Bab 47

2.5K 186 2
                                    

47
  “Dengar ke tidak?”
  Airil diam. Dia malas nak melayan. Hatinya sakit sangat dengan apa yang keluar dari mulut orang yang sedang bercakap dengannya. Terfikir juga nak minta maaf pasal benda itu, tapi ianya hilang sebaik sahaja isu ini dibangkitkan.
  Tahap kesabaran aku bukanlah tinggi sangat. “Tolonglah kali ini saja. Ril tidak kesiankan mama dan papa ke? Mereka rindu sangat dengan Ril.”
  “Kau boleh diam? Sakit telinga aku.” Nada Airil agak tegak kasar.
  “Airil! Kenapa susah sangat kau nak terima? Kenapa keras sangat kepala Ril? Itu mama dan papa kita, bukannya orang lain pun. Ris masih boleh terima julap Ril itu, tapi kalau sudah sampaikan Ril lukakan hati mama dan papa, Ris tidak akan pernah terima.” Suara Airis mula meninggi. Siapa yang tidak geram apabila bercakap dengan orang yang ego dan keras kepala macam ini.
  “Jadi kau nak salahkan aku? Aku sahaja yang salah macam itu?” Nada suara Airil juga meninggi. Salah aku ke? “Ya memang salah aku. Puas?”


  Dari tadi Airis mundar-mandir di ruang Dragon House. Macam manalah aku nak mengajak mamat senget kepala batu itu. Nak ke dia jumpa mama dan papa? Kejap lagi mama dan papa sampai di bukit Maya. Fikir Airis… fikir.
  Dia mengeluh. Hampir semua pelajar sudah keluar dari Dragon house menuju ke bukit Maya untuk berjumpa dengan keluarga mereka tapi Farril Airil itu langsung tidak nampak bayangnya. Dia betul-betul menguji kesabaran akulah mamat senget kepala batu ini. Memang kepala batulah dia ini. Dia menghentak-hentakkan kakinya, geram. Bukannya aku tidak cakap dekat dia pun. Kalau tidak silap akulah dekat tiga kali juga aku bagitahu budak itu. Hampir saja bertumbuk hari itu? Eh bertumbuk? Tidaklah sampai begitu. Tapi sekarang ini dia memang mendatangkan kemarahan.
  “Kau kenapa Ris?” Soal Daniel pelik melihat Airis yang mundar-mandir diruang tamu Dragon House. Setahunya Airislah orang yang paling bersemangat hari ini.
  Airis berpaling untuk menghadap Daniel yang berdiri tidak berapa jauh darinya. Dengan riak muka yang sedih. “Farril Airil itu memang suka menguji kesabaran aku. Rasa macam nak tumbuk-tumbuk sahaja dia itu.”
  Daniel tersenyum dengan jawapan spontan yang keluar dari mulut Airis. “Apa yang dia buat sampai kau nak tumbuk dia itu?” Seperti biasa dia lebih suka bertanya walaupun dia tahu apa yang sedang bermain difikiran Airis.
  “Kau tanya aku?” Sambil menunding jari terlunjuk ke dirinya sendiri. “Ahh geramnya dengan dia itu. Geram. Geram. Geram!”
  Daniel sekadar senyum menggeleng dengan tingkah laku Airis.
  “Dari tadi aku tunggu dia, bayang pun aku tidak nampak. Hari inikan mama dan papa aku datang melawat, tapi dia langsung tidak keluar. Ini betul-betul buat aku geram.”
  “Dia ada saja dalam bilik itu, tidak keluar ke mana pun.” Tambah Daniel. Dia kesian dengan Airis yang nampak terlampau geram dengan perangai Airil.
  Tanpa membuang masa untuk yang kedua kalinya aku melangkah memasuki kawasan larangan ini. Maaf semua aku cuma nak mengajar mamat senget kepala batu itu sahaja. Bukan ada niat lain pun.
  Pada mulanya berkerut juga kening Daniel dengan tindakan Airis. Entah kenapa tersengih pula dia tiba-tiba. Memang betullah apa yang aku cakap selama ini, dua-dua tiga suku. Nasib akulah dikelilingi orang-orang seperti itu. Dia mengikut langkah Airis dari belakang.
  Setiba sahaja di hadapan pintu D12/1. Airis membuka dengan perlahan, tidak mahulah nampak marah sangat. Matanya mencerung ke arah Airil yang sedang berkhayal di atas katil miliknya. Dia langsung tidak perasan akan kehadiran Airis, difikirannya mungkin Daniel yang baru masuk tadi.
  Airis menarik nafasnya sebelum memulakan madahnya. Ya Allah bagilah hambuMu ini kekuatan untuk bersabar dengan si kepala batu depan aku ini. “Ril kenapa tidak bersiap lagi?”
