OY 1

12.2K 189 12
                                    

Aku! Nak tahu nama aku? Perlu ke?... Yelah2,aku bagitahu. Nama aku Khairun Rafiqi Binti Ahmad Ali. Aku ulang... Khairun Rafiqi BINTI Ahmad Ali. And yes!!! Aku tak salah tulis, Memang nama aku ada binti sebab aku ni perempuan.

Tapi jangan tanya kenapa nama aku macam lelaki. Tu tanya ayah aku, dia yang besarkan aku dari kecik. Orang panggil aku Khai atau Raf. Tapi biasanya Khai.

Perwatakan? Entah, aku mana lah pandai nak nilai diri sendiri. Korang nilai lah sendiri bila baca cerita ni nanti. Tapi sebelum tu!  Gaya aku macam lelaki, sebab aku dibesarkan dan dikelilingi oleh lelaki dari aku kecik. Jadi tak hairan lah kan andai rambut aku pendek. Okay, stop membebel. Baca cerita ni, as warning!  Jangan fall in love dengan aku... Hahahahah

Khai P. O. V

"Lecehlah kena berebut naik bas bagai." Aku memandang gadis-gadis dihadapan aku. Dah serupa kambing masuk kandang, berebut. Headphone merah masih terlekap di kepala aku.

Hari first datang belajar dekat universiti dah macam ni, lepas ni aku nak bawa motor dekat rumah tu.  Tak payah nak berebut macam ni lagi. Jiwa kacau betul lah.

"Dah kurang tu." Aku menghampiri pintu bas. Kasut adidas berwarna merah milik aku, aku pandang.

"Cantik juga kasut baru aku ni. " Heh! Pasti lah, nak tunggu orang puji memang sampai ke sudah tak ada.

Baru aku nak angkat kaki pijak tangga bas, tiba-tiba ada benda jatuh depan aku. Cepat-cepat aku sambut. Semua orang pandang aku.

'Alamak! Bidadari ke yang jatuh  ni?' Sempat aku menilik 'objek' yang berada dalam dakapan aku sekarang ini. Aku masih terkejut plus terkesima kot. Lagu apa yg tengah main dalam Headphone aku pun aku tak tahu dah waktu ni.

Dapat aku rasa badan dia menggigil. Perlahan-lahan dia buka mata, memandang aku. Sekali lagi aku tertarik, tapi sekejap sahaja sebab dia terus sahaja bangun dari aku.

'Cantiknya mata.'

"Sorry!" Ujarnya. Terus dia naik ke atas bas semula. Tak sempat aku nak balas dia dah hilang dalam bas tu.

"Uhh... Rezeki aku dapat peluk bidadari. " Aku tersenyum. Kaki diangkat memijak tangga bas. Masuk sahaja, semua mata memandang aku.

'Apa? Aku buat salah ke?' Malas nak layan, aku buat tak tahu je. Baik lagi aku layan lagu-lagu aku ni. Rambut yang terjuntai dekat mata aku selak ke tepi. Disebabkan kerusi bas dah penuh, jadi aku berdiri sahaja sehingga lah bas berhenti dekat fakulti aku.

*****

"Bodoh lah, mana pula kelas ni! " Aku pandang setiap pintu bilik yang tertera gabungan huruf dan angka.

"Ini bukan." Aku kembali melangkah sambil tengok telefon aku. Tengok nama kelas.

"Macam ni je." Aku pandang telefon, lepas tu tengok pintu pula. Hah!  Inilah. Betul juga akhirnya.

Aku buka je pintu, bunyi bising dari dalam kelas tiba-tiba berubah senyap. Semua mata memandang aku,  fokus.

'Apa-apa aje lah korang ni, tak pernah tengok orang buka pintu ke apa.' Aku buat tak tahu je, terus bergerak ke meja kosong di belakang. Tali beg sandang aku sangkutkan di bahu kanan sahaja.

Aku duduk je, pintu terbuka sekali lagi. Kali ini tiga orang gadis masuk serentak. Ada siulan- siulan nakal daripada 'monyet' lelaki dalam kelas, beza gila dari masa aku masuk tadi.

'Eh! Bidadari tadi!?' Aku pandang salah seorang daripada tiga gadis tersebut.

'Wow!!! Bidadari tengok aku. Cantiknya dia. ' Aku puji lagi. Tapi sumpah, dia cantik gila, mata bulat, dagu berlekuk, putih lagi... Mustahil tak cair beb.

Aku balas dengan senyuman, yalah... Orang berbudi, kita berbahasa lah. Tapi, nampak je aku senyum, dia terus pusing tengok tempat lain.

"Eh! Sombongnya." Ujar aku. Aku ambil telefon aku, aku buka aplikasi game. Baik main game daripada layan makhluk2 pelik dalam kelas ni. Tak pernah tengok tomboy handsome agaknya.

10 minit lepas tu, pensyarah aku masuk. Pensyarah lelaki, nak kata muda pun tidak, nak kata tua pun tak juga. Tapi apa aku kisah, aku datang nak belajar (lah sangat). Hahahahha

Thanks sbb baca.. Keep support!!!






Only you, my love! (GxG) Where stories live. Discover now