudah janganlah gaduh dekat sini.” Nasihat mama sedih dan terhiris hatinya dengan kata-kata yang dilemparkan anak yang amat dia rindui itu.
  “Papa tidak faham apa yang dimaksudkan kamu Airil.”
  Airil menjeling semua orang yang berada di situ termasuklah mama dan papa. “Kau orang tidak perlu buat-buat lupalah, sakit hati aku ini tidak hilang-hilang lagi. Kenapa ya masa kecil-kecil dulu kau orang tak bunuh saja aku terus, tidak perlu susah-susah nak seksa jiwa dan hati aku. Macam sekarang ini.”
  “Airil!” Tegas nada Encik Amsyar.
  “Kenapa kamu cakap macam itu, mama dan papa sayangkan kamu. Teramat sayangkan kamu, sama macam kami sayangkan adik-beradik kamu yang lain. Tiada yang lebih, tiada juga yang kurang. Semua sama sahaja Ril.” Ujar Puan Fitri memberi kepastiannya.
  “Kau tidak usah nak main dakwa-dakwi dengan akulah.” Balasnya kasar kepada ibunya sendiri, ibu yang telah mengandungkannya selama sembilan bulan lebih. Sedikit penyesalan pun tidak menyingah ke sanubarinya kerana amarah dan dendam telah menguasainya terlebih dahulu.
  “Airil..” Panggil papa dan mama serentak.
  “Cukuplah lakonan kau orang itu, buat menambah rasa sakit hati aku sahaja. Kalau benar kau orang sayangkan aku, sudah lama kau orang lawat aku macam mak ayah orang lain.” Ujarnya lantas berlalu pergi meninggalkan kesan luka pada setiap hati ahli keluarganya di situ. Entah tidak tahu kenapa dia melakukan begitu walhal niat awalnya, dia tidak ingin melepaskan peluang yang ada untuk melepaskan rasa rindunya pada mereka selepas dia mendengar kata-kata keramat daripada Daniel, tapi apabila syaitan telah menguasai diri memang semuanya hancur.
  Belum sempat mama mengejarnya, Airil sudah selamat masuk ke dalam cabel car tersebut untuk pulang ke Wonderful Academic. Semua terdiam dan tergamam, sampai hati Airil buat macam itu. Papa membisu seribu bahasa, mama hanya mampu mengalirkan air mata, abang Afsar masih lagi tergamam bagi dia itu bukan Airil adiknya yang pernah dia kenali dulu, Arisa pun turut menangis seperti mama, Aufa sedaya upaya memujuk Arisa, dan Azkar pula memeluk mama untuk mengurangkan luka dihati mama. Dia yang kecil itupun tahu macam mana perasaan mama dan papa tika ini tapi si Airil itu memang tiada hati, mengalahkan budak 8 tahun macam Azkar.
  Airis mengeluh. Tiada kata yang dapat dia lontarkan kepada mereka. Memang nak kena cuci secara cash tanpa pindaan si Airil ini, kau tunggu Ril. Kau lukakan hati-hati orang yang aku sayang. Alamatnya kau kena dengan aku!
  “Mama dan papa, jangan fikir sangat pasal Airil itu. Nanti pandai-pandailah Ris pujuk dia, Ris memang hebat bab-bab macam ini. Jangan risaulah, nanti cair juga si kepala batu itu.” Ujar Airis memujuk kedua orang tuanya.
  Papa tersenyum pahit, mama juga begitu. “Jaga diri kamu baik-baik ya dekat sana. Jangan gaduh dengan Airil, kalau dia buat kamu, marah kamu, jangan kamu balas balik. Mungkin dia masih tidak boleh maafkan kami. Dia lepaskan pada kamu.” Airis sekadar mengangguk dengan nasihat itu. Tapi dalam hati ‘maafkan Ris, Ris nak kena ajar sikit budak itu supaya pandai hargai orang yang sayangkan dia’.
  “Jangan sampai main tampar-tampar pula ya.” Gurau abang Afsar tiba-tiba.

Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now