  Bukan main terkejut lagi Airil dibuatnya. Sejak bila pula budak ini masuk bila aku? Musykil betul aku dibuatnya. “Nak buat apa? Yang kau masuk bilik lelaki ini, tidak tahu malu ke hah?”
  ‘Nak buat apa’ dia tanya? Tiada istilah malu untuk ini Farril Airil. “Nak jumpa mama dan papalah buat apa lagi. Cepatlah Ril.” Balas Airis. Terus dia menarik tangan Airil untuk bersiap dengan segera. Kalau tidak digerakkan memang payahlah gayanya.
  Dengan sekuatnya dia menarik tangannya dari pengangan Airis, geram betul dia dengan budak sengal ini. “Kau apa hal? Tidak perlulah nak tarik-tarik aku, kalau aku sudah cakap tidak mahu tetap tidak mahulah!” Bentak Airil sekuatnya.
  Airis tersentak inilah pertama kalinya Airil membentaknya dengan sangat menakutkan, lebih dari sebelumnya. “Ril tolonglah! Bagilah peluang untuk mama dan papa.” Dia segera bangun mendapatkan Airil kembali. Walau apapun kau cakap Ril, aku akan tetap bawa kau jumpa mereka. Itukan janji aku.
  “Jangan nak paksa aku. Kalau aku sudah cakap tidak mahu tetap tidak mahulah, kau tidak faham bahasa ke Farris Airis?” Bentaknya sekali dengan perasaan marah yang mencengkam dirinya dia menolak Airis sehingga jatuh terduduk.
  “Airil…” Ujar Airis dek kerana terkejut dengan tindakan Airil sebentar tadi. Daniel yang menjadi pemerhati sejak dari tadi mendiamkan diri, sudah mula rasa panas hati dengan tindak balas Airil itu.
  “Ris kau okay ke?”
  Airis menganggukkan kepalanya. Aku memang okay cuma hati ini yang tidak okay. Pedih! Kenapalah dia ini keras hati sangat. Tak faham aku. “Ril jomlah. Sampai bila Ril nak menangkan hati Ril. Buang masa sahaja. Buat tambah titik hitam dalam hati Ril .”
  Airil mengenggam lima jari sekuatnya. “Kau diamlah Ris, kau tidak akan faham perasaan aku.” Marah Airil sambil menarik kolar baju Airis seperti mahu bergaduh.
  “Cuba cakap yang mana satu Ris tidak faham.” Balas Airis ingin menang.
  “Kau tanya aku?” Airil menguatkan gengamannya.
  “Yalah Ris tanya kau, tidak mungkin soalan Ris itu ditujukan pada Daniel pula.” Perlinya geram.
  Dengan geramnya dia menolak Airis sekali lagi, tidak kuat. Cuma dia melepaskan kemarahanya dengan menampar Airis. ‘Pap’. Dia tidak menolak Airis dengan kuat tetapi menamparnya dengan agak kuat.
  “Kau tidak akan tahu betapa sakitnya hati aku setiap kali hari lawatan keluarga dekat sini, semua parents datang tapi parents kau tidak pernah walau sekalipun. Ya memang hari ini mereka datang tapi kau tahu ke betapa sakitnya hati aku bila aku fikirkan balik, mereka datang hanya sebab nak jumpa dengan kau. Mereka tahu kau ada dekat sini, kau tahu betapa sakitnya hati aku ini. Habis selama aku dekat sini apa? Tidak pernah rindukan aku? Kenapa baru sekarang mereka nak jumpa aku?”
  Airis menggosok pipinya yang ditampar Airil sebentar tadi, sakit! Tapi dia hanya mampu berdiam diri dan mendengar luahan hati Airil. Aku tidak faham. Betul-betul tidak faham. Air matanya mulai mengalir deras sederas yang mungkin. Daniel hanya sekadar membisu tidak berani nak masuk campur. Membela Airis? Tapi renungan tajam Airil cukup mematikan niatnya itu. Dia mendengar kedua-dua suara hati mereka tapi jawapannya tetap tiada siapa yang bersalah dalam hal ini.
  “Pernah ke Ril muncul di bukit Maya? Pernah ke Ril balik? Tidak pernahkan.” Balas Airis dalam suara serak basahnya itu.
  “Pernah. Setiap tahun sepanjang enam tahun mula-mula dulu, tapi tidak pernah sekali pun mereka datang. Balik rumah? Memang tidaklah sebab mereka tidak datang sini melawat aku, buat apa nak balik rumah. Buat sakit hati sahaja.”
  “Tipu.”
  Airil mendengus. “Buat apa aku nak tipu.”
  Airis diam. Diam seribu bahasa. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya mencari kekuatan untuk melangkah keluar dari bilik ini. Mama dan papa maafkan Ris, Ris sudah pun berputus asa untuk memecahkan tembok batu hati Farril Airil yang keras ini. Airis melangkah keluar menuju ke arah pintu keluar Dragon house untuk pergi ke bukit Maya.
