Bab 13

2.7K 192 0
                                    


13
  Mata Airis tidak berkelip memandang demo ujian di hadapannya. Dia langsung tidak perasan siapa yang duduk di sebelahnya, di hadapannya mahupun di belakangnya. Mana tidaknya, dia takut sangat, tidak pernah seumur hidupnya dia akan berlawan macam itu. Fuhh ngeri dibuatnya.

  Hari ini merupakan hari terakhir ujian penentuan level bagi pelajar baru. Dan hari ini juga merupakan sesi ujian yang paling di geruni semua pelajar baru termasuklah dirinya sendiri.

  “Takut ke?” Soal seseorang yang begitu hampir dengannya.

  Bukan main terkejut lagi Airis apabila melihat Fatin Insyira yang berada di sebelahnya. Dia terjerit agak kuat di situ. Semua mata memandangnya pelik. Nampak betapa khusyuknya aku tengok demo tadi, omelnya sendiri.

  Fatin Insyira tersenyum sinis “Kau takut sangat ke kalau lepas ini kau kena lawan dengan aku? Oh atau kau takut aku serang kau sampai masuk hospital macam selalu?” Bisiknya lagi.

  Insyira! Dia ini memang sengaja nak sakitkan hati akukan. Aku rasalah Syira memang sudah tiada kerja lain agaknya. Dia fikir aku selemah dulu ke? “Setiap orang boleh berubahkan? Dan aku rasa kau silap kalau kau bayangkan aku yang sekarang ini selemah dulu.” Balas Airis berlalu pergi. Hakikatnya memang agak berat Airis ingin menuturkan itu, tapi bila difikirkan balik sampai bila Syira nak pijak kepala dia dan sampai bila dia perlu gerun dengan Syira.

  Hmm kita tengok Farris Airis sama ada kau selemah dulu atau kau sudah berubah. Kau tunggu, kalau nanti aku lawan kau, aku tidak akan serang dengan lembut.

  Sudah hampir sepuluh perlawanan ujian ditonton oleh pelajar-pelajar Water Academy tapi setakat ini tiada yang sehebat demo pelajar senior Water Academy. Kebanyakkan mereka cuba mengawal air tetapi kawalan tangan mereka tidak kukuh. Beberapa saat sahaja airnya jatuh kembali.

  ‘Seterusnya antara Afi dan Hamzi’

  ‘Antara Syarnisa dan Lee shin’

  ‘Baiklah untuk yang terakhir antara Fatin Insyira dan Farris Airis .’

  Semua mata tertumpu pada mereka berdua. Ada yang memberi sokongan, tidak kurang juga ada yang mengejek. Airis menarik nafas sedalamnya dan menghembuskannya kembali. Tidak sangka apa yang Insyira katakan menjadi kenyataan. Ahh kenapa perlu Fatin Insyira? Kenapa bukan orang lain? Aku akan tunjukkan pada kau Syira, aku tidak selemah dulu.

  Syira sudah mula membuat ombak untuk menyerang Airis, dengan pantasnya Airis mengelak dengan menggunakan tahanan ais. Serangan demi serangan yang puncanya bermula daripada Insyira, dapat dihalang oleh Airis. Tiap kali serangan yang dihantar oleh Insyira dapat ditepis Airis. Nampak gayanya antara mereka berdua tiada yang mahu mengalah. Ramai yang terkejut dengan pegerakkan mereka. Bukan kerana bahaya tetapi apa yang Insyira dan Airis buat adalah level pelajar senior. Mengatasi level 3.

  Kau memang sudah berubah Airis. Desis Insyira dalam hatinya.

  Credit to mama. Ris sayang mama. Kalau bukan disebabkan mama, mungkin Ris tidak pandai menggunakan kuasa ini sekarang. Mamanya telah melatihnya menggunakan kuasa airnya beberapa bulan sebelum dia menjadi pelajar Wonderful Academic. Latihan yang cukup membuatkan dirinya boleh menandingi pihak lawan.

  Bunyi sirent menanda perlawanan tamat. Ramai yang terpegun dan ramai juga yang menepuk tangan.

  “Baiklah keputusan ada di tangan saya, saya akan umumkan nama-nama yang akan langkah ke level lain. Dan nama yang saya tidak sebutkan kamu semua kekal di level one.” Ujar Prof Ameer.
“Level three Hamzi, Ainina, Lee shin dan Fifi. Level four Zyra, Hanan dan Frost. Dan skor tertinggi bagi ujian tahun ini, Farris Airis dan Fatin Insyira. Mereka terus melangkah ke level five. Tahniah kepada mereka berdua dan yang selebihnya kekal di level one.”

Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now