Coretan

2.9K 133 42
                                    

Akhirnya dapat juga saya menyiapkan karya merepek ni. Karya yang berasaskan imaginasi seorang penggila dan penggemar anime macam saya. Bermula dari minat yang mendalam pada anime, berimaginasi melakar dunia cerita sendiri dan akhirnya mencoretkannya di alam novel. Pernah baca novel animasi? hah ini lebih kuranglah. Cuma tak bergambar je. Nak lukis tapi tangan kaku😂
  Mungkin bagi penggila anime seperti saya, akan menerima karya ini dengan terbukanya. Mungkin. Dan mungkin segelintir akan merasakan karya ini, sebuah karya yang tersangatlah halusinasi semata-mata. Bak kata oranglah ‘terlebih imaginasi’. Hahaha apapun penerimaan orang dan pendapat orang, saya terima seadanya. Sebab setiap manusia punyai pendapat dan minat yang berbeza. So kita kena terima perbezaan tersebut.
  Mana datangnya idea ni? datangnya sejak saya dibangku sekolah menengah lagi, ketika ditingkatan dua. (oh ya saya xlah tua sgt skrg ni.. muda lg) Haha! masa itu penuh dengan imaginasi. Masa dimana dunia anime dan seumpamanya menjadi satu. Naruto+avatar+code geases+harry potter= jadilah cerita merepek ni, yang diolah, digaul, dikacau rata menjadi rojak. Saya tidak mencurinya dari mana-mana karya tersebut, cuma nak diceritakan disini, ideanya dicedok dari situ. Dan yang selebihnya hanya imaginasi penggila anime.
  Kenapa mesti ada kaitan dengan anime? Anime? Sebab saya suka pada mesej yang selalunya cerita-cerita seperti anime dan seumpama dengannya sampaikan. Penuh dengan nilai persahabatan dan kekeluargaan. Sejujurnya kalau bak ‘cintan-cintun ni’ saya tolak tepi, tak reti saya nak createnya menjadi cerita, itu yang tenggelam timbul je.
  Hubungan kekeluargaan itu adalah satu hubungan yang tidak akan terputus dengan kata ‘aku benci kau’, ‘kau bukan abang aku’, ‘kita putus persaudaraan’ atau seumpama dengannya. Hanya keluarga kita berkongsi darah yang sama, datang dari Rahim ibu yang sama, menyusu dari susuan ibu yang sama, sedarah sedaging, seakar seumbi. Sangatlah akrab kalau dari istilahnya. Bergaduh macam nak musnah dunia pun, pada akhirnya kita akan berbalik pada yang asalnya, keluarga.
  Persahabatan itu indah bukan? Walau sejauh mana pun kita pergi, selama mana kita menghilang, pusing-pusing, kita akan jumpa seorang sahabat. Baru dan lama. Dari kawan jadinya sahabat. Tak kira; umur mahupun bangsa, warna kulit mahupun keturunan, dia gemuk ke kurus ke pendek ke tinggi ke. Kalau dah namanya sahabat, kita tetap terima seadanya. Walau sahabat baru sering hadir dan menyapa, yang lama tetap juga diingati dan dikenang. Biar kawan yang lupa kita, biar mereka yang benci kita tapi bukan kita yang lupa mahupun menbenci mereka. Kerana nilai persahabatan itu sangat indah. Sangat indah bila kita berukhuwah.
  Panjang lebar pulak saya bercoret dekat sini. Terima kasih yang tak terhingga kepada yang sudi membaca cerita merepek saya yang tak seberapa ini. Semoga anda semua terhibur. Dan semoga terus membaca karya saya yang seterusnya.

***

Oh ya! cerita ni ada prekuel yang berjudul AJARKAN AKU ERTI BAHAGIA. Cerita AAEB saya tak habis tulis lg, klau ada sambutan saya cuba untuk habis kan mcm ADUHAI SI KEMBAR! siapa yang pernah baca di Ilham karangkraf dulu, itu bermakna anda dah baca 70% citer AAEB.

Draft untuk sekuel cerita ni pun ada sebenarnya tapi saya baru tulis 2 bab je. Mungkin saya akn cuba buat sekuel yg ringkas dan padat.

***

Saya nak jugak kongsi wajah2 yg saya gambarkan masa tulis citer ni tahun 2013 dulu. *patutnya letak awal2 😅

*org yg jd daniel tu saya dah lupe sape yg saya bayangkan sebelum ni, so saya pakat letak je

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*org yg jd daniel tu saya dah lupe sape yg saya bayangkan sebelum ni, so saya pakat letak je.

*org yg jd daniel tu saya dah lupe sape yg saya bayangkan sebelum ni, so saya pakat letak je

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*same mcm daniel, org yg jadi Rayyn pun saya lupe siapa yg saya bayangkan dulu. so saya pakat letak je.

Zufar-Syira-Addin lagi lah saya tak ingat🤣

Okay coretan terakhir saya, saya nak tahu jugak apa perasaan pembaca cerita ADUHAI SI KEMBAR. Apa perasaan anda? Boleh saya tahu? 🤔😁

Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now