  Daniel yang mendengar suara hati Airis yang berputus asa itu, dia benar-benar kesian. Aku kena lakukan sesuatu untuk tolong Airis. Daniel berdiri dihadapan Airil dengan mengeluarkan api ditangannya.
  “Kenapa dengan kau? Kau nak bunuh aku pula ke?” Soal Airil tidak puas hati.
  “Memang tunggu masa sahaja aku nak bunuh kau.”
  “Berani kau!”
  “Aku memang berani nak buat semua ini, macam semua orang cakap selama ini. Aku mana ada hatikan?”
  Airil mengenggamkan penumbuknya. “Kau..”
  “Kau nak cakap apa? cakaplah. Penumbuk itu untuk aku ke? Atau kau nak tampar aku macam mana kau tampar adik kau sendiri tadi.” Balas Daniel geram untuk pertama kalinya dia berkata seperti itu seumur hidupnya.
  “Kau tiada kaitan dalam hal ini, jangan masuk campurlah Daniel.”
  “Aku tidak faham dengan kau Airil, kau patutnya bersyukur yang mama dan papa kau masih hidup, masih nak jumpa dengan kau. Tapi aku dalam mimpi sahajalah aku dapat jumpa, itupun kalau masuk dalam mimpi aku. Kalau tidak? Memang aku tidak dapat jumpalah. Kau tidak perlu nak marah Ris sebab dia itupun tidak tahu apa-apa, dia yang sentiasa cari cara untuk kau terima dia sebagai adik kau, macam-macam dia cuba. Kau ada perasan ke? Tidakkan.” Ujar Daniel dalam nada nasihat.
  “Andai keluarga kau sudah tiada lagi dekat dunia ini Ril, satu saat nanti pasti kau akan menyesal dengan ego kau yang bodoh ini. Tahu tak, aku memang pasti yang kau akan menyesal. Masa memang tidak akan dapat diundurkan balik, tapi ego memang dapat diturunkan. Kalau tidak banyak, sikitpun jadilah Airil. Berpijak pada dunia yang nyata bukan pada hati kau yang keras itu. Tidak ada gunanya juga. Selagi kau masih ada peluang ini, aku rasa tidak perlulah kau sia-siakan.”
  Habis sahaja ayat Daniel, tanpa membuang masa Airil berlari keluar, bukan untuk melarikan diri tapi dia pun tidak tahu kenapa dia berlari untuk mengejar Airis. Hatinya benar-benar takut kehilangan insan-insan yang sangat dia rindui selama ini. Langkahnya terhenti pada tubuh insan yang berdiri dihadapannya.
  “Kamu nak ke mana Airil?” Soal Miss Erliya. Airil mendiamkan diri dia tidak menjawab soalan Miss Erliya itu. “Airil nak pergi mana tergesa-gesa ini?”
  “Nak jumpa mama dan papa.” Jawabnya ringkas, dia mula membuka langkahnya kembali.
  Dengar sahaja perkataan itu terus Miss Erliya memegang tangan Airil sekuatnya. “Buat apa kamu nak jumpa mereka? Mereka sudah lupakan kamu Ril. Tidak perlu jumpa mereka ya. Sayakan ada?”
  “Apa Miss Erliya ini, saya nak jumpa mereka. Saya rindukan mereka, sangat-sangat rindukan mereka. Saya tidak mahu kehilangan mereka lagi.”
  Miss Erliya merenung Airil tajam sambil memikirkan sesuatu. “Kalau macam itu mulai saat ini kalau Ril melangkah pergi untuk jumpa dengan mereka, Ril bukan lagi anak ibu. Ibu akan bencikan Ril untuk selamanya.” Ujar Miss Erliya tegas.
  “Ibu…”
  “Cepatlah, kamu cuma pilih sahaja ibu atau mereka yang sudah lama lupakan kamu Ril.”
  Airil membisu. Tidak sangka Miss Erliya akan berkata begitu padanya. Tapi kata-kata Daniel tadi masih segar berlegar di mindanya. Dia tidak mahu melepaskan peluang ini, peluang yang selalu dia gambarkan, peluang yang selalu dia impikan. Airil tetap meneruskan langkah, ya meneruskan langkahnya menuju ke bukit Maya untuk bertemu insan yang sangat dia rindui dakapannya. Maafkan saya Miss Erliya tiada yang lain melainkan perkataan maaf sahaja.
  “Maafkan saya Miss Erliya.” Dia terus berlari meninggalkan Miss Erliya yang masih terkejut dengan jawapan Airil tadi. Berani budak itu melawan cakap aku, selama ini aku yang jaga kau, mereka juga yang kau pilih. Syarif Amsyar… Fitri Balqis... sekali lagi kau orang menang.

Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now