Khai P. O. V
Aku membuka mata yang terasa berat. Cahaya putih menjengah dahulu, kemudian baru lah pandangan aku perlahan-lahan semakin jelas. Satu bau yang telah sebati dengan aku sejak dua menjak ini pula menyapa.
Hospital.
Tekak aku terasa kering. Air!
Aku memandang sekeliling, sehinggalah aku terlihat kelibat seseorang duduk di atas kerusi di sebelah kiri aku. Tertunduk.
"Lia!" Panggil aku, sedikit serak. Aku tahu itu Lia kerana berdasarkan sweater yang dipakai. Dia panggung kepala. Wajah dia menunjukkan reaksi terkejut.
"Aku nak air. Haus." Bisik aku. Cepat-cepat dia bangun lalu menuangkan air ke dalam gelas. Gelas tersebut disuakan ke bibir aku. Aku meneguk sehingga habis biarpun perlahan.
"Aku pergi panggilkan doktor." Ujar Lia sebaik meletakkan kembali gelas tersebut. Aku balas dengan anggukan.
Tidak sampai lima minit pun Lia keluar, Elly pula menapak masuk.
"Khai! Syukur awak dah sedar." Elly menghampiri katil tempat aku berbaring. Aku cuba untuk tersenyum, walaupun sakit pada mulut.
Lia tiba bersama seorang doktor dan nurse. Usai doktor lelaki itu membuat pemeriksaan, dia sempat meninggalkan pesan buat aku.
"Minggu depan jangan lupa datang appointment. Saya tak nak dengar apa-apa alasan macam sebelum ni." Aku terdiam. Lia dan Elly yang berdiri dibelakang nurse aku pandang, risau.
Perlahan-lahan aku mengangguk.Doktor dan nurse berlalu selepas meminta diri.
Sunyi meskipun kami bertiga ada didalam bilik ini. Aku memandang Lia, Lia memandang aku tajam. Elly setia disisi Lia.
"Kenapa kau sorok kan benda ni dari kami?" Lia tiba-tiba bersuara.
"Sorok apa? Aku mana ada sorok kan apa-apa?" Aku membalas.
"Jangan nak tipu aku, Khai. Doktor dah bagitau aku semua." Marah Lia.
"Apa benda kau mengarut ni gila? Aku takde sorok apa-apa lah." Aku masih cuba berdalih. Aku perasan wajah Lia berubah merah.
Dia bergerak menghampiri beg sandang nya yang diletakkan diatas kerusi.
"Habis tu, ni apa!? Kau fikir aku bodoh? Tak pandai baca? Hah, Khai!?" Marah Lia seraya menunjukkan satu surat. Mata aku membuntang.
"Mana... Mana kau dapat benda tu?" Soal aku gagap. Setahu aku, aku dah simpan surat tu ditempat yang aku sahaja tahu.
Amarah Lia tiba-tiba sahaja berubah menjadi titisan airmata. Dia terus sahaja terduduk diatas kerusi yang menempatkan beg sandangnya tadi.
Aku menunduk. Rahsia yang aku pendam selama beberapa bulan ini akhirnya pecah. Rahsia yang aku tanggung seorang diri tanpa ada seorang pun yang tahu. Bahkan ayah aku sendiri.
"Sampai hati kau kan, rahsiakan benda besar macam ni dari aku. Aku ni bukan kawan kau ke?" Soal Lia dalam esak tangisnya. Elly dibelakang turut sama dibanjiri airmata.
"Aku... Aku tak sanggup." Bisik aku perlahan. Masih menunduk.
"Habis tu? Kau nak hadap benda ni sendiri?" Aku diam, tidak mampu menjawab.
"Khai, tumor otak bukan perkara kecik tau tak. Macam mana kau boleh terfikir nak sorok kan benda macam ni dari kami?" Tanya Lia lagi.
Aku menjongket bahu. Entah, aku pun tak tahu kenapa aku boleh membuat keputusan seperti ini.
"Dari bila lagi kau tau, khai?"
"Lima bulan lepas." Aku nampak Lia mengurut dahi.
"Macam mana kau boleh pentingkan diri, Khai." Lia menggeleng tidak faham. Hati aku terkesan. Pentingkan diri kah aku?
"Ayah kau dah tau?" Sekali lagi Lia bertanya.
"Tak. Aku tak nak dia risau." Lia melepaskan keluhan.
"Aku yakin, Syakila pun tak pernah tahu pasal benda ni kan?" Ucap Lia. Aku mengangguk. Lia menggeleng lagi, tidak percaya.
