OY 21

4K 130 7
                                    

Khai P. O. V

Macam biasa, aku dengan Syakila akan melepak di tempat kegemaran kami. Kerusi, tiang lampu dan tasik. Spot yang memang selalu kami duduk.

Bezanya hari ni, aku bawa gitar kesayangan aku sekali. Saja, dah lama rasanya tak main dengan gitar ni.

"Kenapa muram je ni?" Aku menghadap Syakila yang dari tadi sekadar termenung memandang tasik buatan universiti kami.

"Takde apalah." Dia melemparkan senyuman nipis. Cuba untuk menutup kesedihannya.

"Saya kenal sayang saya ni. Mustahil lah takde benda kalo mulut tu pun dah boleh buat sidai baju. Muncung je." Aku cuba bergurau. Dia sekadar tersenyum. Tiada mood. Mata kembali diarahkan ke tasik.

Aku pula yang terkulat-kulat bila lawak aku tidak diterima. Aku menyandarkan gitar kesayangan aku ditepi kerusi lalu aku menggenggam tangan kiri Syakila. Dia memandang aku semula.

Tangan kiri nya aku bawa ke bibir dan mengucupnya lembut. Dia kembali tersenyum nipis. Aku menyentuh lagi sebelah tangan miliknya dan menarik perlahan supaya dia menghadap kepada aku. Dia menurut.

"Sayang saya ni kenapa?" Tanya aku penuh kelembutan. Anak Matanya bergerak-gerak memandang aku. Tidak lama kemudian ianya mula berkaca dengan airmata.

"I miss my family." Terus sahaja airmatanya mengalir laju. Aku menyapu airmatanya menggunakan ibu jari.

"Sya nak jumpa diorang ke?"

Dia mengangguk.

"Saya janji, nanti saya bawa awak jumpa diorang." Aku menggosok perlahan tangan Syakila. Cepat-cepat dia menggeleng.

"Khai lupa ke? Family Sya dah buang Sya." Aku terkedu. Macam mana aku boleh lupa benda penting macam ni?

Ya, selepas kejadian rogol tempoh hari keluarga Sya tidak mampu menerima kenyataan tersebut. Sama seperti Hisyam yang membuang Syakila. Dengan sewenangnya diorang buang Sya. Terasa menggelegak hati bila aku fikirkan semula.

"I'm sorry. Saya lupa." Ucap aku serba salah. Dia senyum.

"Takpe."

Aku mendekat lalu memeluk tubuhnya. Erat.  Belakang kepalanya yang berambut panjang aku usap perlahan.

"Buruk macam mana sekalipun diorang pandang Sya, Sya tetap bidadari di mata dan hati Khai. Ingat tu." Bisik aku. Terasa ada pergerakan, mungkin tanda dia mengangguk. 

'Aku mesti betulkan semula hubungan keluarga Sya dengan Sya. Ini janji aku.' Aku memasang niat didalam hati.

Perlahan-lahan aku merenggangkan pelukan kami. Atas kepalanya aku usap, tanda memujuk.

"Jangan nangis lagi ye. Khai janji, Khai sentiasa ada dengan Sya. Khai takkan buang Sya." Sumpah aku sambil mengusap atas ubun-ubun kepalanya. Dia mengangguk dan tersenyum.

"Oh ya, Khai ada surprise untuk Sya." Aku baru teringat sesuatu. Ini lah sebab utama hari ni aku bawa Syakila turun ke tasik.

"Surprise lagi? " Dia bertanya sambil mengelap sisa airmata di pipi. Aku mengangguk teruja.

"Tutup mata." Arah aku. Tetapi dia semakin membulatkan mata.

"Aip! Tutup mata." Aku bernada marah.

"Tak nak." Dia memalingkan wajah.

"Nak tutup mata ke? Nak Khai kiss dekat sini?" Ugut aku pula.

Syakila membuntangkan mata. Pipi aku ditampar lembut.

"Ish, Yelah, yelah!" Barulah dia menutup mata.

Only you, my love! (GxG) Where stories live. Discover now