"Kamu! Yang belakang sekali, kamu kenalkan diri dulu. Apa nama kamu? " Tunjuk pensyarah lelaki itu kepada aku. Aku tolak kerusi ke belakang sedikit untuk berdiri. Semua mata berpaling menghadap aku.
"Khairun Rafiqi Binti Ahmad Ali. Saya ulang, Khairun Rafiqi Binti Ahmad Ali." Jelas sangat semua muka terkejut, siap berbisik lagi. Ni mesti kes tak percaya itu nama aku.
"Lah, pengkid rupanya. Aku ingatkan budak lelaki macho mana tadi.Patutlah tak nak duduk dengan kita, takut kena ehem ehem ke!! " Ucap satu suara garau, disambut gelak ketawa lelaki lain. Aku mengepal penumbuk.
'Wah! Hari first dah buat musuh nampak.'
"Sudah-sudah. Next! " pensyarah kami yang bernama Kamal.
Aku duduk sambil memandang kumpulan lelaki tersebut yang masih seronok bergelak ketawa. Aku duduk seorang sahaja dekat belakang ni.
"Saya Nur Syakila Binti Kamarul. Panggil Kila." Bila sahaja Turn 'bidadari' tu perkenalkan diri, bunyi-bunyi 'monyet' gatal keluar balik. Aku pandang je diorang ni. Nak je aku sepak sorang-sorang. Annoying!
"Aku Faisal. Suka hati korang nak panggil aku apa, tapi yang aku tau aku lagi handsome dari budak pengkid tu." Sempat lagi ditunjuk kearah aku. Dia tersenyum sinis.
'What the heck!!! Kau kenapa sial? Kau tercabar sangat kenapa. Aku rasa aku tak ada pun cari pasal dengan kau.'
"Kau apahal!? " Aku hentak meja. Of course lah marah. Boleh pula dia ketawa je tengok aku. Shit!
"Stop it Faisal! Apa ni hari pertama dah nak gaduh." Tegur Prof. Kamal.
"Gurau-gurau je prof, sorry." Ujar Faisal, terus duduk. Muka aku jangan cakap lah, masih lagi berkerut marah. Aku lepaskan nafas berat, sambil menulis sesuatu pada buku diatas meja aku.
Bila aku angkat kepala tengok depan,...
'Dup!!!!'
Bidadari a.k.a Syakila tengah pandang aku. Dia duduk selang dua meja sahaja dihadapan. Baru aku nak senyum, dia dah pandang depan semula. Apahal weh dengan budak-budak kelas ni.
*****
"Okay, saya dah dapat list nama kamu, minggu depan saya bahagi kan kumpulan untuk assigment. Jumpa kamu minggu depan. Kelas dissmiss." Aku menggeliat di kerusi, penat!!! Tiga jam kelas ekonomi yang membosankan. Aku masukkan barang-barang aku yang bersepah diatas meja ke dalam beg. Yang lain sudah beransur keluar daripada kelas.
Baru nak berdiri, seseorang menyentuh bahu aku menyuruh aku untuk duduk semula.
Faisal and the gang! Adalah empat lima orang budak-budak dia tengah keliling aku.
"Nak apa?" Tanya aku malas.
"Saja, nak berkenalan dengan kau." Jawab Faisal tersengih. Aku menjulingkan mata, Yelah tu.
"Weh pengkid, nak tanya lah. Dekat mana kau buat haircut ni. Nampak handsome lah. Kalah aku." Digosok-gosok kepala aku sambil ketawa.
"Kau kenapa sial?" Aku pegang pergelangan tangannya.
"Eh! Alamak! Batal dah air sembahyang aku, aku lupa lah kau ni perempuan. Kau pakai macam ni, aku ingat lelaki. Aku lupa. " Ujaran Faisal disambut tawa oleh geng dia.
"Dah lah, aku nak blah!" Aku terus berdiri meninggalkan meja tersebut.
"Eh! Eh! Dah merajuk ke? Tak gentleman lah merajuk2." Sempat aku dengar suara Faisal sebelum pintu kelas aku tutup kuat, bergegar jugak lah cermin tingkap dekat tepi.
Aku berjalan terus menuju ke cafe fakulti. Lapar beb!
"Alah! Ramai lah pula. Ada meja kosong ke tidak ni? " Aku berjalan diantara meja-meja mencari tempat yang kosong. Ada satu, cepat-cepat aku kearah meja tu. Beberapa langkah lagi nak sampai, seseorang meletakkan makanan diatas meja tersebut. Melepas!!!
Aku pusing lagi, cari meja kosong tapi dah tak ada. Memang yang tadi sahaja yang tinggal. Hmmm...Pergi cafe lain lah. Aku bergerak meninggalkan cafe tersebut.
Please support!!!!
YOU ARE READING
Only you, my love! (GxG)
Romance"Aku tak main-main Sya! Sungguh aku cintakan kau. Dari awal aku jumpa kau, aku dah mula sayangkan kau, cintakan kau." - Khai- Khairun Rafiqi, kerana cinta dia sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasih hatinya. Apa sahaja, biarpun hatinya sendiri yan...