Bab 12

2.9K 204 4
                                    

12
Pejam celik pejam celik rupanya sudah hampir seminggu Airis tinggal di Wonderful Academic. Semakin hari semakin penat dan merisaukan. Yalah mula sahaja minggu baru ini pelajar-pelajar baru akan menghadapi ujian penentuan level. Aduh serabut -serabut. Ramai yang tidak cukup tidur dan tidak cukup makan semata-mata memikirkan ujian itu. Termasuk Airis sendiri.

Mana pernah aku dengar ujian pelik macam ini. Emm kalau setakat ujian kertas macam hari ahad dengan isnin ini, aku masih boleh sanggup lagi. Tapi untuk hari rabu ini mahu naik pening aku fikirkan. Takut pun ada.

Setiap kali aku cakap dengan Zufar yang aku tidak mahu ambil ujian hari rabu ini, boleh pula dia gelakkan aku. Geram aku. Lepas itu boleh pula dia ajuk cakap aku 'kata jiwa kental'. Memanglah 'jiwa kental' itu ungkapan yang paling aku suka. Hakikatnya hati aku tidaklah sekental mana.

Tapi dalam ramai-ramai pelajar baru dekat sini ada seorang yang aku respect betul. Mana tidaknya, tingkah lakunya sangat selamba. Macam tiada apa-apa yang bakal berlaku dan boleh pula dia cakap 'bukannya ujian apa pun. Ianya hanya sekadar ujian biasa-biasa sahaja'. Dan dia boleh pula ketawa riang ria dengan Rania dan Danish. Mungkin Qaireen ini orang yang tidak takut pada ujian dan memandang ujian itu sekadar perkara kecil dalam hidupnya.

Tangan Airis mencapai ipod dimejanya dan memakai headphone ke telinganya. Dunianya kini cuma terdengar lagu 'Everthing is Alright' yang dinyanyikan IU.

Pelik! Aku tidak pernah tahu pun yang Rayyn itu cacat. Sejak bila? Sebelum ini kaki dia okay sahaja. Memanglah sudah lama aku tidak berjumpa dengan dia, aku pun tidak tahu sudah berapa tahun aku tidak berjumpa dengan Rayyn. Walaupun aku balik setiap tahun, aku rasa aku jarang sangat jumpa dia. Sampai aku tidak ingat bila kali terakhir aku berjumpa dengannya.

Pelik juga mama pun tidak pernah beritahu aku pasal Rayyn kemalangan ke atau Rayyn pun sebenarnya terlibat sama dalam kemalangan Riana lima tahun lepas? Kenapalah aku tidak pernah terfikir tentang benda ini. Pagi tadi baru aku perasan kaki Rayyn. Teruk betullah aku ini, kalau orang tengok sekali pun sudah boleh perasan. Bisik Rania dalam hatinya kebingunggan.

"Kau masih panas lagi ke pasal Daniel? Sudah hampir seminggu kau elakkan diri dari semua orang. Kau tidak penat ke Danish? Buat muka tidak bersalah sudah. Lagipun kau memang tidak salah Danish." Ujar Qausar kepada Danish.

"Kau memang nak ubah mood aku ke Qaus?" Balas Danish dalam nada geram. Baru sahaja dia nak lupakan benda itu, Qausar Izraan ingatkan kembali.

"Err aku salah cakap ke? Sorry." Balas Qausar sambil menggaru kulit kepalanya yang memang tidak gatal.

"Memang pun. Hish manalah Farril Airil kata sekejap sahaja. Sudah nak berjanggut kita tunggu dia." Ujar Danish cuba mengubah topik. "Cuba kau tengok Nia dari tadi termenung sampai kita dekat sini pun dia tidak perasan."

Qausar menghantar isyarat mata kepada Danish untuk menyakat Rania. Isyarat diterima. Satu. Dua. Tiga.

"Rania!" Panggil mereka berdua agak menjerit ke telinga Rania.

"Woi!" Rania terkejut dengan jeritan Danish dan Qausar. Bengang pun ada. "Cik Arsyia Danish dan encik Qausar Izraan aku tidak pekak lagi. Tolong jangan jerit-jerit di telinga aku."

Danish dan Qausar melepaskan tawa mereka.

"Sudah sampai mana kau berangan Nia?" Soal Danish masih menahan gelaknya.

Rania menjeling. "Marikh." Balasnya ringkas. Rania melepaskan keluhnya.

"Kau ada masalah ke Nia? Kongsilah dengan kita orang. Sharing is caring." Ujar Qausar sebaik sahaja mendengar keluhan sahabatnya.

Sekali lagi Rania melepaskan keluhannya. Dia merasa serba salah nak ceritakan apa yang terbuku dihatinya. Memang selama ini kalau ada apa-apa mereka berempat akan kongsikan bersama. Mereka tidak pernah sorokkan apa-apa rahsia sesama mereka. Antara mereka tiada rahsia. "Aku hairan dengan..."

Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now