Bab 14

2.7K 193 4
                                    

14
  Rania jalan menuju ke pintu keluar Earth Academy. Dia mencari kelibat Rayyn tapi tidak jumpa. Rasanya baru sahaja Rayyn berada di depannya tadi tapi sudah hilang. Pelik! Dengan perasaan kecewa dia menuju ke lif .

  “Bah!” Satu suara muncul tiba-tiba dari belakang Rania. Bukan main terkejut lagi Rania dibuatnya.

  “Farril Airil! Kau memang suka buat aku terkejutkan.” Marah Rania dek kerana terkejut dengan tindakan Airil tadi. Airil memang seperti ini.

  “Kelakarlah muka kau bila terkejut.”

  “Banyaklah kau kelakar. Nasib tidak terkeluar jantung aku ini.” Rania hanya mampu menarik muka. Kalau membebel berjuta kali pun tiada gunanya. Setiap kata-katanya aku meluncur keluar dari telinga Airil.

  Airil masih ketawa dari tadi tidak henti-henti. Mereka sudah tiba di dewan makan untuk menikmati makan tengah hari.

  Rania buat muka tidak puas hati. Berdesing telinganya. “Lain kali kalau kau buat macam itu lagi, aku sekeh kepala kau yang memang sudah tiga suku itu jadi langsung tiada suku baru kau tahu.” Tambah Rania sakit hati dengan ketawa Airil yang masih macam tadi.

  “Mana tidaknya, aku tengok kau macam tengah cari seseorang aku kacaulah kau. Sebenarnya kau cari akukan?” Balasnya dengan sisa gelak masih tersisa.

  Amboi buat apalah aku cari dia. “Tolong jangan nak perasan. Baik kau berhenti gelakkan aku. Kalau tidak, jangan duduk semeja dengan aku.”

  Mereka mengambil makanan dan mencari meja yang masih kosong. Terdengar suara bising di dewan makan. Perkara biasa selepas habis sesi akademi, memang bisinglah dewan makan ini.

  Mata Rania tertumpu pada wajah yang dia cari dari tadi. Airil hairan melihat Rania umpama tembus di matanya merenung Rayyn .

  “Rayyn..” Panggil Rania dan cuba mendekati Rayyn.

  Rayyn yang perasaan dengan panggilan Rania terus dia menuju ke arah meja yang diduduki Airis dan Daniel yang rancak berbual. “Boleh aku duduk sini?” Pinta Rayyn.

  “Boleh duduklah.” Balas Airis dengan senyuman yang menampak lesung pipitnya. Mereka tidak perasaan ada dua pasang mata yang memerhatikan mereka.

  Rania mematikan niatnya untuk mendekati Rayyn. Airil yang dari tadi hairan dengan tindakan Rania, terus menyiku Rania. “Nia kau kenapa?” Soalnya pelik.

  Rania mengeluh dan menggeleng. “Tiada apa-apalah. Jom.” Dalam hati Rania, dia masih memikirkan sesuatu yang pelik. Hish memang pelik. Rasanya tadi aku betul-betul jalan belakang Rayyn masa nak keluar dari Earth Academy tapi bila aku lalai sedikit, aku pandang balik Rayyn dia sudah hilang. Macam… hmm peliklah Rayyn .


  Airis mula mendapat idea nakal. Kalau bukan idea yang gila-gila ini, bukan Farris Airislah namanya. Mesin gedegang menjadi arah tujunya, lalu jari telunjuk kanannya menekan butang air pepsi yang nampak meliurkan. Nasib kaulah pepsi. Dengan sengihan yang tidak dapat ditafsirkan lagi, dia berlari semula mengikut orang yang dia ikut dari tadi.

  Kalau kau boleh tolak aku sampai jatuh terduduk dan yang paling membuatkan diri ini geram yang teramat, depan Syira pula itu. Memang tidak boleh diterima. Tadi sudah makankan Airil? Hmm aku bagi kau minum pula. Bolehkan?

  Dengan sengajanya Airis menjatuhkan tin pepsi lalu bergoleklah tin tersebut berhenti tepat dikaki Airil berada. Ketawa Airil dan Rania terhenti tiba-tiba. Dia menundukkan diri untuk mengambil tin pepsi yang elok sahaja bergolek dikakinya.

  “Macam rezeki turun dari langit pun ada.” Ujar Airil kepada Rania sambil tangannya mengambil tin pepsi tersebut.

  “Airil!”

Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now