"Khai, agaknya kalau aku dengan Elly tak tahu pasal benda ni. Sampai ke sudah kau nak simpan sorang-sorang kan. Kau nak buktikan apa sebenarnya dekat kitorang? Kau kuat?"
"Aku tak nak korang risau, aku tak nak korang susah sebab aku. Aku boleh handle benda ni tanpa orang lain." Ucap aku, seraya memalingkan pandangan ke tingkap.
"Kau memang pentingkan diri, Khai. Kau anggap kami yang disisi kau ni tak berguna untuk kau."
"Aku bukan pentingkan diri, Lia! Aku cuma tak nak korang layan aku macam orang sakit bila tau aku macam ni. Aku nak hidup normal macam dulu. Aku tau hidup aku tak lama, Lia. I just want my life back." Dan buat kesekian kali aku menangis.
"Then your life adalah dengan Sya. Dia patut tau!" Arah Lia.
"No!" Pantas aku menghalang.
"Jangan pernah sekali-kali kau bagitau dia. Dia tak boleh tau pasal ni." Aku memberi amaran.
"Tapi Khai... She's your life. Dia penguat semangat kau. Kau sayangkan dia lebih dari nyawa kau sendiri, ingat tak kau pernah bagitau aku dulu?" Lia berusaha untuk memujuk aku. Aku kembali memandang tingkap.
"Yes, aku memang sayangkan dia. Dulu dan selamanya."
"Tapi aku tak sanggup nak pandang wajah risau dia, wajah sedih bila tau aku macam ni. Sedangkan bila aku demam biasa pun, dia sampaikan tak tidur nak jaga aku. Apatah lagi bila dia tau aku sakit ni." Aku tersenyum sendiri mengenangkan perangai Syakila yang satu itu.
"Aku bukan pentingkan diri, Lia. Tapi aku tak nak orang yang aku sayang, orang yang aku cinta sedih bila aku dah takde disisi dia nanti. Hidup aku tak lama, Lia." Aku menutup memejamkan mata, setitis airmata mengalir.
"Jangan cakap macam tu, Khai. Kita boleh usaha. Tumor boleh dibuang kan?" Pujuk Lia. Aku tersenyum nipis.
"70-30." sebut aku.
"Hah!?"
"Peluang aku tipis Lia, 70-30. Doktor dah bagitau aku. Kalau pun aku selamat, aku takkan normal macam sekarang. Aku takkan jadi Khai yang korang kenal." Aku mengeluh.
"Sebab tu, sebagai langkah awal. Aku nak buat Sya bencikan aku. Dan aku berjaya. See! Tak lama lagi dia dah nak bertunang." Dalam sebak aku menuturkannya. Meskipun ia cukup menghiris hati aku sendiri. Airmata aku semakin laju menitis.
"Tapi sebelum ni Khai kata dekat Elly, semua ni permintaan ibu Sya." Akhirnya Elly bersuara setelah dari tadi menjadi pendengar setia.
"Tu salah satu sebab Khai. Ibu Sya tawarkan 5000 dekat Khai untuk Khai tinggalkan Sya dan Khai tolak, sebab Khai memang betul cintakan Sya. Tapi bila Khai dapat tau Khai sakit, Khai jadikan permintaan itu alasan utama untuk tutup mata ibu Sya. Tapi Khai tak ambik pun duit tu, Khai cuma kata dekat Datin yang Khai akan tinggalkan Sya."
"Then, terjadilah lakonan kita hari tu. Thanks dekat Elly sebab sudi tolong Khai, walaupun Khai tipu Elly pasal alasan tu. Khai minta maaf."
Suasana tiba-tiba berubah sepi. Masing-masing kelu, melayan perasaan.
"Satu je aku minta dengan korang berdua, jangan pernah bagitau Sya aku sakit. Act normal, layan aku macam biasa. Dan kalau boleh, Tolong tambahkan rasa benci Sya dekat aku. Supaya dia senang untuk lupakan aku."
"Biar aku je yang rasa sakit cinta aku untuk dia sampai aku mati nanti." Ucap aku. Keluhan berat aku lepaskan.
Yeha!!! Rahsia pecah...... Sedih ke tak????
#vote #komen
YOU ARE READING
Only you, my love! (GxG)
Romance"Aku tak main-main Sya! Sungguh aku cintakan kau. Dari awal aku jumpa kau, aku dah mula sayangkan kau, cintakan kau." - Khai- Khairun Rafiqi, kerana cinta dia sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasih hatinya. Apa sahaja, biarpun hatinya sendiri yan...