Bab 17

2.6K 186 8
                                    

17
  “Serius kau orang buat semua itu? Hish kau orang ini cari nahas ke?” Marah Qausar tidak puas hati. Mana tidaknya Airil dan Danish langsung tidak memberitahu dia dan Rania tentang rancang gila itu. Ya memanglah mereka ada rancang nak siasat sesuatu perkara tapi bukan itu caranya. Mesti kena bijak. Gunalah otak sikit.

  Airil hanya membisu begitu juga dengan Danish. Mereka tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Macam mana mereka boleh berada dan menceroboh tempat itu? Walhal rasanya dia tidak pernah pun terlintas untuk melakukannya dengan cara bodoh macam itu.

  “Airil! Danish! Tidak akanlah kau orang sudah jadi pekak dan bisu sekarang. Aku tanya jawablah.” Tambah Qausar Izraan dek kerana sakit hati dengan respon dua orang sahabatnya itu.

  “Sudahlah Qaus. Jangan paksa kalau orang tidak mahu bagi tahu kita, kita tidak boleh nak paksa orang jawab apa yang dia orang tidak mahu jawab.” Ujar Rania ingin menenangkan kemarahan Qausar. Dia tahu Qausar betul-betul hilang sabar dengan apa yang sudah berlaku semalam. Dia pun sakit hati dan kecewa dengan tindakan dua orang sahabat rapatnya.

  Qausar merengus kasar. “Ikut suka kau oranglah.”

  Danish yang dari tadi senyap membisu, menghentakkan kakinya sekuat hati. “Ah! aku tidak faham. Aku tak fahamlah. Aku tidak tahu!” Jeritnya melepaskan kemarahan dan kebingungan yang sudah lama terpendam dek kerana terkejut atas apa yang baru saja berlaku semalam.

  “Kenapa kau pula yang tidak faham? Kau sendiri yang buatkan, tidak mungkinlah kau tidak faham apa yang kau sudah buat? Kenapa sengal sangat kau ini?” Balas Qausar dalam nada bengang dengan tindakan tidak sepatutnya Arsyia Danish lakukan. “Kau memang sudah bisu betul ke Airil?” Pertanyaannya beralih kepada Airil yang dari tadi diam membisu. “Kau orang sudahlah pecah masuk tempat daddy aku pula itu, tanpa pengetahuan aku langsung. Kenapa? Apa masalah kau orang sebenarnya?” Tiada respons daripada Airil mahupun Danish. “Hish kau orang berdua betul-betul buat aku marah.”

  “Okay fine teruskanlah dengan kebisuan kau orang. Aku memang tidak dapat nak tolong apa-apa.” Tambah Qausar dalam nada terkilan. Dia melangkah untuk meninggalkan mereka bertiga.

  Airil bangun dari duduknya, mukanya kelihatan betul-betul bengang dengan tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan. Dia mendekati Qausar dan menarik kolar baju Qausar seperti mahu bertumbuk.

  “Kau kenapa Qaus? Kau tahu apa yang berlaku?” Soal Airil masih boleh menahan penumbuknya.

  Qausar tergamam dengan tindakan Airil. “Eh bertenang Ril. Aku bukanya mahu bergaduh dengan kau. Aku cuma nak tahu kenapa kau orang buat kerja bodoh itu. Apa motif kau orang sampai tidak bagi tahu aku mahupun Nia?”

  “Ahh! Aku tidak tahu. Serius aku tidak tahu!” Bentaknya kuat.

  Rania cuba meleraikan rangkulan pada kolar Qausar. Dia memang tidak tahu apa yang berlaku antara Danish dan Airil semalam. Tapi dia tak naklah sampai ada di antara mereka berempat menjadi musuh hanya disebabkan perkara itu.

  “Aku rasa kalau nak bagi semua ini selesai, baik kau orang berdua bagi tahu perkara sebenarnya. Janganlah sampai nak bertumbuk macam ini.” Nasihat Rania.

  Danish yang dari tadi berdiri, duduk dihadapan Qausar dan disebelah Rania. Dia cuba mengingatkan apa yang telah terjadi semalam. “Aku tidak berapa ingat tapi yang pasti masa itu aku dan Airil dari taman QZ nak balik Dragon House, tiba-tiba sahaja aku rasa ada orang kawal aku. Aku cuba nak lawan tapi tidak boleh, aku cuba untuk tidak melakukan apa yang dia suruh tapi aku tidak terdaya untuk nak melepaskan diri.” Ujar Danish .

