11
“Daniel! Daniel!” Panggil Airis. Dia memanggil Daniel apabila melihat kelibat Daniel keluar dari Fire Academy. Tapi Daniel langsung tidak mempedulikan panggilan daripada Airis. Dia terus berlalu menuju ke lif berdekatan.Agaknya Daniel nak pergi mana ya? Okay lif berhenti ditingkat 7, ini bermakna Daniel menuju ke groundfloor. Tidak mengapa Airis kau kena juga kejar Daniel untuk dapatkan kepastian walau apa pun caranya, sebab kau yakin pasti ada sesuatu yang disembunyikan Daniel daripada pengertahuan semua orang.
Kaki Airis berlari keluar dari lif dan matanya sibuk mencari-cari kelibat Daniel. Malangnya dia langsung tidak nampak bayang Daniel di situ. Haish mana pula dia ini menghilang. Aku bukannya nak marah dia atau pun nak hina dia macam semua orang malam tadi. Aku cuma nak dapatkan kepastian itu sahaja.
Airis meneruskan langkahnya sambil matanya melilau ke kiri dan ke kanan mencari bayang Daniel tetapi dia langsung tidak nampak. Mana pulalah perginya mamat handsome ini? Dia berjalan pula berhampiran dengan kolam ikan taman FZ Maya. Itu macam Daniel? Tidak susah sebenarnya nak tahu itu Daniel atau pun bukan. Kalau yang bertopi, tinggi macam galah dan lengkap berpakaian Fire Dragon tidak lain tidak bukan pasti Arsyil Daniel.
“Daniel. Daniel! Tunggulah. Aku nak tanya kau satu soalan.” Panggil Airis lagi. Dia cuba mengejar Daniel yang jalan laju ke hadapan. “Arsyil Daniel!”
Airis kau nak apa lagi? “Kau nak apa lagi Airis. Kau nak cakap aku jahat? Nak hina aku? Atau kau nak mempersoalkan yang aku ini manusia ke iblis lagi?” Soal Daniel menahan sabar. “Bukan ke aku sudah cakap semalam kau akan menyesal kawan dengan aku. Dan sekarang aku rasa kau sudah menyesalkan?” Tambah Daniel tanpa menoleh kebelakang untuk memandang Airis. Dia takut akan rasa sakit hati tengok mata Airis sebab dia akan dengar suara hati Airis yang akan menghinanya.“Rasanya aku tidak bercakap seperti itu semalam…” Jawapan Airis terhenti. Dia merasa pelik dengan apa yang Daniel persoalkan. Seingatnya dia langsung tidak berkata apa-apa semalam. ‘Manusia ke iblis’ itu yang menambah kehairanannya. Kata-kata itu hanya terlintas dihatinya semalam. Semalam banyak kali Daniel seperti boleh membaca fikirannya. Dia boleh baca ke? Tidak mungkinlah.
“Aku rasa lebih baik kau pergi dari sini. Aku takut terbunuh kau pula.” Balas Daniel dan melangkah untuk pergi meninggalkan Airis.
“Daniel!” Panggilnya lagi. Selagi dia tidak tahu perkara yang sebenarnya dia tidak akan berhenti. “Daniel! Ouch…” Panggilan Airis tiba-tiba bertukar rintihan. Dadanya terasa pedih ditusuk sesuatu. Kenapa tiba-tiba pula ini? Tolonglah jangan sakit dekat sini. “Ouch..” Aduh sakitnya.
Daniel yang baru ingin berlalu pergi panik mendengar rintihan Airis tiba-tiba. “Kenapa dengan kau ini? Kau okay ke?” Soal Daniel kebimbangan melihat Airis masih lagi menahan sakitnya. “Airis?” Airis tetap diam menahan sakit.
Kelihatan seorang budak lelaki berlari menuju ke rumahnya. Langkahnya mati apabila tiba-tiba dia diserang seseorang. “Pak su pak su kenapa ini? Danny nak balik rumahlah. Tepi pak su.” Ujar Daniel pelik melihat pak sunya menghalang jalannya.
“Kau kena ikut aku ke Hunter Academic. Kau tidak suka orang pandang kau pelikkan? Kalau kau ikut aku, kau akan jumpa dengan orang yang sama macam kau. Kau pun akan hidup senang dekat sana. Kau boleh dapat apa sahaja yang kau inginkan. Kau tidak perlu lagi takut dengan kuasa kau.” Pak su Daniel cuba untuk memperdayanya.
“Tidak mahu. Danny tidak mahu. Tepilah pak su, Danny nak balik.” Bantah Daniel sambil berusaha meloloskan diri dari pak sunya.
“Ikut aku!”
“Tidak mahu. Danny nak satu sekolah dengan kakak Danny.”
“Aku cakap ikut akulah. Kau fikir kalau kau masuk sana Danish akan layan kau baik ke? Kau sendiri tahu ianya tidak mungkinkan. Sebab di sini pun kalau dia balik dia buat kau macam tidak wujud sahaja.” Tambah pak sunya masih mengumpan.
YOU ARE READING
Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔
FantasyPertemuan mereka selepas terpisah lama bukanlah pertemuan tangkap sedih dan rindu tetapi pertemuan itu telah mencetuskan fenomena yang tersendiri. Airil yang keras kepala dan ego tidak pernah dapat menerima Airis kembali dalam hidupnya. Baginya Airi...