OY 9

4.1K 155 16
                                    

Khai P. O. V

"Come on Sya!  Angkat telefon!" Aku dah habis risau ni. Kawasan universiti dah berpuluh kali aku pusing semata nak cari dia.

"Takkan merajuk dengan aku, kau buat macam ni. Aku risau Sya. Pickup my call please." Rayu aku, lebih kepada bercakap sendiri.

"Shit! Habis kredit pula."

Aku hidupkan semula motor aku, dan terus keluar dari kawasan universiti. Alang dah keluar nak beli kredit, baik aku cari dia dekat luar sekali. Sampai depan kedai topup, telefon aku berbunyi lagi.

"Tengah-tengah aku kalut ni lah kau nak telefon." Marah aku bila nombor Hisyam tertera semula pada skrin telefon.

"Hello Khai. Macam mana? Syakila dah balik ke? Dah bagitau dia?"

"Tak, Belum lagi. Aku dekat luar ni, nak beli topup. Apa-apa hal aku inform." malas nak cakap panjang dengan dia.

"Eh! Jap, jap. Alang-alang kau dah kat luar, tolong carikan dia. Aku risau." Hisyam pun dah guna 'kau' 'aku'. Tadi bersaya awak bagai.  Sopan sangat~

"Aku nak cari dia lah ni. Btw, kau ajak dia keluar pergi mana sepatutnya?  Kot-kot aku boleh cari dia dekat sana."

"Mall dekat dengan universiti korang je. Okay lah, aku gerak dulu. Aku keluar kejap dari meeting je ni. Apa-apa telefon aku." Hisyam terus matikan telefon. Tak sempat aku nak tanya Mall mana.

"Gila lah, dah lah area sini banyak mall. Mall mana satu Syakila pergi." Aku dah geleng kepala. Aku masuk kedai topup, terus beli sampai 30 ringgit. Hahaha

'Baik aku pergi yang dekat-dekat sini dulu.' Aku hidupkan motor, dan terus pecut laju.

*****

Aku terduduk, kepenatan. Peluh aku jangan cakap lah, dah serupa orang lepas mandi. Lencun baju longsleeve aku. Walaupun dalam mall ni berhawa dingin, tapi aku tetap berpeluh.

Dari tadi aku tak berhenti cari Syakila. Ni dah masuk mall yang kelima aku turun naik. Tapi masih tak jumpa. Air didalam botol mineral aku teguk, haus.

Jam tangan aku, aku pandang. Dah nak dekat maghrib, dekat luar pun dah nak gelap. Tapi bayang Syakila pun aku tak dapat nak jumpa.

"Mana kau ni?  Seharian kau off telefon. Aku risau lah Sya." Aku membebel perlahan.

"Please this time, tolong jawab telefon." Aku bercakap dengan skrin telefon aku sendiri...

Untuk kali keberapa entah aku telefon dia, malas dah nak kira. Tiba-tiba panggilan aku diangkat.

"Thank god, awak jawab juga akhirnya. Awak tahu tak saya risaukan awak Sya! " Suara teruja aku dah boleh didengar oleh satu shopping ni agaknya. Habis semua pandang aku, tapi apa aku kisah.

Senyap~ Tak ada balasan dari sebelah sana.

"Sya?  Are you there?" Panggil aku, sudah sedikit tenang.

Tiba-tiba sahaja kedengaran esakan~

Aku dah cemas bila dengar esakan Syakila.

"Sya! Sya!  Kenapa ni?  Kenapa menangis?" Panggil aku. Aku dah bangun daripada kerusi tadi dan berlari menuju kearah motor aku.  Risau punya pasal, kelam kabut jadinya. Habis semua orang aku langgar.

Syakila masih menangis. Esakan dia Makin kuat. Hati aku dah pedih, perit mendengar tangisan dia. Dia seperti ditimpa masalah berat.

'Gosh! Kenapa aku tak ada disebelah dia sekarang ni!' Hati aku dah menggumam geram.

'Aku nak peluk dia, nak tenangkan dia.' Aku ramas rambut aku geram.

"Sya dekat mana? Saya ambik awak sekarang." Ujar aku, sudah duduk diatas motor aku.

"Khai!" Panggil Syakila, masih dalam esakan. Sayu~

"Ye Sayang, saya dekat sini." Jawab aku pantas.

"Tolong Sya, Khai. Tolong Sya!" Dia kembali menangis, meraung. Aku terpempan diatas motor.

Terngiang-ngiang di dalam  aku Suara Syakila...

'Tolong Sya, Khai. Tolong Sya! '

😱😱😱apa jadi dekat Syakila... Kena lah tunggu.. Ahha

#vote#comment#support
#please jangan jadi silent readers.

Only you, my love! (GxG) Where stories live. Discover now