  “Kau kena kawal? Kau nampak ke siapa orang itu? Atau kau kenal tak suara siapa yang suruh kau itu?” Soal Rania khusyuk mendengar cerita Danish.

  “Entah aku pun tidak tahu suara siapa.”

  “Aku rasa seperti di suruh-suruh, seperti lembu kena cucuk hidung. Semuanya aku ikut tanpa dapat nak protes. Tapi aku tidak tahu siapa. Yang penting bukan aku mahupun Danish yang rancang buat semua benda bodoh itu. Kita orang pun ada otak, ada akal, nak fikir benda itu betul ke tidak. Tapi serius memang aku tidak sedar langsung apa yang telah aku lakukan semalam.” Tambah Airil memulakan ceritanya pula.

  Qausar mati idea untuk memikirkan apa yang telah terjadi kepada sahabat-sahabatnya. Dia tidak tahu benda apa yang telah mengawal mereka semalam. “Jadi kau orang memang tidak berniat langsunglah semalam. Apa yang terjadi atas sebab ada orang kawal kau oranglahkan?”

  “Lebih kurang macam itulah.” Kata Danish menghelakan nafas lega apabila dapat melepaskan segala yang terbuku dihatinya dan fikirannya yang buntu dari semalam lagi.

  “Bila kau orang betul-betul tersedar?” Soal Rania.

  Airil cuba mengingati saat bila dia tersedar dari dikawal semalam. “Aku rasa masa Prof Qabil dan Qaus masuk bilik dia. Lepas itu Prof Qabil tanya kita orang apa yang kita orang buat dalam bilik dia? Masa itulah aku betul-betul tersedar. Aku terkejut sangat sampai aku tidak tahu nak jawab apa. Dan tiba-tiba sahaja Miss Erliya mencelah, dia marah-marah kita orang dan cakap benda-benda yang menampakkan memang kita orang yang salah. Sampailah dia arahkan pengawal untuk check cctv.”

  “Masa itu yang mampu aku buat hanya diam sahaja. Aku speechless. Clueless. Blur. Aku tidak dapat nak jawab soalan-soalan yang bertubi-tubi dari Prof Qabil, Miss Erliya dan Tuan Izaryl. Aku betul-betul tidak tahu apa yang sudah berlaku pada diri aku sendiri. Macam mana aku nak jawab. Kau orang fahamkan?” Tambah Danish.

  Rania dan Qausar sama-sama menganggukan kepala.

  Jadi itu yang terjadi kepada Airil dan Danish. Mereka kena pukau? Oleh siapa? Tapi kenapa pada mereka? Ini mesti musuh Wonderful Academic tidak lain tidak bukan mesti orang-orang Hunter Academic. Hanya Hunter yang menggunakan sihir yang dilaknat itu. Tapi apa yang mereka inginkan? Pelbagai persoalan yang bermain difikiran Qausar Izraan.

  “Aku tidak puas hati. Aku nak juga tahu siapa punya kerja sebenarnya. Geram betul sebab dialah sekarang Dragon house sudah tidak dapat diselamatkan. Dan aku dan Danish terus dipersalahkan.” Ujar Airil dalam nada geram.

  “Kau orang ada rasa ke ini semua kerja Hunter? Hanya Hunter yang menggunakan sihir?” Teka Rania.

  Qausar berdiri sambil menepuk-nepuk belakang bajunya. “Aku pun rasa macam itu. Kita tidak boleh duduk diam saja. Kita kena buktikan yang Ril dan Danish tidak bersalah dan Dragon house tidak perlu masuk underground lagi.”

  Mereka berempat tersenyum. Indahnya persahabatan. Sesungguhnya sahabat tidak akan membiarkan sahabatnya terus-terusan ditindas. Sahabat tidak akan biarkan sahabat mereka dipergunakan sesuka hati.

  Sahabat itu umpama bintang dilangit. Walau jauh dan mustahil untuk digapai meskipun kadang-kadang menghilang entak ke mana. Tetapi dia tetap ada. Dia tetap menemani kita. Meskipun dia tidak kelihatan. Tidak mungkin dimiliki mahupun dilupakan kerana dia sentiasa berada disini. Dihati kita. Hargailah mereka.

Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now