Bab 28 & 29

2.3K 165 1
                                    

28
   Keadaan menjadi hura-hara sampai tidak ditemui kedamaian. Tangisan dan rintihan sahaja yang didengari. Keluhan dan kesakitan menjadi teman. Jeritan zahir dan batin meronta-ronta untuk keluar. Umpama kau berlarilah sehingga kehujung dunia, kau tidak akan jumpa apa itu cahaya kebahagia dan kedamaian.
  Kedengaran suara yang menjerit-jerit memanggil namanya. “Airis…Airis…Airis”. Airis buntu. Dia kenal suara itu tapi dia tidak tahu bagaimana ingin berlari ke arah suara itu. Makin dia mendekatinya semakin suara itu menjauh.
   “Airil!” Jerit Airis sekuatnya.
   Airil hanya sekadar menggelengkan kepalanya seumpama menyuruhnya untuk pergi jauh daripadanya.
  Addin menjadi semakin gelisah. Dari semalam Airis tidak sedarkan diri. “Ris bangunlah. Kau nak tidur berapa lama lagi? Kau janganlah buat aku risau.” Bisiknya ke telinga Airis.
  Seluruh tubuh Airis basah disebabkan berpeluh. Kepalanya tergeleng-geleng seperti dia sedang alami mimpi yang sangat mengerikan.
  “Add mari makan, ibu sudah sediakan makanan.”
  Addin mengeluh. “Ibu kenapa dengan Airis? Risau Add tengok dia.”
  “Ibu rasa mesti dia penat sangat pasal semalam, lagipun mesti dia masih trauma dengan apa yang baru sahaja dia alami.” Nasihat Pn. Afisya.
  “Tapi bu…”
  “Sudah, jangan fikir sangat, nanti kalau kamu nak balik Wonderful Academic Airis tidak sedar juga, ibu panggil Arfhan atau Irfhan untuk tolong bawakan Airis ke hospital di Wonderful Academic.”
  Addin menganggupkan kepalanya tanda setuju dengan cadangan ibunya. Airis bangunlah, kau jangan buat aku risau. Kenapa kau tidur lama sangat?
  Addin dan ibunya terkejut dengan suara tangisan didalam bilik Addin.
  “Ris.” Panggil Addin sambil berlari untuk mendapatkan Airis.
  “Addin aku takut. Aku takut sangat-sangat. Kenapa kau tinggalkan aku sendirian.” Ujarnya dalam keadaan suara yang teresak-esak. Dia betul-betul takut saat ini.
  “Aku ada dengan kau. Maaf aku janji tidak akan tinggalkan kau sendirian lagi. Sudah
  akukan ada.” Sambil menepuk-nepuk belakang Airis.
  “Aku takut.”
  Addin mengelap air mata yang mengalir dipipi Airis. “Akukan ada. Kau tidak perlu takut. Sekarang kita sudah selamat.”
  Airis sekadar menganggukkan kepalanya. Lama mereka sekadar mendiamkan diri.
  “Kau sudah okay?” Soal Addin prihatin.
  “Okay.” Dia seperti tersedar dari mimpinya. Mimpi yang sangat ngeri. “Addin kita dekat mana ini?”
  Addin tersenyum. “Itulah kau siap landing dekat rumah aku semalaman, baru nak tanya kita dekat mana sekarang?”
  “Hah? Rumah kau? Semalaman?” Soal Airi terkejut. “Aku tidak ingat pun yang aku sudah sampai rumah kau Addin.”
  “Memanglah sebab kau sudah landing dulu sebelum sampai rumah aku, dia orang tolong angkat kau bawa masuk rumah ini.”
  “Apa?! Maksud kau pasangan kembar Muhkrish itu ke?”
  Addin hanya sekadar mengangguk.
  “Haish malulah aku Addin, mana aku nak letak muka ini?” Terbayang dirinya dipegang dan diangkat oleh mereka. Seramnya. Memalukan. Geli. Semuanya dia rasakan saat ini.
  Addin sengih. “Yalah tidak mungkinlah aku nak angkat kau yang berat macam gajah ini. Patah riuk tulang belulang aku nanti.”
  “Macam gajah kau cakap? Aku ini punyalah kurus kalah kau.”
  “Banyaklah kau kurus. Gemuk. Gemuk.”
  “Kuruslah.”
  “G.E.M.U.K= gemuk.” Lawan Addin balik. Inilah Farris Airis yang aku kenal, sangat pandai menghilangkan bebanan yang di tanggung.
  Pn.Afisya tersenyum dengan telatah anaknya dan Airis. “Ya Allah sudahlah itu. Ya dua-dua kurus.”
  Airis baru perasan dengan kehadiran ibu Addin. “Makcik maafkan saya menyusahkan makcik dan Addin.”
  “Ehmapa susahnya kamukan kawan Addin. Mesti laparkan marilah makan. Addin bawa Airis makan.” Ujar Pn.Afisya berlalu pergi.
  “Wow sedapnya.” Airis teruja melihat hidangan yang disediakan.
  Addin menggeleng. “Kau ini Airis, buat-buatlah tutup mulut sikit.”
  Airis sengih.
  “Add, ibu tengok muka Airis ini macam muka Airil yang selalu datang rumah kita masa kamu kecil-kecil dulu. Kembar dia ke? Ke adik dia?” Soal Puan Afisya.
  Terbatuk Addin mendengar pertanyaan ibunya. Sudah lama ibunya tidak menyebut nama mamat poyo yang tiga suku itu. “Dua-dua betul bu. Airis ini adik kembar dia.”
  “Oh betullah tanggapan ibu. Lesung pipitnya sama sangat.” Puan Afisya tersenyum kepada Airis.
  Airis sekadar membalas senyuman ibu Addin. Sejak bila pula Addin dengan Airil berkawan? Dan yang paling penting, Airil selalu datang sini masa kecil-kecil dulu? Pelik.
  “Kenapa kamu tidak ajak Airil datang sini? Rindu ibu nak dengar celoteh budak nakal itu.”
  Addin menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal. Dia memandang Airis tetapi Airis menayangkan muka yang penuh dengan persoalan kepadanya. “Dia busy.” Akhirnya Addin memilih jawapan yang selamat.
  Puan Afisya mengangguk. Dia merenung wajah Airis yang sedang menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Dia memang sudah tidak menjadi salah seorang daripada professor di Wonderful Academic tetapi semua cerita terkini di sana dia ketahui.
  Sekali lagi dia merenung Airis. Muka Airil banyak mengingatkannya pada seseorang dan hadirnya Airis kali ini betul-betul mengingatkannya pada orang itu. Tambah lagi, apa yang Hunter mahukan dari budak ini? Itu persoalan yang sentiasa bermain difikirannya semenjak dari semalam.

Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now